ANDA SEDANG MEMBACA

21

Macam Kata Mat Jagung, Gua Baru Turun Kapal Terbang

LuciusMaximus Jumaat, September 11, 2009
Aku mahu mulakan artikel ini dengan penuh riak mengumumkan aku baru balik dari England, tapi nanti Mat Jagung akan kata aku ciplak idea orang lain, konon-konon pergi naik kapal terbang la, apa lah.

Habis tu tak kan naik kapal selam kot? KD Tunku Abdul Rahman pun 54 hari gerak dari Perancis baru sampai Port Klang bai. Tak sempat balik raya kalau aku pergi England naik kapal selam.

Tapi sebab tak mahu menyinggung perasaan Mat Jagung aku terpaksa menafikan aku baru turun kapal terbang balik dari England. Biarpun sebenarnya aku memang baru balik dari England, juga Paraguay, Mexico, Brazil dan Bahrain.

Ya, banyak tempat aku pergi sejak kerja kat Sokernet. Bukan macam korang duduk pejabat masuk Sokernet setiap 15 minit, lepas tu kecoh takde update. Siot la baca free lepas tu demand lebih-lebih. Kerja pejabat entah siap entah tidak?

Di Wembley, pesta gol disumbangkan 100% oleh pemain-pemain dari Big Four EPL. Lampard sumbat 2 gol, Gerrard pun 2 gol dan Rooney tambah satu gol saguhati. Lima gol England datang dari pemain-pemain Chelsea, Liverpool dan Manchester United. Namun begitu Arsenal juga tidak mahu ketinggalan dan Eduardo da Diver turut menyumbang satu gol, bezanya gol tersebut untuk Croatia.

Er, mana Theo Walcott?

Gabungan mantap tiga singa dari Manchester United, Chelsea dan Liverpool

Arsenal juga tidak ketinggalan - peminat diver mengucapkan tahniah kepada Eduardo da Diver

Semenjak England menang besar lawan Croatia, ramai juga pakar bolasepak dengan penuh yakin meramalkan England boleh menang Piala Dunia 2010. Masih terlalu awal beb. Bila mula Piala Dunia nanti baru tahu langit tinggi ke rendah. Tengok Piala Dunia 2006, Itali yang pada mulanya dilanda masalah rasuah bolasepak akhirnya bergelar juara. Argentina yang membelasah Serbia & Montenegro sampai 6-0 pula bungkus di suku akhir.

Bercakap mengenai Argentina, Albicelestes nampaknya masih lagi terkontang-kanting di bawah bimbingan lagenda mereka, Diego Maradona. Di Defensores del Chaco, kelibat Messi, Tevez mahupun Mascherano tenggelam di balik Nelson Valdez, Denis Caniza dan Edgar Barreto.

Selepas tumpas 1-0 di tangan Paraguay (yang telah sah layak ke Piala Dunia 2010), Maradona berkata, “Saya akan berjuang untuk memastikan Argentina layak, hingga ke titisan darah terakhir. Kami masih belum terkeluar dari saingan Piala Dunia. Saya tidak takut pada kritikan. Saya tidak takut pada sesiapa. Saya akan terus berjuang tanpa mempedulikan sebarang kritikan.”

Moral, pemain bolasepak yang bagus tidak semestinya boleh jadi pengurus yang baik.

Dari Paraguay kita terbang ke Mexico, menjejak kaki ke Azteca, salah satu stadium bolasepak paling gah di dunia (selain Stadium Shah Alam). Sembilan puluh tujuh ribu lapan ratus sembilan puluh tujuh peminat dibosankan dengan perlawanan antara Mexico menentang Honduras. Biarpun bunyi bising tiupan trumpet dan sorakan penonton Azteca tiada tolok bandingnya, aku masih boleh tidur-tidur ayam kerana kebosanan maksimum.

Hinggalah minit ke-75, bila Mexico dihadiahkan sepakan penalty dan kuda tuda Cuauhtemoc Blanco menyemprunakan sepakan untuk 3 mata penuh buat Mexico dan peluang yang makin cerah ke Piala Dunia 2010.

Bolasepak jauh lebih meriah di Pituacu, sebuah stadium kurang ternama di Brazil. Walaupun tidak segah Maracana atau Azteca (mahu pun Stadium Shah Alam), pertembungan Brazil dan Chile menyajikan lebih drama dan aksi.

