ANDA SEDANG MEMBACA

28

Pos Pasca Khutbah Jumaat

(UPDATE BY NAZRI DI BAWAH SEKALI)

1. Aku dah janji akan tulis pasal Copa Libertadores sekiranya Chelsea terkeluar dari Champions League. Oleh itu aku tekad penuhi janji walaupun mungkin tidak semua perlawanan Copa Libertadores aku dapat cover, tapi aku cuba sedaya upaya.

2. Aku tulis apa yang aku nak tulis dan bolasepak bagi aku adalah alam sejagat. Selama ini aku tulis pasal Major League Soccer, Debar Derbi Sedunia atau bolasepak Malaysia sebab aku mahu, bukan sebab terpaksa. Kalau suka baca, kalau agak tak boleh blah boleh tengok gambar awek Brazil pakai seluar ketat. Tak salah.

3. Tapi kalau ada permintaan yang munasabah mungkin aku pertimbangkan. Kecuali permintaan yang mahu artikel tentang kelab bolasepak di negara benua Afrika macam Cuba. Tak boleh sebab Cuba bukan di Afrika.

4. Ni yang kecoh-kecoh pasal pengulas Manchester United tak kreatif, tak berilmiah dan tak berwibawa ni apa hal? Tak pernah baca Karipap-Karipap Cinta atau LKNY ke?

5. Bakar-membakar memang amalan kita bersama. Tapi aku tak suka orang kutuk peminat Manchester United lebih-lebih sebab kenangan manis aku dengan peminat Red Devils ialah susuk seorang gadis berjersi Manchester United saiz XS. Sangat devilish.

6. Gadis tu bukan Marion Caunter.

7. Tapi kutuk Arsenal aku tak kisah, sebab diorang memang emo.

Apasal tulis pakai nombor? Sebab malam tadi termimpi Che Det. Damn!

(Kisah seterusnya untuk mereka yang rajin tengok saluran 811, bukan setakat 812 atau 813)

Copa Libertadores Dan Kenapa Kita Perlu Jadi Pengurus Kelab Bolasepak Argentina

Tiga lagi perlawanan Copa Libertadores berlangsung sesudah subuh tadi. Nasib baik kuliah subuh hari ini tak panjang sangat.

Racing Club 1 – 0 Independiente Medellin (Kumpulan 1)

Racing Club de Montevideo (tidak ada kena mengena dengan F1 atau gejala rempit) dari Uruguay menerima kunjungan kelab Colombia, Independiente Medellin di Estadio Gran Parque Central.

Kedua pasukan seri tanpa jaringan dalam perlawanan sebelum ini di Colombia tetapi pertemuan di Uruguay jelas memihak kepada tuan rumah.

Jaringan tunggal Santiago Ostolaza (75) memastikan peluang cerah buat Racing mengiringi pasukan feveret Kumpulan 1, Corinthians ke Round of 16.

Deportivo Quito 1 – 0 Emelec (Kumpulan 5)

Ianya percaturan Ecuador dalam Kumpulan 5 apabila dua kelab negara itu bertarung di Estadio Olimpico Atahualpa, gelanggang keramat Deportivo Quito.

Emelec sekalipun mempunyai kedudukan lebih baik (4) dalam liga domestik Primera A berbanding Deportivo Quito (10) gagal menyaingi lawan mereka di pentas Copa Libertadores.
Jaringan minit ke-64 Michael Arroyo memberi kemenangan tipis buat Deportivo Quito dalam meneruskan saingan Kumpulan 5 yang jelas dikuasai oleh pendahulu CA Cerro (Uruguay) dan Internacional (Brazil).

Velez Sarsfield 2 – 1 Colo-Colo (Kumpulan 7)

Velez Sarsfield dari Argentina menyambut kehadiran pesaing mereka dari Chile, Colo-Colo di Estadio Jose Amalfitani dalam perlawanan Kumpulan 7.

Kumpulan 7 boleh dianggap sebagai kumpulan maut kerana turut menempatkan kelab Brazil, Cruzeiro yang mendapat sokongan padu awek seluar ketat.

Kedua pasukan perlu menang bagi mencerahkan peluang ke Round of 16 tambahan lagi Cruzeiro telah mencatat kemenangan ke atas pasukan belasahan Deportivo Italia (Venezuela) sehari sebelumnya.

Namun pelawat terlebih dulu membuat jaringan bila Ezequiel Miralles menerobos gawang Velez Sarsfield seawal minit ke-8. Ironinya, Miralles ialah pemain import dari Argentina.

Tenang, tuan rumah mengikat kembali kedudukan pada minit ke-13 melalui Rodrigo Lopez dan asakan diteruskan hingga Santiago Silva meletakkan Velez Sarsfield di depan pada minit ke-29. Kedua-duanya adalah pemain import dari Uruguay.

Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat sekaligus meletakkan Velez Sarsfield selesa mendahului Kumpulan 7 dengan 10 mata. Cruzeiro di kedudukan ke-2 dengan 7 mata manakala Colo-Colo ke-3 dengan 4 mata.

(Kisah yang berikut pula untuk mereka yang hanya tahu 812 dan 813 sahaja)

Prebiu Chelsea Lawan Aston Villa – Bukan Sekadar Pemanas Badan

Chelsea akan melayan kunjungan Aston Villa di Stamford Bridge Sabtu ini sebelum kedua pasukan bertemu lagi di saingan separuh akhir Piala FA.

Namun perlawanan Sabtu ini bukan sekadar pemanas badan separuh akhir Piala FA.

Chelsea dan Villa telah bertemu 138 kali dalam semua perlawanan dengan Chelsea menang 51 dan Villa, 55. Tetapi kali terakhir Villa menang di Stamford Bridge ialah pada musim 2001/02. Chelsea menang 32 dari 62 pertemuan dengan Villa di Stamford Bridge.

