ANDA SEDANG MEMBACA

4

Penulis Tamu Hujung Minggu Ini

Abdul Sokernet Ahad, Oktober 04, 2009
Disebabkan sudah 2 kali rabu gua terlupa nak letak artikel penulis tamu, kali ini gua letak dua sekaligus. Selamat ber-open house.

Harimau Malaya - Bukan Ku Tak Setia
Tajuk diatas bagi aku sume kene, selagi korang memegang kewarganegaraan 'MALAYSIA'. Baik korang Man U,Chelsea,Barca,Real & etc....
korang adalah rakyat MALAYSIA dan HARIMAU MALAYA tanggungjawab kita.........

Pernah dulu seingat aku peman tengah Malaysia, Hardi Jaafar mempersoalkan bahawa penyokong yang setia adalah mereka yang
patriotik.....Nak tergelak dan termuntah aku membaca artikel tersebut. Mereka menyoal kesetiaan kita sebagai penyokong????
soalnya disini adalah 'setia'..... Contoh yang terdekat, apabila awek atau balak korang kuar ngan org lain, dilihat intim dan menyakitkan
mata dan hati adakah korang akan SETIA??? korang mesti lagi faham apa yang aku pendamkan ni...

Ade pulak yang menyoalkan penyokong EPL,La Liga & etc.... setia dgn Liga mereka sehingga stadium dipenuhi setiap perlawanan..
hahahah.... naik bernanah gak telinga akibat geli ngan kenyataan ini.......Contoh lagi, apabila korang diberi kenaikan gaji 6 bulan sekali
dan bonus setiap tahun sebanyak 3 bulan gaji oleh majikan korang dengan kerja yang tidak membebankan, patutkah korang SETIA???

Kesimpulannya disini senang jerr....sebelum meminta mengapa tidak kita memberi?? betul tak? Hidangkanlah kami perlawanan yang
terbaik dan mampu menarik hati kami ke stadium.... Mengapa di era 70,80,90 an dahulu korang boleh membuat Atuk,Bapak dan pakcik-pakcik
kami berbangga dan selalu berceritakan kehebatan Mokhtar dahari,Ghani Minhat & etc..... Kini apa yang tinggal untuk kami bagi menceritakan
kepada anak cucu kami nanti....

Jika Pasukan Kebangsaan itu kuat dan layak ke kejohan besar sudah tentulah stadium2 yang menyajikan Liga Tempatan itu penuh dan menjadi
rumah kedua kami... Aku percaya jika waktu tu game PERAK lawan SELANGOR tiket rm 100 confirm aku pergi, Sebab kalau kita layak ke
Piala Dunia sudah tentulah PERAK,SELANGOR,KEDAH & etc.... menjadi macam MAN UTD,CHELSEA,ARSENAL.... Tak terlalu melampau
kalau aku cakap Ballack main untuk PERAK, Ronaldo main untuk Selangor, Aguero main untuk KEDAH.......... percayalahhh cakap aku..

Aku percaya hampir 100% Rakyat Malaysia Mampu membayar tiket semahal mana jika Pasukan Kebangsaan kita semahal kualitinya...
Jangan lah me'muak'kan kami lagi dengan kehebatan sejarah2 lama yang selalu diulang di RTM.... Sejarah biarlah Sejarah, Lakarkanlah
sejarah yang baru dan kami berjanji SETIA kami takkan berbelah bagi.....

Ya Allah!!! Berikanlah kekuatan Pasukan Bolasepak Kami Layak Ke Piala Dunia.....
Amin..........

http://meornamedepanku.blogspot.com/


Bola Mamak Bola
Ni kali kedua aku post artikel pada sokernet. Kalau artikel ni buat kejulung-kedua-kalinya tersiar, nampak sangat ruangan 'penulis-tamu' takde sambutan. Mungkin sebab takde saguhati kot sebab menulis, eh menaip. Takpun rancak sangat tengok Usain Bolt sepak-sepak bola sebelum kick-off Real Madrid vs 'kelab-apa-aku-dah-lupa'. Deportivo kot, ntah. Betul tak aku cakap last time, jap lagi nama dia mesti kuar dalam transfer window.

