ANDA SEDANG MEMBACA

54

Prebiu: Chelsea Lawan Liverpool

Lucius Maximus Jumaat, Februari 04, 2011 ,


Chelsea are the kind of team I want to play for



Fernando Torres, bekas pujaan dan legenda Liverpool seperti yang kita semua tahu sudah berpindah ke Chelsea dengan kos sejumlah GBP50 juta. Kesan dari perpindahan ini beliau dilabel sebagai pengkhianat dan pemain yang tidak mengenang budi. Sejumlah penyokong Liverpool bertindak membakar jersi Liverpool bertulis Torres sebagai rasa tidak puas hati. Tidak dapat dipastikan jersi ori atau Siam.

Dalam bolasepak moden, pemain datang dan pergi. Ini bukan zaman Pak Kadok atau zaman Kenny Dalglish. Loyalty is dead, long live talent kata orang putih.Zaman bermain dalam satu kelab dari mula mimpi basah sehinggalah sampai ke tahap inkontinen untuk seorang pemain bolasepak sudah tiada lagi. Melainkan pemain itu memang tidak bagus langsung dan tidak ada kelab lain yang berminat mendapatkan khidmatnya. Atau pemain itu terlampau bagus dan hampir mustahil dapat dibeli oleh kelab lain.

Dalam kes Torres, ianya lebih jelas. Pertama dia bukan anak jati Merseyside. Dia datang dari 'sunny Spain' dan memulakan karier beliau bersama kelab Atletico Madrid. Kemudian Fara Benitez bawa beliau ke Liverpool dan aku sendiri sebagai peminat Atletico Madrid berasa agak 'gutted' sedikit tetapi menerima hakikat bahawa setiap pemain bolasepak lazimnya ada dua impian.

Pertama, untuk buat duit. Kedua, menggondol sebanyak pingat yang mungkin. Ini ada dalam diri semua pemain bolasepak. Jangankan Torres, pemain macam Razali Umar Kandasamy juga ada impian sebegitu. Kalau tidak apa jadahnya masih merayap sekitar Jelapang tapi pergi latihan skuad Perak tidak? Beza Torres dengan Razali, seorang profesional dan seorang lagi tidak.

Maka bila Torres ke Liverpool dulu pastinya matlamat beliau ialah untuk buat duit dan menang pingat. Tetapi selepas 3 setengah musim bersama Liverpool, tidak ada satu pingat kejayaan pun yang dapat dikecapi beliau. Umur makin meningkat, rumah pula kata pergi dan kubur kata mari. Larat ke nak tengok asyik-asyik Rudeboy Rooney dan Dubuk Liar saja yang julang piala? Nando pun nak merasa juga.

Maka apabila Chelsea, sebuah kelab tahap tinggi seperti kata Torres, datang mengetuk pintu maka sudah pastilah dalam fikiran waras Torres ianya pilihan yang bijak untuk angkat kaki dan ucapkan sayonara. Seperti mana yang pernah dibuat rakan-rakan beliau seperti Xabi Alonso dan Javier Mascherano. Sekurang-kurangnya bagi Torres hidup bersama Chelsea menjanjikan lebih banyak duit dan prospek memenangi piala yang jauh lebih cerah.

Kerana akhirnya apa yang penting untuk seorang pemain bolasepak sepenuh masa ialah mulut untuk disuap makanan dan hakikat hidup hanya sekali untuk beliau mencipta nama.

Gutted to be leaving Newcastle but I was kind of pushed out the door



Ini apa cerita Andy Carroll ini? Ura-ura mengatakan dia sebenarnya mahu bersama Newcastle United dan tidak langsung teringin ke Liverpool. Tidaklah menghairankan kerapa siapalah dalam dunia ini yang mahu pergi ke 'sinking ship'? Tetapi Mike Ashley macam biasa tamakkan duit maka apabila Liverpool mengibaskan GBP35 juta, berlalulah Carroll ke Liverpool.

