ANDA SEDANG MEMBACA

19

FAM Umum Siri Perlawanan Persahabatan Pasti Menang

Obefiend Weiland Isnin, Januari 11, 2010 ,
fam

KELANA JAYA : Timbalan Presiden FAM , Khairi Jamaludin hari ini mengumumkan beberapa siri perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan dan beberapa kelab amatur di seluruh Malaysia. Siri perlawanan persahabatan ini bakal dipanggil “Siri Pasti Menang Bro” kerana ianya diatur bagi mengekalkan moral pemain kebangsaan yang tinggi selepas berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan Sukan SEA baru-baru ini. Antara kelab yang bakal bertemu dengan pasukan kebangsaan ialah Taski Al Islah FC, Tadika Infant Jesus United dan Sekolah Kebangsaan Dr Rusti Rovers (juara piala Keropok Rota Daerah Segambut) . Menurut saudara Khairi;

“Kami ingin mengekalkan feel good factor dan moral pemain kita. Kami dapati moral skuad kita amat tinggi selepas menang. Jika mereka menentang Brazil dan dibelasah pasti moral mereka jatuh mendadak. Kemudian sokongan dari rakyat Malaysia yang kebanyakkanya hanya akan sokong kalau kita menang, akan turut merosot. Dengan berlawan dengan pasukan lemah ini, kami yakin moral akan kekal optimum dan sokongan rakyat Malaysia terhadap pasukan kebangsaan akan berkekalan”

Disamping itu ujar Khairi, siri perlawanan persahabatan ini mampu menajamkan lagi skill penyudah penyerang-penyerang Malaysia

“Kalau di England pemain seperti Jermaine Defoe dan Micheal Owen dipinjamkan ke kelab divisyen ketiga bagi memantapkan skill penyudah mereka. Micheal Owen sebagai contoh menjaringkan 97 gol dalam satu musim ketika beliau disekolah rendah. Ianya rekod kebangsaan England. Lihat sahaja bakat penyudah Owen sekarang. Oleh itu saya rasa berlawan dengan budak sekolah rendah sambil menjaringkan gol secara borong pasti member kesan yang sama kepada pemain kita” tegasnya lagi

Sementara itu kapten pasukan Aidil Zafuan berkata;

“Walaupun ini hanya permainan persahabatan kami berjanji akan memberikan 100% komitemen dalam setiap perlawanan.Kami tidak akan pandang enteng walaupun berlawan dengan budak pra-sekolah.Saya telah melakukan persiapan awal dengan berlawan satu lawan satu dengan anak sulung saya dan Rita”

Perlawanan pertama dijadualkan berlangsung ahad depan di padang bola awam Taman Ehsan ,Kepong berhadapan Restoran O'din. Masuk adalah percuma.

fam2

Pasukan Bolasepak Kebangsaan

fam3

Pasukan Sekolah Kebangsaan Dr Rusti Rovers

19 Ulasan:

hafizshinchan berkata...

budak-budak pakai kasut skolah je ke main...pergh

R.K berkata...

wah .. harian metroll punye post pun ade kat sini .. kamon meleysa ..

go go go..

Darkk berkata...

Wow. Obefiend dah start menulis kat sokernet. Gila lah!

Darus Interferon berkata...

tahniah bro! kau jadi penulis untuk camp chelsea ke?

pakkordi berkata...

Lepas game boleh lepak ngeteh dgn pemain malaysia kat restoran Najath depan sekolah men. taman ehsan. Roti canai dan kuah dal nya memang marvellous.

deusXmachina® berkata...

Projek terbaru Kj selepas myteam
hahaha
terbaik artikel lu bro!!


erk888.blogspot.com

ChesterChaz berkata...

hahaha.. tkujat aku kjap.. xpenah dgr pon kempen ni kt dalam buletin utama..
hahahhaa..

memang terbaekkk..

Redz da Tsar berkata...

haha.. penulis baru ka? Ada iras-iras pipi jer dari skill perliannye~

bukan nama sebenar berkata...

cayalah!! terbaeeekkk...bersembur2 milo ais aku bace artikel nih...

tak senonoh btol...haha....

talkIZcheap! berkata...

adakah saudara Obefiend sdh mula menulis disini? ataupon penulis tamu mgkin?? harap pihak sokernet xcilok die pny penulisan tanpa kebenaran, sbb aku rase mamat Obefiend adalah menakutkan apabila org cilok die pny tulisan, huhu...

aku rase pengulas sokernet is good enough a writer to know their ethic, I believe this is not a copy-paste haram, harap mereka tampil memberi penjelasan :D

p/s: xmau tgk site kegemaran David Beckham ni di tutup...huhu

FIRZA berkata...

start dari "Siri Pasti Menang Bro" gua dah rasa lain macam.....ala2 farking juga rasanya.....cilake buat gua bace secara serius awal2.....

DIYSAR berkata...

aku skong Pasukan Sekolah Kebangsaan Dr Rusti Rovers ag dri team malaysia...bkan apa, aku rasa dlam 19 thun ag bdak bdak nie plak laa wakil msia hahahaha

Obefiend Weiland berkata...

@Talkizhcheap

aku post sini. sudah jadi crew penulis

oh btw.. aku tak sehebat pipi. pipi dewa sarkasam. gua salut!!

@Pakkordi

pekena meggi goreng najath lepas game pun sedap!

kareem berkata...

leh kasik betulkan font skit tak bro?

hah obefiend,lu jgn nk kondem team gua plak nnti..

jalang berkata...

welcome2 obefiend...memang meletup lu!!

Luca De Ketiak berkata...

obe.. obe..

sempat gak lu up pipi tu..

Luca De Ketiak berkata...

talkizcheap.... talkizcheap...

sempat gak lu nak kipas obe..

talkIZcheap! berkata...

huhu.. biasak lar tu... kipas skit2... mana tahu nanti jadik kipas-susah-mati plak...kui3...

kalo dh betul2 jadik, tempel r nama kt sidebar tu, baru nampak cam rasmi, ye tak? :D

Pipiyapong berkata...

Woi Obefiend Weiland. Perkenalkan diri la satu kali. Lagu STP kegemaran,lagu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...