Epilog
Aku suka lagu Epilog Cinta Dari Bromley nyanyian Sohaimi Mior Hassan. Sohaimi Mior Hassan anak jati negeri Perak dan lagu-lagu beliau memang mahakarya. Siapa yang tak suka Epilog Cinta Dari Bromley atau Suhaimi Mior Hassan memang tak layak baca Sokernet.
Liverpool sebuah kelab yang hebat, macam Sohaimi Mior Hassan dan itu tidak dapat dinafikan. Begitu juga dengan Manchester United. Tapi kekuasaan dan kehebatan itu tidak kekal selama-lamanya.
11 dari 18 kejuaraan liga yang dimiliki Liverpool dimenangi dalam dekad 70-an dan 80-an. Sebanyak 18 musim memperlihatkan Liverpool mencapai kedudukan 3 tempat teratas. Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan dan Kenny Dalglish menjadi nakhoda zaman emas Liverpool. Sepanjang 2 dekad ini cuma Arsenal, Aston Villa, Derby County, Everton, Leeds United dan Nottingham Forest saja yang sekali-sekala berjaya merampas takhta liga dari menjadi hak milik mutlak Liverpool.
Di mana Manchester United? Sekadar pelengkap jadual perlawanan. Malah pernah disingkir ke Divisyen 2 dalam dekad 70-an.
26 tahun lamanya sebelum kejuaraan liga kembali ke Old Trafford. Di bawah Alex Ferguson, Manchester United mendominasi dekad 90-an dan dekad pertama milenium ketiga. Dari 18 kejuaraan liga mereka, 11 dimenangi oleh Alex Ferguson dalam tempoh 2 dekad ini. Hanya Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Leeds United sekali-sekala memecah dominasi Manchester United. Ini zaman emas Manchester United.
Maka tidak ada yang pelik jika 20 tahun sudah berlalu tanpa Liverpool memenangi kejuaraan liga. Bukan tidak salah, tapi tidak pelik.
Salah tetap salah. Dan beban penyalahan itu terletak pada Liverpool. Maksud aku pengurusannya. Bukan penyokongnya.
Selama 20 tahun mereka gagal merencana rancangan yang baik untuk menggugat dominasi Manchester United. Cuma musim lepas saja yang boleh aku akui di sini sebagai persaingan terbaik pernah diberikan Liverpool kepada Red Devils.
Selebihnya, Liverpool terpaksa berterima kasih kepada Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Leeds United yang membantu mengekang Manchester United dari membolot semuanya. Juga tidak lupa kepada Newcastle United yang walaupun tidak pernah menang tetapi paling kurang pernah membuatkan Alex Ferguson berpeluh.
Barisan pengurus yang pernah mengemudi Liverpool pasca Dalglish, pada pendapat aku, bukanlah mereka yang berpotensi menjuarai liga. Souness mungkin pernah menjuarai liga Scotland tapi itu bersama Rangers, sedangkan Ferguson melakukannya dengan Aberdeen. Evans dan Houllier? Lebih kepada tiada apa-apa. Benitez? La Liga bersama Valencia ketika Real Madrid dan Barcelona melalui pancaroba, yang kemudian gagal dihidupkan kembali sentuhannya di England.
Tentang pemain? Dari Nigel Clough hingga ke Alberto Aquilani sayang Liverpool tidak mampu menyaingi Manchester United dari Eric Cantona hingga ke Wayne Rooney. Atau Dimitar Berbatov yang lebih kepada flop poppy.
Tapi pastinya ada sinar di hujung terowong. Empayar Manchester United tidak akan kekal selamanya. Alex Ferguson sudah memberi bayangan beliau akan berundur dalam masa terdekat dan hulubalang di Old Trafford sudah pun mula memerah otak mencari penggantinya.
Setiap ruang vakum wajib diisi. Manchester United mungkin kekal sebagai kuasa dominan untuk beberapa tahun pasca Ferguson, sama seperti Liverpool selepas Bill Shankly mengundur diri.
Mungkin juga tidak. Arsene Wenger komited bersama Arsenal dan skuad muda beliau bakal menjadi dewasa. Carlo Ancelotti pula komited bersama Chelsea dan beliau mempunyai pengalaman dalam menjadikan pemain berusia kekal bertenaga.
Bagaimana dengan Liverpool? Atau mahu berikan dekad berikutnya kepada kuasa baru seperti Tottenham Hotspur dan Manchester City?
Aku serahkan pada Dingin, Jannah dan juak-juak Liverpool seperti Shankly, Jarr, Mangifera dan lain-lain.
Prebiu: Liverpool Lawan Chelsea
Hari Ahad ini kita semua bakal bertumpu ke Anfield dalam apa yang boleh dikatakan sebagai ujian paling getir buat Chelsea.
