ANDA SEDANG MEMBACA

37

SUMMER OF 99'

saudagar gaRAM.. Rabu, September 02, 2009
Gua capai kasut but kain 16 stud yang gua beli masa ikut bebudak kelas gua fly minggu dulu tu. Terkuntum senyuman puas dibibir gua. Lawa btol gua nampak kasut tu masa tu. Kaler itam dengan ada corak satu baris panjang kaler biru. Harga dia amoi kedai tu letak seploh ringgit,penat gua dengan Saipol masa tu ejas dengan amoi tu, last last dapat juga gua beli kasut tu dengan harga lapan ringgit. Kalo dengan harga seploh ringgit,mana lepas gua nak bayar duit pegi cyber cafe nak chatting ngorat awek lagi nanti..

Tak lekang senyuman dibibir gua sepanjang perjalanan sejauh 300 meter dari bilik asrama gua sampai ke padang bola rasmi sekolah gua. Sampai padang,gua nampak ada sekumpulan awek tengah dok berlatih bola jaring kat tempat biasa. Nun jauh kat tepi padang. Kat tengah padang plak dah kena conquer dengan mamat mamat main bola.

Punggung gua berlabuh kat tangga. Gua usap kasut baru gua. Baru nilah first time kasut tu nak cecah padang sekolah gua ni.

Entah dari mana, datang satu mamat pakai baju pasukan bola SETAN MERAH. Rambut sikat kemas, pakai suar bola plak lagi, kat belakang baju dia ada nama dia sendiri. Entah masa bila dia main untuk pasukan bola tu entah gua tak pasti. Yang gua yakin dia kena reject masa pemilihan petang kemarin untuk pasukan bola sekolah gua.


"Nak main bola ke?" sapa mamat ni pada gua. Gua senyum..angguk. tanpa dijemput mamat tu pun bleh melabuhkan punggung dia tepat kat sebelah gua. Gua masa tu tengah layan sarung kasut but kain gua. Mamat tu capai satu beg UMBRO yang dia bawak tadi. Perlahan dia buka zip beg tu. Dari beg tu dia keluarkan sepasang but.

PREDATOR..

Gua macam penah tengok kat iklan tv pasal kasut ni. Player SETAN MERAH tu ar yang pakai kasut ni. Lepas dia pakai kasut ni, dia sepak bola bleh lencong sampai bengkok macam pisang masa tu. Senyum lebar mamat tu masa dia perasan gua dok perati kasut but dia. Tak macam but kain gua.

"Ni kasut baru gua. PREDATOR beb..amoi kedai tu cakap kat gua, gua orang pertama beli kasut ni kat kedai dia. Sebelum ni kasut ni cuma letak dalam bekas kaca je. Takde orang berani nak tanya pon pasal kasut ni." suara longkang mamat tu memecah kesunyian ditepi padang.

Gila bangga plak mamat sekor ni. Takpe,dia mampu beli. Gua senyum je. Mamat berlagak macam ni bukan bleh dilayan sangat.

"Lu tengok tak bola semalam? perghhh..SETAN MERAH menang lagi. Hebat betul ar kelab tu. Entah apa sihir diorang pakai ntah. Tiap kali kalau gua tengok diorang punya game,mesti diorang menang. Hebat betul kan?" gua syak mamat ni memang jenis tak boleh duduk diam.

"Diorang lawan kelab apa?" gua tanya saje nak survey mamat ni.

"Entahlah..tak tau. Tapi kelab tu pakai baju kaler biru."



1. kelab tu pakai baju biru?alahai..gila jahil.ntah berapa banyak kelab yang pakai baju biru,brader..kelab sukan sekolah gua pon masa tu pakai jersi kaler biru..jangan lu cakap team SETAN MERAH menang lawan pasukan sekolah gua sudahlah..pasukan sekolah gua masa tu menang wooo masuk ntah pertandingan apa yang kami lantik diri sebagai pemenang setelah penganjur lari..tang ni yang gua marah ni..nampak sangat mamat ni bukan football fan..dia tau yang group dia minat tu aje..tak tau pasal lawan langsung..tak true kata pipiyapong..cam cilake..ni bukan peminat bola sepak..ni namanya peminat SETAN MERAH..

ada bezanya kedua golongan ni brader..malah sangatlah besar bezanya..SANGATLAH BESAR..
peminat SETAN MERAH menyokong dasar SETAN MERAH dan bukanlah BOLA SEPAK..dan peminat BOLA SEPAK lebih melihat dari segi yang lebih luas.bukan just tengok mamat jambu tu pakai minyak rambut BRYLCREAM.



