ANDA SEDANG MEMBACA

18

Liverfulus

LuciusMaximus Ahad, November 01, 2009
Jumaat lepas Roman Abramovich membelanjakan £28,793 untuk satu jamuan makan tengahari di Nello’s, sebuah restoran Itali mewah di New York.

Ditemani teman wanita Dasha Zhukova, anak lelaki Arkady dan tiga lagi rakan perniagaan, Abramovich membelanjakan hampir £21,000 untuk wain sahaja dan juga £4,468 sebagai tip untuk para pelayan restoran.

Ini semua berlaku di saat Abramovich memberi pinjaman sejumlah £701 juta kepada Chelsea, tanpa faedah. Pinjaman ini bagaimanapun telah dikurangkan kepada £339.8 juta, selebihnya ditukarkan menjadi syer Abramovich dalam Chelsea.

Kita akan tertanya-tanya, adakah George Gillett dan Tom Hicks akan membelanjakan jumlah wang yang serupa untuk makan tengahari atau mereka berjimat cermat dan memilih McDonald’s sebagai pengganti?

Berapa hutang Liverpool? £350 juta, yang dipinjam oleh Gillett dan Hicks untuk membeli Liverpool pada tahun 2007 dulu. Hutang pinjaman bank dengan faedah dikenakan. Yang telah dibuat pembiayaan semula kepada £250 juta, tapi dengan tempoh pembayaran yang jauh lebih lama dan faedah lebih tinggi.

Semalam Liverpool mencipta sejarah lagi. Kalah kepada Fulham, 3-1. Para penyokong Liverpool mungkin berdolak-dalih dengan mengatakan menjuarai EPL bukan keutamaan buat mereka, sejarah jauh lebih penting.

Unit Audit Sokernet bagaimanapun tidak bersetuju. Mari kita lihat senario masa depan yang gelap untuk Liverpool, menggunakan gaya hujah bernombor ala Che Det.

1) Hutang Liverpool ialah £250 juta, yang dikenakan faedah oleh bank. Sekalipun pada kadar 1% setahun untuk tempoh bayaran 10 tahun, bayaran balik tersebut akan mencecah hampir £300 juta.

2) Pendapatan Liverpool tahun lepas ialah £159 juta, hampir £100 juta kurang dari pendapatan Manchester United dan masih juga kurang dari pendapatan Arsenal dan Chelsea.

3) £159 juta tersebut ialah pendapatan, bukan keuntungan. Untuk tahun lepas Liverpool mencatat kerugian £42.6 juta di mana £36.5 juta dari kerugian tersebut berpunca dari pembayaran faedah hutang Liverpool.

4) Untuk Liverpool menjana pendapatan secukupnya bagi menanggung beban hutang, mereka perlukan stadium yang berkapasiti lebih besar dan menjuarai EPL atau UCL, atau sekurang-kurangnya mencatat keputusan yang baik dalam dua kejohanan tersebut.

5) Kapasiti Anfield yang hanya menempatkan 45,276 penonton ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan Old Trafford (76,212) atau Emirates (60,432), sekaligus meletakkan mereka ketinggalan jauh dalam pungutan jualan tiket berbanding Manchester United dan Arsenal.

6) Sekalipun jika Anfield lebih besar kapasitinya berbanding Stamford Bridge (42,055), harga tiket di Liverpool jauh lebih murah dari di London yang membawa maksud dari segi pungutan jualan tiket Liverpool juga ketinggalan dengan Chelsea.

7) Kekurangan ini menuntut Liverpool untuk membina stadium baru mereka, Stanley Park. Dijangka siap pada tahun Ogos 2012 tapi sehingga sekarang tidak ada sebarang pembinaan dijalankan. Anggaran kos ialah £450 juta yang mungkin terpaksa dipinjam lagi.

8) Pembinaan Stanley Park akan terus terbantut selagi Gillett dan Hicks yang banyak berhutang memiliki Liverpool. Putera Faisal dari Arab Saudi juga dilaporkan tidak berminat membeli Liverpool kerana tidak mahu terikat dengan komitmen membina stadium baru yang menelan belanja ratusan juta Pound Sterling.

9) Prestasi Liverpool dalam EPL juga tidak memberangsangkan. Dengan 5 kekalahan dari 11 perlawanan, harapan menjuarai EPL musim ini agak malap. Tiada kejuaraan EPL bermakna tiada penjanaan pendapatan yang maksimum.

10) Senario yang sama juga untuk Liverpool di dalam saingan UCL mereka. Sekiranya Liverpool gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati UCL, mereka akan kehilangan potensi pendapatan yang lumayan.

11) Gagal meletakkan diri dalam empat tempat teratas dalam EPL juga bermakna Liverpool tidak dapat bersaing dalam UCL musim depan, satu lagi senario yang menjejaskan kewangan Liverpool.

12) Sekiranya ini berlaku bermakna Liverpool tidak mempunyai dana secukupnya untuk membeli pemain dan Rafa Benitez terpaksa terus bergantung kepada Lucas, Voronin dan juga bola pantai.