Menang dan prospek menjuarai liga kekal cerah. Kalah dan kemungkinan kejuaraan liga milik Manchester United.
Liverpool mungkin berada dalam musim terburuk mereka semenjak kali terakhir menjuarai liga 20 tahun yang lampau. Tapi mereka yang kaki bangku dan otak tepu saja akan menganggap Liverpool ialah kari ayam yang enak dibedal.
Dan mereka yang menganggap artikel English Reds ditulis sebab mahu memberi tekanan psikologi agar Liverpool menyerah bulat-bulat kepada Chelsea, apa kau ingat Rafael Benitez faham ke kalau dia baca Sokernet?
Liverpool akan bermain habis-habisan Ahad ini. Sama seperti musim 1994/95 bila mereka menundukkan Blakcburn Rovers biarpun risikonya membuka peluang buat Manchester United menjuarai liga. The Reds adalah kelab tradisi yang kaya dengan sejarah. Mereka perlu menjaga prestij dan kejantanan mereka, bukan melondeh seluar kepada Chelsea agar rekod mereka tidak lebur di tangan Manchester United.
Untuk sekali ini, aku tidak letakkan sebarang tilikan. Kita tengok sajalah perlawanan hari Ahad nanti.
Minggu Terbaik
Inter, kelab kesukaan di Itali layak ke perlawanan akhir Champions League, menentang Bayern Munich yang bukanlah satu kegemaran peribadi. Atletico Madrid, kelab kesukaan di Sepanyol layak ke perlawanan akhir Europa League, menentang Fulham yang merupakan seteru Chelsea.
Sementara itu skuad remaja Chelsea seri 1-1 dengan Aston Villa dalam perlawanan akhir pertama FA Youth Cup. Perlawanan kedua akan diadakan di Stamford Bridge Selasa depan.
Harap-harap semua perkara baik ini berlanjutan hingga hari Ahad nanti.
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PENGULAS
ARKIB BLOG
- Jun (1)
- Mei (12)
- April (10)
- Mac (4)
- Februari (9)
- Januari (117)
- Disember (2)
- November (10)
- Oktober (6)
- September (9)
- Ogos (4)
- Julai (5)
- Jun (13)
- Mei (20)
- April (21)
- Mac (39)
- Februari (27)
- Januari (44)
- Disember (22)
- November (42)
- Oktober (70)
- September (46)
- Ogos (33)
- Julai (28)
- Jun (9)
- Mei (34)
- April (28)
- Mac (57)
- Februari (61)
- Januari (76)
- Disember (93)
- November (88)
- Oktober (60)
- September (74)
- Ogos (67)
- Julai (59)
- Jun (86)
- Mei (51)
- April (54)
- Mac (41)
- Februari (43)
- Januari (34)
- Disember (34)
- November (60)
- Oktober (49)
- September (45)
- Ogos (62)
ARTIKEL MESUM
-
Adat bermain bola sepak antarabangsa, setiap kali sebelum perlawanan para pemain akan berbaris untuk sesi fotografi sebagai tanda kenang-...
-
PENGAKUAN EKSLUSIF DANIEL GUIZA Daniel Guiza, yang kelihatan sugul, sayu dan marah ketika ditemubual sejurus tamat perlawanan an...
-
"Saya tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan terhadap satu pasuk...
-
Ong Kim Swee kata, "saya tak tahu nak cakap apa". Tak apa, aku tahu nak cakap apa. Hal Malaysia kalah kepada Bahrain...
-
Sebenarnya, kalau nak baca cerita bola yang menyebut: 1) Pemain negara janji aksi terbaik 2) Jurulatih negara janji aksi terbaik 3) Peng...
-
Bola sepak tidak memerlukan Ultra, Ultras, Ultraman, Ultimate Warrior, Ultra Racing dan sebagainya. Ia hanya memerlukan penyokong yang jujur...
-
Ini abang Mansor Abdul Khoni, jika tak silap aku orang panggil dia Tok Mo. Siapa rajin tengok acara sukan yang melibatkan Malaysia past...
-
Gua nak tanya, apasal lu orang sibuk sembang pasal nama gua sekarang ni? Belia Sabah mahu digunakan digunakan gelaran Harimau Malaysia, ...
-
Di dalam perlawanan yang serba tidak mendebarkan ini, Harimau Kepala Bana telah memperoleh kemenangan yang dicari-cari dah diharapkan oleh ...
LABEL
abang pipi tak boleh cakap besar lagi
(38)
Amboi amboi amboiiiii Mencester...