Brazil mendahului Chile 2-0 di separuh masa pertama tetapi kehilangan Felipe Melo yang dilayangkan kad merah sebaik separuh masa kedua bermula. Chile menggunakan peluang terbaik ini dengan dua gol jaringan Humberto Suazo bagi mengikat kedudukan menjadi 2-sama.

Tapi bak kata Karim, tak Brazil lah kalau main tak macam Arsenal (kecuali bab dive). Biarpun dengan 10 pasang kaki (sebenarnya 9 pasang sebab keeper lebih suka guna tangan) Brazil tetap mengasak pertahanan Chile hinggalah Nilmar membolosi gawang Chile dengan gol di minit ke-73 dan 75. Hah, tu main baru main dengan 10 orang tu.

Ya, siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Aku tak pasti pulak kalau para pemain Chile pun suka makan cili.

Dari bumi bikini Brazil aku terbang ke dunia purdah Arab Saudi. Bukan dengan tujuan untuk melakukan umrah, tuan puan. Tapi untuk bertandang ke Stadium Antarabangsa Raja Fahd bagi perlawanan play-off kedua antara Arab Saudi dan Bahrain.

Tengok bola di Arab memang mudah. Tidak perlu beli jersi atau berfikir baju apa hendak di pakai. Hanya pakai jubah putih dan balut kepala dengan kain serban. Yang mana penyokong Arab Saudi dan yang mana penyokong Bahrain aku pun tak tahu. Semua sepesen je. Awek jangan ceritalah, bayang pun tak nampak. Seriyesli kat Masjidil Haram lagi senang nak usha awek bai.

Terikat 1-sama hingga ke minit 90, Bahrain dilihat berpotensi untuk layak ke pusingan seterusnya berdasarkan gol tempat lawan (away goal). Tapi bak kata pepatah Arab, selagi unta belum terberanak mustahil kita tahu anaknya jantan atau betina. Satu minit dalam masa kecederaan, Sheikh Hamad Al-Montashari menyumbat gol untuk Arab Saudi.

Seluruh Riyadh bergema dengan teriakan syukur kepada Tuhan. Pak Arab di sebelah aku mengucap ‘Alhamdulillah’ sebelum memeluk aku. Dia kemudiannya mengeluarkan kayu sugi dari kocek jubah dan menawarkan kepada aku untuk bersugi. Aku tolak dengan sopan kerana sepuluh minit sebelum itu aku terperasan Pak Arab ni guna kayu sugi yang sama untuk menyugi gigi dia.

Pada masa ini, sangat jelas Arab Saudi akan menang ke atas Bahrain. Gendang dan tarian padang pasir bergema di dalam stadium. Para pemain Arab Saudi sudah terbayang kereta Mercedes SLK seorang satu, sumbangan ikhlas dari Raja Fahd.

Masuk minit ke-4 masa kecederaan, Bahrain mendapat peluang tendangan sudut. Bola hantaran ditanduk baik oleh Ismael Abdullatif ke dalam gawang Arab Saudi. Pak Arab di sebelah aku yang seronok sakan tadi terjelopok diam. Aku seluk poket seluar jeans dan menawarkan kepada Pak Arab itu ubat gigi Colgate Kayu Sugi.

Bahrain akan berentap dengan New Zealand bagi menentukan siapa yang layak ke Piala Dunia 2010.

Sekian ulasan ringkas aku untuk 5 perlawanan kelayakan Piala Dunia, dilaporkan dari 5 lokasi berbeza di atas planet Bumi. Penat siot.

Tapi bila fikir kembali, mati hidup balik pun memang tak boleh percaya aku boleh pergi 5 lokasi berbeza dalam masa beberapa jam. Nanti lagilah Mat Jagung marah dengan aku sebab gaya penulisan tidak kreatif langsung. Nak menipu je kerja.

Jadi aku mengakulah perkara yang sebenar. Aku baru lepas kena kuarantin sebab saspek H1N1. Duduk kat rumah buat apa lagi beb, layan TV je la. Dari pukul 3 pagi sampai 2 petang aku tengok bola je.

Terima kasih Stadium Astro. Macam-macam ada!

Hamad Al-Montashari dengan wajah terkilan tak dapat Mercedes SLK

21 Ulasan:

meor-name-depan-ku berkata...

steady lucius.....

ulasannya agak kene dengan tema 'laman web rasmi bolasepak dunia'....

Tanpa Nama berkata...

kesian mat jagung.. sampai ke tua la kena kutuk.
dendam benor nampaknya si Lucius ni kat dia.
tapi xpe jagung..dh nk raya, nanti korang saling bermaafan lah ye.

