ANDA SEDANG MEMBACA

19

Dari Lidah Kem Arsenal

Pipiyapong Abdillah Hamzah Khamis, November 05, 2009
1. Tahniah kepada Lucius, Jorji dan Dingin kerana telah dinaikkan pangkat sebagai admin. Kira sekarang lu orang dah jadi pemegang saham Sokernet. Tahukah anda bahawa saham Sokernet dianggarkan boleh membeli kelab bolasepak Liverpool? Namun begitu pihak Sokernet telah membatalkan niat untuk membeli Liverpool kerana mereka tidak mahu berpindah dari Anfield ke Paroi. Sokernet telah kehilangan hampir RM1.7 juta akibat membuat papan tanda 'This Is Paroi' terlalu awal.

2. Mengenai soal gaji dan pendapatan pengulas Sokernet yang telah dibangkitkan, perkara itu boleh dirujuk terus kepada pengurus besar kem masing-masing. Sebagai contoh, jika Lucius dari kem Chelsea, dia boleh terus berurusan dengan Carlo Ancelotti. Dingin boleh terus berjumpa Pakcik Rafa dan begitu juga halnya dengan pengulas lain. Nanti gua akan tunjukkan salinan slip gaji gua dari HR Arsenal yang meliputi elaun kritikal, COLA, elaun perumahan, elaun perlawanan midweek dan sebagainya.

3. Nazmi telah dipecat dari kem Chelsea. Maybe-Awi-Knows juga berkemungkinan akan dipecat berdasarkan prestasi yang tidak memberangsangkan. Jadi Kem Arsenal boleh kata sedang mencari seorang permata yang boleh mengulas sehingga pembaca Sokernet dari kem lain mengalami tekanan jiwa, sebak dan berdendam bukan bukan. Jadi kepada sesiapa yang ingin bekerja bersama saya bolehlah menghantar resume ke e-mel Sokernet dengan tajuk 'Thierry Henry'. 'Expected salary' kalau boleh janganlah terlalu rendah. Pengulas yang terpilih akan dihantar ke Argentina untuk mengulas pasukan Arsenal de Sarandi yang bermain untuk Liga Perdana Argentina sebagai pendedahan awal.

4. Arsenal pada awal pagi tadi telah menang lagi dengan jaringan 4-1 ke atas AZ Alkmaar seterusnya secara logik mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati. Dua perlawanan akhir untuk peringkat kumpulan dah tak perlu nak ambil serius sangat seperti pasukan Liverpool. Kau tengok Liverpool. Dah la liga berterabur. Peringkat Eropah pun kucar-kacir. Last-last sembang pasal Rafa. Mereka masih mahu berjalan bersama Rafa. Kalau gua, sanggup gua jalan sorang-sorang.

5. Tahniah kepada penyokong pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan kerana pasukan mereka telah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia yang sungguh pantas kempennya. Main suku akhir pertama, 3 hari kemudian suku akhir kedua, 3 hari kemudian separuh akhir, 3 hari kemudian separuh akhir kedua, 7 hari kemudian final. Perlawanan akhir akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari sabtu ini. Jangan gaduh-gaduh ya. Lagi satu masuk ikut pintu yang betul. Jika tersalah pintu, buruk padahnya. Lebih-lebih lagi dengan muka bercat dan jalan terhenjut-henjut.

6. Atas sebab-sebab tertentu, pas media untuk Jorji sebagai wakil Sokernet bagi perlawanan akhir Piala Malaysia ni tak sempat gua mohon. Tarikh tutup tengah hari semalam. Tapi sebenarnya kalau gua apply pun entah dapat entah tidak. Gua mana ada orang dalam.

7. Sokernet berpengkalan di sokernet.blogspot.kom bukannya di sokernet.kom. Jangan keliru di situ kerana kebenaran bola sepak berada di sini. Kami tidak akan membawa perkara ini ke muka pengadilan. Pihak Sokernet telah memutuskan tidak akan membeli Sokernet.kom yang agak ketinggalan itu. Kami hanya merancang untuk membeli Blogger.kom. Jadi selepas pembelian itu, ada kemungkinan blog-blog di Malaysia akan berubah url menjadi 'tronohtranquility.sokernet.blogspot.kom' atau 'ifyoucanfindme.sokernet.blogspot.kom'.