(8)
Another day at the office
(2)
argentina for world cup
(5)
argentina tanah asal lisa surihani
(5)
arsenal kelab bebudak emo
(21)
arsenal kelab ratu cantik
(13)
Arsenal Kelab Terhebat Di Alam Semesta Hingga Akhir Zaman (tm)
(16)
Arsenal power
(58)
as roma
(1)
bakar membakar amalan kita bersama
(8)
bebola merah liverpool
(3)
Berita Sokernet
(22)
Bermain futsal suatu ibadah
(5)
biar jasa jadi kenangan
(3)
bila manchester seri hilanglah seri muka nazri jorji fdausamad
(5)
bolasepak 101
(5)
bolasepak itu art
(6)
bolasepak malaysia
(56)
bolasepak sebenar
(7)
Brazil
(2)
bundesliga
(13)
cerita piala dunia
(3)
chelsex
(6)
copa libertadores
(5)
debar derbi sedunia
(5)
dingin
(14)
engerland oh engerland
(6)
England
(3)
everton adalah my second team
(3)
FAM
(6)
FAM ke lorong Haji Taib
(7)
Fulham F.C
(1)
Futsal Sokernet
(7)
Holland de Oranje
(4)
Jane loves Spain
(7)
janeallbitterandsarcastik
(1)
jannah melapor diri
(34)
johor fc
(3)
Jom futsal
(4)
kedah fa
(4)
Kejor Yob Kejor
(14)
Kelantan
(14)
kem liverpool
(32)
klasemen
(26)
koresponden piala dunia 2010
(12)
liga eropah
(5)
liga juara-juara untuk mereka yang layak bergelar juara sahaja
(1)
liga korea
(1)
liga mesia
(1)
lisa surihani i love you
(2)
liverpool - sandarkan pada kenangan
(20)
Liverpool menang semua piala pada musim ini. semua tak boleh lawan Liverpool. Liverpool hebat dan power gilerrr siuuuut.
(15)
lm
(232)
mainan budak-budak arsenal
(12)
man u kalah
(3)
manchester united menang
(3)
Manchester United pasukan yang suka merendah diri
(7)
Masih di top 4
(1)
Ob
(146)
Parodi Bolasepak Jangan Emosi Sudah Bro
(30)
paul the octopus
(2)
penulis tamu
(12)
Perak Darul Ridzuan
(10)
pesanan khidmat masyarakat
(10)
Piala Dunia 2010
(39)
piala malaysia
(14)
pipistuta
(90)
prebiu chelsea
(23)
rebiu chelsea
(42)
rebiu Fulham
(4)
Sarah Brandner
(4)
Satu Tumbukan Padu Ke Udara
(8)
sayonara sayonara
(1)
selamat hari jadi
(1)
selamat hari raya
(5)
Selangor
(5)
seoul fc
(1)
serie A
(4)
st pauli
(2)
stadium piala dunia 2010
(11)
sultan bola
(5)
Team paling kewl semenjak manusia kenal tits and boobs
(1)
True Sokernet Stories
(8)
Video Bola
(34)
who lets the drog out
(7)
world cup
(7)
yuna suka jerman
(8)
zigger zagger zigger zagger oi oi oi
(5)
SENARAI JUARA EPL
1992–93 Manchester United
1993–94 Manchester United
1994–95 Blackburn Rovers
1995–96 Manchester United
1996–97 Manchester United
1997–98 Arsenal
1998–99 Manchester United
1999–00 Manchester United
2000–01 Manchester United
2001–02 Arsenal
2002–03 Manchester United
2003–04 Arsenal
2004–05 Chelsea
2005–06 Chelsea
2006–07 Manchester United
2007–08 Manchester United
2008–09 Manchester United
2009–10 Chelsea
2010–11 Astro
2098–99 Liverpool
1993–94 Manchester United
1994–95 Blackburn Rovers
1995–96 Manchester United
1996–97 Manchester United
1997–98 Arsenal
1998–99 Manchester United
1999–00 Manchester United
2000–01 Manchester United
2001–02 Arsenal
2002–03 Manchester United
2003–04 Arsenal
2004–05 Chelsea
2005–06 Chelsea
2006–07 Manchester United
2007–08 Manchester United
2008–09 Manchester United
2009–10 Chelsea
2010–11 Astro
2098–99 Liverpool
LANGGANI RSS KAMI
29 Ulasan:
-copy paste-
Liverpool boss Rafa Benitez has announced that he is to sign a team of top lawyers in a bid to help Liverpool to qualify for the Champions League. Unhappy at refereeing decisions which have gone against his side all season, Benitez has decided to sue any officials who may make decisions which he does not like.
