Pengurus Sunderland, Steve Bruce adalah bekas lagenda pertahanan Manchester United dan juga kapten terulung di era awal 90an. Beliau terlebih arif dengan corak permainan Manchester United. Tahu semua taktikal Pak Alex dan paling penting tahu bagaimana teknik menentang juara England. Ben Foster jelas bukan pilihan pertama, beliau sentiasa underestimate kekuatan pihak lawan. Masih belum matang. Thomas Kuszczak sepatutnya diberi lebih peluang.
Pengalaman amat jelas boleh menentukan corak permainan seseorang itu. Penjaga gawang sentiasa memeningkan kepala Pak Alex kerana beliau masih belum dapat menemui pegganti terbaik untuk Peter Schmeichel.
Peter Schmeichel masih memegang rekod di EPL sebagai penjaga gawang terulung dengan melepaskan paling sedikit gol per game ratio.
Memang dah perangai Manchester United, mereka akan menggila jika ketinggalan gol. Walau siapa pun lawan mereka dan diperingkat mana pun, jika mereka ketinggalan gol, mereka akan menggila menyerang. Mereka hilang ingatan. Bagaikan harimau terluka, mengganas merobek barisan pertahanan. Selalunya akan terhasil jaringan. Cuma malam itu, pengadil tidak memberikan masa tambahan seperti sepatutnya (6 minit) jadi, tiada gol kemenangan terhasil.Phew! susah juga rupanya nak review game seri . Dah biasa menang dan biasa dengan ayat-ayat memuji aje. Nak jumpa perkataan sesuai untuk review game draw rupanya agak sukar. Kalau kalah, camna la agaknya?
Aku terlepas game Chelsea vs. Liverpool sebab aku tak selera menonton pasukan orang tua bermain melawan pasukan tiada arah tujuan. Macam membazir masa aje...
Esok je la..aku sedang layan Youtube Peter Schmeichel ni.
54 Ulasan:
kita kene tunggu van tua tu balik haji.foster tu kalau form memang terbaik,kalau bodoh memang bodoh sangat.aku dgr man u nak beli keeper porto kot ganti Kuszczak sebab dia nak blah.review la skit
foster sudah di-drop dari skuad england. sekian.
kalau la sunderland training lebih lagi cane nak clear ball. mesti da menang bergaya.
eh, Chelsea on top a? haha~~
heh.asal jangan kalah lagi.
kahkahkah team org tua!!! lagi hampeh team xde arah tuju hohohohohhoho!!!
steve bruce ni nak lawan tuan betul la..
tak puas hati bila MU seri...
MU nk biarkan ade fight skit dari chelsea..
sbb lpas ni MU mng dgn chelsea... jgn risau
belum tengok zubizaretta keeper barca 90an lagi.
huh...
nasib baik takde masa tambahan 6 minit...
kalau tak...
hahahaha
apepun review ini menarik...
cuma kalau masuk lebih pic mesti lagi menarik...
gud luck..
ref patut tambah lagi masa nih hahahah
www.mypakcu.blogspot.com
keeper porto ke? aku ingat keeper lisbon rui patricio
tp bg aku kalo nk beli keeper bek amik promising manuel neuer ka, ok jgk
takpon pakai teori basic...amik international keeper yg masih men kat kelab kecik cm akinfeev ka
MU seri, aku dh agak dh
menang 8 game...takkan x boleh seri satu kali
kalo sir alex ckp awal2 season dulu..."ok, boleh menang dgn spurs, city, arsenal n 8 games menang tp kene kalah ngn burnley n seri ngn sunderland...aku hangguk 8 kali tanda stuju 800percent.."
bola ni, ko x bole nk menang je...nnt kang bile dh kene berganda kene.
skor lebih 3 dlm satu game pon bahaya, nnt minggu depan seri 0-0 @ kalah 0-1 kang nyesal....
percaya ataupon tidak, bola ni memang ada limit...sbb tu ler kalo striker tu dah hatrik, manager akan subkan walopon br minit 50++...
