ANDA SEDANG MEMBACA

61

Hasbullah Awang, Malaysia Dan Lain-Lain Hal

LuciusMaximus Isnin, Disember 21, 2009
Seperti yang tidak dijangka, Malaysia merangkul pingat emas Sukan Sea 2009.

Kali terakhir Malaysia menang pingat emas Sukan Sea ialah 20 tahun lalu. Masa tu aku baru Darjah 4, belum sunat dan belum ada makwe. Tapi masa tu Zaquan Adha pun baru 2 tahun. Kalau setakat main bola petang-petang kat padang, memang aku tapau sebelah kaki je.

Nonton bolasepak Malaysia memang tidak sah kalau tidak diulas Tuan Haji Hasbullah Awang. Teknik ulasan yang kadangkala puitis, bersahaja walaupun tersilap sebut dan penggunaan istilah-istilah bolasepak yang mustahil ditemui dalam ulasan EPL di ESPN menjadikan ulasan bolasepak Malaysia sangat unik. Sama uniknya dengan corak permainan Malaysia yang sangat luar biasa.

Dikesempatan menonton perlawanan akhir tempoh hari, aku sempat mengambil beberapa ungkapan bolasepak dari ulasan bolasepak Tuan Haji Hasbullah Awang.

Antaranya:

Hantaran Panjang
Hantaran jauh yang dibuat oleh para pemain Malaysia mirip seperti long ball dalam corak permainan bolasepak Inggeris dulu kala. Bezanya hantaran panjang dalam bolasepak Malaysia jarang sampai tepat ke pemain yang diberi hantaran.

Hantaran Cantik
Hantaran yang sampai tepat ke pemain yang diberi hantaran atau dalam orang putihnya, complete pass. Lazimnya berlaku secara sengaja tetapi kerap juga berlaku secara tidak sengaja dalam bolasepak Malaysia.

Mengatur Gerak
Sama seperti build up play secara prinsipnya. Tetapi tidak seperti build up play yang lazimnya berakhir dengan gol cantik macam orang putih buat, mengatur gerak dalam konteks Malaysia selalunya berakhir dengan tendangan ke laut.

Hantaran Lintang
Lebih kurang crossing atau horizontal pass. Selalunya dilakukan bila penghantar berada dalam keadaan tertekan lalu dengan pantas membuat hantaran lintang biarpun tiada rakan sepasukan di tepian padang sebelah sana.

Tak Berjaya Dikesan
Istilah ini bukan membawa maksud pemain Malaysia yang berjaya menyelinap benteng pertahanan lawan tanpa dikesan. Tapi selalunya digunakan oleh Tuan Haji bila ada hantaran bola oleh seorang pemain Malaysia yang tidak disambut oleh 10 pemain Malaysia atas padang yang lain, kerana baki semua 10 pemain itu gagal mengesan bola tersebut.

Oh Tidak
Sama seperti oh no. Kerap digunakan merujuk kepada kesilapan taktikal tahap Gaban.

Separuh Separuh Masa Pertama
Disebut oleh Tuan Haji buat julung kalinya pada minit ke-22 dan 30 saat, merujuk kepada separuh dari separuh masa pertama yang sudah berlalu dalam perlawanan, atau erti kata lainnya suku pertama perlawanan. Tuan Haji mungkin pengulas bolasepak pertama yang membahagikan permainan bolasepak kepada 4 suku masa, macam bolasepak Amerika.

Tenang Mempertahankan Kubu
Ungkapan rare yang digunakan untuk menggambarkan situasi rare dalam bolasepak Malaysia iaitu ketenangan barisan pertahanan mempertahankan kubu.

Mengiringi Bola
Lebih kurang macam mengiringi pengantin atau budak nak berkhatan kena julang. Disebut oleh Tuan Haji bila ada lorongan atau through pass yang laju kepada pemain Malaysia yang kurang laju. Maka pemain tersebut akan mengiringi bola hingga ia keluar dari padang permainan, atau kata orang Perak, tak terkejor kome!

