Clarence Seedorf di zaman muda 66 tahun dulu
Tak ada orang nak buat ulasan pasal derby ini ke? Pipi dan Nazri, jangan lupa bonus 6 bulan untuk aku.
Carlo Ancelotti blah meninggalkan AC Milan dan lari ke Chelsea selepas kecewa dengan hegemoni Inter. Jose Mourinho yang kini menjadi pengurus Inter pula datangnya dari Chelsea selepas kecewa dengan Roman Abramovich.
Luas juga pengaruh Chelsea ni ye?
Kehilangan arah, AC Milan memilih untuk melantik bekas pemain, Leonardo Araujo sebagai pengganti Ancelotti. Lebih kurang macam tiru formula Barcelona agaknya, lantik bekas pemain jadi pengurus.
Tapi masalah AC Milan bukan terletak pada siapa pengurusnya. Masalah AC Milan yang sebenar ialah majoriti pemainnya berumur lebih dari 30 tahun. Berdepan dengan skuad Inter yang rata-rata lebih muda dan bertenaga tempoh hari, AC Milan pancit dengan mudah.
Lingkupnya AC Milan dalam derby tempoh hari berpusat pada Gennaro Gattuso, pemain veteran berusia 93 tahun. Bermula agak garang tapi tidak sehebat zaman muda dulu, Gattuso yang memangku tugas kapten menarik Eto’o jatuh di dalam kotak penalti dan dilayangkan kad kuning.
Selepas itu Gattuso meminta agar dikeluarkan kerana kesukaran untuk bermain akibat kecederaan lama yang kembali, mungkin masalah reput tulang atau sakit tua yang lain. Leonardo pantas mengarahkan Clarence Seedorf untuk bersiap sedia, tetapi pemain veteran berusia 99 tahun itu mengambil masa 1 jam untuk menukar baju, 2 jam untuk membuka kasut sneakernya, lagi 2 jam untuk menyarungkan kasut but dan 1 jam untuk mengikat tali kasut. Itu belum kira masa yang diambil untuk pakai lampin dewasa.
Sambil menunggu atuk Seedorf bersiap di tepi padang, Gattuso meneruskan permainan biar pun tenaga sudah kehabisan dimamah usia. Mungkin kerana hilang daya imbangan atau tergelincir jatuh, Gattuso yang sudah dilayangkan kad kuning menerjah Wesley Sneijder. Pengadil tanpa berlengah meniup wisel dan melayangkan kad kuning kedua untuk Gattuso, yang seperti lazimnya diikuti dengan kad merah. Seedorf pada masa itu dilaporkan masih terketar-ketar mengikat tali kasut but kanan, kesan Parkinson agaknya.
Gattuso kemudiannya ditolak keluar menggunakan kerusi roda, sambil mulut menyumpah seranah macam orang tua nyanyuk. Atuk Seedorf pula kembali rilek-rilek di bangku simpanan, tunggu separuh masa kedua baru masuk. Pendekkan cerita, AC Milan kena tapau 4 biji dengan Inter.
Kalau macam ini punya standard, macam manalah AC Milan hendak berdepan dengan Real Madrid di Liga Juara-Juara?

21 Ulasan:
1st.
ulasan ko xmembantu langsung. annoying gila org yg letak 1st kt komen. haha n lg 1, ronaldinho dah tak nak main bola, main terjun2 mintak ref tiup foul lagi banyak aku tgk.
tambah lagi dengan kaka dah blah.
Milan attack macam orang jawab exam math lupa bawak rumus.
gua sempat tgk pon 3 gol je..memamng tapau je masa tu..tak bleh wat apa pun ac masa tu.
pertembungan dua ex barca ni gua ingatkan menarik..
haram one sided game..tak melawan.
dah ar gattuso tu emo sangat..
memang jahanam.. aku masih ingat ac milan pernah menjahanamkan saiton merah dulu.. xsabar rasanya nak bertemu lagi.. itu pun kalau dapat.. kalau dapat bertemu pun mungkin warga emas kat acmilan tu xlarat dah..
forza rossoneri!
benda ni menterkejutkan gua jgk.....tapi gua dapat simpulkan season ni AC Milan hanya setaraf Selendang FC kat kampung gua......
bai ,
italy bukan england .. BPL majoriti player tamak duwet mcm defend yg baru sign kontrak .. (bapak gaji x ingat donia..)
italy loyalty nya tahap dewa .. sbb player stick sampai ke tua kat one club.
so selagi depa bleh main .. depa di kasi can main.
klu beli player baru .. membazir pulak mcm kat chelshit ..* nasib baek Gleen Johnsson larik dr stamford bridge - klu x smpai ke tua jadi reserve*
so tua tua ac milan adalah typical italy beb..