wakakaka...aku sukae statement ko yang ujung2 tu..."team oragng tua lawan TEAN YANG TAKDE ARAH TUJUAN"....wakakakaka...nak buat camne, asyik mabuk je, stock berbarrel, tu yang takde arah tujuan, kejap kata boleh menang, kejap kata ref salah.....dey!! apada rafa!!
typical MAN U FAN si jorji nih.aku igt dia nie minat bola,cintakan bola.tp sekadar minat man u saja.
org minat man u lain,org minat bola lain.
org minat man u,dia layan man jer.man u lawan basiktas pun diorg dah pening.yg diorg tau man u saja. x de lain dah.dunia diorg man u semata2.mmg man u tue hebat,tapi aku rasa x salah kalo korang respek team lain.
benda nie dulu ada dah topiknya,ada dah yg komen,tp x sangka plak aku yg penulis tetap kat sini pun byk juga yg tergolong dalam golongan nih..kesian..
ko jgn mrh aku jorji..ko sendiri yg ngaku..
"Aku terlepas game Chelsea vs. Liverpool sebab aku tak selera menonton pasukan orang tua bermain melawan pasukan tiada arah tujuan. Macam membazir masa aje..."
apa2 pun...belajar la bepikiran terbuka. :)
Jorji, ada reader ko sudah paneh la...adeke dia kate k minat mu je? bukan ko minat pasukan malaysia dan Red Giant ke (team yang sejarahnya lebih hebat dari team tak tentu arah tu). Ade ke dia kata ko tak terbuka? hehehehe...ko tanye dia bro, siapa yang tak terbuka? ko tanya dia tak pernah bergurau ke? Ko tanya dia, Man United tu main ape? snooker? ko tanya ye bang...
ok,aku ckp nie bedasarkan apa yg jorji tuliskan..apa peminat man u mmg x minat tgk team lain main ke?apa korang igt game tue bosan ke?nia aku bg kopipes artikel dr sebuah web yg serupa anti chelsea...
Even at 0-0, this was not the boring encounter that many boring people would have been saying it was. Tight, frenetic and aggressive, it was the sort of wrestling match that the league should have in its armoury for occasional display. Goals are football's greatest boast but the sight of two top-class and evenly-matched teams trying to force the other into a mistake had its own compelling fascination.
so what?
peminat man u mana layan tema lain.itu kenyataan.setuju?
en.mizu sama,
Aku tulis "aku TERlepas game.." aku guna perkataan 'TERLEPAS...' sebab aku tak berada dirumah/mamaks ketika perlawanan ini berlangsung. sebab aku ada hal lain,bermakna kalau aku ada dirumah,aku akan layan jugak game yang diiktiraf sebagai Boring A lwn Boring B di kebanyakan review itu.
..dan aku tambah,-sebab aku tak selera blabla.--.sebagai panambah perisa mengutuk aje..(semua aku nak kene explain!)
nway..aku tak marah aih! dan aku prefer rumah terbuka dari pemikiran terbuka :P
aku rasa aku tak perlu jelaskan isu aku fan MU atau fan bola..secara detail.
Alke : naik darah roy keane aku bila semangat cintakan bolasepak aku dipertikai! LOLZ!
en jorji..
aku baca ayat ko smpai abis.aku x baca sampai TERLEPAS sahaja.aku baca ayat seterusnya iaitu
"...sebab aku tak selera menonton pasukan orang tua bermain melawan pasukan tiada arah tujuan. Macam membazir masa aje..."
tp dah sebab ko kata yg ayat blakang2 tuh penambah perasa aja,ok fine aku terima. sebab yg sebenarnya ko terlepas adalah di sebabkan ko x berada di rumah/mamaks kn.dan kalo ko berada di lokasi yg tepat pasti ko akan tonton perlawan ni kan,ko kn cintakan bolasepak.hehe ok la cm tuh..ko bkn la kategori peminat MAN U saje.cayalah.sori yer sebab tuduhan melulu. :)
ps:rumah terbuka leh makan dengan byk secara percuma.akibat makan yang banyak boleh menjadikan seseorg bepikirin sempit(tidak berpikiran terbuka).
nie bukan aku ckp.nie kajian.mkn byk=otak lembab. hehe.
artikel di atas tiada kene mengena dengan yg hidupa atau pun yg sedang mkn di rumah terbuka
Bagi aku game yang bagus dan tak bosan ialah bila ianya dimainkan di atas padang yang hijau dan kemas. Memang tak rasa membazir masa 90 minit tengok padang bermutu sedemikian rupa.