Memulakan Dengan Serangan
Pembuka bicara Tuan Haji ketika bermulanya separuh masa kedua. Penggunaan ungkapan ini oleh Tuan Haji bermakna ada juga agaknya pasukan yang memulakan dengan bertahan. Ini membuatkan pihak penyelidik bolasepak di Sokernet tertanya-tanya pasukan bolasepak lain manakah dalam galaksi Bima Sakti ini yang memulakan perlawanan dengan bertahan.

Tendangan Melengkung
Swerve kick kata orang putih. Sekali-sekala dilakukan dengan jayanya oleh pemain Malaysia yang menjadikan David Bekcham sebagai idola mereka, macam Zaquan Adha barangkali.

Tak Terkejar
Istilah yang digunakan bila ada pemain Malaysia yang membuat hantaran dengan kelajuan tinggi kerana menyangka rakan sepasukan yang diberi hantaran boleh berlari sepantas David Odonkor.

Itu beberapa ungkapan yang sempat aku catit. Selebihnya tidak kedengaran oleh kerana tempik sorak rakyat Malaysia yang menonton bersama dengan aku. Beberapa ungkapan yang digunakan Tuan Haji ketika perlawanan separuh akhir menentang Laos tidak pula disebut, antaranya ‘serangan berantai’, ‘sepakan membias’ dan ‘pertahanan berlapik’.

Tapi tetap yang paling best ialah bila Tuan Haji memaklumkan PSV Eindhoven adalah kelab dari Belgium dengan tenang dan tanpa rasa bersalah ketika Piala Asia 2007 dulu.

Memang klasik.

Apa pun tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia. Harapan biarlah kejayaan ini menjadi titik tolak untuk revolusi dan pembangunan bolasepak Malaysia. Juga diharap Sultan Bola tidaklah besar kepala dan perasan bagus dengan kejayaan ini.

Lain-lain Hal

Manchester United meneruskan kesinambungan untuk kalah dua musim berturut-turut di Craven Cottage. Desas-desus oleh Nazri dan Jorji yang mengatakan kekalahan ini adalah hadiah Krismas, hadiah Maal Hijrah atau hadiah sebab Malaysia menang pingat emas bolasepak Sukan SEA adalah bohong semata-mata. Dah kalah tu terima je la. Glory Glory Naik Lori.

Arsenal pula mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Hull City. Keeper Vietnam, Pipiyapong dijangka akan kembali menulis dengan aktif di Sokernet hasil kemenangan tersebut dan oleh kerana tugasan Sukan SEA beliau telah tamat.

Sementara itu Liverpool terus mencatat rekod baru untuk sejarah kelab mereka. Kali ini tewas kepada pasukan tercorot Portsmouth yang dibimbing oleh Avram Grant (bekas Chelsea). Dengan kekalahan ini Liverpool meninggalkan kumpulan Big 7 dan kini secara rasmi menyertai Big 8.

Chelsea pula bertandang ke West Ham United untuk sesi jejak kasih bersama Gianfranco Zola (bekas Chelsea dan juga bekas Parma ketika dibawah bimbingan Carlo Ancelotti). Frank Lampard berjaya menyumbatkan 3 gol penalti tetapi atas semangat setiakawan menjelang hari Krismas, The Blues cuma mengiktiraf satu gol agar dapat berkongsi mata dengan West Ham United. Yang ini bukan bohong.

Bersalaman gembira setelah dapat berkongsi mata

61 Ulasan:

mizu_sama berkata...

wahh...siap ada catitan.betul2 mcm repoter.tahniah!hehehe

pasal bung nak memaki pas nih,bia kan.dia endon,apa dia tau.buluh je dia tau

Lim Eng Leong berkata...

yang ditunggu muncul tiba .....

~hAti bErgEL0jaK!~ berkata...

aku pun perasan keunikan tuan haji tu...
kekadang tergelak2 dgn family bila dgr die buat ulasan...
sebab agak pelik kot penggunaan ayat beliau...
tapi kenapa parent aku yg merupakan cikgu macam xpernah amik peduli pada keunikan kata2nya...

meor-name-depan-ku berkata...

sebab tu maxis sanggup offer tinggi dalam iklan world cup yang lepas...

yea...rio ferdinand...rio ferdinand!!!
hahahah!!!