Sabtu aritu MU menang ngan Arsenal. Demn. Nasib je tu. Terkencing juga keeper MU masa Van Persie punya free-kick-kena-palang and gol yang tak sepatutnya di-offside-kan. Gabra betul la itu penjaga line, kalau ye pun terkejut tengok Arsenal boleh score minit terakhir extra time tu pun, jangan la angkat bendera yang kat tangan tu. Robek hati Gooners yang bertandang ke Manchester termasuk Pipiyapong. Nasib baik aku puasa sabtu tu, kalau tak dah mesti jumpa Pipi kat tempat 'syaitan-merah'. Apa kelas pegi 'Hell-Trafford' time-time puasa, orang pegi mesjid je.

Ahh.. Tengok, dah lari topik..

Ramai tak orang tengok bola kat rumah? Takde kot. Orang dah kawin? Bini mesti tengok AF punya, takpun drama tempatan. Asyik bola je orang mesti tengok kat mamak, takpun McD. Bola Malaysia je orang tengok kat rumah. Tak berbaloi kata peminat, macam tengok konsert Search. Majoriti orang tengok kat mamak sebab mamak tak berapa civilized, fanatic fans boleh berlaku kurang sopan sikit kalau di mamak seperti panjat kerusi bila gol sambil buat suara monyet, kalau di McD segan la diorang dengan gadis-gadis.

Modus operandi mamak ni sama je, dari Perlis sampai Johor semua tak civilized. Bila mamak-mamak ni dah tak berapa nak civilized, kat sini wujud satu problem untuk peminat-peminat bola yang takde Astro kat rumah, termasuk aku. Korang penah tak tengok team korang tengah main live, tiba-tiba channel Espn tu bertukar jadi Starsport, takpun sebaliknya. Pernah kan? Bagaimana in berlaku?

Ini tidak adil. Ini bukan demokrasi terpimpin. Mana boleh tiba-tiba mamak tukar channel sebab ada sorang mamat baru seminit datang suh tukar channel sebab team dia lawan kat channel sblah. Kesian la fans kelab-kelab lain macam Burnley ke, Wigan ke, Panathinaikos ke. Diorang pun nak jugak tengok team diorang main live. Tukar channel sesuka-hati sebegitu boleh mendatangkan marah.

Jangan salahkan mamat yang datang tu, dia pun takde Astro jugak kat umah. Kita kena salahkan mamak, sebab mamak tak letak schedule. At least kalau ada schedule malam ni nak pasang game apa, mesti mamat tu gi cari mamak lain yang pasang game team dia. Buat macam McD kan senang. Ada schedule nak tunjuk apa lawan apa, tulis dalam satu paper and tampal kat dinding takpun meja-meja. Senang je.

Macam ni puas ati semua orang. Takde la orang yang datang awal-awal tu kena pulak balik or cari port lain sebab dah tukar channel. Takde la pasni fans team-team lain merajuk. Ini baru keadilan. Mamak-mamak ni patut di ajar tata-tertib penyiaran bolasepak. Betul tak? Ni yang susah ni bila mamak-mamak tidak peduli 'how-to' penyiaran bolasepak. Takde code langsung.

Sokernet juga perlu memainkan peranan. Orang kuat sokernet harus buat kertas kerja. Jangan duduk saja sambil isap rokok Nusantara. Amacam Sokernet? Ada berani? Hahaha!!!

Aiseh.. Dah la cakap pasal mamak. Pedih perut time bulan baik ni. Ada yang mee-goreng karang. Orait. Selamat.

http://www.meriambuluhfc.blogspot.com/

4 Ulasan:

FIRZA berkata...

gua stuju je dgn meor........

nyzm berkata...

Orang Malaysia ni mengalahkan orang England. Tengok lah Asia dah macam England, review sana sini, buat podcast. ESPN, Startsports dua channel Liga England je Live. Channel 811, La Liga, Serie A, Bundesliga etc. Champions League pon dua channel team England je yang live!

meor-name-depan-ku berkata...

sayang aku kepada HARIMAU MUDA.....

macam romeo sayangkan juliet.......betul!!!!

medihebat berkata...

1. gua malas layan harimau malaya...player nak gaya (off-field) macam BPL tapi on-field kenapa tak main macam diaorg...? baik aku sokong perak je

2. mamak prejudis...tak berilmu penyiaran...maka, maafkan mereka...tapi apsal kedai makan melayu tak buat gitu...? pasang layar, kasi open-air, ada roti canai kolestrol lebih..? takut org tak datang...? takut org dengki...? takut nanti kalu pasang bola, tetamu wanita kurang sebab tak pasang AF...? bangsi hikmat sungguh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...