ANDA SEDANG MEMBACA

30

Liverpool vs Man U. Ahad ini. Datanglah beramai2 ke Anfield.

MDM FARAH FAIZURA Sabtu, Oktober 24, 2009
Baru lepas tengok DVD 'Eden Lake'. giler sial citer tu. Kisah budak2 kat England yang jahat. Tak tau aku nak citer cemana. Ada masa tengoklah. Memang remang jugak bulu roma den.

Ok, kembali kepada cerita Liverpool dan Man U.

Selepas Liverpool kalah 4 kali, semua orang dah minat jadi pakar sejarah.. Semua dah tahu pasal kisah pada bulan Mac hingga Mei tahun 1987, Liverpool kalah 4 kali berturut-turut. Yang lagi best, semua dah tahu pasal tahun 1953, antara bulan Ogos dan September, Liverpool kalah lima kali berturut-turut. Lepas tu semua yang benci Liverpool berharap sejarah 56 tahun lepas berulang balik. Susah betul jadi team yang ada prestij dan kuat macam Liverpool ni. Walau dah kalah 4 kali pun mereka takut lagi.

Cuba Chelsea atau Arsenal yang kalah 4 kali, ada orang nak kisah? Takda orang yang nak kisah pun, pasal orang akan kisah pada team yang kuat jek. Macam Liverpool lah. Semua tertanya, “Eh, apsal boleh kalah sampai 4 kali berturut?” Semua macam tak percaya. Lepas tu, benda tu jadi lawak pulak. Yelah, benda tak disangka2.

Tapi tak ramai yang tahu, pada tahun 1963/64, Liverpool kalah 4 game daripada 9 perlawanan awal, tetapi, Liverpool juara pada tahun itu. Tapi itukan sejarah. Janganlah takut sangat. Takut betul, sampai hilang nafsu kat kaum hawa.

Jadi Ahad ini, lawan Man U, dengan keadaan team Liverpool yang boleh dikatakan tidak berada pada prestasi sebenarnya, tidak banyak yang boleh diharapkan selain mengharapkan United main macam celaka pada malam itu, dan nasib tidak lagi menyebelahi Man U. Faktanya selama ni, nasib memang banyak menyebelahi MU. Gol minit kecederaanlah, gol sendirilah. Memang aku jeles betul part2 nasib ni dengan MU. Tabik!

Selain itu, harap jugak Lucas Babel, Voronin dah kena basuh dengan Rafa. Takpun Rafa dah kena basuh dengan hantu Shankly dalam mimpi. Jadi semangat mereka jadi lain macam sikit. Dah jadi spirit Shankly dah. Tau nak skor jek kerjanya.

Jadi apa yang nak diborak pada game Ahad ni nanti? Aku tak pasti. Yang aku agak2, Aquilini masuk 15 minit terakhir. Lucas seperti biasa di tempatnya. Martin kelly, budak Liverpool yang bakal jadi star besar akan ganti Johnson.

Jadi, Ahad ni, bagi penyokong yang mampu tu, boleh lah terus ke Anfield. Kalau sederhana mampu tu, boleh terus tengok kat rumah. Kalau macam aku ni, tak berapa nak mampu, akan tetap tengok, tapi kat mamak jelah jawabnya.

Ada jugak yang tanya Rafa, nak bawak bola pantai ke tak? Rafa cakap, “Ikut hang la. Hang dah takdak awek nak bawak, takdak life, hang bawaklah bola pantai tu. Style sikit.”

Predict malam Ahad ni? Mestilah menang. Berapa gol itu, tengok ihsan Liverpool lah, berapa nak kasik.

YNWA! (You never win any ke, you never win again, you never apa ke, lantaklah. Jeleslah tu sebab team sendirik takde tagline yang best.)

30 Ulasan:

Jorji berkata...

Jumpa kat Mamak Anfield!
:)

avid berkata...

mcm la babel ngan voronin x kena basuh sebelum ni....dah sengal, sengal jugak...

anyway,aku doakan pool mng...hehe....

zan berkata...

Thumbs up!

"When they start talking and talking about us, it shows they are worried about playing Liverpool,” -RB-

Cob Nobbler berkata...

Perlawanan klasik.

Tapi kalau panggil roh Shankly ke,roh Bob Paisley ke,Elvis Presley ke,selagi team Liverpool asyik nak harap Gerrard dengan Torres baru nak power,susahlah.

Permainan bola sepak adalah permainan 11 orang,bukan sorang dua je.

About MU,dorang dah buktikan tanpa Ronaldo dorang masih lagi bermain cantik(kadang2 hampeh gak,tapi kualiti tak turun sangat),aku kadang2 nak tengok Liverpool boleh tak main sama kualiti tanpa Gerrard dan Torres.

Rafa,prove me wrong.

