ANDA SEDANG MEMBACA

19

BFM - THE BUSINESS STATION

Nazri Selasa, Disember 22, 2009
Stesen radio kegemaran saya ketika berada di dalam kereta adalah BFM 89.9.

Stesen radio bisnes. Pada siang hari sarat dengan rancangan temuramah tokoh-tokoh dalam dunia perniagaan. Usahawan, korporat selain kadang-kadang dia jemput juga penulis, aktivis alam sekitar dan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang.

Temuramahnya menarik. Soalan DJ bagus dan jawapannya pun selalunya 'inspiring'. Jarang dengar soalan "apa ciri-ciri wanita idaman awak, ________ (isikan nama penyanyi pop Malaysia)" dan penyanyi pop akan jawab "yang pandai memasak, tahu menghormati ibubapa dan pengetahuan agama yang tinggi."

Lagi cool, seleksi lagu-lagu BFM selalunya dari jenis classic rock. Tak ada Britney Spears, tak ada Ashlee Simpson, tak ada Simple Plan dan muzik yang selalu Hitz FM dok main. (ok, saya cerita tentang selera saya yang tua, maka kalau ada sesiapa peminat Hitz FM, jangan mare ye, cak!)

Dia pasang lagu kugiran Cheap Tricks - I want you to want me, beberapa lagu The Cure, beberapa lagu PEARL JAM (ingat - dia tak putarkan Last Kiss, malah dia pernah putarkan lagu dari album No Code), Led Zeppelin, Beatles (Lucy in the Sky With Diamons pun pernah ke udara - wohoo), Jimmy Hendrix (antaranya all along the watchtower), Bob Dylan pun banyak juga lagu yang diputarkan dan ramai lagi.

Dan lagu-lagu di atas diputarkan secara kerap.

Kemudian ada bijak pandai akan tempik kat bawah - woi! apa kaitan dengan bola?

Ha, ni nak kasi tau.

Jika anda berada di dalam kereta, atau di pejabat, tatkala Astro diluar jangkauan;

Tune in to BFM 89.9 atau kalau melalui website, klik ikon belah kiri atas.

Diorang ambil siaran dari Barclays Premieship Radio. Jadi setiap Sabtu dan Ahad ada 'LIVE', sama seperti siaran LIVE Asstro. Jumaat siap ada rancangan borak-borak siapa menang siapa kalah untuk game hujung minggu.

Cuma ye la, bezanya tak ada visual la, kena guna imaginasi mendengar ulasan pengulas radio. Siap ada update gol dari venue lain.

Better than nothing.

Tapi dari satu segi, old-skool juga, teringat zaman saya duduk di tepi radio rumah opah mendengar ulasan dari stadium ke stadium zaman Semi-Pro.

BFM 89.9 - pilihan untuk mereka yang gagal dalam capaian Astro ketika itu.

Capaian: BPL on BFM

19 Ulasan:

mAxx berkata...

yeah..btul tu saudara nazri. aku pun turut mengikuti 89.9 ini dikala ada live dlm perjalanan

minatmbace_xminatmngarang berkata...

apsal 89.9 sni lyn lgu hndustan? THR kot..
mm.. utk liputan lbh mluas, aku cdng kn en.hasbullah awang & shelby jd parttime komentetar pd wktu genting tsebut.. amcm? huhu..
-minat mdengar gak-

Tanpa Nama berkata...

pertama kali aku jatuh cinta dengan BFM ketika ianya kerap memainkan lagu Soul Asylum - Runaway Train.

minatmbace_xminatmngarang berkata...

ade dgr ari tue player m'sia kne urine test.. ape cite ek?

nazrihashim berkata...

gua ibgat orang teksi buat iklan tipu tipu.ada betul rupanya.

"berbatov,fabregas,macheda"

banyak ayat tu dekat bontot bontot teksi Kolumpo.

LuciusMaximus berkata...

@minatmbace yang kena urine test tu guru besar kita. Saja kena panggil urine test sebab diorang pelik guru besar berlari ke sana ke mari tak henti-henti masa lawan Laos. Rasanya negatif je kot, ye la guru besar mana ada hisap dadah.

BFM memang best, tapi kat Sabah takde, hampeh!

ayobkelubi berkata...

nasib baik dapek kek negeri sembilan!. yeah!

medihebat berkata...

penah main lagu Loudness and Iron Maiden...cuma tak penah lagi dengar diaorg play lagu Merciful Fate...KING DIAMOND....!!

Rembo berkata...

ini radio mmg cara. Black Hole sun dengan Fake Plastic Tree pun slalu main.

pakkordi berkata...

merciful fate? layan lagu setan ko eh.. keh keh keh

mizu_sama berkata...

haha.gua ada pengalaman.masa gem chelsea everton.gua kene pick sedara gua kt kl sentral. time tuh kul 11 mlm.haram jadah,gem da start tp gua dalam kete.tak kan gua nak langgan sms alert kot.pastuh dengan tiba2 ada satu bontot teksi parking depan gua.dia punya iklan berbatov,farbegas,marcheda. gua tau tue bawa erti BFM,pastuh kat bawah dia tulih live bpl match apa tah. gua dengan tanpa rasa was was,try on radio dan ke chanel 89.9

perghhh live beb,chelsea lawan everton.time tuh chelsea lead 2-1. gua punya hayati2,kene sebijik.2-2.haram jadah,ketor pala nak balik umah tgk match.tapi sekurang-kurangnya gua dapat hapdet free dari bfm.terima kasih bfm!

medihebat berkata...

maaf pakkordi...kekadang kepala tengah serabut, keja macam lahanat...tu yg dok dengar king diamond tu...hahahahaaa

pakkordi berkata...

Gua pun layan gak dulu. Bak kata "rembo" .. cara.

Dewajiwa berkata...

bagus nih

Shank berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shank berkata...

1 - guwa pun layan gak BFM nie ..

2 - guwa on leave until next year . slmt bercuti kwn²..

en shankly dijangkakan will back on 1st week jan 2010.

happy new year. and merry x mas ( utk yg celebrate)

YNWA ..\m/
YNWA ..\m/
YNWA ..\m/
YNWA ..\m/
YNWA ..\m/

K berkata...

"minatm bace_xminatmngarang berkata...
ade dgr ari tue player m'sia kne urine test.. ape cite ek?

2009 Disember 22 06:40"

ada dua orang kena panggil buat doping test.
dua2 player Harimau Muda.
Muslim Ahmad dgn K Gurusamy.
sumer gara2 team lwn tak puas ati diorang ni langsung tak penat sepanjang game.
Gurusamy siap kena panggil 2 kali!
tapi dua2 mamat ni lepas dgn jayanya.

aku pun suka BFM dikala mood aku 'menjadi tua'
cooooooooooll

wani berkata...

The Who!!! Terkejut bila dengar My Generation kat BFM.

Dizzturbed berkata...

thanx brader for d info...akhirnya dpt gua layan classic rock kat radio..boleh gak blajar pasal biz..teringat zaman astro awal2 dulu masa boleh dgr classic rock kat 103.3fm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...