Mamat tu bersuara lagi. "Lu tau,semalam David Beckham score tau. Lawa btol ar dia score tu. Tak ramai yang boleh score macam tu. Bila dia sepak bola tu,bola tu pegi lencong macam pisang beb. Perghhhhh...lu patut tengok beb. Memang sempoi sungguh bola tu tau. Dia memang striker terhebat dunia."

Sekali lagi gua tersentak.



2.ok..gua akui masa tu bekham tengah main bagus.but striker?bukan ke dia midfielder?mana mamat ni dapat pendidikan awal pasal bola sepak?padang sekolah johor jaya?mana dia dapat info ntahlah.kurang pasti gua..

cikgu pj kena amek tindakan hal ni.tak boleh dibiarkan ni benda macam ni..



"Gua rasalah kan,penyerang terbaik dunia masa ni adalah David Beckham."memamg mamat ni keturunan tak pandai senyap. Gua tersentak. Gua pandang mamat tu. Muka dia penuh yakin. Penuh confident. Seolah dia dah buat kajian selama 50 tahun.

"Apa dia?"gua cuba dapatkan kepastian.

"Penyerang terbaik dunia adalah David Beckham"ujar dia tanpa keraguan.



3.penyerang terbaik dunia?sumpah gua syak mamat ni dah sesat kot.ntah ajaran mana dia guna sampai bleh dia kata penyerang terhebat dunia.ni memang dah tahap kronik..memang kena betulkan dah budak ni.



Gua syak mamat ni kurang pengetahuan sebenarnya. Dia sokong SETAN MERAH pasal semua orang sokong SETAN MERAH. Gua sebenarnya takde dengki pun dengan SETAN MERAH. Depa main adakala bagus juga. Cuma orang macam member gua ni je ar jadi perosak. Sampai bila lama sangat mamat tu borak,gua jadi malas nak dengar. Gua cepat cepat sarung but gua,dan terus gua turun padang. Mamat tu gua tinggalkan je kat tangga.





apa yang gua cuba sampaikan sebenarnya?yang gua nak kongsi sebenarnya adalah kesilapan sesetengah mamat peminat bola sepak kat Malaysia di usia muda mereka.dan akan menjadi duri dalam daging.akan menyusahkan bebudakni sendiri juga nanti..tak percaya?gua buktikan..masa peristiwa ni berlaku,masa tahun 99.masih lagi gua ingat semua ni.pasal apa?pasal terlalu jelik..

sekarang mamat tu dah keja dah pon.dah siap kawin pon sekarang. sifat bodoh sombong dia memang tak ubah lagi.aritu siap dia bleh tanya gua..

apesal barca tak main dalam epl ek?diorang takut ke?


???????

gua tak salahkan mamat tu..gua salahkan media.media masa tahun 99 tu..rosak budak tu jadinya..dulu monopoli kuat sangat kelab BIG FOUR ni..semua media pon bagi liputan meluas sangat..menang 1-0 pon nak kasi kecoh..

masa tu kalo NOTTINGHAM FOREST menang 8-0 dengan LEEDS UNITED pon haram bebudak tak tau beb..kalo bukan BIG FOUR,memang payah berita nak sampai kat sini..

punyalah banyak kelab main dalam EPL tu,sampai ada 20 kelab beb.bukan cuma 5 kelab.but kenapa cuma BIG FOUR je yang selalu sangat diberi liputan meluas sampai sedemikian rupa?

mamat tu mengaku dia peminat SETAN MERAH.masalahnya bila gua tanya dah berapa banyak match bola yang dia tengok,dia jawab dia dah tengok 3 match semuanya.
Pertama : masa SETAN MERAH lawan TEAM MERIAM
Kedua : masa JOHOR lawan SELANGOR
Ketiga : pasukan sekolah gua lawan sekolah sebelah.kami kalah.

