ANDA SEDANG MEMBACA

12

Prebiu: Arsenal VS Birmingham

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, Oktober 16, 2009
"Yang kalah 2 kali itu hari hanya satu eksiden. Jangan risau, juara tetap dalam tangan..." - Arsene Wenger.


Esok malam Arsenal akan bertemu pasukan yang memang nak kena belasah, Birmingham. Pasukan Birmingham kini ada masa lebih kurang 24 jam untuk tarik diri daripada berlawan dengan Arsenal. Ada desas-desus mengatakan perletakkan jawatan David Gold sebagai pengerusi Birmingham berkait rapat dengan perlawanan bertemu Arsenal esok. David Gold di dalam mesyuarat mingguan Birmingham yang berlangsung setiap petang khamis jam 3.30 petang, berkeras untuk menarik diri daripada berlawan dengan Arsenal esok malam. Beliau dikatakan tidak mahu berlawan kerana takut dibelasah dengan teruk kerana raya Krismas sudah semakin hampir. Namun keputusannya tidak dipersetujui dengan majoriti 6 berbalas 5. Alex Mcleish yang menyokong David Gold juga terpaksa mengikut keputusan majoriti dan mula berasa kesal kerana tidak menerima tawaran Pahang untuk kempen Liga Super 2005 dahulu. Akhirnya pada 10 oktober lalu, David Gold menghantar surat perletakkan jawatan kepada HR yang bertugas, Lisa Bowyer (adik kepada salah seorang pemain Birmingham).

Dalam kenangan. David Gold yang sedar akan kekuatan Arsenal yang dahsyat.

Sementara itu di kem latihan Arsenal, ramai yang tidak turun berlatih hari ini kerana belum balik dari kampung masing-masing. Kelihatan hanya Fabregas dan Fabianski sedang asyik bermain tendang tendang di padang. Namun atas jaminan warden asrama Arsenal, pemain akan cergas seperti biasa dan menang besar paling sikit 9-0.

Arsene Wenger pula di dalam sidang akhbar pagi tadi jelas optimis untuk merangkul gelaran juara liga musim ini. "Kami akan pastikan gelaran juara liga musim ini dapat dirangkul sebelum Januari tahun hadapan!" jerit Arsene Wenger di hadapan sekumpulan wartawan penyiaran di Sri Pentas London. Jika apa yang dikatakan Arsene Wenger itu benar, maka Arsenal akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris dengan berbaki 19 perlawanan. Satu pencapaian yang masuk akal dan mampu dicapai dengan gemilang.


12 Ulasan:

ayob berkata...

macam bukan tulisan brader pipi

nazrihashim berkata...

9-0..berangan.

FreeMen berkata...

statement paling gua x tahan. hahahahahaha.

"Jika apa yang dikatakan Arsene Wenger itu benar, maka Arsenal akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris dengan berbaki 19 perlawanan. Satu pencapaian yang masuk akal dan mampu dicapai dengan gemilang.".

mcm lahanat.hahaha.

Unknown berkata...

gua rase birmingham score 2 pas2 arshavin injured..

Amjat berkata...

arshavin nk injured celah mane,die pun xbalik kampung lg neh...kehkehkeh

Amjat berkata...

gua syak paling kuat pun 4 gol ke atas dah dalam tangan nih...kehkehkeh...apala sangat birmingham nih

Awish berkata...

Astro mcm pundek... Arsenal punye match die buat delay je...bagero btol... letak je laa match Arsenal vs Birmingham kat channel ceria tuh... potong cite kapten boleh same itu hikayat putera syazlan... membantutkan tumbesaran kanak2 je tgk cite mcm tu...bagero

Besi Karat berkata...

Kenyataan gila angkuh.hahaha.
Arsenal menang 3-0 dah la.

Amjat berkata...

tula pasal...yg champs league rabu ni pun delay kul 6.30am.Ape dorg igt arsenal ni mentang2 bdak2 hingusan boleh diperlakukan sebegitu rupa??nyesal lak gua amik channel sport kalo stakat nk tgk chsea ngan MU.Siap kene tambah rm12 lak tuh...gampang

mizu_sama berkata...

aku syak astro ngan mamak dkt umah pp nih ada komplot la..mamak kt area umah pp tuh,kalo ada arsenal main pun dia x nk bukak..hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Walcott+RvP+Vermaelen+Cesc...gol sket malam nie bleh..gua xleh cari makan r lu x skor..haha

Don Camarro (Roma Ultra) berkata...

Ntah apa kata Lucius Maximus mengenai post ni ? Tak sabar nak baca ulasan Lucius mengenai Arsenal.. Hahahaha..


Ikuti prebiu perlawanan minggu ini, AC Milan vs AS Roma di www.RomaUltra.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...