Arsenal disahkan bakal seri dengan Birmingham City manakala Manchester United mungkin menang ke atas Bolton Wanderers seandainya mata Park Ji Sung terbuka luas.

1,414 hari telah berlalu semenjak kali terakhir Liverpool memenangi sebarang kejuaraan.

Untuk lawan Aston Villa ini, aku bajet Chelsea menang 2-0. Drogba dan Malouda.

Oh ya, kenapa kita perlu jadi pengurus kelab bolasepak Argentina?



Cuba teka yang mana satu Ricardo 'El Tigre' Gareca, pengurus Velez Sarsfield?

UPDATE

PELANCARAN novel KARIPAP-KARIPAP CINTA (dilancarkan oleh sutradara Mamat Khalid) pada 28hb Mac di booth PTS, PWTC sempena Pesta Buku. Maklumat lanjut boleh cekidout di sini: www.dunia-vovin.com

Masa untuk membuktikan peminat bola juga membaca buku. Hehe.

28 Ulasan:

Lim Eng Leong berkata...

Tertungu - tungu!! Lucius....

boxsystem berkata...

uhh lucius .. kenangan aku masa tgk Chelsea aritu .. gadis Chelsea XS .. wow ... mmg layan BLUES pastu .... kakakaka.

Jorji berkata...

adoi! lain kali aku nak pantau apa2 yang kau janji. aku yg obses dgn EPL ni kene baca copa libertadores pulak! tak tahannnn!!

:P

Cob Nobbler berkata...

sebab tu aku sokong argentina.

LuciusMaximus berkata...

Apa yang lu tak tahan Jorji? Awek seluar ketat ke awek pakai jersi?

Jorji berkata...

awek rambut perang!

Jarr berkata...

perasaan pengurus velez sarsfield masa tu tak terurus dek haruman dan curvy yg duk menonjol dikiri kanan dia...haih.

deus X machina berkata...

pergi bilik ayaq sat!

Ejoi berkata...

"Tapi kutuk Arsenal aku tak kisah, sebab diorang memang emo."

Lu mau perang ke?

Unknown berkata...

elok la kalau drogba n malouda score..tambah point Fantasy Footbal aku. hahaha.
tp cm seri je beb... Villa tu bogey team for Chelski.

Shank berkata...

biarlah dia kawan² ..
dia nak tulis apa pun..
tak kisah ..aiman tak kisah ..

actually dia gemuruh tu ..
lawan aston villa ., pas2 lwn man utd ..
drop 1 points jer.. means abg aclotti goodbye ..
euro ?? oohh lupakan jer ..
team dia tak masuk book

keh keh keh

pakkordi berkata...

Tak tau apahal tapi bila gua nampak nama team colo-colo, gua teringat jamban awek cruzeiro.

talkIZcheap! berkata...

I love 811 MANUTV, hehe...

aku suka point no 4 tu, Lucy, huhu...

btw, Kelab Argie mana yg nk sack manager dia?? aku nak gi bwat passport dulu nie...

Raiden berkata...

blonde..i like!!

ChesterChaz berkata...

pe kes ko mimpi chedet nih.. hehe..

Pet Shop Boys berkata...

aku benci blog Sokernet ni...Sebab blog nilah Trankuiliti Tronoh dah tak berasap lagi....

damn!

shan keli berkata...

normal la kalau emo...yg tak normal MEMANJANG je tulis benda tak senonoh.pasal pompuan saiz itu saiz ini,tembikai,ketat,mantap bla bla bla...kemaruk betina sangat ke lucy?

p.s: yang lain jgn nk nyibuk,aku kutuk lucy sorang je.

talkIZcheap! berkata...

dowh... jgn dibakar oleh Lucy, bro... tercapai hajat dia nanti, huhu...

Inti-inti-Cinta berkata...

honesty , klu bukan soljah aku tdk layan karipap nie.. .
why??? sbb sudah banyak berlambak resipi resipi karipap ni
apa bezanya dgn karya karya dari alaf21??

cuba cabar diri sendiri utk menhasilkan sesuatu yg diluar batas pemikiran penulis yg sedia ada.

its to simple , back to basic - asas penulisan/kesusteraan - kaji novel shanon A, Othman Puteh , usman A , Fatimah Busu (skdr meyebut bbrpa nama ).

Nazri berkata...

inti-inti cinta - komen kau nampak sekali imbas seperti membina,

tapi pointnya umum sangat dan nampak sangat macam kau tak baca pun novel aku itu sebelum memberi komentar.

Terima kasih

kareem berkata...

nama novel karipap-karipap cinta...x market langsung...

Lucy,gua rase lu dah wajib kahwin dah nih...sian lak gua tgk..

palytoh berkata...

Ganas Gler Chelsea Main Malam ni.. 7 goal kut.. diayam anyaman nye Aston villa.. auww..

talkIZcheap! berkata...

biasa ar tu nazri... cam Man Utd jgk... tak hebat la, one-man team la, harapkan pengadil la, apa la... juz let the table do the talking, hehe...

bg kes novel ko plak, let the selling do the talking! :p

zahir adnan berkata...

sial la spe ktuk2 novel karipap tu..ak da beli la woi..jgn wat ak hilang mood nk bce..he2

Raiden berkata...

sedapnye menggulai Villains..7 dulang disantap berbalas satu..

tak sabar nak gulai ManU lak..Next please!!

talkIZcheap! berkata...

Nazri! bila novel lu nak masuk Kelantan? huhu

I Am Legend berkata...

kareem, lu ada tulis novel ke? buku ke? atau assignment universiti ciplak internet?

Raiden berkata...

sedap name tajuk buku nie..

rase nak makan je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...