ANDA SEDANG MEMBACA

17

Penulis Tamu Minggu Ini

Abdul Sokernet Rabu, Oktober 14, 2009
ISTIQAMAH LA SKIT, FAM..

Kalau satu hari nanti, anak cucu cicit korang tanya apa citer bola sepak Malaysia sekitar lewat 90-an hingga 2000-an, korang dibolehkan mencarut kat FAM depan anak cucu cicit korang. Kalau korang mencarut maknanya korang memang patriotik.

Sebagai kanak-kanak darjah-darjah sekitar lewat 90-an, gua sempat mencicip saki-baki kemeriahan bola sepak Malaysia masa tu. Gua masih ingat perlawanan pertama gua tengok dari mula sampai abih di Tv masa tu adalah Final Piala Malaysia 1996 antara Selangor dan Sabah. Malam tu merupakan malam pertama dan terakhir gua tengok bapak gua memekak dalam rumah sambil kutuk-kutuk pemain Sabah tackle pemain Selangor ganas-ganas. Gua ingat Selangor menang penalti masa tu.

Tahun-tahun berikutnya gua sempat meyaksikan pemain-pemain import yang hebatnya masyaallahurabbi main, seperti Laszlo Repasi (Perak), Mehmet Durokovic (Selangor), Samuel Chebli (Perlis), Cristopher Kiwomnya (Selangor), Scott Olerenshaw (Sabah) dan macam-macam lagi nama player yangg malas gua nak tulis. Tak lama pastu, FAM ban pemain import berikutan keputusan cam celaka yang dihasilkan pasukan kebangsaan. Kalah dengan Laos la. Dengan Vietnam la. Dengan Burma la. Dengan Thailand jangan cakap la. Tapi, beberapa tahun kemudian FAM bagi pemain import main balik. Apahal bagi balik ni? Dulu masa ban kata nak kembangkan bakat muda tempatan yang selama ni terbatas. Tapi sebab Kedah asyik menang manjang je dengan Marlon depa, FAM ban balik. Kejap ban kejap tak. .Sangap.

Seingat gua, masa ban pemain import tu takde plak kita menang gangsa Sukan Asia ke. Piala Asia ke (kalah 5-0 dengan China dan Uzbekistan). Lawan Vietnam pun dah tak boleh cakap confirm menang lagi dah. Apa cite? Seingat gua jugak, Karel Poborsky tak pernah menghalang perkembangan David Beckham kat Mencester. Marcel Desailly tak pernah menghalang perkembangan John Terry. Steve McManaman tak pernah menghalang perkembangan Guti. Malah dengan kehadiran pemain import la kita ada Azman Adnan, Rusdi Suparman, budak-budak Kedah macam Bakhtiar, Shafizan Hashim dan Khyril Muhymeen. Senang kata, they bring out the best of our local players.

Bila liga tempatan kita makin suram, mak bapak budak-budak yang ada bakat main bola pun suruh belajar sungguh-sungguh kat sekolah. Nanti besar boleh jadi doktor. Main bola kat liga Malaysia pun tak kemana. Takdenya scout Arsenal nak ushar kau. Kata maknya. Akibatnya, kita gak ketandusan bakat-bakat baru yang boleh diharap. Kalau yang tak boleh diharap macam Titus James tu banyak aje kat Liga Super sekarang ni. Yang passing meraban ada. Yang tahan bola macam Titus Bramble pun ada. Keeper teringat bini baru kawin masa tengah main bola pun ada.

Entah bila gua nak rasa seram sejuk tengok Liga Super macam masa gua dengar lagu Champions League tu..

Muzam - Avid_gunner(at)yahoo(dot)com

17 Ulasan:

elmaaniq berkata...

bila nazmi yaakub nak menulis utk sokernet?

saje je la bertanya

Pipiyapong berkata...

Gua pun tak tau. Agaknya lepas Chelsea juara kot.

zan berkata...

1st game bola Malaysia yang wa jejak stadium, Selangor lawan Perak tahun 1990. Seri 1-1. Serba salah pasal wa minat Selangor tapi arwah ayah orang Perak..hahaha

Kemudian semi-final Piala Malaysia tahun sama. Selangor lawan Pahang. Tak boleh lupa game ni. Buat Mexican Wave sampai naik lempuh. Selangor menang 4 bijik..

Sekarang? Kalau pergi stadium pun samada pasal pergi param (masa bulan pose) atau pegi nengok konsert. Bola Malaysia? Mamak pun boleh kena pukul kalau alih siaran tv..hahaha

Mr feckry berkata...

gua sempat layan masa kedah lawan singapura zaman radhi mat dhin. Best giler!

