ANDA SEDANG MEMBACA

52

Rebiu: Fletchermu Fletcherku Jua

LuciusMaximus Isnin, November 09, 2009
“anyway..looking fwd weekend ni nye clash..walaupun bermain di stamford bridge.. hantar fletcher score sudah....”
- a8jnme

“aku sokong ayat a8jnme. Main kat Stamford Bridge, antar Fletcher score sudah.. haha”
- sfb

Aku yakin Pak Alex, Tua Kutuk Tak Sedar Diri Kaki Kompelin Pengadil (TKTSDKKP), mendengar amanat kamu semua dan dengan penuh semangat Glory Glory Man United, meletakkan Darren Fletcher kesayangan kamu di atas padang Stamford Bridge malam tadi.

Kemudian Fletcher membantu melakukan kesalahan ke atas Ashley ‘Overlapping’ Cole, Super Frank menyempurnakan sepakan percuma dan Captain Marvel melaksanakan apa yang patut, iaitu menyumbatkan bola ke dalam gawang.

Terima kasih kerana menghantar Fletcher ke Stamford Bridge.

Aku sebenarnya malas nak tulis rebiu panjang-panjang, bagi peluang pada Jorji dan Nazri untuk membuat analisis mendalam punca-punca kenapa Manchester United tidak Glory Glory malam tadi. Tapi aku rasa analisis mendalam itu barangkali tidak kesampaian. Jorji pastinya sibuk menggilap Piala Malaysia yang Negeri Sembilan jarang-jarang menang (61 tahun, apa barang?) sementara Nazri mungkin asyik menonton program Sehati Berdansa.

Aku nk buat ulasan mendalam pun susah. Sebab malam tadi tengok kat kedai makan je. Nak pergi Stamford Bridge bajet dah lari. Duit claim tiga bulan lepas pun Sokernet belum bayar lagi. Aku syak Pipi ada songlap duit kompeni. Bukan apa itu hari dia ada macam hilang punca bila kerajaan ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ ada pasang hajat nak haramkan kereta berusia 15 tahun ke atas. Aku agak ada duit kompeni kena kebas buat bayar booking Perodua Viva Elite.

Jadi mahu atau tidak aku bertandang ke Api-Api Centre macam biasa. Semua meja dipenuhi oleh mereka-mereka yang senasib. Sama ada tidak ada Astro di rumah atau ada Astro tapi sudah kena potong. Termasuklah sekumpulan lelaki berumur yang berbaju batik pukul 12 tengah malam. Hapekejadahnye?

Beberapa minit perlawanan berlangsung tekaan aku ke atas sekumpulan lelaki berumur baju batik akhirnya terjawab. Seperti yang diduga mereka ialah penyokong Glory Glory Naik Lori. Apa kes pakai baju batik? Mungkin Jorji dan Nazri je yang boleh tolong jawab.

Secara ringkasnya malam tadi Chelsea bermain dengan sepatutnya. Berdepan dengan lawan yang sukar cara yang terbaik ialah untuk menyukarkan keadaan. Tidak perlu main cantik macam Arsenal yang penting menang dan 3 mata dalam genggaman.

Tahniah juga diucapkan kepada pemain-pemain The Blues yang menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Michael Ballack seperti biasa tidak pernah terlupa tanggungjawab untuk memprovokasi pengadil perlawanan. Sementara The Drog pula harus diberi pujian sewajarnya. Aksi terkapai nyawa-nyawa ikan beliau menceriakan suasana. Abang baju batik pun gelak terbahak-bahak.

Tapi hinggalah saat Captain Marvel meledakkan jaringan, tiba-tiba abang baju batik terdiam. Macam kontraktor kelas F Bumiputera berbaju batik di hari Khamis yang datang ke pejabat gomen terdiam kerana tendernya ditolak. Gila bai, projek tak dapat, hutang Along tak settle lagi.

Tapi tak Glory Glory-lah Manchester United kalau mereka tak gila meroyan bila ketinggalan 1-0. Kena pula Pak Alex (TKTSDKKP) yang muka merah melompat-lompat macam Setan di tepi padang. Nasib barisan veteran Chelsea tidak mudah goyah macam anak-anak remaja Arsenal. Dengan penuh khusyuk lagi warak The Blues membina benteng perpaduan ummah dalam membendung amukan Syaitan Nirrojim.

