ANDA SEDANG MEMBACA

13

Penulis Tamu Yang Dah 2 Minggu Gua Lupa Nak Siar

Abdul Sokernet Khamis, Oktober 29, 2009

MENGAPA TIDAK...........AKU?

Agak berangan jika anda mahupun aku membayangkan lionel messi akan berjabat tangan dengan aidil zaquan mahupun safie sali dalam satu perlawanan persahabatan yang benar-benar mahu disertai oleh mereka dengan bersungguh-sungguh..... Melainkan perlawanan yang mendapat tajaan syarikat besar dan pulangan besar yang diterima oleh Lionel messi mungkin laa dia akan berjabat mahupun bertukar jersey dengan pemain 'negaraku' setelah tamat perlawanan...

Kita sememangnya bertuah kerana sebagai rakyat Malaysia selalu disajikan dengan team terhebat dunia untuk mengadakan friendly match dengan pasukan negara kita. Aku rasa pasukan yang pernah layak ke world cup seperti Senegal,Ivory Coast,Korea Utara tak mampu mengadakan friendly match yang gah dengan Manchester United,Chelsea mahupun Brazil.....

Tapi pernahkah kita sedar bahawa pada tahun 1982, Diego maradona ketika tu mewakili kelab boca juniors datang ke negara kita untuk satu perlawanan dengan selangor yang ketika itu diketuai oleh Supermokh a.k.a Mokhtar Dahari. Bayangkanlah tahap atau level sang harimau pada masa,saat,minit dan era itu. Aku rasa semua orang di era ini semacam tak percaya kejadian ini???

Selang 4 tahun selepas perlawanan ini argentina telah memenangi world cup yang diketuai sendiri oleh diego maradona. Betapa tingginya maruah sang harimau ketika itu. Bayangkanlah jika pemain bertaraf dunia datang kesini untuk bermain sudahlah tentu jepun dan korea ketika itu 'lauk' utama sang harimau......

Tapi kini.....mungkin sang harimau sedang bertapa atau telah malu akibat luka ciptaan sendiri.....

ketahuilah.... aku begitu iri dan dengki pada pak andak, pak ngah, tok, opah dan Abah yang merasai zaman gemilangnya sang harimau...... mengapa tidak aku???


(meornamedepanku.blogspot.com)


ULASAN PERTAMA LA LIGA DI SOKERNET
Kekalahan pertama,Real?

Sevilla 2-1 Real Madrid

Aku rasa aku antara peminat la liga minoriti dan Real madrid di Malaysia. kawan-kawan aku pernah bertanya kat aku ko minat team EPL mana?sebab nak bahan aku bila Chelsea kalah dengan M.U pada champions league tahun 2008(maaf lucius sejarah lagi).Aku cakap takdok tapi mereka tak percaya.Malam itu aku dikambingkan hitamkan sebagai peminat Chelsea.ok itu sejarah.

Aku cuma tengok EPL kerana cintakan permainanan bola sepak semata.Walaupun taraf EPL di peringkat dunia tak dapat disangkal sampai fan MU tempat aku dengan bongkak dan takaburnya cakap juara EPL patut wakil dunia lawan pasukan planet lain!Sebagai pengikut utama La Liga dan Liga Malaysia pernyataan ini memang bikinnn panassss.Tapi takpa cukupla sekadar menyebut nama keramat ‘Amri Yahya’ untuk menutup mulut fan MU ni.

Tapi bila aku dapat tahu ada blog sokernet dengan punch line yang ’catchy’ sebagai laman web rasmi bola sepak dunia aku terus tertarik nak baca.Boleh jugak aku update sikit pasal liga-liga dunia tapi hampeh juga EPL ja semua.

Sekarang bila sokernet open untuk ulasan penulis luar tidak bertauliah tanpa berfikir panjang aku bukak email dan karang ulasan pasal LA LIGA!

Alineacio’n

Perlawanan ke-6 La Liga Real Madrid menentang Sevilla tempoh hari tidak disertai oleh pemain termahal dunia Christiano Ronaldo sebab dapat MC akibat terkehel buku lali gara-gara diterjah dalam perlawananan sebelumnya.