Terima kasih.
pemikir dan pemerhati bola sepak dunia memang semua ada pemikiran yang berlainan, ini memang realiti, dan yang paling penting semua ada emosi dan pendapat berlainan.
tapi malaysia bawah 20 tahun lawan vietnam memang rabak.
memang tak tau nak luahkan apa rasa kalau team kita seri kan? nak melenting pun tak bleh, nak happy lagi lah tak boleh. cuma boleh bersyukur je sebab dapat gak point. alhamdulilah.
aku peminat MU je.
kat mata aku cuma nampak MU. kalah, seri, menang - MU je. team lain? pegi melingkup. tak raspek team lain? liga lain tak amik port? jangan main hembus je. oh lagi satu, aku penyokong skuad B-23 Malaysia. salute.
panas btol la mizu_sama & J or Ji ni.
rilek2 ar bro.. yg penting blog ni trus idup.
adat la tu team kalah kena bantai, janji bgn balik.. bukan terus dipijak2.
aku minat bola.. Arsenal fan, tp layan sume game, nk tgk cmana corak permainan sesebuah team tu, even trengganu lwn N9 pun gua layan. team epl x usah ckp la, gua layan sume, tp ada exception jugak la...
tp btol gak kata mizu sama, tp x semua fan man u bgitu.. tgk org la, masing2 punya suka
gua layan match city-villa malam tadi.
gua kira fan bola kan? kan?
nosebleeding ni dikira fan bola gak la. hahaha
bebola ikan mkn x? sambil tgk bola tu makanla...
jgn minum kokakola jek
aku rasa nkoram ni semua fan bola sepak england je.
bola sepak lain tak tau..
sekali sekala tulislah pasal liga negara lain.bukan best sangat pun liga england ni.ni semua john dykes dengan shebby dah englandkan kepala nkoram ke..
bukan england je ada liga bola..alahai,tolonglah aku..sakit otak la nkoram bising2 liverpool hebatlah,man u hebatlah,chelsea hebatlah..
pergi tengok game sevilla lawan real madrid dulu,tengok villareal lawan espanyol dulu,baru boleh compare liga mana lebih hebat..
barca toksah cakaplah..masa final champions league hari tu champion england yang sibuk dijulang-julang tu kena tibai.dalam masa 90 minit 20 minit je MU pegang bola.
tolonglah jangan englandkan kami lagi..espn dah englandkan kami,astro dah englandkan kami,takkan semua nak englandkan orang kot..
cendawan, kalo nk sedap lagi, isap rokok bola.. harga xnaik lagi..
ermm...ada gak paham maksud aku.niklas ngan nose aku kategori kn peminat bola.aku x ckp semua fan man u cm tuh.even fan kelab bola lain pun ada cam tuh.
contoh yg dewa bg tuh pulak senang.dia terang2 ngaku dia fan man u.man u saja dlm dunia dia.kalo dia ada sokong mesia ke, ganu ke..tue side2 je.tp kalo dlm bpl,kalo x de man u main,haram dia nk tgk.
blog ini terus idup,mmg byk time kasih di berikan pada penulis lah..kita baca free jer.
dan aku rasa aku peminat bola.kalo tgh gem chelsea kt chanel 812,chanel 811 ada firoentina lwn lazio pun aku jenguk kejap2.chanel 813 west ham lwn fulham pun aku jenguk.
td baru lepas tgk mesia lawan loas.seri,1-1.
dan en. alke nih x paham kot maksud aku...tue yg dia tanya man u tuh main snooker ker hape.hehe..
pape pun kalo ada yg terasa,aku mintak maap.aku lontarkan buah pikiran aku jer.kalo ada salah tuh,sorry yer.
benornyer aku lg suka gaduh sal bola dr politik.politik nih pening,byk sgt hitam dr putih.