Andy Carroll masih muda dan seorang pemain bolasepak yang mempunyai masa depan yang cerah. Bersama Newcastle United musim ini saja beliau sudah meledak 11 gol dalam EPL. Ia rekod yang baik apabila mengambil kira Carroll bermain untuk sebuah kelab pertengahan liga.

Kemudian Carroll pergi ke Liverpool, satu lagi kelab pertengahan liga. Cuma bezanya antara Liverpool dan Newcastle ialah Liverpool kaya sejarah. Tapi itu dulu. Cerita semalam. Cerita basi. Apa yang penting ialah sekarang dan masa depan maka tidak menghairankan apabila Carroll rasa macam taik dipindahkan dari sebuah kelab pertengahan ke sebuah kelab pertengahan yang lain. Talk about career development.

Dan macam Torres, apa yang diinginkan oleh Carroll pastinya duit dan pingat. Bersama Liverpool tidak mustahil beliau akan kecapi kedua-duanya. Tetapi tidak mustahil juga beliau hanya akan dapat duit tanpa pingat. Dan mungkin selepas 2 atau 3 musim Carroll kepingin berpindah ke kelab lain untuk mencari 'holy grail' beliau dan tidak mustahil akan ada kutu-kutu Scouser yang sibuk bakar jersi Carroll pula.

Prebiu

Hari Ahad nanti, kedua-dua pemain ini bakal bertembung dengan masing-masing menyarung jersi kelab baru mereka. Turut serta ialah dua lagi pemain, David Luiz untuk Chelsea dan Luis Suarez untuk Liverpool.

Kalah atau menang itu adat permainan. Tapi sebagai seorang yang lebih cenderung kepada Chelsea pastinya aku harapkan kemenangan Chelsea dan lebih manis lagi melalui gol jaringan Fernando Torres.

Sejak perpindahan Torres ke Stamford Bridge, kem Chelsea di Sokernet telah berdiam diri. Cuma kali ini saja aku bersuara, itu pun bersempena prebiu perlawanan akan datang.

Bagi aku, pemain datang dan pergi dalam satu-satu kelab. Berapa yang dibayar juga aku tidak ambil pusing. Setiap pemain ada penilaiannya, dibuat oleh penjual dan pembeli. Dalam kes Torres kedua penjual dan pembeli sepakat GBP50 juta ialah harga yang sepatutnya. Begitu juga dalam kes Carroll. Siapa kita nak pungpang-pungpang pasal duit berpuluh juta ini?

Adakah Torres pemain yang bagus dan sangat diperlukan Chelsea? Aku pernah menulis tentang hal ini dan menilai antara Torres dan Forlan, pemain yang kini bermain untuk Atletico Madrid, dibeli sebagai pengganti apabila Torres berambus ke Liverpool.

Torres bukanlah pemain yang akan menjamin Champions League atau trofi EPL untuk Chelsea. Tapi dengan adanya beliau maka ia memberi dimensi baru untuk Chelsea dan keupayaan si Nando ini menjaringkan gol sangatlah dialukan, apa lagi di saat Dubuk Liar mengalami kemandulan. Dan oleh kerana Chelsea mampu mendapatkan Torres, why not?

Bising lebih-lebih pun tak guna. Lagi pun bukannya aku dulu lahir kat belakang Stamford Bridge ke apa.

Apa pun, untuk perlawanan akan datang, Chelsea 3 - Liverpool 0.

Tapi kalau kalah, apa ada hal?

54 Ulasan:

pjoe berkata...

"Aku pernah menulis tentang hal ini dan menilai antara Torres dan Forlan,"

HAHAHAHAHAHAHAHA

Obefiend Weiland berkata...

