ANDA SEDANG MEMBACA

26

Bola sepak Malaysia, orang Bulgaria dan cinta Islami

MDM FARAH FAIZURA Rabu, Januari 27, 2010
Antara sasaran sokernet pada 2010 adalah menarik lebih banyak pembaca wanita. Jadi antara strateginya adalah dengan menyelitkan unsur cinta Islami di dalam setiap entri. Ini entri percubaan. Semoga selepas ini, akan lebih ramai wanita mengunjungi sokernet dan bengkak-bengkak mata selepas membaca entri cinta Islami di sini.

Crash. (Pembetulan; sebenarya crush, crushes, aku baru belek google. wakaka)
Aku ingat lagi, crash aku semasa aku tingkatan satu, adalah crash yang paling indah dalam hidup. Sebagai seorang lelaki yang dibesarkan dengan wajah Wan Zaleha Radzi, Mas Anizan, Sri Dewi, dan Mahduri Dixit, jadi ofkoslah aku punyai selera yang agak tinggi. (walaupun sekarang aku sedar yang aku agak keterlaluan dalam taste dan tidak mungkin jadi seperti YB Kinabatangan)

Jadi budak perempuan yang aku crash itu, sama sedapnya mata memandang wajah Wan Zaleha Radzi pada waktu itu. Kalau sekarang, sama sedapnya mata memandang Megan Fox. Memang berbaloi. Dan dia adalah budak kelas aku.

Masalahnya, aku agak pendiam, pemalu dan diselubungi misteri. Jadi aku setakat crash sajalah. Aku cuma pandang dia dari jauh semasa hendak masuk kelas, di kantin dan di dewan makan. Aku juga baca nama dia kat jadual bertugas membersihkan kelas dan paling hip, aku duduk di kerusi dia pada waktu rehat. Hanyalah itulah yang mampu aku buat. Agak sedih bukan. Ya memang sedih.

Tetapi, yang agak muskilnya, aku tiba-tiba berubah watak apabila waktu PJK. Waktu PJK aku dulu, kami biasanya bermain bola sepak, bola tampar dan bola keranjang. Apabila bermain bola tampar, lelaki dan perempuan campur-campur. Dan apabila bermain bola tampar, aku tiba-tiba jadik lelaki yang agresif. Aku banyak bersuara, menjerit dan banyak membuat gerakan menarik seperti meloncat di jaring sambil memukul bola. Betul-betul hero. Hairan betul. Entah mengapa aku jadik begitu. Aku sendirik tak faham. Sampailah pada suatu hari, aku ketahuai sebabnya apabila diberitahu oleh orang Bulgaria.

Bulgaria. (pembetulan: sebenarnya aku nak tulis pasal Belgium, tapi dah terlanjur tulis dan google, aku malas nak betulkan. Wakaka. biarlah)
Bulgaria, negara yang di bawah pemerintahan Turki hampir lima dekad. Hanya selepas Turki kalah dalam perang Russo-Turkish War pada tahun 1877–1878 l , Bulgaria merdeka dan memulakan kerajaan monarkinya. Lama sebelum itu, Bulgaria pernah mempunyai empayar yang luas sebelum dijarah oleh Monggol dan dihancurkan ketamadunannya.

Itu dulu. Sekarang Bulgaria, sebagaimana negara Balkan yang lain, awek-aweknya sangat hot. Namun, Bulgaria lebih dikenali dengan pemain genius yang malas yang iaitu Berbatov. Namun, Berbatov bukanlah pemain yang memperkenalkan aku dengan Bulgaria. Aku lebih cenderung kepada Hristo Stoichkov . Hero Bulgaria semasa World Cup 1994. Waktu itu, aku dah tingkatan dua, tapi masih crash lagi dengan budak kelas aku dan dia tak tahu pun. Sedih betul.

Jadi, bagaimana orang Bulgaria itu beritahu aku berkenaan apa yang terjadi

Man Perform Better With an Audience.
Itu yang aku pelajari daripada orang Bulgaria. Mereka sedar mereka tidak mempunyai pemain berbakat dewa sebanyak Brazil. Tetapi Bulgarian Football Union tahu apa yang boleh membuatkan mereka hebat. Mereka perlukan semangat dan mereka juga sangat tahu bagaimana mahu menaikkan semangat pemain mereka. Perempuan? Betul sikit. Jadi apa yang betul banyaknya? Penonton? Ya, penonton @ penyokong.

