ANDA SEDANG MEMBACA

19

IMBAUAN FINAL FA

Nazri Sabtu, April 10, 2010
Memandangkan kedua-dua pasukan yang masuk final tahun ini saya kurang mahu ambil peduli (baca: kerana Perak adalah pasukan sorakan saya), maka saya cuba menghangatkan suasana dengan mengimbas perlawanan akhir Piala FA yang saya kira ANTARA comeback terklasik dalam sejarah mana-mana final Kejohanan dalam Malaysia.

Setuju?

Siapa ingat lagi?

Betulkan saya jika tersilap, antara nama-nama besar tahun itu untuk pasukan Perak adalah Nizam Adha Yusof, Azizol Abu Haniffah, trio import terbaik Perak - Aung Nain, Kyi Lim dan Jang Jung. Yang lain saya sudah teragak-agak adakah mereka bermain pada tahun itu atau tidak.

Tahunnya 1990, saya ketika itu berusia 10 tahun. Waktu di mana saya perlu ikut abah saya jika mahu ke stadium, dan malam itu, abah saya mengambil keputusan untuk tidak ke stadium kerana beliau bukan kaki-bola.

Sedih bukan?

Tapi arwah Pak Su saya sebaliknya, beliau peminat hard-core pasukan Perak. Ke stadium Perak itu sudah selalu.

Tapi final malam itu beliau tidak ke stadium. Ini ada hubungkaitkan dengan sejarah Perak gagal ke final Piala Malaysia dua kali (atau tiga? sudah lupa) kerana disekat oleh Kedah pada tahun-tahun sebelum itu, di mana dia antara barisan penyokong Perak yang hadir di stadium.

Insiden kegagalan itu menghasilkan teori - DIA MEMBAWA BAD LUCK pada pasukan Perak.

Maka dia dirumahnya pada malam final.

Lantas kami sekeluarga, yang ketika itu tinggal di Kg. Pasir Putih bergerak menuju ke rumahnya di Greentown (barisan rumah yang belum dirobohkan dan sekarang didirikan Greentown Mall, ya adik-adik pelapis generasi Ipoh, Greentown Mall suatu ketika dahulu adalah sebuah kawasan perumahan kerajaan).

Di dalam kereta, saya mendengar lintas langsung menerusi radio Ipoh.

Ah holy damn! Perak ketinggalan 0-2. Apa kes ni?

Kami sampai di rumah Pak Su ketika perlawanan separuh masa pertama berbaki beberapa minit. Mak Su dan Emak saya melayan menyiapkan makanan.

Saya duduk di depan abah dan Pak Su bersama adik-adik dan sepupu-sepupu.


Dan separuh masa kedua bermula - dimana bermulalah - MAGIC.

Tapi sebelum itu sakit jantung dahulu tatkala Zainal Abidin menjaringkan gol ketiga Selangor, yang hanya kemudian dibatalkan (saya rasa offside).

Jujurnya saya sudah lupa siapa yang menjaringkan gol-gol kebangkitan Perak. Namun ada video Youtube di bawah untuk sumber rujukan penjaring-penjaring pasukan Perak.

Namun apa yang masih ingat, gol pertama Perak dijaringkan agak awal, menyaksikan harapan kembali untuk pasukan Perak.

Kemudian datang gol kedua membuatkan hati saya melonjak dan Pak Su bertepuk tangan.

Ya, kini sudah 2-2. Maka peluang kedua-dua pasukan kembali 50-50.

Kami kembali rilek sambil makan-makan.

Dan Zasss!!! Gol ketiga. Pak Su sudah yahoo di kerusinya.

Kini Perak mendapat kelebihan.

Selangor kembali mengasak dan Perak perlu mempertahankan kelebihan itu.

Kelebihan satu gol tak selamat, dan...

Gol keempat membuatkan Pak Su melompat dari kerusinya dan menjerit-jerit bagai anak kecil. Saya maintain cool sebab ada abah dan mak.

Selangor terkulai malam itu.

Perak mencatat sejarah sebagai pasukan pertama memenangi Piala FA.

Dan penjaring-penjaring gol pasukan Perak itu menewaskan Karel Stromsik, penjaga gol yang pernah menjadi idola Peter Cech, penjaga gol terbaik dunia sekarang.

Dibuang sentimen kenegerian, saya percaya Final Piala FA 1990 menjadi antara final klasik Malaysia.