Nazri berkata...

Pipiyapong muncul kembali time Arsenal menang - rutin.

Kalau badminton - pernah dengar "Menerkam ibarat rama-rama?"

Ya, beberapa kali digunakan.

LuciusMaximus berkata...

Pasal dia tak guna menerkam ibarat helang ke? Aku tak pernah nampak rama-rama menerkam bunga sebelum ni...

Nazri berkata...

menerkam = attacking.

Rama-rama = haiwan yang sungguh fragile.

Jadi bayangkan gabungan dua unsur kontradik tu dalam ayat tuan Haji kita.

Dia boleh tulis kitab ilmu alam setaraf Ying Yang.

MDM FARAH FAIZURA berkata...

Tambahan.

Semasa melawan laos - Serangan berantai, bermaksud Malaysia asyik kena serang.

Semasa World Cup 1998, Belanda menentang Filiphina (Sebenarnya menentang Argentina) Memang klasik.

Adam Ruslan berkata...

Lampat dan rakan2 lemah ilmu kira-kira rupanya. Dia ingat dah amik penalti sampai 3 kali, 3 gol telah dihasilkan.

Hj Hasbullah suka menggaitkan pemain tengah sebagai enjin/jentera pasukan, kadang2 arkitek perancang.

Kalau untuk jurulatih boleh guna doktor bedah barangkali? Untuk membedah siasat punca kekalahan pasukan.

LuciusMaximus berkata...

Ya, pertentangan yang sangat jelas di situ. Tuan Haji kita memang pandai bermain kata-kata, melanggar dan menyoal hukum alam.

Aku syak dia seorang jiwa penyair yang terperangkap dalam tubuh pengulas sukan.

LuciusMaximus berkata...

@dingin, oh aku ingatkan serangan berantai tu lebih kurang chain attack. Tak pula aku nampak pemain Laos bawak rantai besi ke apa. Tu yang konpius tu.

Union Equatoriale berkata...

"para pemain sedang meningkatkan suhu permainan"

Local game, siapa lawan tak ingat. Klasik beb.

Freddie berkata...

"pemain sayap yang makanan kegemarannya adalah nasi ayam.."-pada tahun 2007 Malaysia vs China.AFC Cup.

klasik.

Putra berkata...

"perlawanan tiba-tiba berubah kepada gear tinggi" - tak ingat perlawanan mane ni,hehehee....

Unknown berkata...

slalu sebut tarikh lahir pemain

meor-name-depan-ku berkata...

lagi satu.... die suke menyentuh latar belakang player..

contohnya...ayah beliau merupakan seorang guru silat di kedah dan ayahnya merupakan seorang nelayan di seberang takir...

betul x??

saat omar berkata...

Lawak sial!! Sakit perut aku ni!! Wakakakaka.....

encik abu berkata...

haha. lawak lawak. "pertahanan berlapis Laos" masih terngiang ngiang di telinga beserta "serangan berantai". haha, oh juga "tendangan terus ke arah penonton" dan "penjaga gol menangkap lekat". haha. Hasbullah Awang, ulasanmu sukar di cari ganti.

siam bakar berkata...

"unsangkarable" - disusuli dengan ucapan "mintak maaf saya tidak berniat untuk merojakkan bahasa.."

HafizChan berkata...

"Jika Malaysia berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir, ini merupakan hadiah yang paling istimewa buat penerbit kami, yang akan menyambut menantu hujung minggu ini."


Fundek...ni masa semifinal Malaysia Laos.

gascoigne berkata...

Kah kah kah! lawak cam gampang!! walaupun sedih kerana Liverpool terus kalah tapi Monday Blues aku terubat dengan post ini. kah kah kah!!

Thaniah Raja Gopal dan the boys
Tahniah Hasbullah Awang

Dewajiwa berkata...

nampaknya kita ada bahan baru kat Sokernet. wakaka

talkIZcheap! berkata...

Zainal Abidin Rawopp r baru best! "go go go go go go goool!!"

*aku ingat dlm tahun 2004, aku selalu mute TV kalo Hasbullah Awang yg ulas, huhu... tensen tgk org main, tensen dgr die pny ulasan lagi... tp aku suke die selaku Mat Teropong dlm MHI...

