ANDA SEDANG MEMBACA

24

sosiologi dan antroplogi. Liverpool vs MU. (Arkib)

dingin Rabu, Oktober 28, 2009
Game 25 – 10- 2009 antara MU dan Liverpool dah jadik sejarah. Aku memang tunggu benda tu dah jadi sejarah, barulah nak cerita. So sebab tu aku lambat nak cerita. Tapi ini bukan cerita pasal taktikal. Semua setuju, MU main macam celaka malam tu dan Liverpool sangat anggun. Cuma aku nak cerita berkenaan game daripada segi sosoliogi dan antropologi saja.

Hari itu aku tak berapa sihat. Macam Rosyam Nor yang dah tua dalam filem Bilut, tak berapa nak sihat. Sampai MotoGP Sepang pun aku tak lalu nak pergi walau seorang fan MU offer tiket grandstand. Rugi betul.

Sejam sebelum game tu, member MU aku SMS, ajak tengok kat Bangi dengan member Chelsea kat sana. Aku cuma cakap, giler nak pergi jauh2. Dah la tak sihat. Lepas tu, malam minggu kompem banyak road block. Agak bahaya. Aku alergik betul dengan road block ni. Jadi malam itu aku sendiri.

Walaupun sendiri, tapi semangat Istanbul aku sangat kuat. Jadi dengan wajah Rosyam Nor yang tak sihat, aku tetap tengok Liverpool vs MU. Tapi, kali ini aku tak tengok kat mapley, pasal aku yakin, pasti penuh dengan budak2 MU. Aku takut, dengan kondisyen aku tak sihat ni, dengar pulak budak2 MU kutuk, aku hilang sabar dan terus jadik Rosyam Nor dalam filem Castello. Takpun jadi Rosyam Nor dalam filem Lenjan. Bahaya betul.

Jadi aku korner motor ke kedai orang Kelantan. Sebab hari tu, waktu aku makan, aku nampak brader tukang masak tu pakai baju Liverpool. Sampai je aku situ, sunyi. Aku yakin, semua orang tengah duk kat mapley, ataupun duk rumah, tengah tunggu game paling hebat dalam abad ini.

Cuma, di luar kedai tu, ada 2 orang berlagak bro sedang minum tanpa kisah apa itu perlawanan paling hebat dalam abad ini. Muka tak mengadap TV pun. Rilek jek gelak2 minum teh ais. Bro tu pakai topi fedora. Aku yakin, bro tu hafal semua lagu VE dan Ruff Edge. Lagu Foblous cat pun aku agak dia hafal.



Mamat VE.

Aku kalih pandangan aku, dan tengok TV sambil dengar John Dyke cakap macam2. Pening aku. Tak lama pastu, ada lima orang uncle datang. Sorang pakai baju Samsung warna biru. Muka sangat konpiden. Macam muka Kuswadinata masa muda2. Lepas tu uncle tu duk belakang aku, dan kemudian aku dengarlah dialog2 mereka ni.

“Blackburn, bolehlah Chelsea makan.”

“Kau rilek je. Malam ni macam biasalah, MU mesti dapat own goal dari Liverpool,” balas pakcik Chelsea tu pulak.

Aku dah pelik dah. Baru aku tau, semua uncle2 kat belakang aku tu, sama ada Chelsea ataupun MU. Liverpool langsung takdak. Jadi, dalil yang mengatakan orang tua2 je yang sokong Liverpool, tak berapa nak betul. Sebab kat belakang aku tu, semua jenis dah ada anak yang boleh beri cucu. Entah2 memang dah ada cucu pun.

Game pun mula. Asal MU bawak bola jek, pakcik belakang aku tu cakap.

“Hah! Hah! Hah!”

Asal Mu bawak bola jek, uncle tu cakap,

“Hah! Hah! Hah!”

Aku tarik nafas panjang. Muka aku dah tak macam Rosyam Nor dalam filem Bilut dah, dah macam muka Pierre Andre dalam filem 'jangan pandang belakang' pulak. Pening aku bertambah. Aku kalih tengok luar pulak. Bro2 yang pakai topi fedora, rilex lagi. Langsung tak layan game hebat tu. Hairan aku. Memang VE betul.

Sambil2 itu, aku mula fikir, aku nak makan apa supaya boleh duk lama kat kedai kelantan tu. Kalau mapley, tak kisah sangat. Mana pernah aku duduk lama2 kat kedai Kelantan. Jadik, aku pun order nasi USA. Agak sedap. Aku boleh terus lupa yang uncle MU dan Chelsea kat belakang aku, pasal aku sibuk nak keluarkan daging yang melekat kat celah gigi pulak. Hampeh betul.

Selepas 64 minit. Aku dah tak dengar “hah” lagi. Penat kot. Tapi minit ke 65. Gol. Sunyi. Aku pun tak berapa nak sambut bagi menghormati orang tua kat belakang aku. Tapi aku dah start senyum2. Lepas tu aku dengar lagi dialog.

“Kau rilek. Game ni seri. Liverpool akan own goal. Macam MU tak biasa.”

Aku yakin itu suara uncle chelsea tu. Aku diam jek. Dialog tu berulang2 sampai aku pening lagi. Tapi aku tetap tabah. Sampailah minit ke 95, Ngog skor. Barulah aku angkat tangan tinggi dan jerit' Yes'. Aku yakin, uncle2 kat belakang aku tu, agak kaget. Macam muka Ruminah Sidek dalam filem congkak waktu M. Rajoli baca doa kat dia. Yelah, tiba2 aku jerit. Bro2 kat luar tu pulak, rilek2 lagi. Mungkin bincang pasal lagu VE ataupun lagu Ruff Edge yang terbaru.

