ANDA SEDANG MEMBACA

19

preview : Liverpool vs Manchester United.

Jorji Jumaat, Oktober 23, 2009
Rio Ferdinand kata, form semasa bukan penentu perlawanan yang akan berlangsung pada malam ahad nanti. Aku setuju. Walaupun form dan momentum kemenangan berpihak kepada Manchester United dan kemeruduman serta kebahlolan kuat pada Liverpool, tapi ada kemungkinan semua itu tidak akan menentukan performance pasukan masing-masing di Anfield nanti.

Mungkin perlawanan akan sengit dan masing-masing akan menjaringkan banyak gol. Mungkin bosan dan hanya 1 gol akan menentukan kalah menang. Liverpool, bak kata Tuan Haji Hasbullah Awang, bagaikan harimau terluka selepas kalah 4 perlawanan berturut-turut. Ada kemungkinan mereka akan 'bounce back' bagaikan lantunan bola merah di pasir pantai. Tapi, Tuan Haji Hasbullah Awang, bukan semua harimau terluka merbahaya. Terutama jika Harimau terluka itu tiada gigi! Hanya mampu jadi penghibur di sarkis, melompat gegelung api dan bermain bola plastik berwarna merah. Harimau yang tak melawan apabila di libas dengan rotan.

The Kop tentu masih berharap kepada 'sejarah' kemenangan mereka home&away musim lepas. (asik harap sejarah aje la...) Bagi mereka, biarla tak menang apa-apa piala pun,asalkan menang home&away. Dasar harimau sarkas! Kemungkinan besar, hajat tahunan mereka untuk tidak memenangi sebarang piala akan termakbul. Jika Manchester United menang, seterusnya menjarakkan mata dari Liverpool kepada 10 dan Liverpool pula jatuh lagi anak tangga, maka tiada la peluang mereka memenangi EPL. (alah, bukan pernah menang pun! 20 tahun dah!)

Apakah taktikal Pak Alex pada malam nanti di Anfield?
Setakat sampai petang esok, Pak Alex rasanya masih belum pasti taktikal apa mau pakai. Pada Pak Alex, kalau Gerrard dan Torres tak main malam nanti, tak guna apa-apa taktik pun Manchester United akan menang. Liverpool ni, dari dulu dah tahu dah, sangat bergantung kepada Gerrard dan Torres untuk menang. Kalau dua2 injured, hancus! Jadi apa tindakan Rafa Benitez untuk mengatasi masalah tersebut? Jual Alonso dan beli pornstar! Nampak?...nampak tak betapa bijaknya Rafa?

Manchester United punya rekod yang agak OK di Anfield. Spirit of Shankly ke, Alan Hansen ke, semuanya tak cukup power untuk melemahkan kekuatan sebuah pasukan yang bermain baik seramai 11 orang, termasuk simpanan. Manchester United tidak bergantung kepada 1 atau 2 pemain untuk menang. Itu perbuatan keji, kata Patrice Evra yang terkenal dengan mulut Perancisnya itu. Aku cuma berharap Wayne Rooney kembali mengganas membelasah pertahanan Liverpool serta si bahalol pepe reina. Vidic dan Ferdinand boleh bermain dan mensaiko Torres. Scholes di tengah bergandingan dengan Giggs atau Carrick, atau Fletcher (jika sudah fit) Van Der Sar juga telah kembali mengambil semua posisinya dari Ben Foster. Adakah Owen akan beraksi? Sangat menarik untuk kita saksikan!

Jika semuanya berjalan lancar mengikut skrip, Manchester United akan memenangi perlawanan malam itu dengan kelebihan 4 libasan berbalas TIADA. Jika harimau sarkis melawan, mungkin dapat libas sekali aje, 1-0.

Go Rooney Go!

19 Ulasan:

iftitah berkata...

untuk keseimbangan EPL, i beg to differ. harimau sarkas menang 1-0.

haha. first.

LuciusMaximus berkata...

Untuk faedah jangkamasa panjang The Blues, aku mahu pasukan Liverpool Beach Club untuk menang acara bolasepak pantai.

faez berkata...

demi kemashuran man u, i beg to agree. harimau sarkas kalah 0-4.

haha. second.

LuciusMaximus berkata...

No rafaezdasilva, you are third.

SundayPeople berkata...

i am 5th! ok lah bagi senang hati dua2 pihak serilah. 2-2. ok?

meor-name-depan-ku berkata...

untuk gelak....

aku mintak bola merah tu ade lagi.....

13247 berkata...

-setan merah mengamuk
-pasukan bola sepak pantai bergembira di pantai cahaya bulan


man utd menang 7-0

wani berkata...

aku rasa team bola sepak pantai menang. their bad luck run has to stop somewhere. sayangnya kemungkinan besar ia akan stop di Anfield.

LPdotCOM berkata...

Liv-2 : M.U-1

Dewajiwa berkata...

kalau Liverpool tu team underdog, mungkin ini masa paling sesuai diorang bangkit. tapi sebab diorang tu The Big 4 juga, tekanan yang berat menjadi beban untuk terus terbenam.

2-0 kemenangan berpihak pada MU. Glory Glory MU.

siggplus berkata...

iezat n hobbes : prediction mcm budak-budak..

aku akui mmg man u akan menang malam ahad nanti..liverpool mmg sangat tak on from, tmbh2 tak ada gerrard ngn torres..

whatever the score, aku nak game cantik

demang berkata...

keh3
gua predit liverpool bawak balik bola pantai lagi

Wanturd™ berkata...

maybe seri 1-1..atau man united menang 2-1..

scorer:
man united: rooney(kalau main)@berba dan lagi satu gol giggs
liverpool: babel@benayoun

sekian..predict kali ni..;)

r.k berkata...

liverpool menang

3-1

taknak tgk benayoun main tengah
bagi giggsy main full time.

julu berkata...

x kisah sapa menang n brapa gol..
asalkan main canteeekkkk..

encik abu berkata...

3-0, encik owen score satu tp dia tak lari satu padang mcm adebayor. die diam diam je konon konon mcm xde score gol pon. bajet sempoi. liverpool, kalah 5 game berturutan. bola merah, bersepah sepah di merata rata. tragis sungguh pemandangan pada hari itu.

oh, encik rafa bila kalah selalu salahkan orang lain, selalu salahkan pasukan lain ada banyak dana nak beli player sebab tu dpt player bagus bagus sebab tu boleh menang macam macam. tp bodoh jugak dia tu, 10 player die bawak masuk, paling maksimum pon, 2 orang je menjadi. hurmm. renung renungkan dan selamat beramal.

Shank berkata...

im sorry my fren ...

Liverpool menang ..mcm biasa ..

2 -0

bayam berkata...

hahaha menang 4 tanpa libasan... kui!

syedfirdaus85 berkata...

kesudahannya liverpool 2-o mu..sapa yg sembang kencang ek? harap maklum!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...