ANDA SEDANG MEMBACA

16

Prebiu: Sirih Bakal Pulang Ke Gagang

LuciusMaximus Rabu, Januari 27, 2010
Dan Drogba bakal pulang ke Chelsea.


Lagi ganteng dari Rooney


Setelah bermurah hati memberikan peluang Red Devils merasa puncak klasemen, The Blues bakal kembali beraksi malam ini dengan penuh keyakinan dalam pemburuan 4 kejuaraan mereka (EPL, FA Cup, Champions League dan Piala Emas Raja-Raja).

Untuk perlawanan malam ini, Kem Chelsea di Sokernet yakin bakal mencatat kemenangan 3-0.

Koresponden bertugas Encik Obefiend telah diamanahkan untuk melapor terus dari Stamford Bridge malam ini atau dari Restoran Najath di Taman Ehsan seandainya wang peruntukan perjalanan tidak mencukupi.

Sementara itu pasukan kesayangan Abang Pipi (yang sudah pulang dari London dengan hasil temubual bersama Sol Campbell tetapi dilaporkan mengambil maternity leave buat masa ini), Arsenal bakal berentap di Villa Park melawan Aston Villa.

Mereka dijangka kalah. Arsenal juga bakal berdepan Manchester United, Chelsea dan Liverpool dalam perlawanan berikutnya. Kecuali dengan Liverpool, The Gunners sekali lagi dijangka kalah.

Dalam perhitungan yang lain Red Devils bakal menerima kunjungan Tevez and Co. dalam persaingan League Cup. Untuk kepentingan awam sama-samalah kita berdoa Red Devils tunduk lagi kepada Tevez and Co.

Sementara dalam satu perlawanan pelengkap jadual malam tadi, Liverpool mencatatkan keputusan memberangsangkan untuk berkongsi mata dengan kelab setaraf, Wolverhampton Wanderers. Malangnya tidak ada ulasan dari Kem Liverpool kerana yang perempuan dah balik masuk hutan mengajar sementara yang lelaki kini menceburi bidang penulisan novel cinta Islami.

Sidang redaksi Sokernet mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua pengulas dalam profesion baru yang mereka ceburi.

16 Ulasan:

MDM FARAH FAIZURA berkata...

aku akan memperbanyakkan lagi karya cinta islami yang crash. itu tanda protes aku kepada benitez

Alke berkata...

"Dalam perhitungan yang lain Red Devils bakal menerima kunjungan Tevez and Co. dalam persaingan League Cup. Untuk kepentingan awam sama-samalah kita berdoa Red Devils tunduk lagi kepada Tevez and Co" - memang gampang!!! wakakakakaka!!! lu memang pandai buat entri yang bisa menusuk, tak kira gembira atau menyakitkan hati la lucius!!!

deus X machina berkata...

semoga chelsea kalah
arsenal kalah
m.u menang
erk888

talkIZcheap! berkata...

aik? awal balik?? bukan final xman lagi ker?? kui3 =D

deus X machina berkata...

tul gak tu bro
cepat benar pulangnya

Popo berkata...

weh lu pon kaki najath gak ke..
waaahhh femesssnye..

Unknown berkata...

bagus lucy, entry yg pendek tapi padat & panas, bukan yg panjang tp dingin mcm penulisnya dan pasukannya gak...

Wanturd™ berkata...

aikk..untuk kepentingan awam? cuak la tu man u da kat top skang..

deus X machina berkata...

Liveblogging M.U vs City at erk888
3.45 am

pakkordi berkata...

Muka pekerja kat najath tu muka rakyat.

Wanturd™ berkata...

puas tengok game man utd tadi.yeyeahh

sufian berkata...

teves & co lemah...

gascoigne berkata...

Alahai ...macam ni lah mentaliti team EPL. semua nak aim Liga. Cubalah aim tinggi sikit.
International sikit. Champs League tu...kejar yg tu.

mizu_sama berkata...

Untuk perlawanan malam ini, Kem Chelsea di Sokernet yakin bakal mencatat kemenangan 3-0.


hebat la lu lucius...3-0 yg tepat

kata2 seorg loser...aim internasional..ahahaha..gerrad pun da lama kebulur..

mfh berkata...

mizu : tu la pasal.. terlampau nak aim international.. terus tak dapat apa.. keh keh keh..

Ilmi Ahmad berkata...

eh ada la bro.. team tu kan skrg aim europa league cup. international tu. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...