It is thought that he got the idea from Russia, where Dinamo Moscow are already considering action following a disputed penalty decision in their match against Grozny. One disgruntled Dinamo official said "In the old days we would have just shot the bastard and sent his family to the gulag. How times change!"
-sekadar lawak...
Dan mereka yang menganggap artikel English Reds ditulis sebab mahu memberi tekanan psikologi agar Liverpool menyerah bulat-bulat kepada Chelsea, apa kau ingat Rafael Benitez faham ke kalau dia baca Sokernet? --- aku gelak tak ingat dunia!
apa-apa pun good luck untuk liverpool sabtu ni.
terima kasih lucius!.
an optimistic writing . rational and believe .
umur lu berapa lucy ?
rafa benitez bole pakai google translate kot
"Rafa boleh blah", bisikan hati Mascherano setelah membiarkan secara sengaja Forlan menjaringkan gol semalam.
dari artikelnya aku boleh mengagak umur Lucy ni 45 tahun....tua sikit dari Pak Kordi. Kan?
wpun aku diancam pelempang mandailing, wpun r.k. benci aku, aku akan tetap terus memberi komen di sini, macam aku kata kat orang lain, aku kata kat diri sendiri: rileks la bro!
lucy, statement paragraph 20 hg tu sungguh tersangatlah kelakar tau...
well, just to remind, I begin my comment with these words "to all livepool fans"...
tp kalau fara benitez, gerrard nak mai baca pun boleh, kan ada google translation tu, huahua...!
Matang sungguh karangan ni..dah macam buat tesis sport science peringkat phD lak
nice entry lucy.
-YNWA.
mcm cerpen lagi... oh! kenapa aku pitam?
satu lagi ulasan Lucy yang aku salute, Nice One!!
Yup, aku harap semua perkara baik akan berterusan untuk Chelsea sampai habis musim, 3 game je lagi..
aku suka entry lucy kali ni...terima kasih lucy...
YNWA...
aih playsafe nampak? siap xmo predict. takut kena bahan la tu kalau kalah haha
wah... ada epilog cinta luka ni..
hehehe.
ya betul. Lucy play safe tu..play safe.
go Liverpool yeah!
GGMU.
aku dah lupa sapa yg ckp tp aku rase aku setuju yg si Lucy ni bdk nerd....Nice Lucy!!!
hahahah....
GGMU - Gay Gay Man United
lucy tanak tapi aku nak gak..aku predict liverpool 0-3 chelsea..prediction aku bkn dari bookie tapi berdasarkan kajian terhadap current performance, campor sikit analisa vektor emosi, spirit, fitness, mentaliti lps europa dan juge faktor lucas..hahahaha..drogba 2 bijik malouda sebijik..hehehe..
power gak arsenal ek...
kalau kanak2 meriam boleh menang kat Anfield, kenapa tidak team dewasa Chelsea??
Sekadar renungan..
dengan full team pon blom tentu Liverpool lepas ngn Chelsea...
-better gay than blues~
hoho..
bru ada peluang nk komen...
prediction..history..mind games... ketepikan dulu..
kalo Liv menang pon tp MU kalah dgn Sunderland, tetap celaka keadaannya..haha..
artikel yang neutral sahaja bunyiknye..
langkah2 keselamatan mungkin? hehe
Maximus! Maximus!
Dreams and Magic aren't over yet!
Aku dah biasa terluka dengan Blues. Do or Die biasanya die or choke dua tiga musim ni. Tapi hope is a good thing, I hope all is well and ends well.
aku sokong liverpool....kene menang lwn Chelsea.
yay..obi wan kenobi x main malam besok....
tangki minyak liverpool dh kosong ms lawan atlico aritu.. so gua rs liv x ckup power nak jumpa chelsea yg full tank mggu ni.. pape pun bola itu bulat.. MU pun x semestinya leh menang ngan sunderland..
gua syak, game mlm esok antara game bosan..
Layan villa-city lagi masyuk kot..Percayala cakap gua..
hrrrmmm...lucy, hang ni closeted liverpool fan ke? hahahahha.
bagi aku, memang kena akui musim ni paling teruk yang liverpool pernah lalui. hakikatnya, apa yang liverpool perlukan adalah funding. and aku mengharapkan rumors pasal penjualan liverpool tu betul dan diharapkan pemilik baru memberikan injuksi kewangan kepada liverpool untuk membaiki keadan skuad liverpool.
sebagaimana spurs yang beberapa season lepas dijangkakan relegated to championship akhirnya bouncing back from "death" like phoenix, liverpool pun kena buat benda yang sama. bouncing back not new things to liverpool but can it be done when the situations and morale are not at favorable condition?
you need believe and faith. long live liverpool.
YNWA
yeay.
TYVM gerrard =)
Catat Ulasan