Sebenarnya semua player Milan sekarang nak pecah rekod Maldini.
alahai Karim......
Kah kah kah Atuk Seddorf..gelang guling aku ni hari ni beb...
loyalty tahap dewa kah kah kah...Mokhtar Dahari pun loyal gak dengan Selangor..tapi bila time pencen, pencenlah.
lepas ni AC Milan nak panggil Franco Baresi balik, Ruud Gullit, Van Basten balik dan Weah balik.....kah kah kah.
Takpe, Ronaldinyo ada magik...jangan takut jumpa Real madrid nanti ok Ac Milan....Boleh pukul [unya dont worry..
* Gua masih gelak guling ni Atuk Seedorf....
@ymn,
Patutlah AC Milan dah berjanggut tak menang Serie A, rupanya ada 17 pemain Itali tua bangka yang setia di kelab, nak main tempat lain tak larat jadi duduk Milan makan gaji buta kot?
Inter pula ada 5 je pemain Itali, lebih suka dapatkan tenaga muda dari luar asalkan boleh menang Serie A sampai 3 musim berturut-turut.
AC Milan memang tipikal Itali kot, sampai berjanggut juga la peminat AC Milan nak tunggu menang Serie A atau Champions League.
Aku ingat betul kot cakap Pipi, semua nak pecah rekod Maldini. Tak pun nak bagi cukup tahun supaya layak dapat pencen.
Ronaldinho pun dive masa dia try,dan bola ke langit masa dalam kotak penalti... gila buruk!
kau rasa chelsea bakal jadi team tua tua tak nanti???!
apa ramalan to lucy???
aku tak sabax nak tengok next game chelsea :)
aku tgk game2 besar europe slain bpl last week.. rasa aku, tahun ni, champ league xkan kagi didominasi oleh bpl..
@lucy
mmgla Inter lebih ske dpatkan tenaga luar..bro ingat nama Internazionale Milan ni sjer2 letak ker..klo tgk sejarah cmna Milan bley ader 2 clubs ialah sbb isu amek player luar dari italy la..sbb AC Milan x gemar player luar, manakala Inter mmg ske player luar
ade gak org nk wat review game ni..
thanks lucy...
skuad kuda tua AC Milan boleh la melupakan title serie A dan liga juara2...
bagi la kat org muda...
bayern, juve n lyon antara team yg akan wat kejutan champion league season ni...team bpl dh x bleh blah, dorang dh kena kerja keras dlm bpl..kipidap ac milan!
anon berkata...
"ulasan ko xmembantu langsung. annoying gila org yg letak 1st kt komen. haha n lg 1, ronaldinho dah tak nak main bola, main terjun2 mintak ref tiup foul lagi banyak aku tgk."
aku pon menyampah tgk ronaldinho, main bola mcm tanak men je...asal jatuh je geleng kiri kanan carik ref, main mcm tanak main, main cm buat show murahan, cm x dibayar gaji, tahap serious nak menang ada 20% je. menyampah!
sama level dgn zlatan n mario gomez.
cuma zlatan tu ok sket sbb dia score n gomez tu walopon overrated tp x byk ckp.
Gua rasa, Anceloti akan create satu lagi generasi veteran main sampai reput di Chelsea selepas berjaya membuat genrep (generasi reput) di Milan.
Ballack, Lampard, Terry bakal jadi macam costacurta, maldini.
aku rindukan ac milan zaman gullit, van basten dan frank rijkard...
huhu...
"mmgla Inter lebih ske dpatkan tenaga luar..bro ingat nama Internazionale Milan ni sjer2 letak ker..klo tgk sejarah cmna Milan bley ader 2 clubs ialah sbb isu amek player luar dari italy la..sbb AC Milan x gemar player luar, manakala Inter mmg ske player luar"
ha..kan da kena hang lucy..
Catat Ulasan