dengan hanya berbekalkan pendedahan yang tahap cilake banyak ni mamat ni bleh simpulkan SETAN MERAH kelab terhebat dunia?alahai..dia tengok bola pon cuma sekali je ni hah..SETAN MERAH jelah satu satunya pasukan bola sepak yang dia tahu..terhebat dunia?dia bandingkan dengan apa?kelab catur sekolah gua?mana nak letak TEAM MERIAM?TEAM BOTOL ARAK?TEAM BIRU?blom amek kira lagi TOTTENHAM HOTSPURS..

siap bleh dia kata BECKHAM tu striker..abes,mana nak letak ERVIN BOBAN?mana agaknya dia letak DAVID SEAMAN.blom tanya pasal PATRICK BERGER lagi..jangan jangan dia kata FANDI AHMAD main penjaga gol..

alahai..perbandingan yang cukup tak masuk akal.silapnya mamat ni,dia cuma tengok team SETAN MERAH dia tu aje..pemikiran sempit..kolot..terlalu taksub..dia tengok BECKHAM je.mana dia tau team lain.macam ASTON VILLA,macam LEEDS,FIORENTINA, dan macam macam lagi kelab semua tu.

tapi bukanlah semua peminat SETAN MERAH macam dia..cuma segelintir..yang tak tau apa mereka mahu..tengok orang sokong SETAN MERAH,dia rasa tak COOL jika dia tak sokong SETAN MERAH..

gua cukup suka kalau dominasi pasukan bola sepak makin kurang..makin ramai sokong ASTON VILLA, makin ramai sokong MANCHESTER CITY, sokong BURNLEY, sokong EVERTON, sokong BOLTON ke,PORTSMOUTH..dan then semua plak sokong TOTTENHAM HOTSPURS.barulah sempoi..

ni tak..oleh kerana semua orang sokong BIG FOUR,lu yang tak tau apa pun mau sokong BIG FOUR..tak salah sebenarnya kalo lu sokong BIG FOUR,yang salahnya adalah lu sokong BIG FOUR pasal orang lain sokong BIG FOUR.mungkin sebenarnya lu dilahirkan untuk sokong HULL CITY,tapi oleh kerana lu tak penah dengar nama HULL CITY kat media,dan lu disogok dengan nama dari BIG FOUR je,lu lupa tujuan sebenar lu.

kalo mamat tu membaca,gua harap dia insaplah..lagi pula,tak lama lagi SETAN MERAH lawan dengan TOTTENHAM HOTSPURS..
borang jadi ahli kelab peminat SPURS banyak lagi kat rumah gua..



Kembali pada tahun 99. Game petang tu btol mencabar. Sempat juga kaki gua kejung masa tengah lari. Gua bagitau member gua,masalah "hamstring." Dia syak gua tipu. Masa dalam perjalanan mau pulang ke bilik asrama gua, gua terserempak dengan mamat tu tengah makan aiskrim sambil tengok awek main bola tampar. Di sebelah mamat tu ada awek paling cun sekolah gua, NURUL HUDA..

apa cerita???



based on true story..

37 Ulasan:

Lucius Maximus berkata...

Yang ni segmen tetamu khas hari rabu ke?

R.K berkata...

Ini segmen rekrut ahli nieh.

gangster berkata...

apa punya bangang ayat kau ni bila kau lagi mengharapkan orang menyokong team2 dari luar negara keseluruhannya. kalau ko btul tru peminat bola bang, apa cer dgn local punya team. tau la league local macam gampang tapi sebagai peminat yg betul2 syng bolasepak kenala perjuangkan. jgn marah ye. skadar teguran.

saudagar gaRAM.. berkata...

lucius:
gua dijemput vovin..sori,lupa perkenalkan diri..
nama gua garam..

gangster:
gua tak kata gua suka lu..
tapi ia tak bermaksud gua benci lu..
ada faham maksud gua?

dd berkata...

biase la budak camtu..soalan yg paling wa nk lempang skali pernah skali sorang fan chelsea tanya wa, 'cristiano ronaldo x main ke,'? mase england friendly azerbaijan...

alan zed berkata...

bila org buta bola berkata2, begitulah jadinya...

hehe.