Jorji berkata...

1. "Perlu diingat, rashid sidek pernah menewaskan Icuk Surgiarto walau ketinggalan 7-14"

--Tn Hj Hasbullah, ketika cuba mensaiko penonton akan kemungkinan berlakunya miracle.

2. "Tetapi tidak!"

- nampak macam gol,tapi tak masuk!

3. "ohh!!?? beliau bagaikan mahu menghantar bola ke tempat kelahirannya di Tamparuli,Sabah!!"

---Apabila striker Perlis, yang berasal dari sabah,membuat percubaan diluar kotak penalti,tapi bola yang ditendang melambung tinggi kebelakang gol hingga sampai ke penonton!!

4. "seperti jelapang padi yang luas terbentang di hadapannya, namun sepakannya tinggi melepasi pintu gol!"

- ketika striker kedah tersasar bila gol dah terbuka luas.


Klasik! Unik, bagaikan uniknya permainan hancur ala malaysia. Ada team lain kat dunia ni main macam malaysia?

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

hmm rasanya kalau haji hasbullah dah bersara nanti msti ramai yg rindukan ulasan dari beliau..

Unknown berkata...

"zenden, seorang bekas pemegang tali pinggang
hitam karate."

- tn hj hasbullah ketika mengulas game liverpool bila entah.

tsubasa berkata...

cm ne agknye kalo karam sigh walia pun join jd pengulas sukan. sure mengalah/menangis tn hj bile dia dgr. xterlawan nt. hahahaaa..

K berkata...

perkataan paling epik ungkapan beliau adalah - unsangkarable

Redz da Tsar berkata...

"Pemain Malaysia bijak melepasi jerangkap ofsaid daripada lontaran ke dalam itu" -Hasbullah Awang, suatu masa dahulu, dah lupa masa bila

Hehe.. Cuba lihat di manakah salahnya ayat di atas?

bungwahab berkata...

bagi lucius semua org tak bagus dia jer hebat.ko tulis artikel pun macam budak sekolah lucius kalau buat ulasan bolasepak mesti lagi macam pundek.

K berkata...

lontaran ke dalam (throw-in) mana ada off-side...
kadang2 Haji Hasbul ni mmg suka mengarut sikit.
haha

jumari jipan berkata...

Kah..Kah..Kah..

ini antara yg aku dgr masa lwn laos aritu=

"Adakah dengan baki masa kecederaan Laos mampu mengajak Malaysia bersama-sama di masa tambahan?"...Hasbullah Awang.

FdausAmad berkata...

Abg Bullah mmg legend,:

1."Chipita memassing kepada Chipita..ohh maafkan saya, 2-2 hitam..keliru saya disitu" - Perlis lawan Selangor sekitar 2003-2004

2."Pok amai amai belalang kupu kupu, peginya ramai ramai baliknya satu satu" - Le Tour De Langkawi

3."Ohh itu satu rembatan yg menarik drpd ..errr siapa nama player tu zainal?"-mengulas secara regu dengan Zainal Abidin

4."amri yayah menimbulkan kontroversi kerana lariannya yang deras" - ni sampai sekarang gua hangin

5."Melepaskan tembakan ke arah Gol" - diterjemah dari kata asal Shot On Goal

6."kelihatan penyanyi di lorong ke 4" - masa acara 200 meter sukan SEA.Mana datang penyanyi pulakk??

Berbo berkata...

celaka
korang boleh ingat lagi
hahaahahah

Rashid a.k.a apex berkata...

korang memang peminat setia Hasbullah Awang... Sebab tu bleh ingat semua kata kata pujangga dia..

Myth3fy berkata...

hahahahahahahahaha

Najatun Khairiyah berkata...

HAHAHAHA! ada lagi satu la weh,kalau bola nak sampai gol tapi ke laut kan beliau selalu cakap..
"oh sayang..."

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

ULASAN BELIAU MMG UNIK.. UNIK ITU INDAH.. KALAU NAK ULASAN SKEMA TGK JE LAH PENGULAS SUKAN TV3.

phakdee berkata...

aku tak ingat game mana tapi dia ulas..