Kami memang telah diEnglandkan, kami fikir hanya bolasepak England saja yang best, England adalah juara bolasepak dunia. Setakat Sepanyol, Itali atau Jerman tu kami tak pandang langsung. Sangat tertutup pemikiran bolasepak kami.
Tapi sebab apa Astro banyak cerita pasal EPL? Sokernet banyak sembang pasal EPL? Ikut kehendak pasaran juga. Dah ramai yang langgan Astro nak tengok EPL, jadi EPL-lah yang ditayangkan. Ramai yang kat Asia pengikut EPL, jadi ESPN serta Starsport ikut kehendak pasaran.
Macamlah Sokernet, yang membaca pun ramai kaki EPL. Jadi kami di sini bercerita tentang EPL. Kami tahu sambutannya lebih meriah, kutuk mengutuk lebih hebat dan caci-mencaci pastinya mendapat sambutan ramai.
Boleh cerita pasal Sevilla dan Real Madrid, atau Udinese lawan Bari tak pun Grasshopper Club Zurich lawan BSC Young Boys. Tapi berapa kerat kot pembaca Sokernet yang mengikuti kelab-kelab tu semua.
Jadi kami yang menulis di Sokernet mengikut kehendak pasaran. Macam Astro, ESPN atau Starsport. Kami boleh buat Sokernet khusus untuk Liga Super Malaysia, tapi mungkin yang membaca nanti pun kami-kami penulis Sokernet.
Nak tulis pasal yang lain-lain, tengoklah pada keadaan. Kalau ada kelapangan bolehlah, kalau tidak maka kami diam sajalah. Kami tulis pun ikut sukarela dan secara percuma. Bukan macam Shebby kena bayar ribu-ribu melalut kat konti ESPN.
Tapi nak kata kami ni cuma tahu bolasepak England, tak pandai tengok bolasepak Itali atau Sepanyol mahu pun Ukraine kira melampaulah. Jangankan Ukraine, liga bolasepak Nigeria pun kami ikut.
Tapi sebab kehendak pasaran, kami utamakan yang menjadi pilihan ramai. EPL.
Boleh nak cerita pasal Sevilla atau Real Madrid. Atau nak banding liga mana lagi hebat. Kalau ada masalah untuk kami tulis. Tapi nanti kalau kami betul-betul tulis jangan kamu semua menangis pulak. Lagi hebat dari majalah bolasepak tempatan nanti.
Itu sajalah.
perenggan akhir..
"kalau ada masalah untuk kami tulis"
masalah @ masa lah??
ko jgn main2 lucy..
kat sokernet skrg ni benda2 kecik leh jadi besar..
bahang pilihanraya bagan pinang nyer pengaruh..
response lucius maximus:
Kalau macam itu gamaknya,di atas tak perlu tulis Sokernet:Laman Web Bola Sepak Dunia.
Tulis sahaja Sokernet:Laman Web Bola Sepak England.
Takde la fan Barca,Real Madrid,AC Milan atau Urawa Reds terpinga-pinga menunggu bilalah review perlawanan dorang nak dibuat Sokernet.
Mengikut pasaran?Macam tu anda semua bukanlah pengulas bola sepak.Anda pengulas pasaran.Baik kerja kat bursa saham,boleh tengok apa pasaran yang terhebat hari ni.
Sepatutnya penulis bolasepak yang baik macam anda ni semua,tulislah tentang bolasepak selain bolasepak England yang dah berbuih-buih Shebby tolong cakapkan(kalau tak faham bahasa Inggeris sila belajar).Sepatutnya Sokernet membawa peminat meminati bolasepak secara keseluruhan,bukan dipengaruh oleh pasaran semata-mata.Tunjukkan bahawa benua lain pun ada perlawanan bolasepak.Kalau nak ulas liga Nigeria - saya tak menangis tapi saya gembira sebab nanti saya tahu pemain yang berbakat(bukan sahaja untuk pengetahuan tapi mungkin untuk Fantasy Football jugak).
