ANDA SEDANG MEMBACA

112

Gulung Tikar: Laos Ikut Jejak Liverpool

Pipiyapong Abdillah Hamzah Selasa, Disember 15, 2009
Laos 1-3 Malaysia

Malaysia akhirnya berjaya melangkah kaki ke peringkat akhir acara bola sepak Sukan SEA setelah menumpaskan pasukan negara tuan rumah, Laos malam tadi dengan jaringan 3 berbalas 1. Ini bermakna pingat perak sudah dalam genggaman dan hanya menunggu masa untuk menukarkannya dengan kilauan emas. Itu pun kalau final nanti main tak sepak bola ke atas.

Pada perlawanan tadi, skuad negara mendahului perlawanan pada minit ke-13 separuh masa pertama hasil jaringan Baddrol Bakhtiar yang bermain di posisi sayap kiri. Pemain skuad Kedah itu berjaya menghasilkan gol selepas menerima umpanan dari Manaf di kanan tiang gol dan bijak membuat sepakan Milo seterusnya memperdayakan penjaga gol Laos. Selepas gol pembukaan itu pasukan Malaysia mendominasi permainan sehingga tamat separuh masa pertama. Rentak perlawanan juga diperlahankan ala Brazil.

Minit ke-72 separuh masa kedua, Sharbini Alwee iaitu penjaga gol negara terlupa teknik menjaga gol seterusnya memberikan gol penyamaan kepada pasukan tuan rumah. Gol jaringan Kanlaya Sysomvang itu sekelip mata membuatkan senyuman penonton di rumah menjadi carutan. Selepas gol penyamaan itu, Malaysia mula jadi berterabur macam Liverpool kelmarin.

Tetapi tidak lama selepas itu, akhirnya Malaysia mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah Arsenal. Baddrol Bakhtiar sekali lagi meletakkan Malaysia di hadapan dengan satu sapuan yang cantik menghukum penjaga gol Laos yang lemas kerana cuba menyelamatkan percubaan ala crossing Kunanlan pada minit ke 79. K. Rajagopal lega di bangku simpanan. Begitu juga dengan anda di rumah.

Ketika perlawanan berbaki kira-kira 6 minit, Pemain KL Plus, Safiq Rahim menambah derita pasukan tuan rumah seterusnya meranapkan impian Laos memburu tempat ke perlawanan akhir selepas menolak masuk hantaran ala Winning Eleven oleh Norshahrul Idlan dari kiri tiang gol. Jadi Malaysia sekali lagi akan bertemu Vietnam di perlawanan akhir untuk penentuan pingat emas pada hari khamis.

Adakah Malaysia mampu merangkul pingat emas edisi Sukan SEA kali ini sesudah 20 tahun kemarau dan main macam monyet? Mungkin hanya Subadron Aziz yang mampu menjawab.

"Dulu setiap kali Abang Bad score gol, dia akan pandang saya dan saya akan sengih sampai lenguh..."

112 Ulasan:

Besi Karat berkata...

Tahniah kepada Malaysia.aku yakin Malaysia tetap dapat pingat perak.

mfh berkata...

tak kisah emas ke perak.. aku yakin player dan coach akan dapat bonus bila balik malaysia nanti..

Besi Karat berkata...

Aiks?sudah ada gambar?MILF mana ni?

encik abu berkata...

serangan berantai dan pertahanan berlapis Laos tak mampu menghalang MALAYSIA! hahaha. hasbullah awang jugak yang terbaik. pingat emas untuk beliau

teRi berkata...

komon malaysia! u can do it! tak sabar nak tunggu mesia menang. mesti abg pp wat entri best2. hikhikhik

Fahim 'n Alin berkata...

jgn la nko smekn lberpul n arsenal..xmnis munyik nye..hehe

pepon haku sokong mesia..yeah

Fndy berkata...

aku sokong Malaysia dan Hasbullah Awang

Ariffin Janal berkata...

hahaha
siot la ulasan...
cam terbaek ade gak..
pape pon,doakan player malaysia xmain cam budak sekolah..
tp main tahap piala dunia tak hengat punya~

Ajeossi berkata...

bagus2..
bole repeat sama vietnam..
hahaha..

Berto berkata...

bagos..malaysia boleh..tp mintak ref jgn bias la..karang bukan zaquan je g attack, atlet karate pon bole join..diorg dh hbis event..

nyzm berkata...

epinmiera, budak sekolah pun terer apa

meor-name-depan-ku berkata...

aku sokong atlit yang menyokong dan memberi sokongan kepada Harimau Malaya....

steady la... badrol bakhtiar, tak sia-sia bertapa jauh nun di west London....hahahahah!!!

eJAI berkata...

di saat kita meletak harapan,saat itulah juga kita akan dikecewakan.....

i'msosupernotcool berkata...

gua mmg da tag ayat sapuan tuh..
kuar jugak..
baik punye hasbullah awang..
haha..

semalam gua baca paper beriya-riya zaquan adha suh FAM bawak dia ke laos..
tp td gua tgok die rilek je men2 cinta ngan ayu raudah kt pavi..
wtf..

harapnya penantian 20 years akan berakhir..
hidup harimau malaya!!

