ANDA SEDANG MEMBACA

64

Pusingan kedua 2009/2010.

Jorji Rabu, Januari 06, 2010
Nemanja Vidic masih dan akan terus bermain untuk Manchester United. Sekarang dia memang cedera, bukan buat-buat cedera atau cari pasal dengan Pak Alex. Dia bukan dalam perancangan untuk keluar dari Manchester United dan bermain untuk Real Madrid dan Manchester United dah muak menjual player ke sana. Asal ada player bagus aje, Real Madrid nak beli!

"I wont sell em virus!" kata Pak Alex sebelum beliau menjual C.Ronaldo dan mengakibatkan Manchester United jadi 'ordinary'.

......................................................

Salji dan kesejukan melampau di Daerah Manchester mengakibatkan perlawanan semi-final Carling Cup antara Mancini ManCity vs. Manchester United terpaksa ditangguhkan. Perlawanan yang sepatutnya dilangsungkan pagi esok akan ditunda kepada tarikh baru iaitu pada hari Selasa 19hb January 2009.

Cis! Aku dah beria-ia nak tengok muka Mancini malam nanti. Kalau Man City menang, dia mesti akan fikir yang dia lebih hebat dari Pak Alex. Great Italian. Zee Special One. ManCity betul bila mengambil beliau menggantikan Hughes, blabla. Tapi kalau kalah, baru dia tau rasa persaingan sengit derby Manchester dan BPL.

Sonang cito, aku nak hanya Pak Alex ajelah yang hebat. Rafa dah senyap. Arsene speaking tak boleh nak blah sangat, sama macam Ancelloti agaknya. Martinez cuba nak buat statement kat paper Spain, menyokong Rafa Benitez dan menghantam Pak Alex, terus kene bantai 5-0. Dengar cerita dah bertaubat nasuha.

...............................................................

Siapakah pemain yang akan keluar/masuk untuk bulan January ini agaknya? Liverpool kalau boleh nak jual semua katanya. Dah semua tak berguna! Tapi, hanya beberapa kelab yang bersetuju untuk membeli player mereka. Dossena dan Babel dah ada yang berminat nak membeli. Dossena ke Napoli dan Babel mungkin ke Birmingham City. Gerrad mungkin ke Stoke City sementara Torres hanya sesuai di Manchester United. Rumors la.

Mancini nak dapatkan Viera secara pinjaman dari Inter Milan. Benzema tak menjadi di Madrid dan jika murah, Manchester United nak beli. Van Nistelroy mungkin ke Liverpool dan Chamakh TAK MAHU bermain untuk Arsenal. Bijak juga Chamakh ni. Dia tahu kelab mana yang bagus dan ada masa depan. Bordeux adalah juara Perancis, Arsenal? Chamakh kata, dia tak rela dirinya dijual beli hanya kerana nak cover Van Persie yang sedang berubat! Bravo Chamakh!

Sementara Hulk dari kelab Porto kata banyak kelab Inggeris mahukan dia dan Manchester United salah satu darinya. Yelah, dah muak kene belasah kat anak buah Pak Alex dalam CL, tambahnya lagi. Sol Cambell dah jadi free agent dan sedang gigih berlatih di Arsenal. Pak Alex nak tambah lagi pemain tua bekas England, boleh la sign sampai hujung musim.

Essien dan Drogba juga terlibat. Mereka sudah berpindah ke Afrika! David Beckham akan ke AC Milan dan terus emosional sebab akan menentang Manchester United Februari nanti. Beliau adalah lagenda no. 7 yang membuat pengakuan menyesal meninggalkan Manchester United dan ke Real Madrid. Adakah C. Ronaldo juga akan merasai apa yang Beckham rasa?

Sementara di Valencia, David Villa dan Silva sedang sibuk mencari beg besar selepas sejam beratur di imegresen untuk buat passport antarabangsa. Yup! mereka akan ke Manchester United!

64 Ulasan:

Dari Jalan Kopi berkata...

aduh. aku rasa kepala otak dah menggelegak ni apabila liverpool di perkotak katikkan.

rasa nak menangis bila gerrard nak ke stoke.