Tanpa Nama berkata...

knp msti SETAN MERAH juge?! x semua cam tue

miele berkata...

en garam, awek tu xlayan ko sbb ko xpakai Predator mat.

FIRZA berkata...

kapitalis berjaya mengalih pandangan mmber kamcing lu tu......hakhakhakhak.....

Tanpa Nama berkata...

& mayb awek tu penoykong setan merah gak kot?

Tanpa Nama berkata...

*penyokong

pijo berkata...

Aku caya Garam cakap betul... kat asrama aku dulu berebut budak2 beli Brylcream lepas mamat tu kuar iklan tv...apa,ingat pakai Tancho tak bleh main bola ke?

Tanpa Nama berkata...

lu punya cerita sebijik macam cerita gua...
tapi mamat tu punya team je yang lain...
mamat dalam cerita gua team meriam...
cerita letup macam meriam jugak...
macam lu la lebih kurang....
hahahaha

Pali berkata...

tak jugak, x boleh ckp cmtu
org yang baru nk berjinak tgk bola ni mmg lah dia tgk big four saja...sbb bigfour men champions league...dulu kat tv ade champion league je, kat asrama skolah (tv xde astro), budak2 berebut-rebut nk tgk champion league, sanggup bgn awal pagi....dr situ ler minat dorg nk tgk bola esp. epl...
cuba korg imbas kembali kenapa korg leh minat satu2 team tu? ada beberapa sbb ler aku rse.

1. suke sapot team champion. kalo korg start tgk bola tahun 80an, dh sah korg fans liverpool, 90an fans MU, awal tahun 2000 korg suke arsenal n 2002-2004 korg suke chelsea sbb dorg beli pukal player star sume....

2. ada jgk org yg suke sapot team contender. benci sgt tgk domination MU, korg sapot arsenal...cmtu ler kirenye

3. 1st player yg korg kenal....kalo 1st kenal beckham, dh sah la fans MU ler korg..

4. 1st jersi yg korg dpt time harijadi ke, pakcik balik dr oversea ke, jumpe kat bundle ke ataupon mak korg belikan kat pasa malam...

5. ikut kawan, sepupu ataupon family team...

6. x suka ikut org jadi pilih team yg against no.5

jd kalo ikut sbb2 yg ni...xde pilihan la korg tetiba nk sokong burnley ke, hull ke...

aku rse ok je ko sokong team mane2 pon, yang penting...satu team utk selamanya. jgn men tuka je team ikut suke, ingat ini ape...langsir time raya?

mizu_sama berkata...

gua pun ada kawan cm ni...sokong team tu jugak..tapi gua sempat nasihat kat dia,pegi rujuk lebai wiki,sudahnya dia makin paham...

meyour berkata...

Poser-poser memang ade dimana-mana....

bagi aku poser paling besar ialah 'wanita'.

aku ade sebab banyak atas kenyataan itu

GO THE BLUES!!!!!

aranhellstorm berkata...

gua aritu tengok Wisel Penamat kat tv1 masa Selangor jadi champion Liga Super, ada satu caller call Zainal Abidin Rawop.

Dia cakap berdegar2 pasal plan nak kasi tambahbaik liga tempatan. Tapi bila mention nama player, Amri Yahyah pun jadi Shahril Yahya sampai berkali-kali betulkan, salah jugak nama tu. Amri yahyah yang selalu dicanang kat berita, kat suratkabar, nak-nak lepas gol lawa dia masa lawan Setan Merah. bukannya pemain simpanan team Pahang ke, team UPB My team ke, siap main negara lagi.

Apa barang mau cerita fasal bola, tapi tang fakta simple pun tak tau.

aku rasa, mamat yang call tu, mamat yang berlagak beli boot predator tu la Garam..hehhe

Tanpa Nama berkata...

haha sumpah citer ni betol, poser ada dimana2. aku ada gak member macam ni, tapi fan team alat2 letrik rumah la.

.theberuk berkata...

Garam, akhir sekali Nurul Huda kahwin dengan mamat tu huh?

kipas susah mati chelsea, berkata...

luahan hati Garam sbb x dkt couple dgn Nurul Huda, haha, that's why bley kuar citer ni...

Pipiyapong berkata...

Entri lu ni boleh tahan juga panjang. Tapi gua cuma ada satu persoalan belum selesai lagi.Lu tak jawab pun tadi.