Norizwan Azlan berkata...

brader,bila lak safiq rahim main untuk kl plus ni?menangis la pak cik rahim kat umah tu kalau baca entri lu ni.hahaha!

walaubagaimanapun,malaysia bermain dengan cemerlang diselangi dengan aksi gampang yang cukup meruntun jiwa.tapi,gua tetap puas hati ada menang juga.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Oo dah transfer ye? Bila punya? Ogos ke januari?

Danielle_Corleone berkata...

Ya. gol akhir tu mmg ala winning eleven. digalakkan pemain malaysia meningkatkan kapasiti dalam permainan winning eleven.

helmi berkata...

aku rasa kalau malaysia menang kali ni.mau cuti kita sampai krismas

HafizChan berkata...

Lawan Laos je pom
Pelik aku, nak menang punyalah susah
Kat Laos tu ada kedai jual but bola tah kan tidak...

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Anda semua jangan kemaruk sangat dan meletakkan harapan yang terlalu tinggi atas pasukan Malaysia.

Bukan tak kenal dengan Malaysia, waktu perlawanan penting mesti buat lawak.

Mungkin Rajagopal mau peminat Malaysia ingat Tuhan kerana ramai yang nampak macam bongkak selepas menang dengan Laos.

Apapun, kita berharap janganlah peningkatan hanya di tahap Sukan SEA sahaja. Dan janganlah lupa kepada pembangunan bolasepak wanita yang nampaknya sedang dibunuh secara perlahan2 oleh FAM.

PS - What the F*CK Pahang dapat main dalam Liga Super?! Apahal dengan Jawtankuasa Pertandingan FAM tu? Nak bodek Sultan Pahang ke?!

HafizChan berkata...

Kalau tetiba ramai peminat amik kisah pasal bola @ badminton
Diorang selambe je boleh kalah masa final. Macam biasa.

ChesterChaz berkata...

tahniah kepada skuad MALAYSIA kerana kejuaraan pringkat semi ni.. dan tahniah juga kepada penyokong2 pasukan LAOS yang tidak membakar kerusi stadium atau kereta dihadapan stadium.. kihkihkih..

p/s: Hasbullah Awang memang terbaekk.. macam2 sejarah yang leh die citer time mengulas.. adehh "sejarah" lagi ker.. haha

kitt berkata...

hahah...malaysia kira dah ada WAGS lama dah ah..caya ar subadron aziz..

Putra berkata...

chegu izwan - memang Safiq Rahim main untuk KL Plus musim lepas, musim akan datang dia kembali main untuk Selangor

pakkordi berkata...

Shankly tu sebenarnya hasbullah awang kut. Penyokong Liverpool yang mantap macam gua skit skit.
Ada ka ejaan nama baDDrol? Gol dia lawa, ejaan nama dia aje suspect. Midfield Malaysia berbangsa india yg kurus keding tu bagus. Ada visi. Tahun depan arsenal beli la macha tu. Baru lah ada peluang arsenal menang EPL.

boyakism berkata...

nape nak question kredibiliti laos?x tgk game ke?derang ctrl ball..stamina..spirit..sume ok..plus men kat tempat derang..plz giv malaysian football team credit la..at times mmg derang men cam gampang..tp pas laos score..aku rs..ni aku rs la..malaysia buckle up..n play a good football..not great..but still a good one..ade sistem..sokong la malaysia..jdla penyokong yg setia..kalah confirm2 kutuk..mng pun nak kutuk gak..hurm..xkan xde yg positive langsung..bedaah btol kome ni..

gascoigne berkata...

Dah biasa tengok bola orang putih yang laju (Bukan La Liga bukan Serie A ok) so bila tgk bola tempatan rasa slow giler diaorang bawak bola


YNWA!.....

Oh Me berkata...

hahaha mane dapat gambor bini Subadron Aziz tu?

oh rindunya pada Semi Pro...

Unknown berkata...

kalau nk tgk bola gerak laju..
record je game tu, then time tgk balik tu forward la cket. konpem laju punyalah.

terimalah hakikat bola sepak malaysia.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Macam mana mau lari laju dan ada stamina... Makan pagi pun bantai nasi lemak, apa kes?!

Jorji berkata...

abang bad masih dengan akak salwa ke? gossip ni!

