ANDA SEDANG MEMBACA

25

Rebiu: The Blues lawan The Reds

LuciusMaximus Ahad, Oktober 04, 2009
Siapa-siapa yang mahu buat rumah terbuka malam ini, sila ambil perhatian beberapa perkara berikut:

1) Kalau rumah atas tanah, sebaiknya gunakan ruang luar rumah untuk majlis makan-makan, pinjam meja dan kerusi plastik dari restoran berdekatan atau beli saja di Giant

2) Sebaik-baiknya sediakan juga minuman panas selain dari yang sejuk, seperti the tarik atau kopi ‘o’

3) Makanan berat seperti nasi, mee atau lemang dan ketupat saja tidak cukup, perlu juga disediakan rempeyek, kekacang atau bahan kudapan lain yang seangkatan dengannya sesuai untuk bila menonton TV

4) Sediakan layar besar seperti lazimnya di kedai mamak kawasan perumahan kamu, projektor yang bersesuaian dan juga system bunyi yang sepatutnya

Kenapa? Kalau tidak dibuat seperti di atas, nescaya jam 10.55 malam nanti tetamu yang berkunjung ke rumah terbuka kamu akan beramai-ramai bergegas ke mamak berdekatan.

Sekadar pesanan komuniti dari Sokernet.

Berbalik ke soal perang besar malam ini di Stamford Bridge, Chelsea berdepan Liverpool dalam keadaan yang sangat getir.

Dilaporkan Petr Cech masih beraya di Republik Czech, kali terakhir dilihat masih sibuk mengacau dodol di kampungnya. Ketiadaan Cech bakal diambil alih oleh Henrique Hilario, sama ada beliau mahir mengacau dodol seperti Cech akan disaksikan malam nanti.

Perlawanan malam ini bakal menemukan Carlo Ancelotti dan Rafa Benitez buat kali ketiga, selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara tahun 2005 dan 2007. Kita semua tahu apa yang berlaku pada tahun 2005, AC Milan di bawah Ancelotti tumpas kepada Liverpool dalam penentuan sepaka penalti selepas Liverpool bangkit dari ketinggalan 3-0 di separuh masa kedua. Tahun 2007, Ancelotti membalas dendam dengan kemenangan 2-1 AC Milan ke atas Liverpool.

Perlawanan malam ini bukan akhir Liga Juara-Juara. Tapi kemenangan tetap penting buat Chelsea dan Liverpool demi meneruskan pemburuan kejuaraan EPL.

Ia juga bakal menjadi penentu di antara Didier Drogba dan Fernando Torres, siapakah yang bakal menyumbatkan gol malam ini sekaligus meletakkan diri sebagai penyerang yang lebih hebat berbanding satu lagi. Juga ianya bakal menemukan dua pemain tengah terbaik England, Frank Lampard serta Steven Gerrard, dalam memastikan siapakah arkitek permainan terbaik antara mereka. Tidak lupa juga, John Terry dan Jamie Carragher bakal memikul tanggungjawab dalam menentukan antara mereka, siapakah yang lebih kebal dan utuh.

Tapi kita semua tahu, Drogba, Lampard dan Terry jauh lebih hebat dari Torres, Gerrard mahu pun Carragher. Oleh itu aku dengan penuh keyakinan yang jitu meletakkan tilikan aku untuk malam ini tanpa perlu berfikir panjang lagi.

Chelsea menang. 2-0. Drogba dan Lampard.

Tak cuak pun.

25 Ulasan:

crawai berkata...

setakat ni Lucius jer rajin meribiu sblm atau slps matches. Kem lain senyap jer.. kipidap lucius!

Tanpa Nama berkata...

kipidap....


(aku ingat kau mencarut prebet)

Tanpa Nama berkata...

aku xaharap chelsea menang. aku cuma harap lampard skor. itu saja.

siggplus berkata...

muzik tema untuk malam ni dari kem Liverpool :

F**k off, Chelsea FC!
You ain't got no history!
5 European Cups and 18 leagues,
That's what we call history!!

YNWA

LuciusMaximus berkata...

Yeay, sejarah! Sejarah! Sejarah! Aku suka sejarah!

faez berkata...

optimistik lucy..
aku suka lagu sejarah mungkin berulang..

ymn berkata...

last season BPL 2 game head to head .. home away .. we beat the blues ..
this year .. same player .. sama kaler jersey.. and absolutely tonite same result hahahahaa ...

ymn berkata...

stamford Bridge is falling down,
Falling down, falling down,
stamford Bridge is falling down,
My fair friends ..

