ANDA SEDANG MEMBACA

22

Prebiu: Stoke City lawan Geng Penculik Budak

LuciusMaximus Jumaat, September 11, 2009
Sebelum aku memulakan budi bicara, telah terdengar desas-desus di tanah orang putih sana, akan cerita ketika Jermaine Defoe baru berusia 16 tahun, dia telah lari dari Charlton Athletic dan pergi ke West Ham United, kerana West Ham berjanji akan membelikan peti ais untuk ibu si Jermaine Defoe.

Tuhan saja yang tahu.

Apa pun Chelsea, sekarang terkenal dengan jolokan Geng Penculik Budak, bakal menguji potensi mereka sebagai pencabar EPL dengan bertandang ke Stadium Britannia minggu ini.

Aku ada telefon Ancelotti kejap tadi. Tanya kot-kot dia mahu masukkan Gael Kakuta dalam kesebelasan utama. Al-maklumlah semenjak dah kecoh ni apa salahnya ditonjolkan kepada dunia siapa Kakuta yang sebenarnya. Ancelotti cakap Kakuta akan turut serta, tapi bukan sebagai pemain sebaliknya sebagai tukang kilat but bola.

Pergh, kalau sampai kat Blatter dan FIFA ni lagilah kecoh agaknya.

Apa pun, adalah silap besar untuk memandang rendah keupayaan Stoke City. Tony Pulis adalah pengurus yang bijak mencatur corak permainan. Dan dengan adanya bekas juara rejam lembing sekolah, Rory Delap, Stoke dijangka bakal berusaha sedaya upaya untuk menggempur kubu Chelsea.

Itu belum campur dengan ketibaan pemain-pemain baru, Robert Huth dan Diego Arismendi antaranya.

Stadium Britannnia juga gelanggang yang boleh menggugat fokus pihak lawan. Kajian baru-baru ini di England mendedahkan para peminat Stoke adalah yang paling lantang dalam EPL, dengan purata bunyi mencecah sekitar 101.8 desibel.

Pendek kata, Chelsea bakal menempuhi halangan yang sukar kali ini. Dengan kebanyakan pemain Chelsea kepenatan akibat tugasan antarabangsa sepanjang minggu ini, adakah ini bermakna rekod kemenangan 100% Chelsea di bawah Ancelotti bakal tercalar?

Cakap banyak tak mahu. Aku letak Chelsea menang, macam biasa, dengan jaringan 2-0. Gol sumbangan ihsan Drogba dan Anelka.

Jumpa minggu depan!

22 Ulasan:

mizu_sama berkata...

setuju! 2-0 sudah

saudagar gaRAM.. berkata...

hmmmm..stoke ya?

bagi duia jugak ar..
tapi..bagi itu lampard sama drogba sudahlah..

anelka..errr..
hahahaha

eddie dewanaga berkata...

brader lou... (lucius)

tanya Ancelloti bila kita orang boleh tengok Zhirkov bertempur..???

keep the blue flag flying high..!!!

Tanpa Nama berkata...

Patutlah blog Lucius ni dah bersawang..tumpuan 100% kepada sokernet rupanya..dlm beberapa minit dah dua entri lu buat ye.Sangat berdedikasi.

Kepada pipi,jangan kedekut nak approve cuti raya si Lucius nih.

Dewajiwa berkata...

hahaha. betul betul.
bersawang dah tu Lucius. apapun kudos lah. teruskan buat ulasan.
dapat 5 entry dalam 50 minit lagi bagus. haha.

Balak berkata...

CHELSEA! CHELSEA! CHELSEA!

MAKAN BUDAK!!

http://www.youtube.com/watch?v=HZYfi_Ex_gM&feature=channel_page

Alexia Aqram berkata...

http://15malaysia.com/films/meter/comment-page-8/#comments

peminat chelsea kena perhambat dengan taxi driver

ymn berkata...

chelsea di jangka akan menang ..
ancoletti just fotostat previous punya starting league dr mori and scolari
but .. majoriti bookie put STOKE CT on list as a jackpot price .. yah .. mana tau 1st prize hahahaha

ymn berkata...

kongxi news ..

According to the IFFHS (International Federation of Football History & Statistics), Real Madrid is the 20th century's best football club. The results reflect the international results of all clubs from 1901 to 2000.

This is the Top 10 :

1. Real Madrid (Spa) 563,50 points
2. Juventus (Ita) 466
3. Barcelona (Spa) 458
4. AC Milan (Ita) 399,75
5. Bayern Munich (Ger) 399
6. Inter (Ita) 362
7. Ajax (Hol) 332,75
8. Liverpool (Eng) 300,25;
9. Sporting Lisbon (Por) 299
10. Anderlecht (Bel) 231
.
.
.
.
lain2 club dlm EPL ..
x masuk buku sejarah ..
wakakakakakakaka 10 tahun lagi kot ..
baru ada

FdausAmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

stoke 2 chelsea 0

goal pertama(gs:anelka (og),tertanduk bola ke gawang sendiri hasil rejaman delap.kepala anelka licin sgt)

goal kedua (hasil rejaman delap jg terkena hujung tumit lampard keran lampard tgh feel mkn makanan berbuka dibelanja anelka tp x dkira og kerana x nak malu kalah 2 own goal)(mcm kesah kaladze score 2 og ms italy lwn georgia)

dd berkata...

gua rase stoke bleh menang 5-1..

FdausAmad berkata...

Gua ada budak baeekkk punya..umur baru 16 tahun,
body cemerlang..Abramovich pasti suka.
Macam biasalah..budak kaler hitam.

jangan risau hal kontrak2, gua boleh kow team..

ada branni?

Tanpa Nama berkata...

chelsea mng 5-0 hasil jaringan hatrik lampard,yuri dan kakuta

Tanpa Nama berkata...

thn chelsea pgng campions league,epl,fa cup,carling & community sheffield

Tanpa Nama berkata...

kelab pilihan uefa:
1.chelsea
2.real madrid
3.manchester city
4.inter milan
5.arsenal
6.bayern munich
7.ac milan
8.barcelona
9.tottenham
10.liverpool
9.

adik lampard berkata...

esk chelsea mng 5-0.mu klh 3-1.liverpool klh 2-0.arsenal draw 2-2

Azlan Zed berkata...

lampard assist kan? (soalan berbaur fantasy football)

ymn berkata...

http://www.thisisanfield.com/2009/09/11/standard-chartered-to-sponsor-liverpool%e2%80%99s-shirts

hahahahahah .. sponsor baru ...

barnes berkata...

http://www.goal.com/en-india/news/105/main/2009/09/12/1495725/liverpool-confirm-80-million-shirt-sponsorship-deal-report

hanuman berkata...

chelsea 3 stoke 1
ballack,drogba,lampard

mizu_sama berkata...

Manchester City striker Emmanuel Adebayor has stoked the fires ahead of Saturday's visit of Arsenal to Eastlands, saying that the fans who booed him during his final year at the Emirates are 'not true fans'. 'Today they are Arsenal fans, tomorrow they will be Liverpool fans, after tomorrow they will be Manchester United fans', he said

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...