Unknown berkata...

ak sokong saudara boyakism. x habes2 nk kutuk. cam bdk x matang. tahniah skuad malaysia.

encik abu berkata...

Laos tu pun dah banyak peningkatan, negara diorang pon tak la mundur sangat sampai tak ada kedai kasut. Pujian untuk pasukan Malaysia kerana berjaya layak ke perlawanan akhir. Jadi, sementara menang ni, sila la puji pasukan Malaysia. Sekali dalam lapan tahun je dapat perasaan macam ni. Hargai waktu yang ada. dah kalah nanti sambung la kutuk balik. Tapi apa apa pon, Hasbullah memang tak mampu dicari ganti. hehe

oh tipu tapi benar, mana kau tau budak budak bola tu sarapan pagi nasi lemak? dpt tender kantin wisma FAM ka brade?

reformist101 berkata...

aku pelik la.. dulu Laos ni skuad picisan.. kategori sayur.. tapi skang main dah maju.. nampak dia punya kemajuan tu.. satu lagi aku harap sokernet lepas ni cover WAGS liga super pulak.. tepek gambo2 WAFS yang boleh mendenyutkan...

Unknown berkata...

tipu tapi benar dan gascoine, setinggi mane tahap bolasepak lu tengok.... lu kene sedar i/c lu ade tulis 'warganegara'.....

bolasepak luar tu layanla... sekadar saja..
orang tak kenal pun harimau malaya kat liverpool...

oni berkata...

gua saspek pipi tak boleh tidur malam tadi goyang dengan hasbullah awang.

aranhellstorm berkata...

kalau menang emas pun, bagi aku still a one-off punya pencapaian. tak lebih dari itu. Sultan bola tak payah nak berlagak, yang tukang jilat kaki ngan jilat bontot tak payah nak sembang lebat.

kalau dah 4 tahun berturut2 menang emas sukan sea, barulah boleh puji dan mengatakan "ya, sistem bola sepak kita dapat menghasilkan dan dapat menggilap bakat2 anak muda kita dan bolasepak kita ada sinar harapan"

dan dah lepas pencapaian semacam itu barulah boleh target nak gi world cup ke, SUKOM ke, olimpik ke, asia cup ke...

aku bajet lepas ni media berhambur la puji2an lepas tu sultan2 pun bagila datuk ke dato' ke tanah ke duit ke, lepas tu next Sea Games hampeh.

kalau boleh buktikan pernyataan aku ni salah, bola sepak kita mungkin berada di landasan yang betul.

but, aku still berasa yang liga kita perlu 3R - Revamp, Revolution dan Revival. liga berasaskan negeri mcm sekarang ni dah tak relevan. Tak ada nilai komersil, tak bleh generate duit dan tak bleh nak generate talents.

but still terhibur dengan corak game m'sia dlm 1st half mlm tadi dan dalam 15minit terakhir tu, semacam ada character, menahan asakan bertubi2 Laos.

tahniah team malaysia sebab masuk final.

bungwahab berkata...

gol pertama baddrol bukan sepakan milo,teknik tu lebih dikenali sebagai lipat maniam.
zaquan adha jangan pulak nak tergedik-gedik nak pg laos main final.zaquan ngan fam sama jer memang fak.

Dewajiwa berkata...

do NOT expect to high.
memang resam team negara kita tersungkur di saat sokongan makin naik. hoki, badminton, bola? apapun, Malaysia tetap di hati. cuma tidak lagi seyakin dulu. optimis ada.

Encik Ariff berkata...

aku pun termencarut masa laos score.
mcm setan dia punya gol.
haha.

Myth3fy berkata...

sape x trmencarut. gol pandai.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Evra, saya tidak mau jadi pentaklid buta yang dibutakan dengan peningkatan di Sukan SEA.

Perkataan WARGANEGARA di IC itu bukan syarat untuk saya menjadi peminat yang senang sangat lupa dengan keadaan sebenar bolasepak negara yang longlai.

Sepatutnya bolasepak Malaysia sama hebat, tak pun sama maju dengan Thailand Dan Singapura.

Seperti kata aranhellstorm : " kalau dah 4 tahun berturut2 menang emas sukan sea, barulah boleh puji dan mengatakan "ya, sistem bola sepak kita dapat menghasilkan dan dapat menggilap bakat2 anak muda kita dan bolasepak kita ada sinar harapan" ".

Kecermelangan (yea ke?!) yang tidak seberapa ini sepatutnya tidak menjadi hijab terhadap keadaan sebenar bolasepak Malaysia.

Ejoi berkata...

Gol Laos tu bukan boleh tangkap kemas dengan kedua-dua tangan ke?
apasal penjaga gol Malaysia nak tahan dengan sebelah tangan?