Itulah yang orang Bulgaria ajar aku. Katanya, Трикольорите . Haram aku tak faham. Tetapi bagaimana aku boleh tahu? Pasal aku tengok Youtube. Nah nikmati youtube di bawah.


Apa macam? Intipati utama daripada iklan itu adalah mengajak penonton memenuhi stadium kerana mereka sangat faham apa itu semangat. Pemain lebih bersemangat bermain sekiranya ada penonton melihat mereka bermain. Apabila bersemangat bermain, main pun jadi bagus. Apabila main bagus, bolehlah ke World Cup.

Tanpa sedar, mereka juga dapat untung daripada tiket yang terjual. Ini semua tak perlu ilmu fekah tinggi untuk faham. (Biasa guna kata 'ilmu roket sains'. Untuk nampak Islami kita guna terma ini pulak). Budak Afrika yang tak pergi tadika pun boleh faham.

Mungkin FAM boleh ambil iktibar daripada Bulgaria. Bilakah kali terakhir FAM mengadakan kempen mengajak penonton memenuhi stadium? Maksudnya, iklan yang betul-betul fokus pada mengajak. Jadi takkan aku pulak yang nak fikir untuk FAM. Lecehlah macam ni. Dahlah training Liverpool kat Mellwood pun aku kena fikir. Mana nak sekodeng FB DDR (Datok Dr Rozmey) lagi. Mana nak jadik delegasi world cup Indonesia bagi bid 2018 dan 2022 Wrold Cup lagi. Tapi demi bola sepak Malaysia aku tolong fikirkan jugak.

1 - FAM boleh gunakan kuasa artis. 10 minit sebelum game, waktu rehat dan selepas game, bawak Bunkface nyanyi kat stadium. Deja Moss, Alyah dan Bob Mesra pun rasanya available. Jadi kompem ramai datang. Kat tiket boleh tulis 'Kedah VS Sabahawk (Konsert Bob Mesra dan Deja Moss)'. Kompem ramai datang kat stadium.


Bob Mesra.


2 - Buat cabutan bertuah. Pada mana-mana penonton yang ada tiket tu, kasiklah cabutan bertuah. Jangan beri sorang jek pemenang. Sekurang2nya beri hadiah kat 100 penonton bertuah. Hadiah, setakat air tin, orang dah syok dah. Paling tidak pun, akses vip ke belakang stage bersama Bob Mesra dan Deja Moss. Kalau rasa tak nak kalah, buat terus cabutan motosikal Modenas.



3 - Kuasa mobiliti dan berkumpul yang paling kuat di Malaysia adalah Mat Rempit. Tengoklah kat mana2 dataran, pasti mereka ada melepak ramai. Bukan itu saja, cakap je nak ke mana, time-time tu jugak mereka sampai. Gunakan kuasa ini. Selain artis, boleh gunakan juga persembahan stunt motosikal kat dalam stadium sebelum game mula, waktu rehat dan selepas. Kompem Mat Rempit kat Kampung Melayu Majidi Johor boleh turun ke Ipoh. Mat Rempit belah Ipoh, Beranang, Tanjung Karang dan Tronoh lagi lah takdak hal. Kompem penuh stadium. Lepak-lepak sambil tengok bola.

4 - Buat peraduan redemption atau bahasa Melayu 1ummah, penebusan semula. Di mana penonton akan mengumpulkan tiket2 mereka selepas tu cantum-cantum kat kertas yang disediakan. Alah macam Gaint dan Guardian tengah buat sekarang. Kalau kertas itu penuh dengan tiket, mereka boleh tebus hadiah daripada FAM. Hadiah cerek elektrik pun orang kita dah rasa dihargai.

5 - Buat iklan macam Bulgaria buat. Kreatif lah sikit. Kalau tiru sebijik2, nanti kena ban kat Kelantan dan Kedah pulak iklan tu.

