1) Pertama sekali terima kasih aku ucapkan pada Nazri kerana dengan murah hati menaikkan pangkat aku ke taraf admin. Tahniah juga buat rakan seperjuangan Jorji dan Dingin, walaupun aku yakin majoriti pembaca Sokernet yang lain merasakan sepatutnya aku seorang je yang naik pangkat.
2) Naik pangkat je ke? Naik gaji takde? Elaun perumahan apa barang? COLA apa cerita? Elaun minyak kereta bila nak kasi? Kerja lebih masa bila nak bayar? EPF dengan SOCSO macam mana? Pencen dapat ke tak?
3) Walaupun Nazmi dipecat, kem Chelsea tetap unggul sebagai kem paling vokal dan terbaik di Sokernet. Tidak dapat disangkal lagi. Kem Liverpool macam orang kompelin, kurang menyengat dan lebih gemar bercerita pasal sejarah. Kem Arsenal pula hanya ada apdet bila menang, kalau kalah menikus je. Tinggal kem Manchester United je yang masih mampu mengganggu gugat kem Chelsea. Tapi Aiman tak kisah, tunggu je bila Jorji dapat anak lagi seorang atau Nazri jumpa panda baru, mesti menikus punya.
4) Pasal nak cari calon tu, aku malas nak cari. Kalau ada sesiapa kat luar sana agak-agak ilmu setinggi gunung dan firasat sedalam lautan, boleh cuba nasib kot.
5) Mereka yang nak sumbangkan artikel, sila emel ke sokernet@gmail.com, bukan dekat emel peribadi aku sebab aku pun jarang-jarang buka emel (aku ada 9 akaun emel, tu belum masuk pejabat punya).
6) Terlanjur bercakap pasal sumbangan artikel, sangatlah dialu-alukan kalau boleh taip artikel tu dengan ejaan yang betul, struktur ayat yang tidak berterabur dan penggunaan perenggan yang bijaksana. Bukan apa senang orang lain nak baca. Elakkan penggunaan singkatan seperti xde, xkan, mcm2, lg, kalu, diorg, mmg, tgk dan sbgnya. Ini tulis artikel bai bukan taip SMS nak hantar pada awek kamu yang ambil PMR tahun depan. Teknik menulis sedemikian kat blog jiran boleh diamalkan. Cube kalu sy tep artikel utk awk mcm ni, rsa sakit hati x? 2la, len kl jgn bt erk? Cayang dier, muahx!
7) Oleh kerana aku sibuk, tidak dapat buat prebiu dan rebiu sepatutnya. Apa pun Chelsea menang lawan Bolton Wanderers dengan jumlah jaringan seperti yang aku duga. Dengan Atletico Madrid, seri 2-sama saja sudah memadai. Lepas ni Ancelotti boleh letak pemain macam Ross Turnbull, Daniel Sturridge atau Sam Hutchinson saja untuk Liga Juara-Juara. Dah tak perlu menggelabah macam Liverpool.
8) Cerita pasal Liverpool, juara Eropah 5 kali (sejarah) itu cuma mampu seri pagi tadi dengan Olympique Lyonnais. Lyon pun kiranya bukanlah kelab yang ada sejarah tidak macam Liverpool. Oleh kerana seri pagi tadi, Liverpool perlu menang ke atas Debrecen dan berdoa Lyon tidak tumpas kepada Fiorentina. Sekalipun jika Fiorentina kalah dengan Lyon dan Liverpool menang ke atas Debrecen, Liverpool masih perlu berentap dengan Fiorentina dalam perlawanan akhir kumpulan. Kalau kalah lagi dengan Fiorentina jawabnya kirim salam.
9) Dengan penuh niat busuk, aku mahu tengok Liverpool gagal ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara. Dan aku mahu tengok juga Liverpool gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan kerana tidak berada dalam kedudukan empat teratas EPL. Kalau itu semua berlaku, aku konfiden Liverpool akan ikut jejak langkah Leeds United.
10) Ya sekali lagi aku mengaku aku berniat busuk dengan Liverpool. Dah aku bukan peminat Liverpool apa barang aku nak wangi-wangi dengan Liverpool lak?
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
24 Ulasan:
steady lerr yop lucius...
mike sorang pun dh cukup buat deme berbulu..
THE BLUES STILL GOT THE BLUES!!!
lu terbagus lucius . . . . .
keh keh keh
Liverpool tak buat apa2 pun Chelsea dah berbulu. keh keh.
Ini namanya prestij. Chelsea takkan dapat benda tu, walau darah korang dah biru.
BTW, Chelsea memang kuat sekarang tahniah. Keh keh.
liverpool, keh keh keh... aku seronok bukan tgk liverpool kalah. tapi seronok tgk fan liverpool yg kalah. keh keh keh...
arguing on the internet is like the special Olympics, even if you win, your still a retard.
keh keh keh
ilmiah gile notis ni...ni baru notis...blum review secara sirius....