Ingat Peter Cech ke?

pakkordi berkata...

petr cech mana terer.

HafizChan berkata...

bungwahab
aku pom rasa zaquan fak...tapi dia ada rita. bakar gak, ahaha.

gascoigne berkata...

Setuju dengan pakkordi...petr cech tu harap pakai tutup telinga je...

evra?

print berkata...

yang penting liverpool lebih bodoh dari MALAYSIA..

sape sokong??

encik abu berkata...

hahaha, yang ni aku sokong. ko memang batu api la print.

eddie dewanaga berkata...

jangan lupa khamis petang... kita sokong ramai-ramai, tapi maghrib jgn lupa.

tolak tepi dulu bola luar, mari kita bakar semangat harimau melompat pada logo FAM...



hahaha... bakar dgn logo2 sekali.

sufian berkata...

biasalah..team tngah off form tuh..
tak baik bodoh kan team yea..kita kat sokernet kan berbudi bahasa.. :)

glory2 man utd

aranhellstorm berkata...

print: sebagai seorang penyokong liverpool aku terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab sosial aku terhadap fellow the reds lain.

fuck u la print.

nak jadi batu api kena la tahan api ye tak?

Unknown berkata...

print, lu lebih-lebih la....
dorang tengah kene 'period' sepanjang season ni..
hahahahah...

aranhellstrom,takkan sampai mencarut.. lu bukannyer lahir kat Anfield pun...

Amjat berkata...

Aku rase kalau menang emas nih,konfem jumaat cuti..Tapi bukan jumaat mmg cuti ke?Hah,xpe,bawak ke ari isnin..

Org FAM jangan cuti..buat kerja!

meor-name-depan-ku berkata...

Gua lebih rela mempertahankan MALAYSIA dari team EPL yang gua sokong....

Dewajiwa berkata...

bagus. ini antara entri terawal yang aku tengok ada gaya-gaya harmoni berbincang secara rasional kat Sokernet.

Daud berkata...

Sebelum tgk game Malaysia khamis ni,aku igt nk g tgk game bdk2 sekolah sri gombak main dulu.
baru boleh setting skit kepala otak ni nk tgk game malaysia.
Klu tgk game EPL sebelum tu,mmg kene maki je la
team malaysia khamis ni.

Klu xdpt tgk bdk2 sek pun,aku nk tgk Liverpool Tv je.team liverpool aku rasa sama tahap je dgn team bdk2 sek kt malaysia je.haha

mdikhqoi berkata...

tahniah kepada skuad Malaysia kerana layak ke final.
tapi awas, masih ada final menunggu. masih terlalu awal untuk meraikan sebarang kemenangan ataupun kejuaraan.
rakyat dahagakan Emas setelah begitu lama kita ketandusan Emas di arena bola sepak (Sukan Sea)

dan ingat, jika Emas hadir dalam final nanti, ia bukan penamat kepada sesebuah pembangunan bola sepak Malaysia.

Maintain performance anda di Sukan Sea, dan cuba layakkan diri di Sukan Asia (bukan sebagai tuan rumah)..

Dah layak ke Sukan ASIA, baru boleh berbicara tentang World Cup.

Time tu, aku tak malu nak pakai jersi Malaysia sama macam aku tak janggal nk pakai jersi France walaupun layak ke world cup sebab pakai tangan Henry (hehehe)

HafizChan berkata...

Emas - Orang-orang FAM dipuji, kepimpinan bagus
Perak - Pecat jurulatih, blame pemain, blame zaquan & rita. Orang FAM masih di sana...senang hati makan hot dog & mayonis.

wani berkata...

Kenapa korang semua ni? Belum lawan lagi dah kutuk macam-macam. Bila kalah, kutuk. Bila menang, kutuk. Kena ingat yang Malaysia bukan pasukan pilihan untuk masuk final. Ni dah lebih dari expectations semua orang.

Dan soalan paling bodoh yang penah ditanya oleh orang paling bodoh, kenapa guna team U23 untuk Sea Games. Tolonglah!!

K berkata...

camshit bangga pakai jersi france.
gua cadang lu pegi JPN ckp nak lucut kewarganegaraan Malaysia pasal nak jadik warga perancis

Unknown berkata...

ak mls nk ckp pape kat antogonis yg x habes2 kutuk team malaysia. mmg dorg cpt lupe diri, tp kite ni serumpun.
mmg dorg ni gile publisiti, tp atleast dorg dpt g final. drpd kome2 yg dok mengutuk. ceh. tin kosong. maen futsal pon blom tentu lg berbunyi.

GGMU

Amjat berkata...

nk jadik warga perancis skang pun bahaya utk org islam...iskkk..

err..hi wani..

