ANDA SEDANG MEMBACA

19

Temuramah Bersama Kennet Andersson Tentang Perlawanan Arsenal Malam Ini

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, September 12, 2009

Masih ingatkah anda pemain ini? Pemain berambut seluk belah tengah yang menjadi senjata pemusnah pasukan Sweden diketuai Tomas Brolin ke separuh akhir Piala Dunia 1994 USA.

Belum pernah dalam sejarah laman web atau blog bolasepak di Malaysia menemuramah pemain lagenda antarabangsa untuk dipaparkan. Tetapi di Sokernet, semuanya tidak mustahil. Kali ini kami membawakan Kennet Andersson bersama anda. Salah seorang pemain antarabangsa Sweden dengan 83 penampilan dan 31 gol yang pernah beraksi di Serie A bersama pasukan Bari, Bologna dan Lazio. Beraksi di Ligue 1 bersama Lille dan beraksi di liga Turki bersama Fenerbache di hujung kariernya. Ingat, Kennet Andersson hanya datang ke Malaysia semata-mata untuk anda pembaca Sokernet.

Kennet Andersson baru turun dari limosin Mercedes V10.


Tersenyum kepada beberapa wartawan yang dijemput khas sahaja.


Hai Sokernet...!!!


Salah seorang wartawan Sokernet yang tak ada stamina. Kemungkinan beliau akan direhatkan untuk tugasan luar negara dan hanya akan diberi peluang membuat liputan Piala Malaysia.

Kesempatan yang ada gua sempat bertanya Kennet Andersson tentang perlawanan di antara Manchester City menentang Arsenal malam ini.

Gua: Amacam Kennet? Relativt litet Arsenal-Manchester City inte kan äta helgen ni? (Amacam Kennet? Agak-agak Arsenal boleh makan Manchester City tak hujung minggu ni?)

Kennet Anderson: Cis... jag kan äta vad pulak? Måste molar City har hittills tu. Färdiga en stark 4-0 verkligen vara i händerna. Sokernet tak gitu? (Cis...Tak boleh makan apa pulak? Mesti kena baham punya setakat City tu. Habis kuat kena 4-0 memang dalam tangan. Tak gitu Sokernet?)

Amacam? Bergenang air mata tak baca?


*Kos membawa Kennet Andersson ke Kuala Lumpur - RM6 juta. Akaun Sokernet sekarang tinggal 3 ringgit gua check tadi.
Lucius banyak pakai.

19 Ulasan:

Jorji berkata...

bergenang lagi kalau adebayor score 2 malam ni..

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Hehehe...cilake.

hanuman berkata...

klu adebayor score mlm ni,smua gooner hantuk kpala kat dinding...heheheh...aku rasa...plg bynk arsenal blh score pun stkt 2 god jer mlmm ni..

saudagar gaRAM.. berkata...

ada lagi 3 ringgit?
lepas tu buat beli ROTI JOHN jap lg..

gua bagi seri je game ni..

FIRZA berkata...

pe nk rsau....adebayor kn ade....hakhakhakhak

mizu_sama berkata...

Manchester City striker Emmanuel Adebayor has stoked the fires ahead of Saturday's visit of Arsenal to Eastlands, saying that the fans who booed him during his final year at the Emirates are 'not true fans'. 'Today they are Arsenal fans, tomorrow they will be Liverpool fans, after tomorrow they will be Manchester United fans', he said


pp...lu kategori yg adibah nor pekatakan ke nih??

muakekekekeke

speedrider berkata...

yeah!!! Steady ARSENAL!!!!!!!

maoi berkata...

apa cite almunia score gol sendiri.. bergenang air mata tak?

Balak berkata...

4-2. ade gossip2 liar yang mengatakan pipi da start nyanyi lagu glory2 man utd!

mizu_sama berkata...

predic dah hampir tepat...4 gol mmg wujud. tp ada berbalas 2 gol. pastuh terbalikkn kn...jadilah man city 4, arsenal 2...pp,besabarlah!

nienakariena berkata...

aku rasa pp bergenang airmata malam nih.. bawak2 bersabar yer pp..

Tapi.....

Aku tengok pp tak sedih pun dengan kekalahan arsengal.. pp tengah bergembira dengan kemenangan united..

wikwiki berkata...

aihh..

rentikan gossip liar pp suam2 kuku hatinya dngan man u..

mereka professional..kan?

pp di kem arsenal..

hilman.fikry berkata...

hahaha. menangis la lu org gunners2 kat sini.

4-0 ek. huahua. jgn sibuk nak makan org.nnti lu org kene makan.

rdzwn berkata...

laju gle adebayor lari nk celebrate goal.amacam ada bergenang air mata x?

haha

angeldream berkata...

aku suka btol artikel penoh kompiden mcm ni. last2 menyapu air mata bawah selimut.

:angeldream:

bigbrother berkata...

kencang siot tandukan adebAYOR..bergenang air mata kegembiraan gua.haha..

(adebayor x mau letak gol ke-2 da mlm td.nnti kena kad kuning ke-2 nntikan.hihihi...)

LuciusMaximus berkata...

Gua banyak pakai? Siotlah gua punya travel claim bulan lepas pun lu belum settle lagi.

awi.rui berkata...

itu kennet anderson btol2 ke?bale.

(sambil tangan kiri dan kanan buat cam pistol menghala ke hadapan)

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Awi,
Kennet Anderson betul. Gua tak tipu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...