ANDA SEDANG MEMBACA

24

Olympique Lyonnais 2 - Kelab Bola Pantai 1

LuciusMaximus Rabu, Oktober 21, 2009
IKLAN

Set Pantai Liverpool FC

Kembalikan nostalgia lama anda dengan Set Pantai Liverpool FC, diilhamkan dari warisan tradisi Liverpool, kelab bolasepak yang kaya dengan sejarah.

Set Pantai Liverpool FC terdiri dari sebiji bola pantai dan sehelai tuala. Ideal untuk dibawa berkelah di Tanjung Aru, Teluk Batik atau Morib. Juga boleh dibawa ke stadium untuk dilontarkan ke dalam padang.

Direka dengan warna merah menyala berserta cap burung Liver dan kata-kata hikmah ‘You’ll Never Walk Alone’ yang tertera pada kedua tuala dan bola pantai.

Anda pasti tidak keseorangan!

Stok terhad! Hubungi Sokernet di talian 1-300-TEKAN-TEKAN-TAK-DAPAT dan minta untuk bercakap dengan Cik Jannah Raffali, ejen Liverpool berlesen kami.

(Stok di stor online Liverpool FC sudah kehabisan kerana dibeli secara pukal oleh para penyokong Manchester United untuk perlawanan hujung minggu ini. Yang ada di simpanan Sokernet pun tinggal satu sahaja, J or Ji sudah beli 10 set untuk anak dia)

Set Pantai Liverpool FC - £10.00
Wajah Teruja Rafa – Tidak Ternilai

Model menggayakan tuala Liverpool di pantai Tanjung Aru. Bola pantai tiada dalam gambar kerana telah dirampas oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

24 Ulasan:

Jorji berkata...

pagi-pagi the kop dah kene kitai! aku suka!
kakakaka.

FIRZA berkata...

hakhakhakhak....early brkfst ni lucius oi.....

mfh berkata...

wakakaka... terhibur pagi aku... wakakakakaa

Shank berkata...

wtf .. what the fun ...

im still the reds ... wat ever ...

proudly ..honuorly ..gladly .. wat ever ..

truly madly deeply the reds supporters ..wat ever

Mr feckry berkata...

nasib gua dah rembat awal-awal

meor-name-depan-ku berkata...

hhhahahhahhah.......
jadikan lyon sejarah baru anda!!!!

Oh Me berkata...

haha cilake..tolonglah jgn kutuk Liverpool lagi...

benitez mesti kena fired punya lepas ni...

Hujung minggu ni nak mengadap Man U lagi..adeh deh...

speedrider berkata...

hahahahahahah hahhhhhhhhh ahahahahhhhhhhhhh

(entry ke-3 pasal liverfool aku bantai gelak)

SFB berkata...

aku pn dh nk pecah perut gelak... 3 direct... fan Liverpool mesti tgh panas giler... haha

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Keh keh keh...

Don Camarro (Roma Ultra) berkata...

Fired Rafa, Hired Morinho.. haha..

iftitah berkata...

hahaha. konfem banyak bola pantai masa game hujung minggu ni nanti.

LuciusMaximus berkata...

Ceh, abang Pipi gelak dalam keserian Arsenal malam tadi. Mana ulasan bang Pipi oi?

mikhaelahmad berkata...

hahaha. thanks to gonalon.

Ameen Homestay berkata...

hehe..jawatan kosong..jawatan kosong. Sesapa ada lesen A Coach, bleh la mintak keje kat Anfield. Gaji boleh runding !

www.mypakcu.blogspot.com

zan berkata...

Aku hanya mampu tersenyum..
YNWA!

avid berkata...

ni la akibatnya berharap sgt dengan gerrard ngan torres....dua ekor ni xde, pool konfem kojol....

Besi Karat berkata...

hahahaha "rare" tuu

Tabok berkata...

Liverpool kalu takde gerard n tores jadi kumpulan sudoku je dowwww

TAF berkata...

iann...pak torres xbleh kluar menoreh sbb musim ujan skang ni.so skang tgh kutip daun getah utk balut tapai

abang gerrad di katakan dah beli stem utk surat permohonan menjadi kapten selangor tapi amri yahya awal2 lagi dah sorok peti surat

Ejoi berkata...

"Alhamdulillah, kami berjaya menewaskan Barca, dan yang paling penting Liverpool kalah lagi..."
- Ucapan pertama pengurus Rubin Kazan, Kurban Berdyev apabila ditanya pendapatnya tentang perlawanan bolasepak Piala Juara-Juara Eropah pagi tadi.

crazy_labelle berkata...

wahaha... bwk2 bertenang...

nmz berkata...

perghh
jadi bahan ye x
apepun
ynwa

medihebat berkata...

pakcik aku cepat2 pegi haji kena bahan dgn aku...nasib dia tak pegi bercuti...kalu tak, cnfrm aku cadangkan set perkelahan liv kat dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...