ANDA SEDANG MEMBACA

20

Penulis Tamu Minggu Ini

Abdul Sokernet Rabu, Oktober 07, 2009
Surat Buat Harimau Malaya

Yang menguruskan pasukan Bolasepak Malaysia
kelana jaya (wisma FAM disana)
Malaysia


Tuan,Puan

ADUAN MENGENAI PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA (HARIMAU MALAYA)

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas,

2. Saya sebagai seorang yang mencintai bolasepak ingin memaklumkan kepada yang berkenaan bahawa mengapa sinar kegemilangan pasukan Malaysia hanya dirasai oleh rakyat Malaysia pada tahun 1960 hingga 1980 an sahaja..
Mengapa di era serba canggih dan lengkap dengan prasarana sukan di tahap antarabangsa pasukan kebangsaan kita prestasinya kian merudum, mengapa? Tolonglah perjelaskan. Sebagai rakyat Malaysia kami juga patut merasai apa yang dirasai oleh mereka pada tahun kegemilangan tersebut.


3. Mengapa di era kegemilangan pasukan kebangsaan mampu melahirkan Mokhtar Dahari dan Datuk Abdul Ghani Minhat, yang mana prestasi mereka di tahap dunia dan corak permainan mereka sering menjadi perbualan jurulatih-jurulatih seluruh dunia.
Tapi di era kami, pasukan kebangsaan melahirkan pemain-pemain yang berkaliber untuk dijadikan model pakaian dan majalah-majalah gossip tempatan (tidak perlu diperjelaskan siapa mereka itu). Mengapa?


4. Namun di hati kecil saya, tetap menyayangi pasukan kebangsaan Malaysia. Tetapi apakah harga yang patut saya atau seluruh rakyat malaysia rasa dengan rasa sayang? Mampukah Pasukan Kebangsaan membayar hutang 'kegemilangan' semenjak tahun 1990 hingga kini?


Diharap mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang tertentu, Kerjasama Tuan,Puan amat dihargai...

sekian...


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA DAN BLOG



Saya Yang Mencintai Bola sepak ,

Tandatangan tidak diperlukan.......

............................................................



Nota dari Sokernet: Ruangan penulis tamu dibuka setiap hari rabu untuk semua pembaca Sokernet. Anda boleh e-mel sebarang artikel ke Sokernetmail(at)gmail(dot)com. Tapi apa pasal asyik muka sama saja yang e-mel artikel? Mana kaki-kaki kompelin lain? Itu hari bukan main lagi kompelin pasal tak letak ulasan pasal liga lain la, apa la. Suruh tulis sendiri, berdebor...

20 Ulasan:

iftitah berkata...

kelab-kelab(club) malam lagi banyak dari kelab bola. itu yang down tu.

p/s: ramai masih berguru ngan shebby singh, tu yang penulis tamu sikit lagi. pasni banyak la.

eddie dewanaga berkata...

tukar semua ahli majlis FAM dari yg bawah hingga yg atas... ganti dgn mereka2 yg betul2 free dari jadik wakil rakyat, kerja situ dan sini, orang itu dan ini.

bikin satu skuad yg kita carik, selongkar sendiri, bikin scout untuk masuk kampung, masuk utan, masuk sekolah... biar diorang tidur sebilik, makan sekawah... dalam masa 2 tahun, dah boleh ganti.

meor-name-depan-ku berkata...

cari orang yang betul2 main bola jadi orang atasan.... bukannya orang yang tahu bola...

Pele, leh jadi menteri sukan Brazil..

Platini, orang kuat UEFA...

kat sini lain pulak kriteria yang dipilih nak pegang jawatan dalam persatuan Bolasepak...

medihebat berkata...

tapi kalau FAM reply camnih...:

KEHADAPAN PENULIS.
KAMI PEDULIK HAPE. JANJI POKET KAMI PENUH DENGAN WANG RAKYAT. CAKAP LA GAJAH RIMAU SEKALIPON, KAMI TAKKAN LETAK JAWATAN. BACKUP KAMI SANGAT KUAT. APA KORG MAMPU BUAT? HAHAHA...PADAN MUKA KORG TAK DPT TGK GAME TEMPATAN YG HI-CLASS...POKET PULAK MAKIN SUSUT. TAK MACAM KAMI.

camna kalu dia jawab cam nih...? aku rasa macam nak gigit tengkuk orang...

bigbrother berkata...

apa yg gua nak luah da meyour cakap. org2 FAM ada ke yg pandai main bola kalu x mcm PELE n PLATINI mcm padia pun xpe da. gua nak tanya je..

Cob Nobbler berkata...

Sultan Pahang dulu main posisi mana?
Tan Sri Khalid Ibrahim pernah jadi midfielder team mana?

Aku tanya soalan ni je,cukup.Toksah nak bersurat-surat.Buat abeh kertas je.

p/s:aku ada banyak artikel.ada banyak tulisan tentang bola la liga.aku tak tau macam mana nak contact je.haha!dah tau aku post la.