Bola,kadang2 ada star pun hampeh gak.Barcelona pun ada Messi,ada bang Berahim pun still kalah ngan Rubin Kazan.Sebab tu betting bola lagi seronok dari nombor 4 ekor skrang ni.

shahmivec berkata...

chelsea gak besh....

Mr feckry berkata...

aku dah kat anfiled da

meor-name-depan-ku berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ameen Homestay berkata...

pool bila main dgn team yg ada kisah klasik, ada sentimen seteru utama, buat mereka jadi semangat.
harap mereka semangat je la, tp x mng heheh.

pakcu predict : pool 0 vs MU 2
gol maybe from runi n giggs.
( kalau fletcher main maybe dia skor kot, big game biasa dia skor :) )

Tanpa Nama berkata...

gigil nk tgk aquilini maen....
ok ke x maenn style inggeris...
kite try!

Dewajiwa berkata...

pergh..ini malam pasti ada drama baru di tepi padang (gaduh dengan Ref). adakah Pak Alex? atau Bang Rafa? hehehe.

Shank berkata...

Liverpool 2 - 0 Man Utd

liverpool tetap liverpool ...

Liverpool penuh dgn gaya , sejarah dan tradisi ..
mana² BPl club masih belum mampu menandingi ..

Teori masa depan ditentukan base analysis in history ..

Mlm ahad menjawab segala kritikan ..
Reds is the great ever football club in earth ..

Liverpool 2 - 0 Man Utd

r.k berkata...

great ever futball club in earth?
ahh~godai plz~

tp reds menang malam ahad ni..
3-1.

^^

speedrider berkata...

semalam aku mimpi mu menang 8-0 dan pada masa kecederaan, Rooney patah kaki dan direhatkan 2 musim. Arsenal jadik champ season ni

eddie dewanaga berkata...

untuk brader Zan gua yg kat atas tu... salute dgn spirit lu bro...!!!

gua nak tengok Alex Ferguson muka merah sambil terloncat2 tak puas ati tepi padang.

Don Camarro (Roma Ultra) berkata...

U rilek je... Mourinho bakal tiba..

Wanturd™ berkata...

liverpool berjaya tumpaskan man united season lepas sbb berjaya guna torres tewaskan vidic..vidic lost gila mase game tuh..
so, sekarang dah kemungkinan besar torres mmg tade,so, defend man u mst x tewas lg..

kepada fan liverpool, jgn kecewa sgt la malam sok..hehe ;p

iftitah berkata...

in rafa we trust?

nampak sangat nak tiru 'in arsene we trust' tapi tak jadi.

apa pun aku sokong liverfool esok demi kesejahteraan arsenal.

Tanpa Nama berkata...

iftitah, blog kau yang "padamkan lampu ku" dah bungkus ker?

ayobkelubi berkata...

terbaik!.

eJAI berkata...

ape barang layan lvpool yg baru 9 games dh kalah 4 ni? dan, ape barang layan MU yg asyik2 mnang tipis ni je?

Baik layan Arsenal - West Ham pukul 12.15am nanti...lalalalalala

Kamen Rider berkata...

fans liverpool berkata padaku
"tgk r mlm ni 5-0 gak. ingat Chelsea je ley pesta gol"

GudLucK r LIVERPOOL. fans Chelsea menyokong anda 100% mlm ni. muahahaha~~

Zaid Akhtar berkata...

Glory Glory Glory - itu je ke tags MU?
Lepas tu tambah satu perkataan lagi - FACT!

Memang tak prestij langsung team yang selalu menang dengan bantuan Mike Riley ni.

Hehe.

YNWA.

art_iswork69 berkata...

Takutlah wahai manyu-manyu fan sekalian... Takutlah sampai terkencing dalam seluar... hahahaha...

Berbo berkata...

arsenal kau tu tak pegi mana punya.hahaha

Wanturd™ berkata...

arsenal awal2 je kencang..lame2 nak dapat top 4 pon da terkucil2..

Unknown berkata...

takde hal la, liverfool pyer tagline YNWA tu best mcmana pon...kalo dah fool tu fool la gak....ala apa la sgt kan br nak msuk tahun ke 20 x mng EPL...so apa salahnya kalo klh mlm ni kan...bole cuba utk thn ke 21 pulak WAHAHAHAHAHAHAAH

RABUN berkata...

nasib baik lah aku bukan penyokong setan merah! tak der klass langsung walaupun dah menang banyak piala pun... macam tak ada prestige jer!! apasal ek?? Mungkin pasal ada campur tangan ghaib kot...

iftitah berkata...

darus interferon,

ko salah iftitah kot. hahaha.

you'll never win anwar

eh?!

speedrider berkata...

cis. M-U kena beli malam ni

Alexia Aqram berkata...

Liverpool menang!!! :)

2-0 !!!

kalah 4 kali dibayar dengan kemenangan mempesonakan.

manchetad takdak luck dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...