6 - Gunakan group-group kat FB. Di FB ada sebuah group yang menamakan diri mereka Baca@LRT. Di mana program mereka setiap bulan adalah membaca di dalam LRT beramai-ramai bagi mewujudkan suasana LRT Jepun yang penuh dengan orang membaca. Jadi kerjasama sama dengan mereka, buat program Baca@stadium. Hah, penuhlah stadium. Belum lagi Group yang tidak suka kat blogger Aduka Taruna. Lagilah penuh stadium.Tapi kena fikir cara nak ajaklah.

7 - Antara group yang biasa memenuhi dewan dan stadium juga adalah Group MLM. Gunakan mereka. Galakkan mereka buat BUM (istilah ceramah MLM) kat stadium 10 minit sebelum, waktu rehat dan selepas. Takdak masalah. Group MLM ni dah biasa tepuk2 tangan dan sing along. Kompem stadium gamat dengan laungan “WE ARE THE BEST... BEST.. BEST'. *Tepuk2 tangan*

8 - Benarkan balik pemain import main. Kalau tak nak benarkan, sebelum bermula game, boleh buat perlawanan pertunjukkan bola antara artis. Ramailah orang turun. Ada jugaklah sumbangan artis Malaysia macam Fahrin dan Awal Ashari dalam sejarah bola sepak.

9 - Panggil Nabil buat lawak dan dia pasti cakap, Lu pikirlah sendirik. Aku pun dah penat pikir.

Ok cukuplah sembilan point. Aku dah penat. Tapi aku mengaku, ini persoalan telur dan ayam. Yang mana keluar dulu. Persoalan, pemain main bagus, baru penonton datang ataupun penonton datang baru pemain main bagus? Jadi, kita buatlah part masing-masing. Part penyokong, buatlah part penyokong dan datang sokong, part pemain, mainlah bagus2, dan part FAM, bantu penyokong datang dan bantu pemain main bagus2. Biasanya part FAM yang kantoi.

Mana tahu kita mampu seperti Bulgaria. Tidaklah popular macam Itali dan Brazil, tetapi tetap ke World Cup. Bukankah itu harapan FAM, nak masuk World Cup?

Bourgenvilla girl
Akhir aku tahu, pada setiap kali PJK, aku jadi agresif dan hebat di gelanggang bola tampar sebab adanya budak perempuan yang aku crash itu. Mungkin waktu itu, aku mahu ambil perhatian dia. Ya, budak perempuan aku tetap crash sampai tingkatan 5. Walaupun dalam jangka masa itu aku dah crash banyak kali dengan orang lain, dia tetap crash aku yang terbaik dan manis. Aku cuma gunakan perkataan crash sebab aku memang hanya crash, bukan jenis hantar surat bubuh bedak. Terlepas aku peluang itu, peluang bubuh bedak dalam surat.

Jadi betullah kata orang dulu-dulu, kalau jodoh tidak ke mana. Kami memang tidak ada jodoh, dan dia pun dah ke mana-mana perginya aku tak tau. Cuma yang aku ingat, semasa tingkatan dua atau tiga, lagu Spring – Bouganvilla agak terkenal dan budak itu tulis kat beg dia guna liquid paper – bouganvilla girl.

Tetapi aku bersyukur mengenali dia, kerana dia membuktikan aku adalah lelaki normal kerana masih tertarik kepada wanita. Semoga dia mendapat lelaki yang lebih baik daripada aku yang dapat membimbingnya di dunia dan akhirat. Aku sedar siapalah aku sekiranya hendak dibandingkan dengan dia. Dia umpama pelangi selepas hujan. Aku cumalah burung pipit basah di ranting mati. Kecil, dingin dan tidak mampu berkata-kata bahasa pelangi.

Terima kasih untuk dia kerana pengalaman ini. Alhamdulillah. (Apa macam, endingnya agak Islami bukan?)

Berikut lagu bourgenvilla – spring. enjoi

26 Ulasan:

talkIZcheap! berkata...

crash ke crush??
tp aku suka part "Biasanya part FAM ni yg kantoi"

LOL!

T/t: mmg islamik! =D

MDM FARAH FAIZURA berkata...

aku tak tau. Crash ke crush. ni term aku baru belajar kat blog budak perempuan. aku belasah jeh

talkIZcheap! berkata...

aduss... kantoi! Belgian dgn bulgaria mana sama bro...huhu
baik cepat2 edit, lol!