"jan koller tidak sepatutnya bermain bola sepak, tetapi patut bermain bola tampar kerana beliau terlalu tinggi, mungkin kerana faktor pemakanan dan cuaca"... demm...

angeldream berkata...

celaka betol si bungwahab ni

:angeldream:

aranhellstorm berkata...

"khairolnisam sahabuddin yang tinggal di belakang sebuah kilang kasut.."

hahaha..wtf...aku tak ingat game bila, rasa aku final piala malaysia kot. sampai begitu mendalam info player dia bagitau kat kita.

harap2 penyampai2 sukan yang baru2 ni ikutlah jejak langkah dia, jgn malas nak buat research macam tn hj hasbullah kita.

owh ya, masa lawan laos, "membuat satu 'sapuan' dihadapan pintu gol..." masa gol ke3.

direct translation memang trademark tuan haji lah!

mfh berkata...

bungwahab ni aku rasa ada kaitan dengan bungmokhtar ni..

Sofea berkata...

Korang jangan Lupa salah satu ayat dia:

"Para Pemain Berkampung Dikawasan Sendiri" ertinya defend kaw2..

memang true laa mamat ni.. lepas nie boleh laa dia tulis blog dalam sokernet plak..

kitt berkata...

tu la..serangan berantai tu mmg terngiang, buat aku terpkir mende yg dia nk ckp..

r.k berkata...

bhai.. takde rasa nak invite beliau jadi pengulas sokernet ke ?

LuciusMaximus berkata...

Nanti aku panjangkan kepada Nazri dan Pipiyapong. Okay juga tu cuma aku risau nanti Nazri tulis "Rooney menerkam bola ibarat rama-rama" pula dalam artikel.

Apa pun Tuan Haji memang lagenda. Bung Mokhtar pun hebat gak sebab boleh menerkam Zizie Ezette ibarat rama-rama.

gascoigne berkata...

Bung Mukhtar menerkam Zizie Ezette ibarat rama-rama? kah kah kah kah....adeh pagi2 lagi dah buat gua pecah perut. Habis muntah semua mee yang aku makan ni....Wakakaka!!

MDM FARAH FAIZURA berkata...

"khairolnisam sahabuddin yang tinggal di belakang sebuah kilang kasut.."

wakaka cilake

medihebat berkata...

macam SETAN...!! aku takleh buat keja sambil tahan gelak...perut rasa nak kejang...setan korg nih...!!

Tabok berkata...

hasbullah awang ada facebook ka?

Quiet Magpie berkata...

Tuan Haji seorang koya .... good job lucius...

tektik berkata...

istilah "tendangan sudut sukar" pun dari tn hj hasbullah jugak kan?

eJAI berkata...

"membuat tendangan ke pintu gooollll...sayang..bola keluar..."

pakkordi berkata...

tuan aji tuan aji.. lu memang legend la tuan aji.

iampali berkata...

haha terhibur aku hari ni

the magnificent magpies berkata...

Tuan Haji Hasbullah Awang pernah membuatkan aku dengan member2 aku gelak guling guling ketika menonton champions league penghujung 1990'an kerana menggabungkan Glasgow Celtic dan Celta Vigo menjadi Celtic Vigo...kahkahkah...

aranhellstorm berkata...

encik ahmad razif pun ada? heheheh

keh keh keh..celtic vigo... nasib dia tak bagi lagi panjang jadi celtic vigo mortensen..hehehe

LuciusMaximus berkata...

Celtic Vigo Mortensen, hahah, tak leh blah!

osemFs berkata...

Paling klasik pada aku:

"Siapa menduga siapa menyangka...emas buat Malaysia"

Tak ingat masa bila ..dah lama gak dia pakai line nih hahaha ini jadinya bila Sastera campur Sukan...jadi SaSau

SundayPeople berkata...

"para pemain 'mengorganized' serangan"

Unknown berkata...

"beckhammm!!!!! oh maaf,, kadang2 saya tertukar david beckham dengan christian vieri.."

- champs league..inter milan lwn spe tah..time pose...sahur ak jd lebeh bermakne ,..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...