Tulis bukan kerana kemeriahan,tulis kerana pengetahuan.Sebab kalau setakat nak meriah,tak kemana-mana pun.
Kalau nak tulis sangat pasal England - tulis liga Divisyen 7.Apa yang berlaku sekarang Ashton United dengan Kendal Town punya game hari tu.Kalau susah sangat nak menerobos sampai Divisyen 7 - divisyen 2 pun jadi.Dan kalau divisyen 2 tu pun tak larat - tulis kelab2 kecil macam Hull City atau Wolverhampton.Tak perlu berkisar kat Big Four semata-mata.After all,this Big Four bukannya best sangat pun.Serius.Glamor je lebih.
Terpulanglah kepada penulis-penulis nak menilai apa yang saya kata.Kata-kata positif kadang-kala boleh dianggap negatif.Saya bercakap untuk memajukan penulisan bola sepak,bukan nak tunjuk siapa pandai siapa tak.Sepatutnya kenalah terima dengan hati yang terbuka bila ada yang bersuara.Tak gitu?
Football fans of the world,unite.
wah.. live match..
nami,
aku suka idea ko tu.. tapi cam mustahil jer.. sebab diorang wat keje ni free.. bil api ngan intenet pun bayar sendiri.. tapi kalo ko boleh buat sokernet yang betul2 "laman web bola sepak dunia".. nanti aku follow.. tapi ulasan kena panjang ler.. bukan setakat letak video game highlight, lepas tu komen 6 baris.. kalau boleh, buat dalam bahasa melayu.. aku sekolah tak tinggi..
kenapa epl lebih popular berbanding liga itali dan spain?..
aku rasa satu faktor adalah masa.biasanya game epl ni start pukul 9 takpun 10 malam.paling lambat pun pukul 12 setengah.kira tak malam sangat la.liga jerman aku rasa start time camni gak..
aku rasa peminat kelab-kelab spain dan itali ni ramai gak.tapi biasanya game diorang start lambat sangat.paling awal pun pukul 2.kalau match best mau pukul 4 baru start.tak semua orang boleh berjaga sampai pagi..
so,kita tak boleh nak salahkan media sebab asyik sogok cerita epl je dan aku rasa tak salah pun blog ni cerita epl je.sebab match epl je yang selalu orang sempat tengok..
nami,
aku takda masalah dengan pendapat.samada aku terima atau tidak,itu hal lain.
KONSEP sokernet.blogspot, kau kene tanya melalui emel kepada tuan penganjur.
tapi,aku dan beberapa penulis disini telah dipilih utk menulis mengikut pasukan kesukaan masing2.
sila rujuk post:
http://sokernet.blogspot.com/2009/08/sokernet-line-up.html
tapi,kalau kau masih berminat untuk melihat portfolio aku dan bolasepak, aku buat la nanti...
kalau ada masa...
cheers!
err. kalau buleh. korang tolong review pasal liga malaysia bleh tak? aku tergolong dalam fanatik perak tapi seblom tahun 2000 lah. :S skarang tak taw ape cerita. maybe korang buleh membantu .
sorry for my two cents.
oh ye. pengarang dan ketua pengarang, harap boleh tak enablekan * ulas sebagai id / url * sebab tak semua pakai blogspot. dan ada jugak yg menggunakan host lain utk blog. sebagai contoh , http://angeldream.bub.my
harap kesian kan saya. thnx
:angeldream:
wah lucy kau sungguh detail.keh keh.
korang tanak buat forum ke? utk berinteraksi sesama peminat2 korang.
susah la nak lontarkan idea dan saranan serta permintaan :S
:angeldream:
apa kata kepada sesiapa yg minat liga selain EPL, bole buat ulasan dan email pada sokernet, minta diorang postkan.. ataupun bole mintak team sokernet includekan anda sebagai pengulas..
penulis sokernet ni pun bukan dibayar.. apa yang diorang tulis.. kita baca, kita gelak, kita komen, kita gelak, kita kutuk, kita gelak..
aku sokong kata maoi tu,sebab kalau boleh,orang yang fan la liga dengan serie a macam azmanizam cakap,tak larat berjaga pukul 2-3 pagi,boleh tau.
