ANDA SEDANG MEMBACA

44

Prebiu Chelsea Lawan Inter - Memecahkan Yang Menjalankan

LuciusMaximus Selasa, Mac 16, 2010
Lepas lawan West Ham United hari Sabtu lepas, aku ada duduk makan spaghetti dengan Carlo Ancelotti dan juga lagenda The Blues, Gianfranco Zola.

Turut serta ialah Marion Caunter, pengacara MyEG Xtra Time. Itu pun sebab aku ajak join sekali. Kalau tak kerusi memang reserve untuk wakil Sokernet saja.

Sambil makan, Zola buka mulut.

“Saya pikir Chelsea telah mendapat keuntungan besar.”

Ancelotti meletakkan sudu dan garfu. Aku dan Marion hanya terdiam.

“Inter cenderung berubah pembentukan sering, bahkan selama perlawanan,” jawab Ancelotti. “Kita terbiasa untuk ini dan mungkin perlu beberapa penyesuaian tapi apa yang penting adalah kita bermain permainan kita, tidak menyesuaikan formasi kita untuk bagaimana mereka bermain.”

Aku hafal sebaik mungkin kenyataan Zola dan Ancelotti dalam kepala. Marion pula keluarkan buku nota merah jambu dan pen merah jambu dari tas tangan merah jambu beliau, cuba mencatat sesuatu.

Aku tarik dan ramas tangan Marion sambil berikan jelingan tajam. Perjanjian aku dengan gadis kacukan Portugis-Cina ini, hanya Sokernet boleh buat laporan eksklusif perbincangan Zola dan Ancelotti. MyEG Xtra Time hanya boleh buat ulasan masakan Itali di Stamford Bridge.

“EPL mungkin lebih kompetitif dari Serie A dan punya kelajuan yang berbeza dan kualiti yang berbeza. Saya ingin melihat bagaimana Inter mengatasi dengan,” balas Zola sambil tersengih, seolah meletakkan cabaran kepada bekas mentor beliau.

Marion di sebelah buat muka manja. Sebagai penulis Sokernet yang komited aku setia pada etika kewartawanan, tidak boleh bagi maklumat eksklusif pada pesaing Sokernet. Tapi sebagai gadis genit yang seksi, Marion memang pandai menggunakan aset yang ada untuk menggoda.

Aku kuatkan iman sambil cuba baca ayat pendinding.

“Kita tidak boleh berfikir tentang Inter berada di luar bentuk. Mereka telah menunjukkan diri sebagai tim kualiti tertinggi dan sangat kuat. Kita harus mempersiapkan sebuah pasukan Inter yang bermain sepak bola terbaik mereka,” tegas Ancelotti penuh waspada, tidak mahu terperangkap dengan provokasi bekas anak muridnya.

Marion melepaskan tangan lembutnya ke ribaan aku. Dengan pantas aku cuba kendurkan apa-apa yang mula ketegangan sambil berbisik dengan nada keras menyuruh Marion makan tembikai susu yang ada di atas meja.

“Semua orang lebih tajam, itu sesederhana itu. Milan, Inter, Roma dan Juventus adalah tim yang sangat baik tetapi tidak setajam pasukan EPL,” pintas Zola yang pada tahun 1997 memintas barisan pertahanan Manchester United untuk meledakkan bola ke dalam gawang. Tidak terjangkau oleh Peter Schmeichel hingga digelar Pak Alex, ‘clever little so-and-so’.

Ancelotti diam seketika. Aku pula memikirkan kata-kata Zola, ‘semua orang lebih tajam, itu sesederhana itu’. Tinggi makrifat ayat Zola ini. Memang susah kalau tidak pandai bahasa Itali dan terpaksa guna Google translate.

Ancelotti masih diam. Marion pula menghabiskan hirisan tembikai susu yang terakhir, menikamnya dengan garfu yang tajam. Tapi mungkin tidak setajam pasukan EPL bak kata Zola.

“Kita akan keluar dari jalan kita untuk memecahkan yang menjalankan,” Ancelotti tiba-tiba bangun dan bersuara penuh yakin. Zola tersenyum, aku terdiam sementara Marion pula hanya memegang garfu.

Dalam bahasa orang putih, “we will go out of our way to break that run”.

Dengan kata semangat itu, aku yakin Chelsea boleh menamatkan perjalanan The Special One malam ini.

Atau jika tidak, aku akan berhenti buat ulasan Champions League dan fokus lebih kepada Copa Libertadores.

Marion dah pesan, kalau jadi pergi Amerika Selatan dia nak ikut. Aku pasrah.