Kenapa Barca tak main EPL? Diorang takut ke?

Alke berkata...

Saudagar Garam, member lu memang nak kena penampor.

nami o fish berkata...

NOTTINGHAM FOREST menang 8-0 dengan LEEDS UNITED

lu pun salah gak bro.

Nottingham Forest kalah dengan MANCHESTER UNITED 8-0,bukan Leeds.

Ole Gunnar Solsjkaer score 4 bijik l0 minit terakhir.

pakkordi berkata...

Poser ni bersepah macam lalat kat tong taik bro. Ubat poser kena ikut tahap kronik si poser tu. Gua akui, bini gua poser tapi dia menghidapnya sebab gua paksa dia tgk bola dgn gua. Dari zero knowledge, dia try to blend in. Mild poser macam bini gua, kita kena educate. Poser yang berlagak terer, pakai but yang beli mesti pakai mastercard, tapi bila dalam game buat buat sakit kaki bila enemy yang dia patut mark score goal. Yg ni fail sial. Yang ni kita kena kasi ubat silent treatment. Kalau bom nak jatuh atas dia pun kita jgn inform dia. Haa, itu ubatnya yer. Kapish?

-azura- berkata...

Aku sokong MU n Tottenham. Aku pon poser ke? hahaha... suka tgk bola la wei.. pengetahuan tak la hebat cam korang, sbb byk keje lain lagi nak wat

Ramal Town berkata...

poser2 mmg sng nak di jumpai pd zaman dunia masa kini terutama nye pmpuan....
ble tnye sokong pe,sonkong Man U...
ble tnye sape yg die knal,C. Ronaldo...
ble tnye player laen dlm Man U,S. Gerard...
diorg pilih ikut tahap kekacakan semata2...

Kerik berkata...

Hoho...serupa la. Lepas aku balik dorm bengang2 Germany kalah final wc 2002 kawan aku leh selamba komen, "la...awat beckham tak bubuh freekick satu?". Rasa macam nak debik je. Woi England da kena tendang la beb!

fiza berkata...

Laa... apa salahnya jadi poser. Bukannya gi isap dadah, minum arak, seks bebas takpun pukul orang. Apa ingat mulia sangat ke berpengetahuan luas pasal bola. Esok kat akhirat ko nak bawak bekalan pengetahuan bola tahap zargus ke? Jangan jadi hipokrit la wahai kaki bola yang kononnya tegar yang amat. Yang pasti kaki2 bola nila paling banyak rosak akhlak suka mencarut & tengok 3gp!!

-azura- berkata...

setuju ngan fiza. poser2 pon at least ada la sifat nak amik tahu pasal bola drp tak tahu langsung. wanita poser, standard la tuh, sbb diorg bkn main bola pon..

rafaezdasilva berkata...

nottingham manu: 1-8 ler.. bkn 0-8 :p

pakkordi berkata...

Fiza, tengok 3gp tu sebab nak bantu suami untuk menunaikan tanggungjawab malam jumaat. Maklumlah, kalau asik kena makan nasi aje, kadang2 kenalah berangan makan steak..

Tanpa Nama berkata...

haha tau byk pasal bola tapi blajar 5 6 tahun tak abh abih tak guna gak bro

Tanpa Nama berkata...

banyak sangat menipu ngan citer rekaan sbb nak sedapkan post...last2 jadi pak lawak

Apit_KipasKOP berkata...

Fiza, tengok 3gp tu sebab nak bantu suami untuk menunaikan tanggungjawab malam jumaat. Maklumlah, kalau asik kena makan nasi aje, kadang2 kenalah berangan makan steak..<--aram jadah pny komen..lawak nak mati..haha..dia xtaw kita duk tgk 3gp bola..haha

Tanpa Nama berkata...

ntah aper2 entri ni..lain kali nk jemput biar la org best skit..

Tanpa Nama berkata...

Gua heran kenape lu org ne sibuk2 nak sakit hati pasal poser2 bola neh? sebab ape hah?
poser2 ne boleh menjatuhkan kredibiliti peminat bola yang Pure dan ada knowledge serba serbi pasal bola ke?

faheza berkata...

pnjg sgt ar beb..pnt bce...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...