Carroll injured lagi 2 minggu der

Jorge Pereira berkata...

carrol mana main lawan chelsea

aduiii...prebiu spisis ape nih

Awesome Fatin ! berkata...

haha! I like youR entry.
dieowng jeles sebenarnye tue..kiki..

apa pun the blues tetap di hati walau apa pun yg berlaku. PEACE! :)

Berto berkata...

berdendam betul kome dgn Razali Umar Kandasamy ni yob..keh2

ijan berkata...

kerol injurd lg...

paWANgbuaya1 berkata...

masih tak paham ngan kipas mati keras liverpool yang cakap nando ini pengkhianat.. mungkin rata rata kelab itu kelab tempat lahir mereka barangkali..

Ozzz300 berkata...

game mesti bosan. 0-0. typical big four.er..ex big four

Surgeon Ojal berkata...

caroll mane maen laaa.....

abang rabbit maen la dan akan wat hatrik tok liverpool

Lucius Maximus berkata...

Jorge Pereira,

Ini prebiu spesis ditulis oleh gua tanpa dibayar untuk dibaca tanpa perlu membayar oleh lu.

Kalau rasa tak gembira boleh baca Athlete's Footnote kat bawah sekali.

Lucius Maximus berkata...

Aku tak tau pun Carroll injured. Sebab mati-mati aku ingat dia tengah sihat walafiat. Sebab peminat Liverpool banyak yang kondem Chelsea beli Torres GBP50 juta not worth it sebab selalu injured.

Jadi aku ingatkan mesti Liverpool pandai beli player yang tak injured harga GBP35 juta. Rupanya 35 juta untuk yang memang tengah injured. Ceh!

kahirie berkata...

nice info....

Pet Shop Boys berkata...

setuju dgn Lucius...adatlah player pindah team. Torres bukannya Macam Gerrard atau Jamie yang one man team.

teruk ah fan Liverpool ni. Pathetic.

Dgn adanya Torres di Chelsea aku yakin, tahun ni Chelsea boleh menang Champs League. Amin.

jaya jr berkata...

nasib baik boleh komen kat sini..
abang nando pergi,abang suarez mari..
tak kisah sangat laa player yang makin kuat injured 2-3 menjak ni..
patah tumbuh hilang berganti

keli berkata...

Ye mmg btol carroll injured 2minggu tp liverpool beli carroll bkn utk 2minggu je tp utk 5tahon...Torres blah gua rase fan liverpool kt m'sia ni tenang dn selamber je...fan laen jer lebih2 gua tgk...

Lgipon da ader suarez....jd torres no longer important....end of story coz torres is history....pekabo Bennayoun mamat yahudi tu skrg...kakakakaka....

GGMU berkata...

sungguh diplomatik tulisan bro lucy kali ni.

-azlan-

LS berkata...

betul apa bro lucy kata. jarang jumpa player yg true spt ryan giggs yg mengada2 nak pindah team lain. lol.

HAI GGMU! lol cuti 2 hari buat apa kat umah? hehe

GGMU!

hantuLongkang berkata...

player blah, biasa..player blah tanpa bagi option selepas janji nak stay sampai abis season, player takde moral..3 ari bai...tu yang unproven caroll beli sampai 35j(tapi best buy bagi aku)..terpaksa..tambahan, suarez mana boleh main europa league..

torres kena belajar pendidikan moral dengan xabi alonso..dia belajar dengan macherano, tu yang jadi camtu..haha

"the most important people for liverpool football club are the people who want to be here" -kenny-

torres dah tak penting sekarang..yang penting, hantu gigi udah mari..gigit jangan tak gigit..hahah

jerong berkata...

haters pool bising2 sbb fan pool sblom ni dok banggala sgt ngn toreh tu..skrg dia dh blah mestila haters2 pool bergumbira sbb pasni pool akn trus mjunam...hahaha..suarez tu masih panas lg..pasni tumpul la tu..huahuahua...sbenar-benarnya si toreh tu xmo jd legend trophyless spnjg zaman bsama pool..itu pasal dia blah...

keli berkata...

