ANDA SEDANG MEMBACA

15

Jang ‘JOGHO’ Pialo Malaysia! – istimewo masak lomak Kijang betino.

Jorji Isnin, November 09, 2009
Jang Oooo Jang.
Mano pulak poie eh si Ujang tadi?
Bangun la Jang oii.hari dah tinggi..
Pialo Malaysia dah sampai Batu Kikir haaa..


Yang Ese muliokan Yamtuan Bosar kito, gagah, segak dan manih sonyuman, sojuk hati nengok eh.
Yang esei hormati Undang yang ompek., Penghulu luak, Buapak, porut, suku-suku Biduoando, somolonggang dan lain-lain.
Montori Bosar kito yang mudo dan bijaksano. Ibu-ibu, bapak-bapak seterusnya semuo Ujang-Ujang Nogori Sombilan yang tak gentar berjuang.


Masak lomak KIJANG betino
sodap di makan menjilat jari
noghori monang dah tontu punyo
Abe kelate cubo lain kali.

Haaa. Tu deh! Biar kito tak ghamai malam tu, 15 ghibu yo. Tapi, suaro kito paling kuek! Biar Bukit Jalil macam medan porang, melotup sano sini, tapi semangat Jang berundur tidak! Lautan merah Jang tompuh jugak! Jang beradat berhati mulio, memang datang nak tengok bola. Memang datang nak jomput pialo balik Seri Menanti. Hadiah buek Yamtuan kito yang baru. Daulat Tuanku!

Osah handal eh Jang semuo, dibuek eh macam main kek Pilah yo. Langsung tak comeh dongan bunyi merocun. Saporter Jang dari Nogori totap setio bersamo walau kalau kito kalah malam tu. Kito tak biaso buek perangai tak ingat dunio. Biar perasaan terbakar, jangan bangku. Biar kalah, asal jangan buek malu. Haa.. itu posan Dato Lembago kito.

Eden dapek tiket PERCUMO dari Edleen Ismail (ESPN). Nasib baik amek! Pass yang Sokernet bagi tu ghupo eh pass palsu. Menjawap den dengan abang MSN. Jam 8.45malam baghu den dapek masuk bersama segerombolan Jang Batu Kikir. Tompek duduk haram kok ado. Berdiri jo la selamo 90 minit. Tapi berbaloi poit! Kemain sodap bersorak dan melompek. Ompek kali Jang menjorit gol! Iyo poit! Termasuk gol jaringan Indera Putra untuk Kelantan, Jang pun bersorak gol jugak, punyola gembiro semuo orang…tapi yolah…abe kelate pun dah takdo nak sorak ‘gol’ sebab sumo dah tubik stadium. Tigo – 1 kito tapau abe kelate.

Lobih separuh stadium diponuhi dengan penyokong Kelate. Mano penyokong N9? Apo pasal tak ghamai? Den ghaso ini silap PBNS. Dogheh bona ditolak eh tiket tu ke Bukit Jalil semulo bilo jualan Somban lombab. Atau MSN / FAM berkonspirasi nak monangkan Kelantan? Atau jugak mungkin Jang-jang yang lain maleh nak poie, sobab ado persepsi / jangkaan akan berlaku huru haro dan gaduh dengan penyokong Kelantan. Memang ado! memang huru hagho! Gaduh, pocah kete semuo longkap. Mercun dan baling membaling sepanjang 90 minit. Mako tak salah kalau Jang-Jang yang lain tak mau poie stadium. Eden pun tak paham apo masalah eh dengan penyokong Kelantan. Bukan sajo menganggu game tapi jugak menyusahkan penonton mereka sendiri. Tak sian ko dengan kawan dan budak /isteri / orang tuo ,samo nogori, samo bas datang, yang duduk kek bawah, dibaling botol air, bakar kerusi bangku? Apo yang tak kono? Berjudi ko sumo eh tadi ni? Macam bertaruh dengan bookie pulak kelakuannyo. Tak semuo buek hal, tapi yang sikit tu la membuekkan Kelantan dapek namo burok.