Walaupun 5 minit masa tambahan diberikan, ianya masih tidak cukup untuk Michael Owen menyumbatkan gol saat-saat akhir. Mengikut kata Pak Alex (TKTSDKKP) masa tambahan yang sepatutnya ialah 10 minit, atau 15 minit atau berapa puluh minit pun hinggalah Owen berjaya menjaringkan gol.

Jika hendak diikutkan pada Pak Alex (TKTSDKKP) juga, pengadil perlawanan malam tadi tidak layak dan banyak melakukan kesilapan. Sama macam pengadil perlawanan menentang Liverpool dan Sunderland. Aku ingat kalau tempoh hari Manchester United seri dengan Malaysia pun Pak Alex (TKTSDKKP) akan salahkan pengadil.

Biar apa pun luahan rasa tidak puas hati orang tua itu, yang penting 3 mata penuh untuk The Blues. Terima kasih juga kepada penyokong-penyokong Manchester United yang tidak bertindak membakar kerusi Stamford Bridge kerana kecewa dengan kekalahan malam tadi. Bukan apa risau juga sebab warna memang dah sama macam warna Kelantan, nasib baik perangai tak sama.

Next stop, Sekolah Sukan London Utara aka Arsenal, 29 November ini dan yang pastinya bukan di Bukit Jalil. Kalau Pipi masih ada balance duit kompeni yang dia songlap tu, mungkin kami berdua akan bertandang ke Emirates untuk baling mercun dan bakar kerusi.
Terima kasih daun keladi Fletcher, lain kali jemput datang Stamford Bridge lagi

The Drog, peledak gol merangkap penghibur kesukaan ramai

Pak Alex memerintahkan pegawai ke-4 keluar padang tanpa menyedari pegawai ke-4 memang sentiasa berada di luar padang

52 Ulasan:

lipascongo berkata...

x pe...x pe.....tgu main di old tarfford...
(ayat cover malu)

LuciusMaximus berkata...

Aku kurang pasti bab tunggu main di Old Tarfford, aku rasa stadium tu dah lama kena bakar dengan budak Kelantan...

Kalau Old Trafford, yang tu masih wujud lagi

faez berkata...

xpe.. xpe.. 5 point jer.. bukan tak boleh kejar.. (ayat yakin)

SFB berkata...

ceis, kene bahan. hampeh. Main dh cantek pn kalah jugak. nk buat mcm mana lg ntah. Pak Alex kene bakar kerusi dulu kot baru ref bg menang hehe

meor-name-depan-ku berkata...

rilek.....
orang dah tue macam tu la...
emosi..nyanyuk...ego

atok-atok,penghulu,pengerusi persatuan mahupun presiden...kalau dh tue mcm tu lah lagaknyer...
hahaha

THE BLUES STILL GOT THE BLUES!!!!!

ayobkelubi berkata...

aku nak komplen sikit ni lucius.

apasal aku baca rebiu kau macam rebiu untuk kawan-kawan, yakni aku baca rasa MAN UTD tak kena teruk sgt "penganjingannya" berbanding masa CHELSEA menang ngan LIVERPOOL hari tu?.

mana boleh macam ni lucius, kena fair lah sikit.
mentang-mentang founder support MAN UTD, bodek lebih nampak?.nak mintak naik gaji ker apa nie?. hehehehe.

sekadar luahan perasaan.

Kamarul XY berkata...

I rileks je..

SundayPeople berkata...

the best part time Evans flying kick Drogba!

LuciusMaximus berkata...

Ayob Kelubi,

Apa nak buat bro. Periuk nasi nak kena jaga gak. Mana tahan kalau takde periuk nasi, takkan nak makan mee goreng, kuew tiau goreng, roti bantal kot? Tak kenyang bai

bani berkata...

cak, cak, cak!

PennyRoyal Tease berkata...

Lucius Maximus menulis:
Dengan penuh khusyuk lagi warak The Blues membina benteng perpaduan ummah dalam membendung amukan Syaitan Nirrojim.

hahahaha...

selepas berjaya menulis semula SEJARAH liverpool, dan menyumbat setan merah dalam botol... arsenal pula selepas ni...

adakah the blues bakal menderma meriam arsenal ke muzium london untuk tatapan generasi akan datang? hehehe~

phakdee berkata...

drogba terkapai2 mcm kena masuk ICU dah.. drama gila.. patut masuk samarinda

lipascongo berkata...

siot... salah taip pon bole dikira point...cettt

kitt berkata...

haha..ayam betul,pg tadi x kuar lg,skali refresh start2 ayat dah kene..memori aku game smlm :
1- walau muka baby mcm juliana evans, tp main kahaq mcm abg vidic jugak..dia juga dikira pelakon pembantu utk watak erangan drogba yg x bleh blah..
2- Dlm mase duk mengerang tu, ade sekali mata drogba jeling ke lain,agaknya usha ape ref nye decision kot...pastu sambung blk mengerang..
3- Masa Kalou nk masuk, ade mat niggaz kat seat blkg siap dgn shade(game mlm bukan??)dok gosok gigi..ape kes gosok gigi? baik pakai baju batik..haha

cheers!!