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Hai Wani. Lama tak nampak. Mana u pergi?

BanDeLa berkata...

ni baru la 1 malaysia namanya
tahniah buat malaysia
harap final nanti main lagi cantek dan lagi baek

balik mesia nanti da confom ada habuan
untung2x dapat kawen artis lagi.
hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

hai wani... nape emo emo ni pms ke..saye pun sokong malaysia sebab dah sampai ke tahap akhir kan, semoga boleh tamatkan badi 20 tahun tu..tak macam liverpool, nak tamatkan badi yang berapa puluh tahun ntah tak tercapai lagi.. kesian liverpool, next season turun liga takde sultan bola nak tolong tau hihi

bungwahab berkata...

wani..
tahulah midfield malaysia k.gurusamy tu balak ko.jangan ler emo sangat org kutuk2 team malaysia.menang pun tapi main mcm setan memang tetap kena kutuk.

Amjat berkata...

ala lu org jgn ar kacau wani..brader pipi pun same..asyik kaco line gua jer..

Nazri berkata...

Wani, hai.

mdikhqoi berkata...

common lah khier. wa nk tanya lu all. kalau lu all gi midvalley, lu all ada rasa tak nk pakai jersi Malaysia dengan rasa gah sama mcm lu pakai jersi negara asing.

apa lak lu nk kaitkan kerakyatan wa dengan jersi yang wa pakai

itu namanya pengibaratan je... ilmu mantik..
takkan tak paham

mizu_sama berkata...

cite pasal mesia menang pun boleh pecah-pecah. macam fak<-- tiru ayat bung

Union Equatoriale berkata...

Secara keseluruhannya permainan Malaysia masa lawan Laos tidaklah sebaik mana. Dan aku buat perbandingan bukan dengan pasukan luar negara tetapi dengan pasukan-pasukan zaman Semi Pro dulu. Jauh sangat pun kalau nak banding dengan Radhi Mat Din, Azizol Abu Haniffa atau Subadron Aziz.

Tetapi bagaimanapun mentaliti pasukan negara boleh dikatakan meningkat. Kalau dulu mudah sangat nak menyerah kalah tapi sekarang nampaknya ada kekentalan di situ. Ada semangat melawan balik dan keupayaan untuk bangun dari tiur setelah dikejutkan dengan gol penyamaan Laos.

Laos pun tak kurang hebat, banyak peningkatan selain faktor tempat sendiri. Masuk separuh akhir merupakan satu pencapaian besar bila mana menyingkirkan pasukan seperti Indonesia dan Myanmar. Tapi agaknya kurang pengalaman serta tekanan yang agak besar jadi pemusnah skuad Laos.

Harap di perlawanan akhir, Malaysia mampu saingi Vietnam dan mutu pengadilan lebih sama rata. Dua puluh tahun penantian pingat emas, sudah tiba masanya ia berakhir.

HafizChan berkata...

bukan kutuk dengan player2 Malaysia
baguslah kalau menang emas sukan sea ni
tapi kalo menang pom, ini cuma one-off punya pencapaian...lainlah kalo team kita kerap tahun layak ke final & menang piala tiger (asean cup kan sekarang?), takpom layak piala asia. takpom layak ke play-off piala dunia lawan team oceana etc.

kalo kalah asyik salahkan pengurus, players etc...org yg kat atas tu still lagi org yg sama dari dulu. dia je pegang kuasa. mende tadek hape pom. kalo asyik menang piala macam pakcik alex takpela (alamak cerita sejarah, sori2...).

Unknown berkata...

bungwahab, ak rasa badrol bakhtiar maen lg cantek dr ko. jadi, jgn poyo sgt. xkisah la gurusamy tu balak wany ker, atleast ade gk pemain bola malaysia nk kat die. ko?! cia chowkit pon blom tnte lg. hahaha

gascoigne berkata...

Wani, dah breakfast?

print berkata...

wani tak sokong Liverpool....
kelab bodoh die cakap!!!!!

bungwahab berkata...

mintak2 malaysia kalah final besok.main macam budak2 takde akal.lembik macam bapuk.menang pun nasib bukan sebab bagus.harap rambut jer lawa tapi otak udang.
kalau menang final nanti presiden fam dengan mangkuk2 kat fam rasa diaorg terer plak lagi lambat diaorg nk berambus dan bolasepak tetap mcmtu.

fuhh..harap malaysia kalah 0-3 dengan vietnam.

gascoigne berkata...

Hahahaha Print....Terbatuk aku dengar

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Kucing;

Berdasarkan analisis dan pertimbangan saya, tak lupa juga tips dari bookie bola di kampung, saya yakin Vietnam Juara dalam final nanti.