Azri Rotten berkata...

hahaha pelajaran nak politikkan, agame nak politikkan, bola pon same! medihebat,kalau dorang reply camtuh, kumpul sume bdak2 peminat bola dari perlis sampai sabah gi serang FAM. tgk ape die bleh buat. isa pon isa ar janji generasi akan dtg puas hati tgk league tempatan.

Joe berkata...

aku pon rse cm bersalah dowh, tgk epl sampai terlentok tahan ngantuk, tpteam mesia men depan mata aku buat dek je....pedulik ape...

sape yg salah, knape sampai aku rse x kesah lansung?

meor-name-depan-ku berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
meor-name-depan-ku berkata...

big brother, sebenarnya ramai yang x main bola, tapi berjaya.....sebagai coach atau pengurusan..

contohnya, jose maurinho....check la pernah x die ni main untuk portugal atau mane2 kelab??

soalnya hati yang ikhlas dan bersungguh sambil mencintai bolasepak sedalam-dalamnya...

afterc berkata...

meyour,
ko ni mcm lalang. kejap ckp nak org yg tau main bola jd atasan. kejap ckp jose maurinho tak main bola tp berjaya. ko nak yg mana sebenarnya ni? nak yg pandai main bola ke atau yg tak main bola? atau yg tau main bola sendiri je..hahaha

meor-name-depan-ku berkata...

afterc, aku menyarankan yang main bola pegang jawatan....... sebab dorang x de job lain, so dorang leh tumpu 100%...


yang x main bola tu banyak job....wakil rakyat,ketua cawangan,menteri dan banyk lagi.. boleh ker dorang tumpu???


jose maurinho.....job die 100% kat bola.. sebab tu die boleh buat... (Hanya contoh)


aku sarankan lepas wat 1 MALAYSIA, kite wat 1 JAWATAN pulak......

mizu_sama berkata...

afterc x paham.

yg meyour nk jelas kn,dia mahu org yang tau main bola jd org atasan. tapi x pulak semua yg tahu main bola pandai pengurusan.so,bg aku calon terbaik ialah calon yg memberi 100% tumpuan pada bola sepak,tiada jawatan lain dan beliau amat mencintai bola sepak.

macam komentar2 kat sini pun,x semua tau main bola.tp byk buah fikiran yg dilontarkan.kenapa?sebab mereka2 ini cintakan bola sepak.mereka mahu lihat bola sepak yg indah.yg hebat.

dan aku yakin,org2 politik malaysia,x kira kerajaan mahu pun pembangkang,memegang jawatan tertinggi dlm bola sepak adalah semata2 politik.bola kan sukan no 1.bile team diorg menang,time tuh la diorg begambar bersama.time training?haram.

aku rasa pemain pun meluat ngan pengurusan.pas meluat,mulalah main x iklas.gaji x dpt la,tue yg sampai jd model kolam renang.

dan aku bukan la x nak hantar artikel kat sini.terus terang,aku x pandai nak ber artikel,nk komen tuh..sikit2 boleh la.

Dewajiwa berkata...

surat nie pendek sangatlah.
macam surat minta gaji je

mizu_sama berkata...

bio pendek janji berisi dr panjang bejela tp kosong

meor-name-depan-ku berkata...

Bayangan jawatankuasa persatuan dari aku :-

PRESIDEN : Dato abd. ghani minhat

N.PRESIDEN : soh chin aun

SETIAUSAHA : Khalid ali

BENDAHARI : santokh singh

AJK : dollah salleh
zainal abidin
lim teong kim
mat zan mat aris


ini hanyalah bayangan aku, mungkin masing2 ada pandangan masing-masing.... Aku yakin mereka mampu beri komitmen 100%

aku terlalu mencintai MALAYSIA dan HARIMAU MALAYA.....Ikhlas...

p/s : tiada niat untuk mengkucar kacirkan FAM yang sedia ada

Jorji berkata...

mereka bukan pemain bolasepak.mereka PEKERJA bolasepak. sama macam kerani kat pejabat tanah, eksekutif kat MARA dan sebagainya. mereka hanya berkerja mencari makan. sama macam orang lain yang berkerja, mereka selalunya dan kebanyakkannya tiada....PASSION.

bolasepak adalah passion.

bagi aku, itulah punca bolasepak kita tak kemana.

Amjat berkata...

bola malaysia?aku tgk tiap2 mggu especially team perak tp still xde improvement. liga asyik rombak itu rombak ini,bile nk konsisten? asyik rombak je hasil takde gak...lama2 org naik muak dgn bola msia nih...dah2...sambung citer epl..bosan btul bola msia.wat sakit ati jer

Ann Zickler berkata...

Lew Kit Kong dan Wan Rohaimi jangan dilupakan yer bila F.A.M dah berjaya dibubar nanti..

Unknown berkata...

Pnah main bola x semestinya leh pegang jawatan..tgk macam maradona..cam hampeh jer bawak argentina..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...