Set a man to cry all night,
cry all night,cry all night,
Set a man to cry all night,
My fair friends..

Give him a pipe to smoke all night,
Smoke all night, smoke all night,
Give him a pipe to smoke all night,
My fair friends..


stamford Bridge is falling down,
Falling down, falling down,
stamford Bridge is falling down,
My fair friends ..

nazrihashim berkata...

yehh..falling down stamford bridge..
gua xharap liverpool menang..dapat seri pon jadi..lagi gua seronok.

eddie dewanaga berkata...

tak abis-abis dgn sejarah...

gua akan bilang, may the best team win...
kalau The Reds menang, gua ucap syabas tapi kalau Chelsea menang, gua singkap selai demi selai sejarah tu dengan senyum sinis. hahaha..!!!

buat Lou, I raise my glass, as I drink my last ale... ginger ale daa...!!

but seriously, Liverpool boleh menang malam ni, bukan kerana Cech masih lagi beraya, tapi berkat nak buang sial Carlsberg kat baju tu yg dah melekat ratusan tahun... Oops! gua tak tau sejarah... yg pasti Liverpool goes 'halal' next season!

Unknown berkata...

menang 18 leagues tu bape tahun yang lama eh?
kalau man utd mng season ni da sama 18.
kira liverpool kene malu lah?
go chelsea!

medihebat berkata...

apahal penyokong liverpool nih...? kalau kira sejarah, mesti la player chelsea menang...dah ramai nak masuk muzium...eh, ni kira sejarah kelab ke sejarah hidup pemain...?

saudagar gaRAM.. berkata...

sejarah??
that was then..

this is now..



cakap pasal sejarah,dulu bahasa melayu adalah longua franca..
sekarang?

no offense..

FIRZA berkata...

wa jangka game yang agak membosankan dengan kemenangan Chelsea Chelsea 2-1.....

Alexia Aqram berkata...

2-0. lucius right. liverpool hilang punca malam ni.

angeldream berkata...

tak cuak pun kan lucy. walaupun penjaring salah, tapi ramalan 2-0 tetap btol. pawa pawa.

:angeldream:

bolanos cf berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ann Zickler berkata...

Yeah...
chelsea menang....

mizu_sama berkata...

yeah..sama cm predict aku.2-0..aku harap skor sama liver kalah lawan Fiorentina.

drogba mmg bagus.kalo x skor,dia assist.

lampard pulak cm bekarat.da lama x jumpa goal dan assist.cepat cr punca lamps!

deco...bagus pakcik nie...

ballack...header tue bola feberet..napa la x skor..

essien...yaa true essien is coming back!

ivanovic..byk kene blaja ngan ashley dan bosingwa

terry n carvalho..baguih depa nih.torres x leh menoreh.

ashley,dia la jaga kuyt,dia la jaga bebel,dia la jaga jhonson.dia la hebat.

dan last but not least,hilario.mamat nie betul2 buat org lupa cech tue sapa.dia kalo bab bola di udara,aku bg 8/10.cech?5/10.

rating ini di buat atas perasaan aku sendiri. :)

angeldream berkata...

oo. ape yg incek hakim type tu

:angeldream:

mizu_sama berkata...

skali lupa kt anelka la...goalscorer..hehehe..

goal againt former club..baguih la hang..

Ameen Homestay berkata...

pool out perform. gerad n torres kena rantai menyebabkan mereka main setaraf wolves je.
aku harapkan diorang draw je hehe ( agar MU stil maintai di atas hahaha )

rafa buntu.no idea. main bola tinggi dpn gol. Ingat tery tu sama tinggi dgn joe cole agaknya. apa daa..membazir betul.

Rafa sure terkenangkan budak galah panjangnya si koko crounch haha.

Apa2 pun buat mr.rafa ( yg dah pandai emo dgn pengadil ke-4, apa yg di bebelnya entah ) langit tak selalu cerah ! Try again next game

Kamen Rider berkata...

sejarah oh sejarah..
kene 2-0.
nk ungkit sejarah lg ke?

mfh berkata...

keh keh keh.. beriya nyanyi lagu.. bila kalah.. senyap semua..

sejarah sejarah..

mizu_sama berkata...

liver juara sejarah.semua fan dia cukup bangga ngan sejarah diorg..

chelsea cuba mau buat sejarah...keep the blue flag flying high high high!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...