ANDA SEDANG MEMBACA

17

Liverpool 0. Belon merah 1.

MDM FARAH FAIZURA Ahad, Oktober 18, 2009

Belon merah sedang menggelecek Johson dan Reina.

Liverpool kalah lagi. Dengan 19 shots, hanya 4 daripadanya tepat ke gol, tapi tak masuk. Menjadikan Liverpool kalah lagi. Kemasukkan Voronin bagi menguatkan serangan pada minit ke 72, Masherano pada minit 73 dan Ngog pada minit 81, dengan niat mempertajamkan serangan yang macam serangan Abby Abadi kepada Norman Hakim, langsung tidak menjadi. Norman Hakim tetap rilek2 dengan Memey.

Jay Spearing yang diharap akan menjadi Sammy Lee pada zaman kegemilangannya kerana, tubuhnya yang pendek dan kurang hensem, memang menjadi Sammy Lee, tetapi pada zaman Sammy Lee dah jadi pekerja am kat Liverpool. Jerit2 masa Rafa sakit.

Mascherano pulak, orang dah tahu, dia punya stail jenis bertahan, apalah sangat serangan yang nak dijana. Masuk pulak Ngog, dah minit 81, lambatnya. Beza betul dengan Sunderland yang masukkan pemain gantian pada minit 45, 58, dan 66.

Tapi memang dah hobi Rafa, masukkan Sub lambat2. Nak kata apa. Aku nak citer pasal gol Bent pada minit ke lima pun, tak da mood. Pasal sebenarnya gol tu patutnya kredit pada belon merah. Belon merah adalah pemain ke 12 Sunderland, dan belon merah dah mengalahkan Reina. Tak pernah2 lagi belon merah skor dalam sejarah. 1st time belon merah skor. Bodoh punya Sunderland, agak2 la nak main tipu pun. Tahniah belon merah. Lepas ni, belon merah tu boleh lah main untuk England kat Afrika. Nasib baik jugaklah pengadil tu buat2 tak nampak masa bola terkena tangan carregher, kalau tak, gol lagi.

Apa nak jadi pada skuad kali ni? Adakah sebab Rafa bergaduh dengan Gillet, maka Rafa tak boleh nak kosentret? Memang tak boleh jadi. Apakah pula sumbangan Lucas kepada Liverpool? Sumbangan Gillet lagilah takde. Tau nak gaduh dengan Rafa jek. Rafa pulak, dah tensen gaduh dengan Gillet, dia gaduh pulak dengan Bruce, pengurus Sunderland pasal pemain Sunderland ni melengah-lengahkan masa. Asyik nak bergaduh jek kerja. Macam mana Liverpool nak maju.

Tensen aku macam ni. Tensen. Sib baik aku jenis yang kalo tensen jek, terus tidur. Kalau jenis yang tensen, terus bakar2 rumah tu, apa cerita? Apatah lagi kalo jenis tensen2, terus main telur aney kat mapley, lagilah jahat.

Kesimpulannya, nak tak nak, tanpa Gerrard dan Torres, memang Liverpool goyah. Mungkin selepas ini Liverpool boleh hire, pengurus yang lebih bagus. Misalnya hire pengurus HPA industries, Tn Hj Ismail b Hj Ahmad yang terkenal dengan produk kopi radix dan ayam goreng RFC.

Bak kata Tn Hj Ismail b Hj Ahmad “Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas” Walaupun kata2 itu membuatkan hati aku berkata, “apa kejadahnya punya pepatah ni.” tapi setidak2nya dia dah menjadi pengurus yang berjaya. Lebih berjaya daripada Sir Alex Fergusen. Apatah lagi Arsene Wanger.

Apa pun YNWA.

17 Ulasan:

MUAD berkata...

bro! pembetulan ye. belon 2 belon fan liverpool. x tngk ESPN ke bro? cr alasan lain ler. apa tipu2. x baik ooo!!!

MDM FARAH FAIZURA berkata...

itu fan yang menyamar jadi fan liverpool. Aku fan liverpool mana pernah beli belon merah pastu baling2 kat padang.

Cob Nobbler berkata...

Kebergantungan terhadap Gerrard dan Torres.memang ketara.

r.k berkata...

3 pemain sub sunderland pom masuk sbb injured ditala pemain liverpool.. memang emosi~!

Tanpa Nama berkata...

harapan, liv 3 - kucing itam o

realiti, liv 0 - kucing itam 1

bukan jauh sgt beza tu. stil ade no kosong mcm dlm prediction...

.theberuk berkata...

.Every team needs the 12th man

the 12th man is 'belon merah'

mfh berkata...

nak pergi tengok bola pun nak bawak belon merah.. keh keh keh

SFB berkata...

mamat yg baling belon tu confirm kene pijak ngan hooligan liverFOOL lepas abis game tu... sbb gangster tu kalah bet ngan apek jual kacang tepi pintu masuk stadium...

Azri Rotten berkata...

bagi aku alamat bdak baling belon tuh. aku pegi stadium tiap2 minggu x penah bawak belon. paling kurang pon beli gule2 kapas!

sChuMee berkata...

2 bkn belon
tp beach ball
kalo belon,bola x reflex mcm 2....
sbb mass belon sgt rendah compare to the ball...
concept momentum :-)

ixu berkata...

AHh!reina lu belon merah shot pon x dpt tangkap..mengarut btol la bdk2 liverpool ni

Unknown berkata...

kalau kalah cari la alasan.asal tak guna alonso tak da liver tak menang..hahaha.
kalau da kene bantai dengan kucing 1 gol,kau boleh bantai 5,6 gak pe kalau team kau kuat.bola tetap bola,11 lawan 11.

Amjat berkata...

kehkehkeh...ade plak ngaku tiap2 mggu dtg stadium xpnah bli belon merah campak dlm padang. Dah dia nak campak dlm padang,biarla...ref x kecoh pun.Reina mase memula x kecoh pun...Yg fan lak kecoh. Bukannye gol last minit tuh. Minit ke 5 tuh...Nak guna alasan kalah sbb belon lg? Habis, sepanjang 85 minit pastu,Lvpool main ape? Main telor??kehkehkeh...

mfh berkata...

itu lah tu.. keh keh keh..85 minit main telor.. naik kebas jadi nya.. keh keh keh..

ymn berkata...

belon tu minit ke -5 .. and then ada 85minute lagi ???

apa yg liverpool buat 85 minute lepas tu ... mcm haram..
klu kalah ..itu normal and adat .. tapi biarlah ada fight ..ada shoot on target .. kena palang ker .. kepeer save ker .. ini habuk pun tarak ..

mcm houlier .. time is caming 5 years .. need new .. taiko..


Jo-se Mour-IN-ho

Unknown berkata...

jose mourinho bercadang nak ganti pak alex je.

admin@blogdiloz.com berkata...

the red ball was clearly offside!

lol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...