Tanpa Nama berkata...

terbaik, aku rasa dah lama John Terry tak sumbat goal selepas insiden terpelecok amik penalti time final CL dengan Man U dulu.

Great start! Mula badi dengan Man U, ilang badi dengan Man U.

Lepas ni aku harap banyak lagi goal dari Terry.

Ballack sangat konsisten dengan kaedah provokasi. Tabik. Tabik.

Deco? Mengecewakan, sama abang Lampat.

Aishah Nur Hakim berkata...

apo ado hal..den nak jago nogori den yo lopeh ni. dah tak apit an mu ko apo sumo~

Berbo berkata...

hahaha
janji drogba kena kaki ngan evans

fikiranlicin berkata...

game semalam boring, naseb ad blog ni mengubat boring gua pada team2 ayam malam tadi...wat pedih mata aku je layan game sambil main Football manager 09/10. hampaeh...anyway tulisan dalam blog ni leh cover bosan gua game 'ayam' malm tadi hahahaha

cc berkata...

sepatutnya si Tua Alex (TKTSDKKP) komplen kat pengadil "Mengapa Evans tak dilayangkan kad merah? Dia telah menyepak dada Drogba dgn begitu dahsyat sekali!"

Just Muhammad berkata...

sori sket! chelsea men koto giler..
nampak sgt desperate giler nak menang..

carvalho cam bese tackle gile2 pastu jatuh salahkan man utd nye player

lampard ketuk kepala fletcher

terry tarik baju Valencia..

pastu men lambat2.. xde style! malu je wei
buang masa dgn itu dgn ini..

tunggu aa nanti kat Old trafford

+ next transfer windows.

aku nak ferguson beli pemain2 yg de finishing gila baBi pawee mcm David Villa..

man utd men cantek mlm tadi..
cuma xde luck!

sekalung tahniah kat def Evans ngan rooney coz act mcm pro!..

and btw! nice act drogba.. refree suka sgt sampai terkeluar kad kuning..

Tanpa Nama berkata...

pawee? style betul eja.

Tabok berkata...

tahniah! tahniah! khakhakhakhakhakha! aku yg tensen man u kalah pon bole ketawa baca bende ni! khakhakhakhakhakhakha lagi

amacam berkata...

drogba=mantapkan lagi erangan. kalo leh kasi golek2 skit.

evens=leh apply olimpiq utk tekwando.

vidic=snyuman menawan.

terry="ouchhh", aksi belaga sampai senak.

SAF=prepare spending money.

carlo=prepare bulan 1. piala afrika.

anderson=take back team trust.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Gua dah siasat. Harga mercun saja dah sama dengan harga tiket kapal terbang ke London pergi balik. Tapi kalau lu ada orang dalam err... maksud gua budak-budak kelantan, bajet boleh dikurangkan kot.

ayobkelubi berkata...

lucius

lu mmg tak patut bai...hahahaha..bodek tak hengat punya!.

takpe.ada lori ada bas, bas dtg jgn lupa tahan.

Amjat berkata...

kehkehkeh...itulah MU,bile kalah je nak spend time transfer window nnti...Rooney tu nak wat pe? Berat telor kot...

. berkata...

rooney tu telor pun takde...nak berat pebende? hahaha

Nazri berkata...

tiada unsur korupsi antara gua dengan lucius. Kereta Kancil yang sedang dalam proses penghantaran ke rumah Lucius tiada kena mengena dengan gua.

Gua WARING you all, jangan buat fitnah.

eddie dewanaga berkata...

yang dah menang, biarkan diorang raikan kemenangan, yang dah tersungkur, bangun dan teruskan idop... apa barang bingit2 ni.

memanglah menang cuma satu kosong, tapi lima mata leading, bai... lu jolok tekak, muntah pun, takde sapa yang nak kasik lu free-free buta.

gua mintak arsenal kerjakan man. utd pulak lepas ni... biar dia rasa.

Oh Me berkata...

Boring ah support Chelsea...banyak Nigga.

lipascongo berkata...