kalau takde penulis sokernet nak tulis,takpe.boleh ambik kat blogger lain (macam barca ada blaugranamalaya.blogspot.com),ataupun macam aku pun boleh tulis.tak perlu panjang dan melalut-lalut,janji orang tau "oo wujud rupanya liga tak tempat lain".
aku faham,nkoram ni badan bebas je.macam NGO la,takde penaja yang sponsor.nkoram tulis berdasarkan kelab yang nkoram minat.tapi janganlah jawab "kami menulis sebab mengikut pasaran".aisey..walaupun market la liga dengan serie a tak banyak(walaupun banyak star dan banyak team best),tapi kami pun nak jugak tahu.kalau team sokernet tak boleh tulis,maybe fan2 selain epl ni boleh tolong tulis,post kat email ke,ape ke..
kami dari fan la liga sanggup buat apa inisiatif untuk memajukan bola sepak malaysia,takdelah semua cedok arah england je.kalau aku larat,liga brazil,argentina hatta liga mexico pun kalau boleh aku nak tulis - tapi buat masa sekarang ni,sepanyol dulu kot.pelan2 la kalau camtu.
takdelah aku rasa pengenglandan yang intensif..
Nami,
Dari panjang-panjang kau membebel sini, nak cerita pasal Divisyen 7 England dan sebagainya, elok kau pergi hantar artikel untuk ruangan Penulis Tamu Hari Rabu.
Atau sebab benda tu free kau malas nak tulis, pasal tu dah berapa puluh Rabu lepas aku rasa macam tak pernah nampak tulisan kau?
Yang menulis secara percuma tapi kena kompelin,
Lucius Maximus.
tak adil utk vandersar kalo ckp sir alex x jumpe lg pengganti schemaichel...vandersar more than enough bg aku.
jangan vandersar plak nk cepat2 ganti schemaichel dlm dirty jobs, aku blasah kang nnt.....
kenapa epl best? aku dh 10 tahun tgk epl n bg aku:
epl: 1:comentator best, 2:ko boleh dgr crowd punya cheers, 3: boleh dengar player sepak bola
sumpah, itu je bg aku kenapa org suke tgk epl.
aku x penah miss tgk el-classico sampai ada skali sanggup bawak motor 40km pegi cari astro kat stesen teksi, situ je yg ade astro kol 4.30pg. tp serie a.....aaaaaaaaaa ngantuk weh layan, last aku tgk juve vs milan, siap berjaga kol 3 pagi pegi mamak tp x sampai halftime aku da balik sbb game bosan *ampang (time tu zlatan br join juve). sori lah serie a.
sebenarnye. nengok EPL pasal bahasa pengantara dia. kita bukan di ENGLAND Kan, kita di ENGLISH kan
:angeldream:
reply balik kat lucius maximus:
Jap jap,aku rasa dalam banyak-banyak hari Rabu,hari ni la Rabu pertama yang Sokernet bagi email suruh emailkan artikel.
Sebab tu aku nak hantar.Aku nak antar pakai posmen takde alamat pulak.
OK?
Yang rela hati tulis free tapi tak tau alamat email,
Nami.
walawei nami..
sokernet dh siarkan la email tu..
ko mybe bru join bc sokernet kan..
xpe2... lpas ni ko anta la artikel psal liga len ari rabu ek..
kitorg nk gak taw perkembangan liga lain..
sbb walaupun MU kalah final lpas.. 2 taon lpas die mng.. masa tu Barca kalah semi..
so xde la nk compare mana liga lg bagus..
nami..e-mail sokernet ko tau x?
sokernetmail@gmail.com
diorg tulih sokernatmail[at]gmail[dot]com
tuh yg ko tak pasan kot...hehe
aku setuju dengan Joe.
dulu masa belum ada Astro kat umah, kat Channel 5 (Singapore) dan TV kat Indon ada siarkan La Liga, Bundesliga dan Serie A. best memang best sebab ramai star yang aku kenal dan aku suka masa WCup, Euro Cup atau Copa America.