Knicher Sc. berkata...

samuel chebli? stephen keshi gua tau la main perlis. gua kenal liga malaysia tahun 1993. waktu tu ada olunbumi adigun dengan peter nikieten. farizuan che hamid, radhit mat din, nidzam adha yusof,ahmad soberi..apasal semua player kedah? haha. best waktu tu, siap bangga pakai jersi kedah. mungkin sebab game fifa tak main lagi. mula main game fifa 99 gua dh beralih arah, tak layan dah liga malaysia. gua mula amik pot hal bergkamp dengan petit.

yang buat malas pergi stadium, sikit2 jatuh. sikit2 tiup wisel. gua bayar nak tengok match bola, bukan tengok korang jatuh. sakit hati betul. dah la burger pun tak sedap. koci jugak jadi penyelamat.

meyour berkata...

sekadar pembetulan kepada penulis dan semua :-

samuel chebli tidak pernah bermain untuk perlis,

dia pernah menyerti perak sekitar 1996-97
dan berhijrah ke terengganu pada 1998

medihebat berkata...

penulis buat silap kita bulih maafkan...tapi si pengkritik bebas...kata mau sumbang idea...mana tulisannya...? dulu kata tak tau email address...dah bagi address, mana ideanya NEMO...?

ke dah kena reject dengan admin....?

meyour berkata...

betul...betul....

mungkin die sedang ber 'la liga'
hahahha.......

MaOi berkata...

biasalah.. gegar lebih.. bila kasi peluang hantar artikel.. semua senyap..

apa apa pun, bola malaysia memang semakin hambar..

akuadanama berkata...

hahaha... madi ngan meyour tuju direct nampak.gua pon tertunggu artikel dari fanatik liga primera tu.tak muncul2...tengok yat cam hebat sangat.

mR. 32 berkata...

hangpa sume sabaq la skit noo...
dia tengah duk peram lagi tu...
hahaha

medihebat berkata...

kami tuju direct sebab dia gegar lebih...lek lek udah laaa...bukan kena bayar pon tulih kat dalam ni, or sumbang idea, or hantar gambar...bukak laman sesawang ni pon tak yah bayo...nak kecoh apa...

aku dan meyour kecewa...tuntutan nafsu kami pada la liga hasil tulisan nemo yg gegar lebih tak dipenuhi...kami pasrah...

nami o fish berkata...

bravo penulis ni..hahaha!

yang pasti aku rindukan selangor zaman 90-an.dari keeper hassan miskam,ismail ibrahim,mehmet durokovic,azman adnan,anuar abu bakar,rusdi suparman..peerrgghh!!

nami o fish berkata...

weh aku dah bagi hari tu,nkoram yang xnak post.ish ish..

medihebat berkata...

ala...jgn la merajuk plak...biasa la...mcm FAM gak sokernet nih...mesti ada birokrasi...cuba ko sogok admin dengan fund untuk diaorg perbaiki blog nih...kompom ko tulis 1 ayat pon bulih jadi penulis tamu...

Alke berkata...

masa penulis menonton perlawanan sabah v selangor di tv, saya di stadium menonton, siap suspen jap tersilap lalu kawasan penokong sabah.....anyway, sangat meriah terutama di akhir perlawanan bila terjadinya acara baling membaling botol air mineral sesama penonton. hehehehe

yup, we all miss the day of the good entertainment of malaysia football. Bayangkan final malaysia diantara KL (zaman fandi ahmad, K.Kannan dan Malek Awab) lawan Kedah (Radhi Mat Din, Ahmad Sobri) menguasai hampir 4 mukasurat bhagian sukan di Berita harian dan Utusan Malaysia. ala2 final FA cup lagi tu. Bayangkan seronoknya ke stadium merdeka menonton Selangor vs Perak di final FA yg pertama. Bayangkan, kelas malam prep bergegar dengan jeritan penyokong selangor apabila selangor menjaringkan gol kemenangan di perlawanan akhir FA kedua bertemu Perak (btw sekolah aku semua penyokong selangor, sekolah shah alam, dekat stadium je...mase tue seksyen 13 baru nak naik). Tapi, zzaman sudah berlalu, dan org atasan di FAM masih di takuk lama, macam mabuk la diorang tu!!!

medihebat berkata...

cilake ko alke...kau buat hati aku terguris mengenangkan radhi mat din main tutup aurat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...