ANDA SEDANG MEMBACA

27

Liverpool selamanya.

MDM FARAH FAIZURA Ahad, November 01, 2009
Rumble in the jungle.
Zaire, 30 Oktober 1974, di Stadium 20 Mai. Angin malam yang kering bertiup disela-sela rambut kerinting yang halus. Putik-putik peluh mula tampak pada dahi gelap, lelaki dan wanita yang berada di stadium. Bau tubuh dan udara kering malam berpadu elok dengan jerit pekik yang menggema. Suasana sepertinya mahu pecah. Malam itu, mereka bakal menyaksikan sesuatu yang besar. Iaitu, Rumble in the Jungle.

Waktu itu George Foreman adalah juara tinju dunia. Dia masih muda dan dia menentang Mohamad Ali yang sudah di penghujung karier. Malah Mohamad Ali sendiri menyatakan itulah pertarungan terakhirnya. Dia tenaga muda, awal dua puluhan dan Mohamad Ali sudah berusia lebih 32 tahun. Foreman bermula dengan hebat, namun akhirnya, selepas Ali mendengarkan jeritan penonton “Ali Boma ye,' yang bermaksud “Ali bunuh dia!” Mohamad Ali, bangkit dan menumbang Foreman.

Apa yang terjadi kepada Foreman selepas itu? Foreman murung selama dua tahun. Namun selepas itu Foreman kembali bangkit, bukan sahaja sebagai juara namun sebagai orang yang paling ramah yang pernah ada di Amerika. Dia bangkit daripada kemurungan itu dan itu yang sepatutnya kita sebagai peminat Liverpool lakukan.

Untuk waktu ini, Liverpool umpama Turki pada tahun 1918. Sebuah empayar yang sakit dan sudah dibahagi-bahagikan. Namun, Turki tetap menang dalam pertempuran Galipoli, menentang gabungan tentera berikat, yang mahu menakluki Turki.

Provokasi.
Itu juga yang perlu kita lakukan sebagai penyokong Liverpool. Liverpool sekarang berada dalam posisi yang cukup enak untuk ditombak dengan pelbagai kata-kata provokasi. Kata-kata tidak puas hati, dan kata-kata dendam yang sudah lama terpendam.

Jadi, bagaimana kita perlu menghadapi provokasi yang bertali arus itu. Provokasi daripada team yang sudah tiga kali kita kalahkan, team R&B Hip Hop, dan team yang penyokongnya belangkas? (Team our blood is blue. belangkas pun blood blue jugak).

Kami dari kem Liverpol di Sokernet mahu berkonsgi tip-tip di bawah yang mungkin boleh dicuba bagi menghadapi provokasi pihak lawan.

1.Tumpukan perhatian pada motivasi di sebalik provokasi itu. Jangan berikan mereka kepuasan dengan menunjukkan mereka sudah berjaya memprovokasi kita. Motivasi kita adalah, jangan tunjukkan kita termakan provokasi.

2.Tarik nafas panjang-panjang. Dalam-dalam.

3.Diam.

4.Bersenam.

5.Ingat Tuhan.

6.Ingat, ini hanya bola sepak Inggeris.

7.Kalau semua perkara dia atas dah tak menjadi, dan kau dah kena provok depan2, dan kau dah tak tahan. Kau lempang je terus. Kompem setel.

Jadi, sebagai peminat Liverpool, mungkin kita boleh ambil sedikit anekdot daripada kata-kata Therry Henry, bekas R&B Hip Hop.

"Liverpool's fans are just amazing. The best feeling I have at away games is Anfield. It is just incredible. I love it. You get goose bumps when you see their supporters sing You'll Never Walk Alone."

YNWA!

27 Ulasan:

RABUN berkata...

lIVERPOOL FOREVER N EVER!

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Keh keh keh...