MDM FARAH FAIZURA berkata...

Terim kasih sebab teliti. hahaha. Siut betul. tersalah google pulak.

talkIZcheap! berkata...

huhu.. sama2, dh mmg adab penulisan (kot? aku rasa lah..huhu)
yg besar2 nmpak r, yg kecik2 xtahu jgk sbenarnyer, huhu...

mizu_sama berkata...

hahahaa...

zexter berkata...

hahaha..dingin mmg terbaik

Unknown berkata...

berunsur islami? ahaks!!

gascoigne berkata...

Tak payah nak cerita pasal cinta untuk attrack aku...aku dah pun memang layan blog ni.

mfh berkata...

wakakakaka.. lawak gila..

kitt berkata...

cadangan2 tu kalu dudk semeja dgn sultan bola mesti best, suh pp bwk gi usul, cepat skit lulus..
serius beb, kalau ditelitikan lagi proposal2 tu,mmg jem la jln ke stadium2 setiap minggu.
Bob mesra pun ada la chance skit nak naik stage, dia pun makin hilang dah skang..

oh,dr rozmey pujaanmu tu dah ade datuk ke..ha,mintak je la dia bwk downline2 dia turun stadium..

sufian berkata...

men perform better with an audience..

memang betol bro..

pizli.mw berkata...

"2 - Buat cabutan bertuah. Pada mana-mana penonton yang ada tiket tu, kasiklah cabutan bertuah. Jangan beri sorang jek pemenang. Sekurang2nya beri hadiah kat 100 penonton bertuah. Hadiah, setakat air tin, orang dah syok dah." <---aku suka idea ni..

pakkordi berkata...

Lu buat gua terkenang lah.

zan berkata...

Tak silap aku dulu masa tahun2 89-90 tiap kali game Selangor ada wat cabutan bertuah (masa tu home kat stadium merdeka) aku pernah simpan tiket konon rasa bertuah la badan tu tapi haram..hahaha

Player main cantek, automatik stadium penuh kot. Tengok game2 Selangor skarang, rasanya dah mula fan datang balik (walaupun game bukan weekend). Yang penting team main sedap. Kalah menang citer lain. Kalau menang tapi main cam najis, kerusi stadium akan terbang ke padang jugak..hahaha

Berto berkata...

hbis je baca, rasa mcm nak g karok nyanyi lagu bourgenvilla ni

Wanturd™ berkata...

kl lwn pahang smlm, penonton tak sampai 200 orang pon. itu termasuk pegawai ngn rela kot.

aishah aurelia berkata...

saya rasa saya dah crash kat awak la kot.. ngehehe

HafizChan berkata...

Player-player bola pakat kawin ngan artis...Cam aidil zaquan, suruhlah bini dia nyanyi kat stadium paroi. peminat pun suka. heh

LuciusMaximus berkata...

Cis Dingin saja nak mengaburi kita semua, sebab Liverpool seri malam tadi lawan kelab setaraf, Wolves

Azri Rotten berkata...

lu punye khesah buat gua rase emo & nak mabuk mencarut-carut dpn kedai nombor. ape pon lu punye khesah tu bleh relate dgn video ni http://www.youtube.com/watch?v=RF3cj6Q346k hahahaha!

Ajeossi berkata...

kah2..
sesuai gak kot lyan Paramore punya lagu..
crush,crush,crush...

ChiKa berkata...

Yup...disebalik kejayaan seorang lelaki pasti ade perempuan di belakangnya.Err..ni kira x kuar topik kan ni..??

thoyol berkata...

haha..

skrg juga aku nak buat kempen mari ke stadium selangor.

afterc berkata...

hafizchan: bini aidil zaquan tu pelakon. apa kes nak suruh nyanyi.. TQ

HafizChan berkata...

owh...pelakon ke. hmm takleh nyanyi eik. muahaha.
aku pom dah amik gesaan dingin ntuk menyelitkan unsur2 cinta dalam karangan bola...heh


http://hafizshinchan.blogspot.com/2010/01/bolasepak-dan-perihal-mempertabatkan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...