Marion Caunter bersama tembikai susu, barangkali.

44 Ulasan:

deus X machina berkata...

urgghhhhhhhhhh

Point of View berkata...

ni citer chelsea vs inter atau citer marion dgn tembikai susu?

Jarr berkata...

minat btul lucius ngan slut from penang ni ekk?ekekekekeke....

tapi ancelotti ada ramuan ratatouille dia tersendiri..kita tunggu dan lihat.

akulafix berkata...

barangkali mungkin

Shahrul Tanaka berkata...

wow marion ;)

BanDeLa berkata...

chelsex!!!!!...

Unknown berkata...

ulasan awal perlawanan yg sudah lamex keluar. terbaik. marion pown terbaik gk. lu pon baik gk lucius

janggout berkata...

aku pn ttbe minat kt marion. haha

Amir Hamzah berkata...

Mamat baju merah dlm gambar tuh mmg pasrah~~~

brandon flowers berkata...

ko ni kuat sgt baca goal.com versi indon agaknya.

Kamarul XY berkata...

aku pung...

Cob Nobbler berkata...

lucy fazura takde sekali ke?

.Gory. berkata...

ranum gile!

palytoh berkata...

bf dia tokey NAZA eh?

iampali berkata...

kahkah..mamat baju merah tu. pasrah habis

mizu_sama berkata...

baca artikel berunsurkan bahasa indonesia memeningkan kepala aku.

tapi bila tengok tembikai susu,aku paham dan mengerti. RANUM!

kareem berkata...

mmg smua kaki seks dari player sampai le kepada pengulas mereka....

Raiden berkata...

terdiam ak seketika melihat tembikai susu..wow!!

Awie berkata...

eeerrmmmm....tembikai susuuuu

Awish berkata...

daaaaaaaa........

boxsystem berkata...

hahaha komen terbaik dari kareem!

agak2 nye kem Chelsea pasni senyap la sikit yer?

palytoh berkata...

berakhirlah sudah riwayat chelskandal utk kempen CL XD

feroz_sulaiman berkata...

hahahahahahahahahahahaha

John Lanun berkata...

The Blues sudah tumbang..
KASIHAN X PERNAH PEGANG CL CUP!!!

KAH KAH KAH

LONG LIVE ITALIAN CLUBS!!!

zackey berkata...

chelsea byk sgt mkn tembikai susu...sbb tu xblh nk tembus lucio n samuel...kakaka

Unknown berkata...

fokus lebih kepada Copa Libertadores.

s t a b i l z berkata...

Ancelotti boleh balik kampung tanam jagung.

faizalnizam berkata...

*senyum senyum* sambil membayangkan stage CL seterusnya tanpa Chelsea.. seronoknya dunia ..

alah... kalo Eto'o tak boh gol pun.. Chelsea tetap kalan aggregat 2-1. muahahahaha..

tahniah buat Chelsea ! dan Drogba juga sebab dpt hadiah daripada referee.. hehehe

Shank berkata...

"naper george" sapa ku ..

"sedey dow" jwbnya penuh hiba ..

"Chelsea kalah .." katanya lg ..

sambil menepuk² bahunya..ak berkata

" kalah menang tu adat dow .."

"dah lah kalah .. tempat sendiri kad merah pulak tu.." jwbnya smbil melap ingus nya yg meleleh..

"kempunan 7 keturunan " ak jwb smbil jeling tembikai susu awek indon yg jadi cleaner..

" ni borang " smbil dia hulurkan sampul surat urusan seri paduka baginda ..
aku buka perlahan²..

dan baca ..

RE:Permohonan utk menjadi peminat kelab bolasepak ENgland (kecuali Man Utd , Arsenal dan Chelsea )...

"oic" ..aku tersenyum sambil jeling tembikai susu awek yg jaga counter ..

tiba tiba .. dtg seorg budak ..

Stamford bridge falling down..
falling down..
falling down..
falling down...


kami gelak ramai² ..

kah kah kah

I Am Legend berkata...

shankly lu buat lawak ke apa?

Union Equatoriale berkata...

lucy - kahkah, kami nantikan ulasan copa libertadores mu

shankly - kalo takleh buat lawak komen biasa2 je la

SocketWorld berkata...

WHY Chelsea WHY?
Stanford Bridge is FALLING DOWN........

Alke berkata...

Stamford Bridge has been unstable since the start of the season.Drogba? his diving reputation exceed the likes of CR7.

