ANDA SEDANG MEMBACA

29

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebiji Bola

LuciusMaximus Isnin, Oktober 19, 2009
Aku sebiji bola. Keturunan aku berasal dari sebuah negara Asia Tenggara bernama Malaysia. Moyang aku sebatang pokok getah yang menetap di Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Tidak banyak yang aku tahu tentang tempat asal-usulku. Sebab ketika masih berstatus getah keping aku telah dihantar ke England. Yang aku tahu, di Malaysia sana ramai penduduknya yang berjiwa Scouser walaupun secara zahirnya mereka makan tempoyak dan budu. Kebanyakan dari mereka ini tidak pernah menjejakkan kaki ke Liverpool.

Bukan macam aku. Ketika umur masih getah sekeping aku telah menjejakkan kaki di Liverpool. Kapal yang aku naik dari Pelabuhan Klang selama beberapa bulan akhirnya tiba di Pelabuhan Liverpool. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami tidak dirampok oleh lanun-lanun Somalia.

Dari pelabuhan aku telah dibawa ke sebuah kilang di pinggir kota Liverpool. Di sana aku telah dicairkan, dilenyek dan diacu bersama rakan-rakan getah keping yang lain. Dari satu mesin aku masuk ke mesin yang lain. Kami diberikan pewarna merah yang menyala. Aku suka.

Selang beberapa jam, akhirnya aku dan rakan-rakan yang lain telah berubah bentuk dari sekeping getah ke sebiji sfera bulat yang dinamakan bola. Warna kami semua merah menyala. Kalau ikut orang Cina, memang manyak ong!

Seminggu duduk di dalam gudang, aku dan rakan-rakan lain akhirnya menerima kunjungan tetamu. Dua orang Yank bernama Tom Hicks dan George Gillett datang untuk membeli aku dan rakan-rakan. Tapi mengikut pesan Yank berdua itu, sebelum dibeli mereka mahu kami semua dicopkan dengan lambang seekor burung dengan perkataan ‘You’ll Never Walk Alone’ di atasnya.

Aku kurang arif apa motif lambang tersebut. Mungkin satu pertubuhan ajaran sesat barangkali? Persatuan memuja burung kot? Tapi walau apa pun yang pasti aku suka dengan lambang baru yang dicop ke atas badan aku yang berbentuk sfera ini.

Selepas dicop, kami disimpan kembali ke dalam gudang hinggalah tiba hari yang dinantikan. Ya, di pagi Sabtu yang dingin bertarikh 17 Oktober 2009, aku bersama rakan-rakan yang lain telah dibawa keluar dari gudang untuk menaiki sebuah van. Kami meninggalkan kota Liverpool menuju ke destinasi kami yang baru, Sunderland.

Sebetulnya aku kurang pasti tujuan lawatan kami ke sana. Adakah lawatan sambil belajar? Atau lawatan sempena rumah terbuka Deepavali? Di dalam perjalanan aku tertanya-tanya. Seronok tapi berdebar-debar pun ada.

Selang beberapa jam perjalanan, aku akhirnya tiba di sebuah bangunan yang bernama Stadium of Light. Akhirnya baru aku tahu tujuan sebenar lawatan ini. Aku bakal dijadikan bola untuk satu perlawanan bolasepak.

Gembiranya rasa hati, Tuhan saja yang tahu.

Bersama rakan-rakan yang lain, kami dibawa masuk ke dalam stadium. Tapi harapan aku untuk dijadikan bola perlawanan dan disepak terajang oleh 22 lelaki di atas padang terbantut. Aku tidak dimasukkan ke dalam padang, sebaliknya di letak di satu bahagian stadium yang dikhususkan untuk Scousers dari Liverpool.

Apa barang? Jatuhlah status aku sebagai sebiji bola yang berwarna merah dan bercopkan seekor burung dengan kata hikmah ‘You’ll Never Walk Alone’.

Jiwa aku sedikit kacau. Sedih bercampur hiba. Hajat di hati mahu jadi bolasepak tapi rupa-rupanya taraf aku hanyalah sekadar bola suka-suka, dilambung-lambung, ditepuk-tepuk dan dilonjak-lonjak oleh sekumpulan Scousers yang mabuk Carlsberg. Aku pasrah.

Tapi bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki tuah bola pastinya warna merah menyala. Sedang aku dilambung-lambung akhirnya aku jatuh ke tangan seorang budak lelaki Scouser yang sangat teruja. Aku bajet, budak seekor ini baru kali pertama menjejakkan kaki di stadium.

Aku kenyit mata dan berikan satu bisikan jahat kepada budak Scouser ini. Aku suruh dia campak aku masuk ke dalam padang. Budak Scouser yang bebal ini akur dengan hasutan jahat aku. Rilek-rilek dia lambung aku masuk ke dalam padang.

Wah, aku teruja. Tiba-tiba aku sudah berada di dalam padang. Betul-betul depan seorang mamat berbaju kuning yang kepalanya botak dan bulat. Kepala dia sebiji bentuknya macam aku. Nama dia Pepe Reina rasanya.

Aku senyum kat Pepe Reina. Dia buat tidak endah. Sombong. Baghal. Tapi aku buat dek. Orang tak suka, aku pun tak sudi.

Sedang aku meloncat-loncat seronok di depan Reina itu, tiba-tiba aku nampak kelibat seorang lelaki berkulit hitam dengan sebiji bola putih di kakinya. Ada kawan! Aku teruja.