Dan saya juga berpendapat bahawa kenyataan Bungwahab itu ada betulnya.

Saya jangkakan Viet Nam 3- Malaysia 1.

Viet Nam chien thang! (Victory to Viet Nam).

Dengan izin Tuhan, Malaysia mampu jadi juara sukan SEA di lain kali (kalau kejayaan ini dapat beterusan dan tidak sekadar kejayaan one-off, dan semua pengurusan tertinggi FAM sekarang ini disingkirkan/ditolak keluar dari FAM!)

print berkata...

gascoigne, kalau 'carlsberg' terlebih memang la terbatuk.. silap-silap mati pun boleh..

bungwahab, Indon memang selalu doakan Malaysia kalah... dasar rakyat merempat camtulah..

tipu tapi benar (ttb), bookie...adik beradik shankly jugak die ni percayakan bookie..judi tu haram disisi Islam. Kalau ko agama lain sori la...

Daud berkata...

print ni mesti dpt tender supply kertas kt fam.
fam ni mmg slalu je buat seminar,berlambak kertas keje tp mcm tu gak bola.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Print,
Jangan emo sangat macam 'kucing' tu, ok sayang?!

Kita tak nak "menang sorak, tapi kampung tergadai".

kita bersorak untuk kemenangan kecil yang berkemungkinan one-off, namun kejayaan itu nanti akan menyebabkan bolasepak Malaysia tidak dapat maju kerana semua 'orang-orang lama' dan corak mengubah dasar yang kerap dan sesuka hati dalam FAM akan terus bertahan dengan bersandarkan kemenangan Final sukan SEA itu nanti.

Adakah membuat kesimpulan pendapat berdasarkan perbincangan dan tips bookie kampung yang dibuat berdasarkan kajian statistik dan analisis matematik itu haram?

Kalau macam itu, tak boleh la tengok Football Focus dan segala alah rancangan analisis bolasepak di Astro itu, kan?

Lebih rasional menjadikan analisis dan statistik matematik untuk meramal keputusan bola sepak daripada melakukan Mandi Bunga, Mandi Tolak Bala, buat tasbih kayu koka untuk lebih afdal wiridnya, pakai selipar rekabentuk pelik yang kononnya itu rekabentuk selipar nabi, atau minum air jampi untuk lulus periksa yang dibuat oleh kebanyakkan Melayu sekarang ini.

Kalau anda bukan Melayu, maaf lah...

meor-name-depan-ku berkata...

so, buang la perkataan bookie tu...
bookie tu sinonim dengan judi kan??

aku ade hak nak meraikan team negara aku, so what? aku sokong Harimau Malay bukan FAM...

aku setuju ape yang kau cakap ni... sepatutnye dah lame kat FAM tu orang2 bola yang duduk... kebanyakan mereka sekarang seperti kerani pejabat tanah, peon ofis MARA yang hanya punch card masuk dan balik takde passion...

FOOTBALL IS ABOUT PASSION...

sebab tu platini jadi org kuat UEFA....

David Archuleta berkata...

Apa kate final ni kite tgk same2?

bole sorak same2, bole carut same2..

mcm mane?

sggest la tmpt, aku kompem dtg..

dr komen kobar2, baik lpak mamak tgk bole, ye tak?

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

aku sokong tuan haji hasbullah awang jer...slagi pasukan malaysia layak..slagi tu hasbullah akan jadi pengulas...aku dah dengar ulasan je...

dan slagi tu jugak aku bleh baca ulasan pp...
deym!! sharbini bleh lupa teknik menjaga gol...cilakak btol..x pasal2 bengkak tangan aku tumbuk dinding...

atas padang??? biar la apa nak jadi...cam ne diorang main pon..aku warganegara malaysia gak..dan aku x penah lahir di north london!!!

HafizChan berkata...

demi kecemerlangan dan hidup baru bolasepak negara, marilah sama-sama berdoa semoga kepimpinan baru akan mengambil alih FAM...warga sokernet boleh kot.

Amjat berkata...

platini tu pun bodoh gak...

wani berkata...

You guys are taking this the other way around. Maksud saya ialah sokong team, bukan FAM. FAM tu bila coach kena hentam, bila player kena hentam, bukannya diorang nak backing ke apa. Lagi join hentam ada la.

Dulu, bila kata sokong team Malaysia, kata membabi buta la, apa la, kena kutuk macam-macam lagi bila defend team Malaysia. Memang diorang banyak kelemahan. Banyak sangat. Midfield main cam hampeh, defend tu lagi teruk dari midfield, etc, etc, but give credits when it's due. Tak kisah lah kalau esok kalah ke menang. Kalau ada rezeki, pingat emas tu kita bawak balik.