Oh Me berkata...

Muahaha....patutlah boleh review banyak, kena quarantino rupa-rupanya lol...

terbaik!

oni berkata...

gua pun geram beb. lucy ni bukan calang2 sbb bukan senang siapa2 boleh masuk dalam mimpi gua. gila betul gua mimpi lucy menangis chelsea kena dengan stoke minggu ni....

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Woi bukan gua ada hantar lu pergi Jordan sekali ke tengok game Jordan lawan Malaysia. Cilok duit syarikat laa tu.

saudagar gaRAM.. berkata...

jangan lupa LENNON beb..
mamat tu bagi kucar kacir juga CROATIA..

kem SPURS hantar 3 org pi ENGLAND,dan 3 org pi CROATIA..



LENNON,DEFOE,CROUCH untuk ENGLAND.
CORLUKA,MODRIC,KRANJCAR untuk CROATIA.

Tanpa Nama berkata...

apa yang ko merepek ni Saudagar Garam

Dewajiwa berkata...

ini baru betul punya ulasan.
nampak logik. ada gaya-gaya teori Mat Jagung tu boleh ditongsampahkan. kutuk orang tau, buat ulasan tengok?

kesian Argentina. ramai yang berbakat.

LuciusMaximus berkata...

Flight Jordan semua cancel beb. Jadi gua melencong pergi Ibiza. Awek sana mari-mari, pakai bikini tali. Lu bila nak ikut gua pergi Ibiza?

saudagar gaRAM.. berkata...

bukan merepek..
3 mamat ni croatia international player..

corluka,modric,kranjcar..



dan 3 mamat ni,england international player..

crouch,defoe,lennon..



tu je..

mizu_sama berkata...

selepas karim,kini mat jagung..siapakah selepas ini??muakekeke

bani berkata...

selepas ni tanpa nama. byk sgt tanpa nama. pening!

ymn berkata...

ohh .. glen jonsson jgn lupa ...

FdausAmad berkata...

Kalau dah sampai Jordan tu brader,
ziarah sama la makam makam nabi dan rasul yang mana ada..

Sedekah sikit Alfatihah,
Lu ni Lucy ingat Ibiza saja..tp betul, awek sana mmg kalau dapat kat penyeludup gadis, mau heaven bumi Kuala Lumpur.

Tanpa Nama berkata...

hahahaha
macam2 la ulasan ko lucius babi utan
anak tenuk ceruk mane ko ni?
baik ko pg sokong pasukan kiulu fc jak
ke slama ni ko duduk sabah x pnh tgk liga bola kat kiulu?
pengulas laman web rasmi bolasepak dunia kunun
aku dari awal dah agak ko ni zahirbatin mmg MU
tp ko buta warna& butatuli
ko nampak warna merah tu biru
ko mst koat sangat buntut ayam kat pasar pilipin tu ko fikir mcm buntut gak
kcian....
p/s:bape lama dah ko kapel dgn essien?
no homophobic zone

pedon berkata...

Serius.. Saudi vs Bahrain memang mantap!!!

Nak-nak last 15min... ngeriii

Zongtwi berkata...

Jgn sensitip sgt bang oi...jgn salahkan peminat sokernet yg dahagakan update2 fantastik dari para pengulas...3 hari xde update menarik mkn x lena tido x kenyang!

Tp papepun tahniah perlu diucapkan sbb bg respon yg baik n terus update cpt2 n meluaskan coverage utk game2 WCQ.

X sedor pulak aku yg korg ni x dibayar gaji..ingatkan kaya raya masing2 mcm shebby tu, paling koman pun abas saad..xpe, sile teruskan usaha murni anda semua...majulah sokernet utk negara

Azlan Zed berkata...

jagung x jagung, hang memang tip top... :)

maoi berkata...

apsal tanpa nama ni bengang sangat dgn kau lucy?

oni berkata...

orang2 mcm karim dgn mat jagung ni kena sentiasa ada la. baru kelam kabut sikit diorang ni. ko tau la lucy tu pantang lepa, asyik nak lena je memanjang.

psstt... tapi gua masih syak pipi upah mamat dua ekor tu... mmg betul konspirasi kelas tinggi.

bloodynose berkata...

"Moral, pemain bolasepak yang bagus tidak semestinya boleh jadi pengurus yang baik."

Adakah pemain kegemaran sokernet,Amri yahyah seorang pemain yang bagus?Adakah dia bakal mengikut jejak maradonna menjadik jurulatih negara..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...