Entah bila saya dapat kembali ke stadium Bukit Jalil menyokong pasukan negeri sendiri.

Harap tahun depan Perak kembali kuat.



19 Ulasan:

Aishah Nur Hakim berkata...

apo namo eh ni? sumo nak dongki yo kek nogori..duk sibuk cito perak pulak.

timo yo la kenyataan eh

sayang ref!

Nazri berkata...

Laaa, mende ni? Dah nama Imbauan. Sebelum World Cup pun ada tayang game-game klasik sebelum-sebelum ni.

Kerja sekolah dah siap?

ymn berkata...

sy setuju dgn nazri .

sy pun rindu ngan sabah klasik
1993 - 1998 -
FA Cup 4 kali final
best of the best scott , borhan ajui , abdullah awang adi , Jeluis ating dll.. dan all time favorite matlan marjan.
at the time ..
sabah beat NS 9 5-0 di stadium likas

ymn berkata...

mlm nie marathon tgk game

NS 9 vs Kedah

Aston villa vs C******A <-- sy pilih Aston Villa

Ronaldo vs Messi <-- sy pilih Messi !!!

City Laundry Cafe berkata...

aku tak ingat final cup mende...tp kedah lwn singapore....satu lagi kedah lwn pahang...tu baru main bola...

---dalam bola ada taman-----

kareem berkata...

sebuk je aishah...


Hidup perak!!!bebaskan sukan dari politik!

RyuJi berkata...

Den x kiro..den da koba perak mmg lomah taun ni..den ghaso yob da monopos x pon dan nk mmpos kot..da x tokoja laie..den da posan amek tongkat ali ..yob dogil den tak tau la nk kato apo laie..

Dlu ado gak den poie final tgk jang vs yob final x silap.den x ingat sobab time tu kocik laie.tp den ingat den balik dongan kocewo la hai..apo x nyo game x abeh laie jang toghuk kono tibai..sib baik jang dah mongamalkn tongkat ali selepas subuh..sokarang bukan main hebat lak ai jang kat ranjang..ehh padang..

Luca DK berkata...

nazri,
yang gua ingat, besok dia perak cuti. pergh! memang ayam selangor taun2 tu..

mizu_sama berkata...

walau pun dalam EPL aku x sebbulu ngan nazri,tapi bola sepak malaysia kita sama.


aku igt dunhill kena taja balik la bola sepak malaysia.bermutu sungguh permainan bola sepak dalam bideo di atas.skang tgk bola malaysia da x cm tue

bungwahab berkata...

jangan cerita sejarah..lucius dgn bebudak chelsea tak suka.

tsubasa berkata...

giler gempak super comeback.. mmp ngeri selangor. hahahaa.. piala tu logik la sikit semua bole angkat. ni piala sekarang nk angkat sorg pun xkuat. besar gedabak. huhuhuu..

xde ke review tuk elclasico??

GombakRock berkata...

dunhill sponsor=RM30 Juta setahun
TM sponsor=RM8 Juta setahun

F.A.M ni zuhud kot..pasal tu amek sponsor rm8 juta setahun je...

p.s:diharapkan kedua2 pasukan yang beraksi pada malam ni mempamerkan aksi bolasepak berkualiti tinggi..bukan "bola baling"... -pesanan ikhlas dari Merah Kuning Ultras cawangan Batu 5 Gombak kpd pasukan "handball" jang "handbal"..haha

Aishah Nur Hakim berkata...

ah..korang memang dengki sebab perak tak masuk.

LuciusMaximus berkata...

Hi Aishah, leh pinjam M-16?

talkIZcheap! berkata...

hehehe... gomo kelate gomo... ni la padahnya cuba meniru chelsea dgn membawa masuk super stars... patut contohi Man Utd, build team around stability, baru kelate bleh jadik kuat, haw haw!!

takpo, esok luso trai mmolek...huhu (<--khas utk penyokong kelate shj, kalu ado...)

good luck NS/Kedah!!

talkIZcheap! berkata...

nak tembak sape Lucy??

Raiden berkata...

El clasico takde preview?? takde pengulas kem Madrid takpon Barca ke?? kata perlawanan antara team galaksi..peh poyo abess..

Aishah Nur Hakim berkata...

pulun jang pulun!! banggo den!

Pet Shop Boys berkata...

Game yg ni gua ada kat stadium ok!....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...