Diorang muda lagi, perlu banyak lagi exposure. But we're getting there. Kalau kita tak sokong diorang, siapa lagi yang nak sokong? Media kat Malaysia ni cuma tau hentam diorang je. Tolong lah jangan jadi macam media Malaysia. Ass-kissing is what they do best.

And thank you Kucing. I owe you one. Boyfriend saya bukan pemain bola sepak anyway.

meor-name-depan-ku berkata...

kabinet FAM baru imaginasi aku :-

Presiden : Datuk Abdul Ghani Minhat

N.Presiden : Soh Chin Aun @ Santok singh (jika masih berupaya)

Setiausaha : Shebby Singh @ Lim teong kim

Bendahari : Khalid Ali @ Rashid Hassan

AJK : Dollah Salleh
Zainal Abidin Hassan, Ahmad yusoff, Ismail Ibrahim dan semua mereka yang pernah mewakili pasukan Kebangsaan..

Dijamin 100% bebas dari politik....

gascoigne berkata...

Wani taknak ucap terima kasih pada saya?

wani berkata...

Meyour: Shebby tu sedangkan prediction dia pun 99.99999% salah, macam mana nak jadi setiausaha?

meor-name-depan-ku berkata...

wani,
setiausaha ni lebih kepada PR... aku nampak die ade bende tu.. yakin walaupun prediction salah.

lagipun aku ade alternatif lain , Lim teong kim(coach skuad remaja bayern Munich)

Unknown berkata...

contoh terbaik presiden..

presiden hoki dulu...
Sultan Azlan Shah, di masa mude baginda merupakan pemain hoki perak dan Malaya..

at least org yang diatas kene ade latarbelakang mengenai ape yang dipimpin..

aranhellstorm berkata...

Wani: Shebby tu manusia bukan tuhan, nak kira prediction selalu tepat baru boleh pegang jawatan dlm FAM, letih le...

btw, bagi aku kalau kita melihat Team Malaysia dengan FAM adalah perkara yang berbeza, aku tak bersetujulah dengan pendapat tu.

Sebab FAM adalah satu badan yang menguruskan segala perkara tentang bola sepak dalam Malaysia dan team kebangsaan adalah satu bentuk penunjuk aras dan keberhasilan kepada prestasi FAM yang kita boleh nilai secara langsung.

Bagus atau buruknya team kebangsaan adalah manifestasi dari dasar, polisi dan visi FAM itu sendiri.

Mungkin boleh dikatakan bakat-bakat yang ada dalam team kebangsaan ini adalah lahir dari dasar yang baru diperkenalkan oleh FAM musim lepas iaitu mewajibkan setiap pasukan bertanding dalam liga super menyenaraikan 1 pemain dibawah umur 21 tahun sebagai platform untuk bakat-bakat muda diketengahkan, ataupun mungkin langkah FAM memasukkan pasukan pelapis skuad kebangsaan di dalam pertandingan liga premier.

Ini sekadar beberapa contoh dasar-dasar FAM yang mungkin bersangkut paut dengan pencapaian terkini skuad kebangsaan.

mana mungkin kita dapat lari dari mengaitkan prestasi team kebangsaan dengan FAM sedangkan lambang yang tertera di jersi kebangsaan adalah lambang FAM bukannya jata atau bendera negara!

jadinya bukanlah masalah mengkritik atau memandang sinis itu yang sepatutnya menjadi isu, kerana isu utama itu adalah datangnya dari kelemahan FAM dalam menangani pelbagai isu dari masalah penyusunan jadual liga, masalah teknikal seperti mutu pengadilan, keselamatan dan isu-isu kepimpinan FAM itu sendiri. itu yang kebanyakkan warga sokernet yang memberikan pelbagai komentar berbau sinikal mahupun cemuhan.

Apabila Nicol David menang gelaran pertamanya, orang mungkin berkata, alah nasib je tu.. tapi apabila gelaran demi gelaran berjaya beliau juarai, adakah orang masih sinikal dengan kejayaan beliau?

begitu juga team Malaysia, jangan baru menang emas (kalau menang lah!) sekali dalam masa 22 tahun dah heboh satu benua, lepas tu kena tunggu lagi 22 tahun kemudian baru nak menang pingat. Sukan SEA saja pun.

apapun, selamat berjaya Team Malaysia di Laos esok! pukul 6 jangan lupa, balik awal no! heh

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

aranhellstorm telah mengupas sebaik-baiknya isu penting dalam bolasepak tempatan.

Harapnya Wani dapat lihat keseluruhanya, bukan hanya mau bergembira dengan kejayaan yang tidak pasti kekalnya ini.