Nnt kalo carroll da ok gua mmg x sabo2 nk tggu mase tu....Suarez, Carroll, Miereles, dgn Gerrard....not bad.

YNWA

mdfaizal berkata...

aku harap2 game ahad nnti, liverpool & chelsea main bagus.

kalo boleh suarez & torres ada score masing2.

kalo boleh, liverpool la yg menang. haha.

keli berkata...

Ye btol liverpool menang

Chelsea 1-2 Liverpool

Skrtel nnt kasi torres injured....kakakaka...

aranhellstorm berkata...

kadang2 aku tak paham juga sokernet ni..

blog pasal bola. bola ada team. bila ada team, ada penyokong. bila ada penyokong, ada macam2 jenis penyokong.

bila menyokong beria2 kelab2 inggeris ni dikatakan lahir kat sana la, orang inggeris (dan selalunya liverpool) celup la..

c'mon man..kita masing2 ade cerita masing2 pasal apa nak sokong satu2 team tu.. so bila menyokong, sokong mesti sokong beria2..sokong mati2..

tapi bila dilabelkan orang tu sokong team mana2 berhempas pulas menegakkan benang yang kering atau basah pasal team masing2 (dan selalunya liverpool) dikatakanlah kepada si polan itu lahir di Merseyside gamaknya sekaligus mematahkan ruang2 berhujah secara sihat atau sekadar pembakaran terbuka..

tapi aku memandang mungkin sokernet mau educate supaya jangan mengagung2kan sangat liga luar berbanding liga tempatan..dan kalau begitu.. i rest my case, but why Liverpool?

btw..lucy, ini taktik reverse psychology. serius akhir kata lu tu, membuatkan aku taktau nak kasi bakar apa kat lu menjelang game Che vs Liv ahad ni.

anyway.. YNWA. (dan kalau aku letak VIVA SELANGOR disini ianya tak berkaitan dengan entry dan konteks)

Pet Shop Boys berkata...

ah diamlah fan Liverpool ni, cakap banyak plak.

Chelsea akan menang ok.

oh ye dah lepas tgk bola tu jgn tidur, sambung solat Subuh terus ok.

aranhellstorm berkata...

esok game jam 11 kot. ok aku diam.

badigol berkata...

Torres on January 10th 2011:
“My head is in Liverpool and on helping save our season. I am professional and I always fulfil my deals.I HAVEN'T CONSIDERED LEAVING, ALTHOUGH IN FOOTBALL THAT DEPENDS ON THE CLUB.”

eswandyasre berkata...

percaturan dunia bola sepak memang menggiurkan ~oh ,ini mungkin strategi fa England untuk menaikkan rating league mereka n indeed mereka berjaya ,who knows !!layan jer hiburan ini ^^

YNWA

PAP berkata...

dua tiga kucing berlari,
kucing berlari mengejar arnab,
bukan sengaja abang torres lari,
sebab sudah datang si abang arnab.

dua tiga kucing berlari,
kucing berlari bersama arnab disisi,
macam-macam ulasan diberi,
janganlah pulak terlalu emosi.

dua tiga kucing berlari,
bila pulak fan pool nak lari?

nu_Ox3r berkata...

" Apa pun, untuk perlawanan akan datang, Chelsea 3 - Liverpool 0.

Tapi kalau kalah, apa ada hal? "

playsafe nmpk.tpi ak rasa liv mng 1-0.time tu nt lucy jgn wat2 xde telur plak ye

kardio berkata...

Abang Luci ni, kot ye pun dah bangang, tapi janganlah tunjuk sangat.

Si Caroll tu kan ke tengah terbaring kesakitan lagi, nak main apa nya.