Separuh masa pertama Sevilla bermula garang dengan pemain utama sevilla,Luis Fabiano memberi ujian percubaan kepada Casillas.Tapi tak dapat jettt Casillas main smart dan siap jawab ujian Luis Fabiano seperti sudah tahu soalan bocor.Kepada yang tak tahu L.Fabiano juga selaku penyerang sensasi Brazil siap menang kasut emas Piala Konfedarasi lepas.(No wonder Real kalah en?).Kasut emas tak emas.Minit ke-20 L.Fabiano dapat kad prepaid kuning kerana tersilap beri ujian main galah panjang kepada Casillas sebab tarik casillas selepas terlepas bola 50-50 depan gol.Kad kuning pertama untuk Sevilla.

Real Madrid tak dapat control ball macam aku control ball guna Real dalam PES2009.Akhirnya kene kentai 1 gol hasil tandukan J.Navas oleh Sevilla.

Perlawanan makin panas bila Guti diprovokasikan oleh 2 pemain Sevilla dan sedikit eraksi terjadi antara Guti dan pemain Sevilla.

Separuh masa kedua,Real cuba susun startegi tapi Sevilla terus menyerang macam orang lepas gian main futsal sebab berminggu-minggu tak main sebab raya. Casillas berhempas pulas selamatkan gawang gol sebab tak nak kena bahan dengan Ronaldo masa habis match nanti.

Selepas tunggu punya tunggu,Real dapat GOL pertama hasil tandukan menarik Pepe melalui sepak percuma oleh Guti.Malangnya walaupun dapat gol penyamaan Real bermain tak dapat juga control ball.Akhirnya,Sevilla ambil peluang dengan menjaring gol nasib hasil tandukan juga oleh Renato.Menambahkan geram lagi bila Kaka pulak time-time ni nak buat lawak main lambung-lambung bola.Apalagi kad kuning terus.

Keseluruhan Real Main macam ***** tapi esok masih ada untuk Los Galaticos.Come on Real Madrid!

Nota : kepada peminat La Liga jom hebohkan sokernet!aku nak pergi Rantau Panjang sabtu ni.Sapa nak kirim jersey? (Sokernet-sorry gua lambat siar. Kalau tak mesti ramai pakai jersi Siam.)

ixu

(spirulinafc.blogspot.com)



Nota dari Sokernet: Semakin banyak artikel muncul di dalam e-mel Sokernet nampaknya. Tapi kalau tulis ejaan bersepah, huruf kecil huruf besar barai, titik bukan main banyak, macam Azwan Ali, gua tak layan...

13 Ulasan:

Dewajiwa berkata...

Real what?
kelab tu bagus. cuma buat masa ini dah tak sesuai digelar Los Galcticos sebab lebih sesuai dipanggil Star Blackhole. ramai pemain berstatus bintang yang masuk situ terus melingkup. Zidane, Beckham, Ronaldo (Brazil) semua malap.

mungkin kalau semua dah star, tiada persefahaman jadinya.
Harimau Malaya mungkin kena sindrom ini dulu.

Trekker berkata...

Brazil dtg Malaysia, buat frenly match dgn Malaysia pada 2002, pastu menang world cup. Masihkah anda ingat????

Trekker berkata...

copa del rey, Real kena belasa 0-4 dgn Segunda Div punya club.

Trekker berkata...

Argentina dtg Malaysia buat frenly & 4 tahun lpeas tu menang world cup. Tinggi maruah kita? pada May 2002, Brazil dtg Malaysia, buat frenly dgn Malaysia dan selang sebulan pastu Brazil menang World Cup. apa komen anda? Berbanggakah kita? Berbangga sbb apa? Sbb Argentina & Brazil singgah Malaysia? Hahahahaha...tiada apa yg perlu dibanggakan.

feeda berkata...

Ada banyak barang EPL menarik untuk dijual.

Sila lawat blog ini:

http://big4epl.blogspot.com/

FreeMen berkata...

sekilas ikan di air aku dah tau penulis ini org sabah. hehe.

Berbo berkata...

semalam aku tengok berita tv3 semalam ada brader cakap prestasi malaysia xleh nak up kerana liputan EPL di malaysia.kepala jadah dia!

pOr berkata...

good.. asyik EPL aje.. pekena LA LIGA sikit apa salahnya kan .. gua minat Valencia .. wlnpn barai sikit permainan..

Redz da Tsar berkata...

Real baru kalah... haha

Unknown berkata...

apa ko nak dengki dan iri dgn pak andak,pak ngah,tok, opah ko smua? teruk ar nak dengki2 watpe....ngahhahaha

medihebat berkata...

weh...takda peminat Sevilla ke...? aku terasa kerdil...

sufian berkata...

real terlalu pressure kot,setiap game nak kena menang..tu men ntah ke hape2

kitt berkata...

tarjetas amarillas!!


- kitt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...