TAPI..
diorang tu tak konsisten sangatlah. tak taulah kalau korang (yang nak menulis) tu pandai olah ayat lawak atau banyak tau fakta yang belum kami tau, boleh buka mata kan?
La Liga - kompetitif dan fancy tapi skill sangat klise.
Bundesliga - konsep Total Football yang mengujakan. cuma star kurang.
Serie A - defending yang melampau. kalau match top team lagilah bosan.
League 1 - takde yang nak ulas ke wei?
ex-fan PSG
nami tu macam sewel je??
dia ingat senang ke nak tulis artikel?
dia demand pulak tu nak berita bola setiap liga di dunia. nak mampus apa?
buat artikel tentang lig negara lain supaya orang tahu di negara lain ada liga?..please la nami..ko no budak sekolah lagi ke? tengah exam PMR ke?
Lagipun, kalo diorang nak tau hal ehwal liga negara lain, banyak lagi alternatif lain selain sokernet
ulasan buat a:
perlu kah nami jadi 2nd TANPA NAMA....?
nami, aku rse ape yg dorang neh maksudkan, kalo ko x suke dorang tulis psl epl je....dorang pedulik hape. ko cr la alternatif lain. lagipon kalo dh x minat, buat ape dorg nak menulis. takkan la sbb terpakse kot, bukannye diorang ni dibayar@adebayor utk menulis kat sini. aku paham, mungkin ko x minat epl, tp aku rse rugi gile kalo ko tak merasa bahang epl, tgk game live, ramai kawan, ramai musuh, bakar-bakar, kutuk team orang, team sndiri kene kutuk....
aku xtau la cmne kalo ko support barca @ real. sbbnye kalo aku, sabtu n ahad je bil sms akan melambung, kalo team musuh kene ayam, konpom aku tepon musuh2 aku sampai masuk voicemail yg mengkonpomkan bil aku naik lagi bulan tu.selain dari big 4 yg dah tersedia ada fans2 hardcore utk saling membakar, aku ada bapak kawan aku yg sorg tu fans everton dan lagi sorg fans spurs utk saling bakar-membakar dan semestinya bukan abu bakar atan. masyuk wooo...(ku xpaham cmne orang tua berdua tuh leh sapot spurs n everton, kuat sgt ke time 80s dulu)
dan skang ada plak sokernet sbagai tempat nak bakar2 time bosan kat tempat keje...aku ari2 bukak sokernet n aku rse penulisan dorg sgt best, sbb aku sendiri walopon ada ayat2 bakar yg best tp rsenye kalo nk ditranslatekan ke penulisan cenggini mmg x menjadi.
terima kasih sokernet.
joe : dengan kata lain,its FUN!
tq joe!
joe: aku tak ingat sangat la...tapi spurs dulu top jugak woooo....everton aku tak ikuti perkembangan...tapi si lahanat saha tu, bulih pulak menjadi skang nih...org tua gaduh ni aku dah biasa...tapi ko penah tgk org tua kena bahan dgn budak2....? hahahahaa...pakcik aku (liverpool fan)...aku (blues)...sejak aku dajah 4 dulu dia bahankan aku...skang baru aku bulih bahankan dia...
aku tau, team2 org tua mesti liverpool, spurs n everton. ntah cmne ler bola kat england seblom epl, dizaman jersi x ada penaja pon, dizaman abn umbro x terpikir pon lagi nk letak nama kompeni kat jersi ajax. kesian pacik ko kene bahan, ko rse sampai bile die akan dibahankan? he he he (tersirat, sambil menyelam minum ayak)
tp bile aku jumpe org2 tue yg dh lama tgk bola ni, best plak aku sembang ngn dorg, x kire la die fans ape pon. aku ada jugak tanye kat org2 tua cmne zaman mokhtar dahari, diorg ckp mokhtar dahari bile dpt je bola dlm kotak penalti, satu stadium bangun. giler kan?
aku teringat time aku form 4, nek bas ngn mat saleh mane ntah sesat kat kampong aku, pastu aku tanye die team epl ape yg paling dekat ngn umah die, die ckp oxford city...aku hurm terlopong je sbb x kenal...
Catat Ulasan