ANDA SEDANG MEMBACA

14

Prebiu: Chelsea Lawan Bekas Juara EPL 1994/95

LuciusMaximus Jumaat, Oktober 23, 2009
Sejarah - subjek kegemaran peminat Liverpool

Aku masih ingat tahun 1996 di Ipoh, Perpustakaan Tun Abdul Razak. Setiap 5 dari 10 mamat yang menyarung jersi bolasepak di dalam perpustakaan itu menggayakan jersi Blackburn Rovers dengan penuh bangga. Al maklum Rovers baru menjuarai EPL tahun sebelumnya.

Sebab kenapa aku rajin lepak di perpustakaan pada tahun 1996 ialah kerana Sijil Pelajaran Malaysia. Ramai awek belajar kat situ, senang nak mengorat.

Rekod antara Chelsea dan Rovers adalah seperti berikut: 43 kemenangan untuk Chelsea, 35 untuk Rovers dan 27 seri. Untuk musim 2008/09 menentang Rovers di Stamford Bridge, The Blues menang 2-0. Kali terakhir Rovers menang di Stamford Bridge ialah pada musim 2002/03, 2-1.

Secara keseluruhannya peluang Chelsea untuk menang agak cerah, bersandarkan keputusan cemerlang menentang Atletico Madrid dan rekod tanpa kalah di Stamford Bridge (24 perlawanan). The Drog bakal kembali memikul tugas sebagai penggempur utama, manakala aksi cemerlang Salomon Kalou dan juga kejayaan Super Frank memecah kebuntuan dalam perlawanan sebelum ini bakal membantu dalam merobek gawang Rovers. Tidak lupa juga Nicolas Anelka, yang sepanjang kariernya dalam EPL telah menyumbat 12 gol menentang Rovers.

Dengan segala prospek yang menggiurkan ini, tidak salah rasanya untuk meramalkan kemenangan buat Chelsea.

Sementara itu jauh di utara pada hari Ahad, Liverpool bakal melayani kunjungan Manchester United. Perlawanan antara kedua kelab ini mengundang dilema yang tidak terhingga buat aku.

Jika Liverpool dan Chelsea menang perlawanan masing-masing maka United bakal jatuh ke tangga ke-2 EPL dan Chelsea kembali di puncak liga.

Andai kiranya Liverpool tewas kepada United, mereka bakal menyamai rekod kalah 5 perlawanan berturut-turut mereka pada tahun 1953. Pada penghujung musim tersebut, Liverpool telah disingkirkan dari Divisyen 1 Inggeris.

Semuanya bakal ditentukan hujung minggu ini. Untuk tilikan menentang Rovers, menang 3-0. Drogba, Lampard dan Ballack.

14 Ulasan:

LuciusMaximus berkata...

1st

Dewajiwa berkata...

Blackburn masih ada peluang untuk buat kejutan.
1-0 untuk Blackburn

LPdotCOM berkata...

ya... aku setuju....
Gol Awal Blackburn Dari sidepiece...
Chelsea 0 - Blackburn 1

Jorji berkata...

bagaimana jika man utd dan spurs menang dan chelsea pulak kalah? haaaa...menarik tu!

Don Camarro (Roma Ultra) berkata...

sendri post, sendri comments dulu.. hampeh..

Tanpa Nama berkata...

bila Ballack tak main, Chelsea jadi lain macam. Kalah la. Hancur.

Kalau Ballack pencen, kena cari sorang Jarman ganti jugak, aku cadang Bastian Swxhfjhascntiger.

Wanturd™ berkata...

chelsea peluang besar untuk menang..
predict: 2-0
scorer: drogba, malouda

r.k berkata...

chelsea menang,
4-3

nak tgk joe cole main.

meor-name-depan-ku berkata...

tunggu dan lihat lebih afdal...

Shank berkata...

chelsea x der list ...

eddie dewanaga berkata...

peh...!

tiba2 ramai yg mintak Blackburn menang kerana betul2 menyampah dgn Chelsea... hahaha!

untuk brader Lou, gua kasi 2-0.

Drogba sebijik,
dan mana tau kita punya very own (on loan)
Franco Di Santo score own goal. Kira dia berjuang untuk Chelsea la tu...

Kalau bukan Di Santo pun, Anelka yg dah start panas mengaruk naik loktang, sebijik...

Kamen Rider berkata...

chelsea menang xbyk pon. 5-0 jek.

angeldream berkata...

haha. 5-0 . suka nengok anelka semalam. ada di mana2 . tengah. kiri kanan. depan. fuh. elak dia pakai sarung tangan keeper aje.


:angeldream:

bayam berkata...

max keep on review.. nnt kita pasti menang haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...