Lepas game habis. Uncle2 kat belakang aku blah. Takda bunyi 'hah' ataupun 'own goal' dah. Sepi. Lepas tu bro2 yang pakai topi fedora tu pulak masuk kedai dan terus tanya, “Game Arsenal kan lepas ni.”

Malam itu baru aku dapat pencerahan, bagaimana sosiologi dan antropologi fan Arsenal.

24 Ulasan:

mizu_sama berkata...

aku fan chelsea,tp aku sokong liver game tuh sebab keputusan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan chelsea.

dingin,aku rasa unkel2 kt blakang aok tuh x nk sokong liver sebab dia bawa cop haram kt baju plus israel kot....kot je la...mcm ko ckp budak2 minum teh ais x tgk gem liver,ko kata diorg minat ve,padahal diorg minat farbegas :)

peace no war

meyour berkata...

kalau bebas dari pengaruh 'carlsberg' tak perlu goyang kat road lock....

the blues still got the blues.....

Lucius Maximus berkata...

Aku yakin Pipi ada simpan topi fedora kat rumah dia, nanti kita buat spot check

julu berkata...

panjang sngt. aku bz.. nnti aku bc..
apepn glory2 MU.. hahaha..

a8jnme berkata...

haha..pipi konfem hapal lagu VE..rambut pnjg tu tngu mase je nk rebonding..
huh, fan arsenal yg taksub dgn game mereka saje ke, x endah langsung game lain..

Point of View berkata...

haha, memang typical fan arsenal, jiwang pastu cepat emo, kikikik

FIRZA berkata...

siap ah lu PP......

amANI berkata...

Sedang elok bersembang hal-hal VE, Ruffedge, lagu Ruffedge berjudul - Lemas ditujukan khas buat Rafa dan anak buahnya esok pagi.

Kot Rafa kurang fasih berbahasa Melayu, 'Lemas' bermaksud:

"Tenggelam-dengan-gol-Masya Allah-punya-la-banyak-di-kaki-budak-Arsenal-yang-tekun-baca-buku-nak-amik-SPM"

Shankly berkata...

new merchandise .. lebih hangit dr biasa ...

http://1.bp.blogspot.com/_AfMRZwInCUY/SufDRH0b3aI/AAAAAAAAFPs/kr4I1rEYbsI/s1600-h/BAJU-T.jpg

Hidemichi berkata...

pelik...pttnya kasi Liverpool menang bagi Chelsea duduk paling top. Pelik pulak dgn sekaum gua yg pakcik tu.

Sang Pemimpi berkata...

aik,mane de dah VE ngan ruffedge nih? aku rase tu bukan fan arsenal tuh...die saje nk cover malu

Sang Pemimpi berkata...

xkan carling cup lvpool lwn arsnl xdak org nk ulas? mentang2 bdak2 je yg main,hangpa suma wat dono je naa...

IMCurtain berkata...

Salam sejahtera,

Kami ingin menjemput anda menyertai komuniti blogger bagi mempromosikan blog anda di laman web kami.

Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!

FreeMen berkata...

tgh aku lepak tenang dan sayup dgn member man utd aku sorg. tiba2 ada mamat nak duduk kat sblh. xpela. layan bola je. bukan dia duduk sblh awek aku. lepas tu dia tukar post duduk agak belakang sikit tepi aku. start dari situ. dari min 1 sampai 95 mulut dia kalau man utd player tgh dpt/bawak bola x habis2 sebut "shoot, shoot". apa dia ni x reti ke main bola xpun paling celaka paham tgk bola? dah depan tu ada 50 yard lagi ape kemende nak shoot? aku dgn member aku senyum sinis je manjang. dia pun fan man utd tp tenang je aku tgk. dah mcm penganalisis taktikal. utk brader2 fan man utd yg hidup dia emosi dan benci terhadap liverpool belajar la rilek dan matang. haha. jangan marah beb.

BanDeLa - upie berkata...

aiyak....skali kena ngan team ve and ruffedge la pulok....heheheheheheeee

mizu_sama berkata...

chelsea mng 4-0....heeeeee

al-Wann berkata...

haha tdiam uncle2 tue..

Ikhmal & Izzatul berkata...

sekali liverpool kalah ngan arsenal untuk Cup...
menang sekali, kalah berderet-deret

dewajiwa berkata...

best entri nih.
seronok baca walaupun isi sebenar tu tak penting.

glory glory MU..

Sang Pemimpi berkata...

ape cer ni lvpool kalah plak ngan Arsenal...kehkehkeh

PP, ulas sikit..

amANI berkata...

Ala, menang dengan team selalu kalah macam Liver tak seronok sangat la. Dalam Cup je pon. Mainan budak-budak bawah umur.

Tak yah ulas la PP. Simpan idea buat lawan Cap Ayam Betina nanti.

midii berkata...

wei carling cup punye cerita xde eh?

Ikhmal & Izzatul berkata...

Liverpool-sebuk nk kejar menang league(belum tentu dapat)

Champions Cup--- nyawa nyawa ikan.

League Cup--dah kalah

FA Cup--- boleh kot

feeda berkata...

Ada banyak barang EPL menarik untuk dijual.

Sila lawat blog ini:

http://big4epl.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...