ANDA SEDANG MEMBACA

21

SEKITAR BOLA SELAIN EPL

Nazri Isnin, Disember 21, 2009 , , , ,
Sorry J or ji, walaupun kau baru post, aku nak post juga.

LA LIGA

Real Madrid terus cucuk angin bila membenam Zaragoza 6-0. Pemain kesayangan Pipiyapong (kali ini gua memang tak buat lawak, gua dah rakam pengakuan dia dalam bentuk audio), Cristiano Ronaldo turut menyumbangkan gol.

Sevilla nampaknya sudah menunjukkan hasrat untuk membiarkan La Liga menjadi perlumbaan dua kuda (two horse race) bila pasrah di tangan Getafe.

Game Valencia melawan Deportivo masih belum berjalan.

Siapa fan Valencia angkat tangan? Gua nak buat unofficial fan club. Ke dah ada tapi gua tak tau?

Barcelona masih berparti. Ya a awww.

SERIE A

Ketika artikel ini ditulis, Inter sedang mendahului Lazio 1-0 dan Maurinho mungkin sekali tersengih puas kerana;

Juventus memang sekarang down gila. 45 tahun adalah jarak betapa lamanya kelab bernama Catania untuk menang di DELLE ALPI. Ya, menang di gelanggang The Old Lady. Bengap nak mampus. Sama bengap dengan Manchester United tatkala kalah dengan Burnley tempoh hari.

Game yang ditunggu-tunggu antara Fiorentina melawan AC Milan berkesudahan - kuasa alam menang. Pegawai perlawanan berpendapat ais dan salji di atas padang tidak sesuai untuk bersama-sama bermain dengan pemain-pemain bola.

Satu lagi game besar antara AS Roma dan Parma. Berkesudahan Roma menang. Peluang Roma sama cerah seperti Arsenal untuk mendapat tempat keempat bersaing dengan Parma di tempat kelima. Sekali lagi - ya a awww.

Sampdoria, yang suatu ketika berada dalam posisi naib juara terus malang bila kalah lagi. Kali ini kepada Livorno.

Dengan kebengapan Juventus, Serie A juga nampak seperti akan berlaku perlumbaan dua kuda (two horse race) selepas Inter meraikan kejayaan sebagai winter champions. Kini tinggal Ac Mizal untuk memastikan Jose Maurinho n the gang tidak membuka botol arak lebih awal.

BUNDESLIGA

Liga yang paling menarik. Ya a awww untuk liga ini.

Berikut adalah pasukan yang sudah mengemukakan hasrat secara zahir untuk tidak menjuarai liga tahun ini;

Werder Bremen - kalah dengan kelab nama burger.

Juara bertahan - VFL Wolfsburg - seri dengan Frankfurt.

Pendahulu liga, Bayer Leverkusen pada awalnya seperti segan untuk berada di puncak bila membiarkan Borussia Mengelabah untuk mendahului perlawanan. Namun setelah memikirkan menjuarai liga itu sangatlah best, mereka bangkit untuk menang 3-2 seterusnya kekal menuju puncak.

Schalke 04 terus cucuk angin dengan menghancurkan peluang Mainz.

Bayern Munchen kekal di tempat ketiga dengan menang besar ke atas kelab terbawah Hertha Berlin. Bayern, sebagai kelab yang kaya dengan sejarah kejayaan domestik, seperti Liverpool akan terus berusaha untuk memastikan kelab lain tidak mencantas kekayaan sejarah mereka. Ya a aww untuk Bayern Munich.

Borussia dan kelab nama burger juga masing-masing menang untuk kekal menjenguk peluang berada di posisi terbaik liga.

Sekian untuk laporan ringkas perkembangan bola Eropah. Kita kembali ke bilik parti meraikan kekalahan Manchester United.

Ya a aww untuk Manchester United

+++

Oh, Chelsea seri. Padan muka.