Memang tiada apa yang kekal di dunia ini, tetapi apa yang kita maukan ialah kestabilan dan kesinambungan kekuatan/kuasa bolasepak Malaysia yang sepatutnya jauh lebih baik dari sekarang.

Kritikan bukan untuk merendahkan kejayaan, namun lebih kepada untuk memastikan supaya kita tidak lupa isu utamanya.

Dalam membuat perubahan bolasepak Malaysia, individu-individu di dalam struktur organisasinya perlu ditukar.

teRi berkata...

komon sapot mesia. main cm taik pon team sapa? sapa lagi nak sapot team negara sendiri kalo bukan kita?

K berkata...

weh...
pegi mampus sama negara luar!
gua sikit pon takde perasaan bangga kalau pkai jersi luar beb, malu lagi ada.
gua rakyat Malaysia, bagi gua negara yg gua sokong cuma satu iaitu Malaysia!
lu orang pkai jersi france ke brazil ke jepon penjajah ke england penjajah ke, taraf dia sama dgn lu orang pkai jersi indon.

FYI, gua selalu pegi mid valley pkai jersi Malaysia dgn penuh bangga, dan aku tak pedulik apa lu orang nak cakap.

K berkata...

"kasutkusut berkata...
Apa kate final ni kite tgk same2?

bole sorak same2, bole carut same2..

mcm mane?

sggest la tmpt, aku kompem dtg..

dr komen kobar2, baik lpak mamak tgk bole, ye tak?"

aku bagi satu cadangan kat lu orang, kita sesama join tengok dkat canai15 kat subang.
kat situ geng2 penyokong die-hard-fan Malaysia a.k.a. Ultras Malaya berkumpul esok ptang bg support.
RTM pon akan buat ulasan live kat situ.
kalo korang tak maw kasi support takde hal, just join tengok sesama kasi meriah.
dan kami jugak cuma sokong pada pemain dan coach tapi kami tak sokong sistem dan kepimpinan FAM.

p/s=sorry aku terkurang sopan kat komen ats ni.

Dewajiwa berkata...

cayalah korang.
seronok je baca komen korang semua. bernas berkobar2. boleh nampak protagonis dengan antagonis berbalas pandangan tapi ada gaya-gaya positif. besar jasa Sokernet nie.

Dewajiwa berkata...

ehem,
komen dah nak 100 nie, takde gaya-gaya mau up entri baru ke? MU menang ke. takde? okeh. Glory Glory Harimau-Malaya-Lompat-Over-The-Ars-FAM-Logo. yeh.

Daud berkata...

Menteri dah buka mulut..sarankan majikan lpskan pekerja blk awal esok.
berapa bnyk majikan yg bagi blk awl esok?

kudabesi berkata...

gud luck rimau malaya besok

Unknown berkata...

hahaha. saudara tipu tapi benar: aku xde la emo benar. kelakar je dgn realiti kehidupan. xkisah pown korg nk kutuk ke, caci ke, maki ke. aku bukan aging malaysia nak buang negara. so rilex2 sudah. kalo team mng, ak gembira. kalo kalah, huhu ak malu la. tp xpa, sebab ak sokong team negara(bkn FAM) dan ak sedar sape negara Malaysia di ranking bola sepak dunia. tapi xpe, slow2 naek. mane tau cucu cicit aku maen malaysia piala dunia. sape tau?! so optimistic. bukak minda. ^_^

Amjat berkata...

aahh..hipokrit ni semua. Sama macam media malaysia. Yg tv3 pun terhegeh-hegeh nak buat live skali apahal?sukan sea je pun..
Dulu aku dok tggu live masa msia tibai timor leste tuh sape pun nk tunjuk live..Dah final baru terhegeh hegeh nak siar live...

Media malaysia...macam fak!!(bak kata bungwahab)

Unknown berkata...

pembetulan kata; agong.

sang pemimpi: yes, saya berstuju dengan anda. Tv3 pown hipokrit. tp xpe, esk kite tgk kat Rtm2. Dpt tuan haji mungkin.

peace yo

K berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
K berkata...

kalau nak tengok penyokong-susah-mati Malaysia(bukan FAM) yg tidak hipokrit dan juga bukannya lalang-lalang, sila ke laman ini-
http://www.harimaumalaya.com/forum/index.php

shan keli berkata...

ahhh!!!fak la semua!

eJAI berkata...

semua fak sape yg tak fak?

medihebat berkata...

arsenal seri...sapa nak fak...?

ayobkelubi berkata...

depa buat live pun dah tentu shabery chik yang paksa. hehehehe

Dewajiwa berkata...

aku sokong TTB dan Kucing.
bernas, releven dan JUJUR.

Amjat berkata...

@medihebat,lebih baik seri dr kalah..kihkihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...