ANDA SEDANG MEMBACA

13

Prebiu: Juara Liga Perdana Inggeris 3 kali VS Juara Liga Perdana Inggeris 1 kali

Pipiyapong Abdillah Hamzah Ahad, Oktober 04, 2009
Perlawanan malam ini nampaknya dilihat lebih penting berbanding perlawanan Chelsea menentang Liverpool. Ini kerana kedua-dua pasukan iaitu Arsenal dan Blackburn Rovers adalah bekas juara. Malam ini (waktu Malaysia), Arsenal akan membariskan sebelas pemain termasuk penjaga gol manakala Blackburn Rovers akan membariskan juga sebelas pemain. Tentunya ia perlawanan yang menarik!

Barisan kemungkinan yang akan diturunkan pada malam ini tak banyak berubah. Di posisi penjaga gol, Arsene Wenger mungkin akan mengekalkan adik Vito Mannone kerana kecederaan yang dialami Fabianski dan Almunia yang masih tidak cergas sepenuhnya. Di bahagian pertahanan, abang Gallas akan mengetuai barisannya sambil dibantu Vermaelen, Clichy dan Sagna. Bahagian tengah, Fabregas, Diaby, Song dan Arshavin akan bermain bola sesama sendiri. Posisi serangan pula diterajui oleh Van Persie dan mungkin dibantu Bendtner yang baru pulih dari kemalangan jalanraya. Macam mana pun di bahagian bangku simpanan masih ramai bintang-bintang handalan yang bila-bila masa akan masuk ke padang untuk meratah pasukan Blackburn Rovers.

Disebabkan gua masih mempunyai rasa hormat terhadap Sam Allardyce dan juga pemain-pemainnya, gua meramalkan malam ini Arsenal akan menang hanya 9-0. Sekian.

13 Ulasan:

ymn berkata...

klu ada live Piala malaysia kat RTm .. aku choose tgk aksi game buatan malaysia rathen than dr tgk game ini .. maksud kelab tu .. kelab yg ada ..sengal nya .. wakakakaka

rdzwn berkata...

gua ramal o-o.

Awish berkata...

yeah...bantei cukup2 malam nih,jgn bagi peluang deme megang bolo...

Cob Nobbler berkata...

itulah fan arsenal..suka takde hormat kat team lain.cuba ingat tahun lepas,ada fan arsenal cakap kat aku nak pukul stoke city sampai 6-0 la,7-0 la,tup tup kalah gak ngan stoke city.

bagi aku,tak penting langsung pun chelsea-liverpool atau arsenal-blackburn.aku lebih fokus kat real madrid-sevilla.aku harap real madrid kalah/seri sebab nak barca leading.aku harap defend sevilla boleh ayam2kan ronaldo tu,luis fabiano bolehlah sumbat gol.

beb,sekali sekala salah sorang dari nkoram ni open la topik la liga ke,serie a ke.nanti jangan salahkan orang ramai - fiorentina pun tak kenal.

tolonglah jangan englandkan kami.please la.liga lain pun kompetitif jugak.kalau tak nak open topik liga malaysia pun,tak perlu agung2kan sangat liga england.

tu yang ada fan MU sanggup bet ngan aku masa lawan barcelona final champions league dulu.siap bagi aku 3 biji gol lagi untuk menang bet.

Cob Nobbler berkata...

kata Sokernet:Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia..bukan bolasepak England beb..harap penulis sokernet noticelah kata2 dari fan bukan dari EPL ini..

p/s:tu belum datang fan liga croatia ke,liga turki,liga scotland lagi..baru la liga - kira ramai la jugak yang fan dari kelab sepanyol.

avid berkata...

la p....arsenal main 4-3-3 la skang....hehe...

Besi Karat berkata...

Bongkak betul 9-0.Aku ramal The Gunners menang 3-0 dah la.

crawai berkata...

when we sing this song we win again..

Good ol'Arsenal!

. berkata...

skit lg pipi..
6-2 tu...gol sume mmg 5 star laa
siyes mmg x rugi tgk...
lg best drp celsi liverpool
dan ak rase bakal jd lg best drp match sevilla vs real...

Alexia Aqram berkata...

pipi tersasar.

6-2. 'setar2' arsenal score. naik lebih point fantasy aku.

hari-hari terbaik arsenal dah bermula.

Sofea berkata...

aku sebagai fans arsenal.. kita perlu wasatiah.. jangan terlalu over confident.. perjalanan masih jauh.. team cikai nak hentam kaw2.. team power kita kena hentam.. tak mo cam tue.. kalau boleh.. maintain prestasi yang bagus kalau nak menang cup.

Cob Nobbler berkata...

mr.32:

haha..sebab nko asyik tengok epl dari la liga.sebab tu orang macam nko ni tak kenal kelab itali macam fiorentina.

rasa2 nko rasa sevilla tu team2 ayam kan?belum tengok belum tau bro..

medihebat berkata...

nami o fish: aku tgk game arsenal v blackburn, tgk game Sevilla v Real dan tgk gam Che v Liv...gila ko...sevilla main gila babi cantik...sampai aku terlupa chelsea menang lwn liv sebelum game tu start...arsenal punya game pon aku teringat point fantasy aku mungkin meletop pasal aku ada fabregas...yg lain sume lupa...jesus navas mmg terbaek...kecik je rupanya budak tuh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...