Se"dingin" nama ko, begitu "dingin sekali ko membidas mereka2 di atas ye "dingin"?
keh keh keh
YNWA!
Lucy is not the best. Tapi the way he enjoy stimulating discourse buat gua suka...kena lah dengan fungsi Sokernet yang versi blooper ni.
Btw, Lucy, tahniah jadi admin.
haha..niat busuk gile.. tapi aku pun nk tumpang niat tu jgak.. skrg dah x larat nak bahankan the kop housemate aku...
anyway..looking fwd weekend ni nye clash..walaupun bermain di stamford bridge.. hantar fletcher score sudah....
United!!
" Liverpool masih perlu berentap dengan Fiorentina dalam perlawanan akhir kumpulan. Kalau kalah lagi dengan Fiorentina jawabnya kirim salam."
FYI Lucius Maximus ,
mari kita belajar sejarah kawan - kawan
pressure yg sama ..
kejohonan yg sama ..
tahun berbeza ..
Liverpool 3 Olympiakos 1 Dec 8, 2004 .noktah
Marseille 0 Liverpool 4 Dec 11, 2007 .noktah.
Liverpool 2 Inter Milan 0 Feb 19, 2008 .noktah.
Liverpool 1 Standard Liège 0 Aug 27, 2008 .noktah
guna kepakaran anda utk google , wikipedia or youtube utk baca apa yg berlaku sebelum dan selepas game.
liverpool=sejarah=tradisi=headlines news=frontpage .. bagai bola dan pantai .. seiring dan sesoul ..
hahahahaha
1st. congrate lucy sebab naik pangkat jadi
admin..memang patot pun dapat sbb komitmen n
komited..jorji n dingin pun sama..
tp kalau lucy dpt wing man pun terbaek..kira mcm berdua lebih baik..haha..
neway sokernet terbaek..
keep it up bro..
yeah
ymn cmmnt mmg best
ynwa:)
oh lucy
tahniah yeap jd admin
kena belajar sejarah lagi ke?
kalau semua nak rujuk pada sejarah, patutnya tetiap tahun liverpool jadi juara EPL, tp aku tgk list kat sebelah tu, tak nampak pulak nama liverpool..
niat yang sungguh busuk dari org berdarah biru
nasib baik kami darah merah....
nway, tahniah jadi admin...
p/s: minggu depan nak baca apa komen2x si darah biru lak...
glory2x manutd....hehehehe
dah ucap tahniah kat entri lain tadi jadi kali ini nak ucap timekasih sebab bubuh sikit kat The Kop tuh. hahaha. terbaek! weekend nih jom tengok game sesama eh. go go Chelsea..eh silap.
Glory Glory MU..
ape kabar semua & salam sejahtera beb!
congrats tuh j orji, lucy & dingin on the promotion!!
Semangat blues tetap membara, seperti api biru di dapur beb..
Cuma wa nak share ngan korang, apsal member2 aku yg YNWA fan, sejak due menjak nih, payah sgt nak angkat hp..wa nak ajak teh pon langsung tak dijawapnyer..mungkin lucy boleh tolong explain??
Gua sedang berdebaran menunggu 8hb November, malas nak tengok, ungkit balik cerita lama... diorang ni kalau kita layan sangat pun, takde faedah.
Untuk kawan2 dari kem sang naga biru dan Man Utd. pukul 4 petang waktu barat London hari Ahad ini, di padang keramat Fuilham Rd. SW6 1HS. (naik bas no.14 atau 211 ataupun 414) akan menyaksikan sama ada rekod homeground Ancelotti akan tercalar ataupun Tan Sri Alex Ferguson akan terloncat2 marahkan pengadil tak puas ati kerana semua perkara.
"Dah aku bukan peminat Liverpool apa barang aku nak wangi-wangi dengan Liverpool lak" --> kahkahkah ni btol2 anti-Liverpool ni. Anyway pn, Glory Glory MU!!
congrats pada admin yg naik pangkat. kasi bykkan post lg.
p/s: aku sokong ayat a8jnme. Main kat Stamford Bridge, antar Fletcher score sudah.. haha
aku sedikit pun tidak hairan luis begitu benci akan Liverpool..luis garcia..luis garcia..luis garcia..akan menghantui kau seumur hidup..kalau tidak..dah merasa Chelsea 'cium lama-lama champions league cup'...
Setahu gua, benda hidup yang kalau dipicit mengeluarkan cecair kaler seakan akan biru ni sotong aje.
waaaahhh ramai sungguh liverpool-haters. haha.
hebat sungguh pengaruh The Kops & The Kopites.
huyoh!
lu punya LIVER manyak busuk wo..
"Kalau itu semua berlaku, aku konfiden Liverpool akan ikut jejak langkah Leeds United."
muahahahaa
"you will never win anything"
liverpool kena kasi beres kewangan dia dulu...baru aku rasa tenang sket...kalu tak mau je betul2 jadi macam leeds...
Catat Ulasan