Lain kali dah bangang jangan pura-pura pandai. Buat malu abang Luci dan keluarga sahaja

Nik Saiful Anuar berkata...

torres ttp idola bolasepak gua

it's ok, el nino have been replaced by el pistolero, hope for be'er chance

game lps main sub, satu gol, game esok, main full, hatrick ye dak??? kehkehkeh

ringo berkata...

suarez masuk, caroll masuk, torres masuk. tapi pemain lama yang akan memainkan peranan penting pada perlawanan tersebut.

liverpool 0-1 chelsea

(carrager own goal)

keh keh

lucyal berkata...

Selama ni apa yg ko predict memang hampeh la lucy..sama mcm dubur liar ko...

now torres is gone and the fan deserve memperlaku kan apa yg sepatut nye atas sebab apa?..

sebab HE IS NOT LIVERPOOL PLAYER ANYMORE AND BERHIJRAH KE RIVAL NYE TEAM...so simple la bro.....adoiyaiiii.....

SyDen berkata...

Butthurt fest tak abis lagi?

3rdfrom9 berkata...

tahniah, lucy team anda mendapat Nando.... YNWA

keli berkata...

Dah muak weeii citer psl torres x abes2.....citer plak psl rooney yg da start score game hri tu ker...psl fabregas sindir refree ker...safee sali da join persib bandung ke...John Henry pye bini yg sgt hot drpd ayu raudhah ker...Selangor bakal champion liga super season ni ker..kakakaka...torres x abes2..

Heysátan berkata...

akak lucy : ang cite mcm nk rak pastu ang x tau andy carroll tgh injured, kahkahkahkahkahkahkahkahah. kah! g cite psl perak la yob, hehs

Mukmin Selamat berkata...

harap-harap Carra main,
biar dia ajar sikit Torres macam dia ajar el-hadji diof.

talkIZcheap! berkata...

kesian Keli...

nak kena tungu Man Utd kalah,
nak kena tunggu Carrol main utk Liverpool...

penantian itu satu penyeksaan...

I feel you, bro!

Awang Joe berkata...

mukmin : harap2 Carra bersara laa...dia dh tua...marking org pn dh x bgus...patut contohi Gary Nev yg br sedar diri ...YNWA.

PAP berkata...

topik pasal abang torres ni penuh dengan emosi dan perasaan luar kawalan yang mendalam dari para fan pool.

mungkin gambar roy keane dah boleh tukar gambar abang torres kot? kasi panas lagi...hehe

komen2 di sokernet sememangnya sukar ditandingi anjingannya..woof..wooof...

PELAUNG PULAU berkata...

http://theaniqin.blogspot.com/2011/02/fernando-torres-song-hq-with.html


Its just to good to be true,
I can't believe you're in blue,
with your skill,your flair and your touch,
you will score goals very much,
Its like Christmas has arrived,
El Nino is part of our side,
Its just to good to be true,
Fernando you are a Chelsea blue,

kahkahkah!!

bowe berkata...

entry separa selamat dr lucy..ceh..ape2 pon kop dan scouse bukan marah sbb nando belah dari liverpool..tp the way die blah tu yg kop marah..die da penah jd buah hati dan lagend liverpool so kop still sygkan die..die boleh ikut cara macam mana alonso,hyppia,risse and luis garcia blah which means still akn dpt warm welcome bile die singgah anfield..

btw slalo lucy google dulu kot psl team sblm review..tp maybe mase kuarkan entry ni xsempat google or da rase diri byk info psl chelsea n liverpool..

just my thought..

Shankly berkata...

kah kah kah . pemain dtg pergi mmg adat bolasepak moden .

tp bila wat press conference dan berkokok .."I felt at home from the first day, I feel the fans love me and everyone knows I am really happy here and really happy to play at Anfield.” - sibangsat pd 3 ogos2010 . - itu namanya tak sedar diri.

oh yah - hutang chelsea memcecah setinggi kLCC kah kah - tu bayar gaji jer tu ..

Ramalan Bookie
Chelsea 1 - 0 Liverpool (HT)
Chelsea 0 - 2 Liverpool (2ndhalf)
--------------------------------------
Chelsea 0 - 1 Liverpool (injured Time )
------------------------------------------------
Chelsea 1 - 3 Liverpool (Full Time)

keh keh keh

sinach zawawi berkata...