Unknown berkata...

aku nak ajak korang berfikir jap, sebelum satu team bola kat negara kite ni naik dan kuat.
memang xde kekacauan langsung kat mane2 stadium di malaysia ni.

selangor,perak,kedah yang pernah naik dan kuat, fan mereka rilek jer.Tapi sejak dorang naik macam2 hal kite dgr pasal fan dorang ni.

agaknye kenape ye?? dorang ni kenape??
aku rase korang tau team mane ni?

faez berkata...

masa aku baca intro tu, ada sikit rasa terharu.. bila start ayat provokasi, tergelak balik..

. berkata...

perkghh...
name thierry henry jgk yg digunakan..
hahaha

mfh berkata...

kesian..

Berbo berkata...

biasalah tu.bumi beputar

MUAD berkata...

bla! bla! bla! kalu dah x power 2 ada aje alasan.

demang berkata...

sejarah lagi
kah kah kah kah..ape cerita dah takde modal.
okeyh ulang balik ayat sokernet lepas-lepas.
TEAM SARKAS, TEAM BOLA PANTAI. best bukan

13247 berkata...

emm..agak teruja
ya, BANGKIT!!
tapi kalau dah looser..

r.k berkata...

"6.Ingat, ini hanya bola sepak Inggeris."
tak perlu emosi lebih oke.
ini HANYA bola sepak Inggeris.
pulang sokong team bola sepak taman-taman saja.
menang sembang, kalah mengumpat.

Belangkas pun belangkas la~~
^.^

Unknown berkata...

tunggu hingga perlawanan akhir baru boleh kutuk kaw-kaw punyer..

juara musim nih? macam dah tau jer saper..

glory2 man united!

sufian berkata...

alaa rilex arr
kita sokong pun team yng ratus ribu jaraknya..

menang rilex kalah pun cool jea lah..
anyway..Happy Menikus..la la la

glory..glory..

LuciusMaximus berkata...

Ni apa lak cerita sampai ke Zaire dengan Turki ni? Nak menikus kat sana ke?

Alke berkata...

hahahahaha...LOSER!!! keep on saying of winning the TITLE season after season after season...dey! macam FAM daa....

zan berkata...

Kenapa ramai yang tak puas hati dengan sejarah? Satu yang utama yang boleh dipelajari ialah penyokong2 pasukan yang melibatkan sejarah ni takkan sewenang-wenang jadi lalang untuk tukar pasukan ketika pasukan kesukaan dalam tempoh kesukaran. Dan bukan juga menyokong kerana pasukan kaya (walaupun duit memang penting untuk perancangan kelab).

Sekurang-kurangnya itu yang dapat dilihat ketika tokey itik getah membeli kelab dari London 5-6 tahun yang lepas. Penghijrahan besar-besaran penyokong ke team yang penuh dengan bintang..

YNWA!

Pali berkata...

i'd rather walk alone

MDM FARAH FAIZURA berkata...

Kah Kah Kah

BanDeLa berkata...

teruskan menyokong pasukan anda.....heheheee

glory2x man utd....:D:D

Dewajiwa berkata...

takpe rilek. The Kop mesti boleh menang match seterusnya. mesti punya. kan?

Glory Glory MU.

Redz da Tsar berkata...

Teruskan menyokong Liverpool... kalau tak nanti takde sapa dah nak dikutuk... Hehe... Dan satu poin yang dilupakan, LIVERPOOL KELAB YANG KAYA DENGAN SEJARAH...

GLORY FOREVER~ Man United

SFB berkata...

yup btol. nanti dh xde sapa nk kene bahan boring plak nanti :D

Cicadasx berkata...

Good one
Through thick n thin!

BraderDiego berkata...

terbaik...

You'll Never Walk Alone,
as God will always with you

theheheh..

en.sani berkata...

sejarah lagi....

medihebat berkata...

lepas ni liverpool buat team boxing la...kalu ada yg bahan kan korg...terus tinju je hidung dia...gerenti patah...!!

Unknown berkata...

kesian liverpool...apelah nasib benitez...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...