8. Tahniah kepada Indra Putra Mahayuddin yang berjaya mendapat anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai Musim Ini, Aidil Zafuan dengan anugerah Pertahanan Terbaik, Amri Yahyah sebagai Pemain Tengah Terbaik dan Farizal Marlias sebagai Penjaga Gol terbaik pada Majlis Anugerah Bolasepak FAM semalam. Kita memang tidak mempunyai banyak pilihan.

9. Percayalah, Arsenal akan menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2009/2010. Kenapa susah sangat nak mengaku dan jujur kepada diri sendiri?

19 Ulasan:

crawai berkata...

Good ol' Arsenal!

LuciusMaximus berkata...

Update macam gampang, tapi bab kelab Arsenal de Sarandi kat nombor 3 tu memang takleh blah

avid berkata...

no 2 mcm gampang..hahaha...
arsenal arsenal arsenal!!

eddie dewanaga berkata...

Kalau jadik Liverpool dibeli Sokernet dan berpindah ke Paroi, tak mustahil Wan Jamak naik ganti Benitez, dan Benitez pula akan mula berjinak2 meniaga cili dan rebung di pasar tani Paroi Jaya (mendapat bekalan dari Man Lipan pasar Ampangan)

FIRZA berkata...

tengkorok owk PP......bapok menipunyee......tak baek tau...!hakhakhakhak......(sambil buat aksi dive)

zan berkata...

Siol update kelab sendiri pun nak membahan Liverpool.

Kasi la Liverpool dengan Selangor. Kata masing2 kuat dengan sejarah kan?

Merah Kuning lambang kebanggaan!
YNWA!

Nazri berkata...

aku buat komen kombo untuk entri kat bawah juga - dua-dua entri macam celake. Tak pernah nak ambik serius arahan founder.

Oh Me berkata...

"9. Percayalah, Arsenal akan menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2009/2010. "

Patutlah Arsenal tak boleh pergi jauhhhh, dia aim Liga je rupanya hohoh...

Hidup Chelsea!! Chelsea!!

a+ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shank berkata...

1 - hanya liverpool fans yg hebat dan padu , sentiasa dtg dgn idea dan propaganda yg bernas dan hebat . tangkas menangkis hujah hujah dlm sokernet. ditambah lagi dgn sejarah liverpool yg sentiasa di cemburui dan di di idam² oleh kelab lain. Sbb itu dr kem chelsea , Arsenal maupun Man utd - sentiasa mencari alasan utk menitik liverpool.kuwang kuwang kuwang

2 - fans² dr kelab lain Man u , chelsea , Arsenal .. semua hampeh. mcm ayam jantan berkokok tahi terburai² kat ekor .. ada juga mcm tin kosong .. dan yg paling byk mcm burung kakak tua berckp apa yg org lain dah cakap .. dan tak faham apa yg dia cakap.hahahaha

3- aku cadangkan boleh jemput Op(liverpool) dan sinaga(bolton) mesti kaw kaw punya - hahahahahaha

4 - akhir sekali terimalah pantun dr hamba yg x sbrp nie..

.. 2 3 kucing bengis ,
.. manakan sama kucing jahat ,
.. 2 3 kelab bolasepak english ,
.. manakan sama liverpool yg hebat ..

YNWA.

Speed Junkie berkata...

Bro Shankly...nak jawab blh?

manakan sama kucing sandwich
chicken sandwich enak2 sahaja
liverpool hanya macam ipswich
harapkan sejarah dahulu kala sahaja

penyokong man u, chelsea dan arsenal...kalau kokok and terburai-burai tahik pun xpe beb...sbb yg penting league table bukan nombor 6!

Besi Karat berkata...

No 8 tu memang tepat.Oh,no 9 pun tepat!
haha

BraderDiego berkata...

beb.. bole tak lu tulis entry yang ada unsur-unsur kelaka sket? walaupun lu tak emo mcm sorang brader tu (nama dirahsiakan) tapi lu punya entry mcm dah kurang tajam

peace..

mfh berkata...

bro shankly, cukup2 la tu guna modal sejarah.. takde modal lain ke?

FdausAmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nazri berkata...

brader diego - ho ho

Amjat berkata...

giler ahh..PP,gua sapot lu dari belakang..Arsenal leh menang season nih..Tapi brader diego ckp ada betul...Tulisan lu kurang perisa skit lately...hehe

kitt berkata...

This Is Paroi... hahah, x bleh blah,kna siasat dgn MACC ni, signbod dah rm1.7 mil, ada keraguan di situ..

Khalid Raffali berkata...

ape yang tak kelakar? kelakar ape. especially part orang yang still tak leh nak terima yang the premier league is coming back to the pride of north london!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...