Satu ulasan yg tenang dr lucy.ko mmg power ah,wapon salah info sket.

In case of carroll aku rase the price will be lower if its not last min deal by a desperate liverpool.liv lost torres which is not in the plan. Suarez adelah perkiraan utk pair ngan torres di dpan.tup2 tores nk blah las min.

Anyway,hopefully lpas game esok xdela bahan gile2.skang sume panas2.emo tu biasa la.wapon haram xlahir kt tpt tertentu kalo da team yg disokong kompom emo kna bahan.cuma level emo tu base pd org2 la kan.tp kalo asik kna bahan utk 2 season tu paham2 la kan.sume ade limit switch.

Aku rase n arap liv mng wapon 1-0.kasi can la nk naik ni wehh,hehe

Streetwizer berkata...

kardio akhirnya ada point...kah kah kah!!!

Hungga berkata...

Banyak sungguh entri2 yg cuba perlekeh Lpool di Sokernet ni.

Lagi banyak komen hentam Lpool, lagi kuat tandanya yg Lpool mmg kelab terhebat. Kalau Lpool tak hebat, maskan banyak sekali komen hentam Lpool.

Funny baca komen2 kutuk Lpool kat sini..tapi itu tandanya Lpool sentiasa di bibir pencinta2 bolesepak di seluruh dunia..Maybe dia orang ni closet Lpool supporters....lalalalala...

Pet Shop Boys berkata...

aku masih sayangkan Torres, kenangaan indah tak boleh dilupakan begitu saja. Ibarat kekasih lama. u dont want to meet them but u never hate them.(kecuali Mascherano)

aku harap Torres score sebijik.
Dan Suarez score 2 bijik :)

wong kam pung berkata...

ape2 hal kite kne tgk mlm sok saper yg menang....

ayobkelubi berkata...

heleeeehhh safee sali nak belah persib bandung, fan selangor rileks jek.tak bakar pun jersi safee sali..siap buat poster good luck untuk safee lagik..

fan man utd..eh silap..fan liverpool mmg poyo..kah kah kah!.

AbgBeCA berkata...

tu dia eh,patut a sronok menganjing fan2 liverpool ni,emo kaw2 nya,haha

hantuLongkang berkata...

@pet shop boys:
aku tak benci tores...aku marah cara dia blah..adakah itu namanya butthurt?...haha

@ayobkelubi:
good one!..hahah...
fans liverpool memang kepala best kat sokernet ni..they hate us and we love them...haha

Anba berkata...

Luci...
Some liverpool fans are hurt b'coz of the timing of his departure...many had the faith that with king kenny's return and with torres in the team they could atlest go for euro qualifications... yet with his departure...it' left a bitter taste in them...

sally allen berkata...

Ele Luci, buat entri selamat pula. Apa ada hal konon? Kalah karang dalam hati ada taman pula... :P

Rilex la, scousers baru bakar jersi jek, normal la tu simple protes. Kipas mati Maniu lagi teruk, nasib baik AbdulRuniey tu tak kena die!die! ha haa...sian dia birthday party sampai spoiled. Kang kena bunuh sia sia ajek!

Ele Luci dulu lu kutuk Torres kaw2, skrg nak pulak lu dia score utk chelseat lu? Ha ha ha...

Liv trophyless pun bcause of whom? Because of lu juga Torres. Lu the striker, lu patut score. Bukan Reina. :P Lain la lu keeper, jaga gol kaw2 tak penah bolos, tp striker tak score, ok juga ko nak ngada2 pon. :P Baik ko pegi je la, dari ko dok Liv pun tk score gak. Apa ada hal ko pegi , duit marii....leh la bershopping sket.. :P

Apapapun, Ayah Pin dah sms ni.

LIV vs Chelseat = 2-0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...