"gua mintak arsenal kerjakan man. utd pulak lepas ni... biar dia rasa."
muahahha...statement yange begitu tersinggung dari penyokong hip hop....muahaha...jgn a kecik ati kene tapau 2-1 aitu....

zan berkata...

Hahaha..

Ulasan yang sungguh berlapik. Kena "bahan" pun tak la pedih sangat..

YNWA!

Tanpa Nama berkata...

Suka hati Chlesea menang, Gelak guling2 baca ulasan LM.
Gelak terbahak part 'Michael Ballack seperti biasa tidak pernah terlupa tanggungjawab untuk memprovokasi pengadil perlawanan'. Encik Ballack memang begitu...hehehe.

Adam Ruslan berkata...

Kita tunggu sama ada sistem berlian 'Zhulian' Ancelotti akan pudar berderai di tangan budak-budak sekolah sukan Wenger.

Jorji berkata...

Ahhh! eden sedang mood Pialo Malaysia ni.

esok2 yo la den pikir pasal EPL.

Hoben Jang Hoben!

FIRZA berkata...

nak kire macam mane ni gelak sorang2 dari pagi sampai petang......?

ayobkelubi berkata...

tengok!,tengok!

founder siap bekap lagi tu. siap hanto kancil a.k.a deLorean lagi tu!.

naz, lu punya WARING, gua tak goyang lah. hehehehe.

beb,next MASKARA bila?. lama tak turun sana. ;D

Nazri berkata...

MASKARA bulan Disember, InsyaAllah. Jemput datang. Bawak kawan ramai-ramai.

aRief berkata...

"Glory glory nek lori!"
wakakakakak~~

sufian berkata...

well..
proud dikalahkan dngan chelsea..
another bad day..
best team win..

sir alex..minta ubah sikap..be profesional..
pengadil akan tetap ngan keputusannya..

glory2 man united..glory2 nek lori??(hnya penyedap bahasa shja!)

iampali berkata...

bg semangat kental skit..

medihebat berkata...

era untuk pemain muda man u skang nih...

r.k berkata...

korang gelak bile evan letak staq dekat dada drogba.. kene kat player korg nanti? jangan tak gelak.

carvalho tekel2 pastu jatuh? bukan kene libas dengan evan? lu tengok ke x?

ketuk mengetuk, tarik menarik mmg mainan bola. bukannye tumbuk2, tujah2..

kalau x boleh konteq, main congkak!

1-0 so? 5 jarak mata. arsenal nomo 2 dengan baki satu perlawanan. liverpool? relegate la season ni. catat satu sejarah baru.

Our Blood Is Blue.

BraderDiego berkata...

eh, chelski lawan manure tuhari sape menang ek?

SheiLa berkata...

dah macam tengok wrestling dgn teakwando je semalam...

x bleh blah la juliana evams tue..muka je innocent, tp perangai mengalahkan Mike Tyson yg gigit telinga lawan..

apa2 pun, syabas pada fans chelsea. MISSION ACCOMPLISHED. Mangsa seterusnya, Arsenal.

Amjat berkata...

Yakin benor nampaknye sheila...rilek2...bdak2 wenger menunggu dgn penuh riang lagi girang...

mentega gumuk bolat berkata...

sume pon hepi...
ai maner bebudak Man Looser nih..
haha

Alke berkata...

Takpe Lucious, memang nak kasi menang pun, kira hadiah selamat datang ke EPL kepada Ancelotti. Btw, tahniah la menang, tapi tak rase gundah ke nanti di bulan Januari? African Nation Cup bermula nanti. Tak rase gundah ke tengok Valencia berlari? dikejar-kejar oleh lampat, Cole lagi, ballack langsung buat tak gheti, pasal tak cukup nafas lagi....di Old Trafford kami menanti, tapi boleh kah menang di Emirates lagi?

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

mentega...man looser pe lagi...pegi menikus la...lalalalala

valencia lari laju...orang suruh main bola bukan lumba lari...biar valencia lari pon bukan bleh score...

SFB berkata...

Takpe, Man Utd pn ada masa kalah. Pasni naik balik la tu. No worries.

tehOnipis berkata...

chelsea 'home sweet home'...analogi kanak-kanak bawah ketiak abah. keh..keh. glory!

medihebat berkata...

"pengadil bias bagi foul yg mengakibatkan gol dan man u kalah...ni sume sebab wenger kuar kenyataan lepas game man u v ars ari tuh"--->analogi kanak2 bawah ketiak abah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...