21 Ulasan:

print berkata...

Chelsea ngan Man u tu bukan EPL ke?
bodoh punyer orang...tu pun xtau.

LIVERPOOL tu ape? tak mention pun.... ape hall?

tau la korang tu low class skg....hahahaha

europa league....hahahahah dasar murahan kelas pelacur..huhuhu

Nazri berkata...

marah kat sapa ni? Marah pasal apa ni?

Terkesima sayer.

mfh berkata...

awat marah sangat ni?

mizu_sama berkata...

wahh..marah tul. ya a awww

LuciusMaximus berkata...

Tajuk pun selain EPL, bukannya dia tulis 'kecuali EPL' atau 'tak termasuk EPL'.

Boodoh punya orang nak panggil orang bodoh, ya a awww!

Dewajiwa berkata...

hehehe.
fan MU rilek saja. kalah pun masih on pace untuk jadi cempion=)

Unknown berkata...

rilek ke fan man u ??
nampak mcm ayam berak kapur je sume.
tu luaran la... dalaman??
bergelegak beb.
kena je 2-0 mlm tu dh blah trus, kosong kdai2 mamak 1malaysia

HafizChan berkata...

Aku. aku nyokong Valencia.

Nazri berkata...

orait Hafis, kita berdua saja untuk unofficial fan club Valencia Malaysia pun dah kira ok.

HafizChan berkata...

Ok bro.
Aku ngaku aku glory chaser gak dulu sebab nyokong Valencia nih.

Masa tu taun 2000 & 2001, layak final Champions League tapi kalah. Tapi kenangan paling manis masa tahun 2004 sebab comeback akhir season, kejar 8 poins ngan Real Madrid, pastuh menang...zaman Aimar.

So nak buat AGM bila ni?

Jorji berkata...

gua takda hal :)

talkIZcheap! berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
talkIZcheap! berkata...

aku pon saport Valencia dlm Spanish League!! Villa for United!! ya a awww!!!

HafizChan berkata...

Kalo dah cukop 5 org, dah boleh daftar NGO ni

Dewajiwa berkata...

Niklas,
fan MU rilek saja, apa mau gelabah? season blum habis. sedangkan Liverpool masih belum berputus asa (siap dijadikan perbandingan tu The Kop nih. haha) inikan pula MU yang cuma ketinggalan beberapa mata.

SEMUA fan macam ayam berak kapur?
kat mana boleh dibuktikan SEMUA fan tu? hehe.

Dewajiwa berkata...

kongsi gambar terbaru Torres.
http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs056.snc3/14333_211462159787_823469787_2883654_7712080_n.jpg

talkIZcheap! berkata...

bab AC Mizal tu cukup lawak! ya a awww

HafizChan berkata...

Ok...AGM Valencia kat sini je

eJAI berkata...

ala..fan MU kecut tgk kene ngan fulham arituh..yg tgk kt umah plak mesti mencarut bagai..mcm la aku xtau..kahkahkah

Alke berkata...

diakui, Man Utd tidak bermain baik pada hari itu. iya, bermain 3 defend, macam lahanat, midfiedl main defend, midfield tak jalan, owen macam tak main, kiranya man Utd memang patut kalah. terima kasih kepada semua peminat EPL lain kerana ketawakan kami. jgn risau, bila kami julang piala akhir musin nanti, kami tak gelakkan anda semua. sekian.

ahhh..kepada print. lu gila ape marah2. sesuka je panggila orang bodoh. kan dah kena bodoh. nak kena tikam belakang gak ke macam mark hughes? Ya a awww tul la ko ni print.

HafizChan berkata...

Biasala tu uols kalah menang adat permainan...cuma kekadang team yang asyik menang, sekali kalah susah jugak nak accept tuh.

Kalau tanak kena bakar pekata kita pakat nyokong Tenerife, takpom Bochum FC. Kalah pom leks je. ahaks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...