Bola putih yang bernama Nike T90 Ascente itu terbang menuju ke arahku. Mungkin dia pun seronok jumpa kawan di tengah padang. Kami berdua tersenyum dari jauh. Semakin lama dia semakin hampir. Laju pula terbangannya. Tiba-tiba aku gelabah, mamat ni takde brek ke?

Kami bertembung. Bola putih itu terbang ke bahagian kiri mamat botak bernama Reina sementara aku pula terbang ke bahagian kanan.

Kawan baru aku, si bola putih itu, terus masuk ke dalam gawang gol. Aku pula kerana sedikit gemuk tetapi ringan terbang perlahan-lahan ke luar padang. Tapi sebelum jatuh di luar padang aku sempat jeling pada mamat botak bernama Reina itu. Dia renung ke arah aku, bukan bola putih.

Hehe, walaupun gemuk tapi warna merah menyala aku tetap menjadi daya penarik. Bukan setakat Reina, malah lensa kamera DSLR dan juga kamera televisyen semua fokus kepada aku. Berbilion penduduk dunia menyaksikan aku secara langsung. Dari United Kingdom hinggalah ke Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Malaysia.

Esoknya, gambar aku termpampang di dada-dada akhbar seluruh dunia. Dari mamat mabuk Carslberg yang kecewa di sebuah pub di kota Liverpool hinggalah ke pengadil-pengadil EPL yang diiktiraf FIFA, semua orang bercakap pasal aku. Dalam sekelip mata, aku jadi terkenal.

Akhirnya, barulah aku faham maksud tersirat kata-kata yang tertera di atas badan bulat aku ini. Ya, aku kini tidak lagi keseorangan, seluruh dunia sudah kenal siapa aku.

‘You’ll Never Walk Alone’. Aku percaya. Aku ialah sebiji bola. Yang tidak lagi keseorangan.
(894 patah perkataan)



29 Ulasan:

bekam berkata...

jonhson buat ape dlm gambar no 2 tu??

ymn berkata...

lepas lunch .. aku reply ..

speedrider berkata...

kah kah kah kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~

faiz uralle berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
faiz uralle berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
saat omar berkata...

Ni latest news yang aku dapat dari kawan kat Britain...Dia cakap Budak yang baling belon tu sekarang dah hilang..

polis suspek dia kena kidnap dengan penyokong Liverpool dan kena belasah...

Aku rasa Benitez pun turut terbabit dalam penculikan ini..

Harap budak tu tak diapa-apakanlah...

crazy_labelle berkata...

wahaha... cam sial nye review... wat ak gelak bahak2 sorg2...

eddie dewanaga berkata...

good job Lou...!

untuk ymn, lunch kasik kenyang, baru reply dgn penuh rasional, bukan emosional, team gua pun tertonggeng jugak sabtu lepas.

Besi Karat berkata...

hahaha bola bola api.

aniq berkata...

macam sial nye ulasan..
hahaha..
klau aku cikgu BM mmg kasi A+++ la..

FIRZA berkata...

bijok!

Don Camarro (Roma Ultra) berkata...

kalau cikgu yg tanda karangan ni fan Liverpool camner ?? menjawab.. hahaha..

Ikuti review Milan Vs Roma di www.RomaUltra.blogspot.com

mfh berkata...

wakaka.. merah padam la muka supporter liverpool..

meor-name-depan-ku berkata...

ni tahap esei dah ni....
agaknya nape komen faiz kene delete?

hahahah!!!!

long lives the blues!!!!!

mfh berkata...

haha.. baru perasan.. glenn johnson menunjukkan cara cara main telor dengan betul.. haha..

Sang Hangin berkata...

belonkah atau bolakah. kah kah kah liverpool.

Ilyas Zubir berkata...

haha best karangan bro

Alke berkata...

Kesian Koppers, korang buat petisyen la, buang dua2 owner liverpool tu, buang rafa beTinez amek K. devan jadi coach. Itupun kalau Red Giant kasi, lagipun Red Giantnye history lagi power dari Liverpool, kekekekeke...

mAxx berkata...

hehe..apa2 hal pun budak yg baling bola tu mmg legend

http://1steleven.blogspot.com

-MsGoodNite- berkata...

Aduh.. sengal betul la... hehehe

bolanos cf berkata...

sermat2!ymn msti nk pk ayat counter balik.lol

Speed Junkie berkata...

lamanye si ymn ni lunch...dah dekat 24 jam dah...hujan ribut pun ade berhentinye oi! x sabar nak tunggu reply ko ni...

Speed Junkie berkata...

tapi papepun...aku rase musykil la...ape kejadahnye si reina n sume defender lpool tu x alihkan bola tu awal2?nak kata buta warna x nampak bola merah sebesor besor tu, xkan sume buta warna? nak kate sangap...kang marah la plak

maybe die pakai zonal marking kut n xde sape kat zone yg same dgn bola tu...

mfh berkata...

ymn tgh sibuk tu.. tgh main sepak-sepak beach ball..

mdikhqoi berkata...

tapi sultan pahang suruh main bola sepak pantai utk hari keputeraan baginda...

bola merah , bola sepak, bola sepak pantai?
mana pilihan anda

hehe

aFiQ berkata...

Terbaik la karangan ni..mmg student 5As ni~!

medihebat berkata...

ada aku terbaca...lepas game tu rafa pon kata gol tu legal...tapi bruce cakap tak...tapi sebetulnya ref patut berentikan game...pasal tu ref tu dah digugurkan dari senarai ref untuk minggu ni...

SFB berkata...

aku suka la karangan ni... bleh cadang kat Menteri Penerangan... simpan dlm Arkib Negara...

admin@blogdiloz.com berkata...

hahaha.

aku kasi 100%!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...