Kek luar stadium laie parah, ado penyokong N9 yang lombik kono belasah. Camno nak dibuek an, diorang ghamai. Kalau kito bergabung dengan polis dan FRU pun tak monang. Tapi, kenapo jadi macam ni? Apo pasal eh penyokong Kelantan macam ni? Gentleman la skit cik Abe oiii… semuo ni dunio yo.. tak yah la nak sampai keluar darah kalau kalah bola. Tak masuk akal la. Den lamo tengok bola kek Perancis. Banyak jenis bungo api, tapi tak la sampai memukul orang.

Den duduk kek level paling ateh, bersebolahan pulak dengan penyokong kelate. Abang Polis beratur panjang jadi sempadan keduo penyokong. Cubo la ekau bayangkan, bersilat semuo orang mengelak botol terbang. Provokasi tahap tertinggi. Penyokong Jang pun buek silap yo, poie menjorit ghamai ghamai “BALIK! BALIK!” kepado penyokong Kelantan buek apo? Marah la kawan tu kono suruh balik. Dah la kalah, dihalau balik pulak, mako tak salah kalau abe-abe Kelate marah. Tapi, bakar membakar perasaan tu biaso la. Kek sekolah pun berlaku macam tu. Rumah merah lawan rumah hijau pun bakar membakar perasaan. Lopeh main, masuk kelas samo balik. Nampak?

Penguatkuasa, Polis, FRU dan pihak bertanggungjawab memang terlatih mengawal pilihanghayo dan demonstrasi pembangkang je. Rusuhan bolasepak? Tak habih dek songih yo tok!

Game tak yah cito banyak bona, samo yo standard eh, passing masih samo,kawalan bola samo, kreativiti samo, pertahanan masih lagi menghantar bola ikut mano arah berdiri,janji ‘clear’. Stamina sampai minit ke 60 lopeh tu layu sikit. Tapi bilo dah monang tu, tak la nampak bona silap pemain nogori. Semuo elok yo nampak eh. Jang bermain secara berpasukan dengan baik sobab Kelantan sudah hilang punco. Gol pertamo memang cantik, salah pertahanan Kelantan, gagal mengawal bola dengan baik. Bola disolosaikan dengan cantik oleh Shahurain Abu Samah. Bukan salah Halim Napi. Mano-mano keeper pun tak dapek nak save bola camtu….kecuali Peter Schemeicel. Hehe.

Gol keduo pulak bukan salah pertahanan Kelantan atau Halim Napi. Semuo tak salah. Yang salah ialah Hairuddin Omar dan Zaquan. Si Zaquan menghantar bola cantik kepada Hairudin yang pandai meloloskan diri dari perangkap off-side dan menanduk masuk cantik mengalahkan Halim Napi. Gol ketigo penalty la. Mudah amek.

Syabas Halim Napi sobab bermain secara professional tanpa mengikut perasaan!
Kelantan sepatutnya tidak memasukkan Khalid Jamlus kerana beliau memang terkenal tak berguno!



Pialo Malaysia disampaikan kepada Jogho Nogori Sembilan oleh Yamtuan Bosar kito yang baru. Osah handal eh nogori den!

Kejelobak ke Jelobu,
Tuai padi TIGO tangkai,
Mari semua peminat bola bersatu,
Kalau berbalah, sampai bilo tak selosai.


Update Manchester United.

Jangan comeh setan semuo. Januari dopan, kito tapau semuo pialo. Maso tu ghamai player chelsea poie main Pialo Afrika. Yang ponting, kito ado Johny Evans yang samo kualiti dengan Vidic. Mengelupur Drogba! Ghoma buek jatuh, ambik ubek!

15 Ulasan:

julu berkata...

Evans mmg kualiti bagusss punye..
muka baik mcm bdak nerd..
skali dpat trajang Drogba.. bentes Calvalho..
amek ko... muka nerd jgn wat main2..
hahaha..
xpe la kalah.. ref pon mcm celaka..
glory2 Man Utd..

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Keh keh keh. Selamat rupanya. Gua ingat dah kecundang di medan perang itu hari.

Cob Nobbler berkata...

Yang berpoluh-poluh pemain bola,VVIP pulak ekau pujo-pujo.

Ekau ado tengok oghang bakar-bakar kerusi?