Tapi sebenarnye Drogba tak bley main....General Junma and Kolonel Ike Dubaku from Sangala dah pesan, kalau dia score, habis Ivory Coast depa serang. Hari tu tembak bas, kali ni tembak bas lagi.

Maaf, orang gembira ni kadang2 cakap mengarut.

City Laundry Cafe berkata...

shankly....ko minum lagi yek????

Trekker berkata...

copa libertadores please!!!!

SFB berkata...

marion? meh.. merecik siot...

aranhellstorm berkata...

keh keh keh... takpe kalah awal2..kalau kalah kat final lagi sakit hati... keh keh keh...

"melepasslah lagi....." bak kata Dato SM Salim...

Heysátan berkata...

haha...kan dh menyesal poyo awal2...kesian kt marion je...hehe

Unknown berkata...

the london pride belong to us...hehe,to the KOPerasi - ok la dari x pas langsung

Heysátan berkata...

fukin glamorous london...

V sign

dueng berkata...

london pride? what pride?

tak menang jangan nak cakap. dah menang final boleh gebang. tq. :)

ska berkata...

Aku tolong translate bley?

Past versus West Ham United last Saturday, I sat there eating spaghetti with Carlo Ancelotti and The Blues legends, Gianfranco Zola.

And is also Marion Caunter, attorneys MyEG Xtra Time. That is why I invite join once. If I was reserve seats for representatives Sokernet only.

While eating, Zola open mouth.

"I think Chelsea have a big benefit."

Ancelotti put the spoon and fork. Marion and I am just speechless.

"Inter formation often tends to change, even during the game," Ancelotti answer. "We got used to this and may need some adjustment, but what is important is that we play our game, do not adjust our formations to how they play."

I know very well possible statement Zola and Ancelotti in the head. Marion is out notebooks and pens pink pink pink handbag from her, trying to record something.

I pull and ramas hands while Marion gave jelingan sharp. Agreement with the girl I am Portuguese-Chinese hybrid, only Sokernet can create reports and exclusive discussion Zola Ancelotti. MyEG Xtra Time can only make comments Italian cuisine at Stamford Bridge.

"EPL may be more competitive from Serie A and have different speeds and different quality. I want to see how overcome with Inter, "Zola while tersengih response, as the challenge to put his former mentor.

Marion on the face was spoiled. As a writer I Sokernet committed faithful to ethical journalism, can not be exclusively for information on competitor Sokernet. But as the flirtatious girl sexy, Marion is clever use of existing assets to seduce.

I strengthened his faith while trying to read the sentence EXCELLENCE.

"We can not think about Inter outside form. They have shown themselves as a team the highest quality and very strong. We must prepare an Inter team who played their best football, "Ancelotti firm full alert, not trapped by provocation former child students.

Marion Lembutnya to release the hands ribaan me. I quickly tried kendurkan any tensions that began to whisper while the hard tone commands Marion eating watermelon milk that is on the table.

"All people are sharp, it's as simple as that. Milan, Inter, Roma and Juventus are a very good team but not setajam EPL team, "the shortcut Zola in 1997 line of defense intercept Manchester United to meledakkan ball into the goalpost. Not terjangkau by Peter Schmeichel until called Pak Alex, 'clever little so-and-so'.

Ancelotti briefly silent. I also think the words Zola, 'all the more sharp, it's as simple as that. High Enlightenment Zola this sentence. It is difficult if not clever, Italian and had to use Google translate.

Ancelotti is still silent. Marion also spent the last milk watermelon slices, spear with a sharp fork. But may not setajam EPL teams bak said Zola.

"We will go out of our way to break the run," Ancelotti suddenly wake up and confident speech. Zola smiled, I clam up while Marion was only holding fork.

In the language of white people, "we will go out of our way to break that run."

With that spirit, I am confident that Chelsea can end the trip The Special One tonight.

Or if not, I'll stop was Champions League review and focus more to the Copa Libertadores.

Marion dah messages, so if he goes I follow South America. I do anything.

tajulchelsea berkata...

1992–93 Manchester United
1993–94 Manchester United
1994–95 Blackburn Rovers
1995–96 Manchester United
1996–97 Manchester United
1997–98 Arsenal
1998–99 Manchester United
1999–00 Manchester United
2000–01 Manchester United
2001–02 Arsenal
2002–03 Manchester United
2003–04 Arsenal
2004–05 Chelsea
2005–06 Chelsea
2006–07 Manchester United
2007–08 Manchester United
2008–09 Manchester United
2009–10 Chelsea

Sarabat berkata...

pehhh...tak ingat punyee!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...