13) Namun begitu Rafa Benitez menekankan bahawa memenangi trofi bukan ukuran kejayaan yang membawa maksud dari kaca mata Benitez, gagal menang EPL atau UCL bukan satu kegagalan buat Liverpool.

14) Penyokong Liverpool yang mengharapkan Benitez dipecat kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian boleh melupakan hasrat mereka. Ini kerana Liverpool tidak boleh dan tidak mampu membayar pampasan £20 juta sekiranya mereka memecat Benitez sekarang.

15) Liverpool bagaimanapun kaya dengan sejarah. Malangnya jualan buku teks sejarah belum tentu dapat menjamin pendapatan yang lumayan buat Liverpool.

18 Ulasan:

Unknown berkata...

terimalah kenyataan bahawa liver-fool memang kelab cap ayam! dan kelab yang mementingkan sejarah..

keh keh keh..

ymn berkata...

bai ..
baru balik dari mesyuarat Persatuan Bookie² sedunia ..
(dukacitnya wakil dr sabah dan pahang x dtg )
Prediction bookie season ini meletakan kejuaraan BPL akan ditentukan pada bulan 5 9/5/2010 .. jika sblm nie Title BPL sudah dpt diramal pada bulan 3 ( march on) tapi kali ini ditukar kpd May on. Bookie juga meletkkan 72 -80 ++ points utk jadi juara BPL tahun ini, berdasarkan keputusan semasa. bunyi pelik dan crazy tapi who know ? mcm kata Hj Hasbullah masa langsung smlm... bulat itu bola .. tdk lonjong or pentagon or any else...
liverpool Unbeaten 20 games in row. scr mathematicalnya
20 x 3 = 60+18 =78 <--- Juara BPL. Ini termasuk menang ngan chelsea (away) Man utd (away) Arsenal(away and home).
Selagi belum bulan 5 .. selagi tu Liverpool still in track my fren.
Insya allah Kutu Kuala Lipis masuk mengaji termakbul.ynwa

hahahahahha

p/s aku sesat tadi sekali termasuk dlm http://beritabola.sokernet.com/

elmaaniq berkata...

john barnes juga diisytiharkan muflis.

nyzm berkata...

Ye aku ingat lagi sejarah Liverpool nak treble tapi kalah lawan Manchester United. FA Cup tak silap aku

avid berkata...

gua berminat nak tengok liverpool unbeaten 20 game..pp,borang masuk ngaji tu simpan dulu...

Point of View berkata...

dulu ada sokkernet.blogspot.com, lepas tu tukar 1steleven

sekarang ada pulak beritabola.sokernet.com...

aku rasa ni semua effect sokernet kot, tetiba ramai yang nak buat blog dengan nama sokernet, atau yang seangkatan dengannya

memang saspek lah sama sokernet, pencetus demam bolasepak blogosfera melayu

tapi apa pun korang yang terbaekkkkkkkk!!!!

mfh berkata...

unbeaten 20 game? kah kah kah.. unbeaten 2 game pun susah sekarang.. kah kah kah..

Trekker berkata...

Rafa kan asyik duk ulang je 86 point last year. wakakakaka. lawak betul.

Redz da Tsar berkata...

Yang tinggal hanya sejarah...
20 games menang berturut-turut? Haha...
Macam mustahil je...
Tapi boleh la meletakkan harapan kepada Penyokong liverpool.. Cukuplah harapan + angan-angan.. Realiti mustahil~ Hehe...

eddie dewanaga berkata...

berdentam berdentum, meletup sana sini
banyak lohong kosong, musnah sama sekali
sampai depan hidung, pancit semua kaki
tolong.. tolong... tolong...!!!

hancur berderai segala mimpi.

You'll never walk alone... but this time, we're not gonna follow!!!




*ada sesapa lagi yang nak berbunyik..?
the stage is yours, but the title is not!

fyrooz4125 berkata...

tu la megah sgt menang lwan MU.. kemenangan yg sia-sia..

~Glory2 Man United~

Unknown berkata...

semalam wa tengok game liver da tersenyum.itu belum pak alex lagi tengok..hahaha.


*liver dia janji menang dgn man utd pastu da menang semua kot.

mikhaelahmad berkata...

xpe. cube lagi season depan. mungkin nnti buleh kalah 10 kali in a row pulak.

yusuf mujahidin ™ berkata...

soh ananda krishna bli liverfulus la...


blh soh zaquan adha dan indra putra main..

faez berkata...

perjalanan BPL season ni sangat menarik.. lebih menarik dari drama nurkasih!!

aFiQ berkata...

che det psti bangga dgn posting ni~

mohd faizal bin sarif berkata...

mmg tul2.kemenangan yg sia2 dr mu tu ari.disini aku dpt perhatikan.konsistensi memainkan peranan yg plg penting.dkt opis aku dak2 liverfulus ni mcm menang epl time beat mu.dh mcm lawak kelakor seram pn ade.tahniah kps mereka yg konsisten - mu,chelsea dan arsenal.sori.liverpolak not in the list.setelkan hutang,win something dulu,be konsisten n u got my respect!!

Pali berkata...

i'd rather walk alone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...