Ponek buruh Bangladesh bino stadium,sodap-sodap nak bakar.Bukannyo pree kerusi stadium tu jang.

p/s:Juliana Evans(ooppss!),Jonny Evans tak cukup kental lagi la.Aku dah cakap,takde vidic defend mesti hampeh lagi.

amacam berkata...

aku suke evens terajang drog.
ada style cantona.tp evens lebih berseni, sampai pngadil xdpat detect..

mesti ada prob ngan awek kt luar. tu yang baran..hahaha.,,,

meor-name-depan-ku berkata...

terajang dengan jaringan 0..
hahahah!!!

THE BLUES STILL GOT THE BLUES!!!!!!!!!

LuciusMaximus berkata...

Hehe, nasib baik N9 menang Piala Malaysia, kalau tak Jorji tak ada artikel untuk pagi Isnin ni, silap-silap kena pecat dari Sokernet.

Seb baik yo!

Trekker berkata...

kawe gi stadium hari tu. tahniah jang. kawe mintok maaf sbb beruk beruk cerok mano di kelate tu buat perangai. dok semuo oghe kelate gitu. kawe tengok bola pung malu dgn oghe oghe negeri kawe.

man utd, mmph...x apo, kita mcm biasa bangkit time krismas & boxing day nanti. GGMU!!!!

Dewajiwa berkata...

tahniah N9.
Glory Glory MU.

medihebat berkata...

penyokong kelantan baik pi daftar rekrut la...jadi askar gerila...

yaabbna berkata...

Johny Evan mmg best..muka dia klu kt sekolah mmg jenis duk dpn2,dpn meja cikgu la,nerd hbs.
Seni dia trajang drogba n bentes calvaho mmg cool tp buat pe dpt trajang klu kalah.

Aku tgh fikir ni mcm ne chelsea nk lari dari bdk2 arsenal yg power tu.makin rapat kene kejar.

utk bola malaysia..klu lagu tu la final piala malaysia,aku rasa suatu masa nanti,cicit aku akan tanya kt aku. "Atuk,piala malaysia tu pe?"

Tanpa Nama berkata...

Evans bukan sengaja nak terajang, x berani dia de. Drogba sengaja je bagi dramatik sikit. Kat luar kene pelangkung Evans tu.

Tapi gua rasa ati Drogba cepat sejuk sebab team Chelsea menang. Setan dpt apa???

eddie dewanaga berkata...

pagi tadi masih lagi yg berbunyik menyanyi kat ofis...

"..glory, glory man united..!"


gua balas nyanyi sekali, tetapi tukar lirik...

"..sorry, sorry man united...!"

Unknown berkata...

Grand Master Vidic (cawangan Seni Tomoi Kejam Serbia) sonyum sampai ko tolingo bile tengok Drogba kena flying kick dari rakan sepasukan Master J.Evans iatu Guru Utama Seni Wing Chun cawangan Old Trafford. Kemudian J.Evans melakukan teknik jatuhan tanpa tangan Aikido yang sempurna, pantas dan mengelirukan sehigga ref terus bagi kad kuning kek Cavalho skali. Memang aku sangat teruja dan terkesuma lalu terus memberi J.Evans markah 10/10 dari segi gaya, teknik dan keberkesanan. Tak den sangko MU mempunyai ramai ahli ahli seni pertahanan diri yang hebat, berwibawa dan sungguh berbahaya. Den donga Vidic dan J.Evans telah ditawarkan kerja di WWE atas kebolehan yang mereka miliki.


Akan tetapi Chelsea berjaya mendapat 3 mata penuh..Tak kire la offside ke, inside ke, offsaiittttttt ko (bak kato Org n9)...

Sapo yang kobakan Fletcher nak score tuh? Ngan Stoke City bolehla.

-Still got da Blues-

medihebat berkata...

tu lon laie kigho Master Valencia yang cubo nak teghajang Lampat...

Unknown berkata...

medihebat berkata...
tu lon laie kigho Master Valencia yang cubo nak teghajang Lampat...

2009 November 9 17:03

==> Itu sebab Valencia belom mendapat ijazah Tali Pinggang Hitam Capoeira. Lagipon Frank Lampard ada ilmu sapu angin bai..Sebab tuh derang panggil dia SuperFrank. HAHA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...