Trekker berkata...

ok la gerrard ke stoke drpd pindah ke Milwall FC. dengar khabar tony fernandez nk beli west ham? ok la tu kan.

GGMU.

Popo berkata...

ade ke org nk main utk manyuk lg lps out kene tibai dgn leeds kt old krepot?
takde kot..

Ameen Homestay berkata...

POPO, OH MASIH RAMAI YG INGIN KE Man.U coz mereka taknak main di liverpool, kelab tiada masa depan hehe. Nak Main CL pun nazak dah nih, Buatnya Mancini bagus punya manage City mau pool nganga lagi main kat europa league 2thn berturut...hehe

Unknown berkata...

btol ke silvva ngan villa nk g mu. cnfrm da ker?
GGMU

mfh berkata...

main kat Man Utd lagi ada masa depan dari main kat Liverpool.. keh keh keh

Trekker berkata...

selepas kalah kt leeds, lagi ramai player nk main kat Man Utd. boleh fokus kpd EPL dgn UCL. kata kelab big 3. Kelab big 7 aku tak pasti pulak masih ada tarikan ke idok.

HafizChan berkata...

Gerrard mungkin ke Stoke City

Ahaha. Stoke City je kau kasik. adusss. ahaha

GGMU

Fletcher 3 Gerrard 0

Dewajiwa berkata...

ya, itu dia entri semangat.
Nistelrooy mungkin tak gi Anfield kot. Rafa tak suka dengan rekod injury si Ruud Van Nistelrooy tu. aku dah kata, Real Madrid tu blackhole (atau arsehole) untuk star player. mamat tu masuk Real Madrid je terus injured manjang.

apapun MU masih konsisten dalam BPL sudah memadai.

gascoigne berkata...

Masih lagi Man U fan tak mengaku mereka rindu pada C. Ronaldo?

nanti kalau Beckham score beat Man U pak Alex jgn nak baling kasut kat Beckham lagi ok...haha.
Cubalah sepak kasut pada Rooney, Berbetov plak ...mungkin Man U boleh jadi lebih bertenaga kot...

YNWA!

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Peh... Nak player sedap sedap je. Villa la, Silva la. Beli Beckford dah laa.

LuciusMaximus berkata...

Ah, ini semua kerja Freemason dan Illuminati. Kenapa nak beli David Villa dengan David Silva? Kenapa tak beli Villaveloo atau Silvarajoo?

mfh berkata...

sbb villaveloo ngan silvarajoo liverpool nak beli.. murah katanya..

julu berkata...

pp... xkn nk bli eduardo plak...
xde masa depan tu.. hahaha

pakkordi berkata...

Liverpool maintain rilex. Kalau beli pun boot baru aje.

Unknown berkata...

rmai player nk g manyoo sbb ade tmpt ksong..injured rmai sgt, jd bglah variasi sket pak alex nk plih player..hehehe

HafizChan berkata...

Pak Alex ni bagus sebab tak beli permata hitam. Susah time2 african cup...Kalo nak jual tshirt kat malaysia maybe Pak Alex boleh beli kembar yg kahwin ngan Rita & kapel ngan Ayu Raudhah. "Owh dia tidak gay"

Ayu Raudhah ni cam tahu2 je...cam mana dia tahu. hmm. test drive ke?

Tanpa Nama berkata...

Alahai fan2 lalang Manyoyo sedang meroyan lps kalah lwn leeds...biarkan, jgn diganggu pemikiran kusut mereka..wakakaka

s t a b i l z berkata...

kat mana nak beli jersey ori Selangor ah? Yang siap ada logo sponsor tu. Thanks!

FdausAmad berkata...

woii sempat lu terbit artikel..

mrs.pingu berkata...

biar la mereka berangan

Amjat berkata...

kehkehkehkeh..dh kene tibai ngan leeds igtkan diam..rupernye meroyan...kahkahkah

phakdee berkata...

torres teringin nak julang epl.. meh la dtg manutd.. kat liverpool alamat menang fa cup je kot..

fikiranlicin berkata...

paling Rare... Shafiq Rahim akan berlatih dengan reserve Blackburn! harap maklum

kareem berkata...

gua syak,pagi khamis mesti PP ade artikel nk dituliskan...kehkehkeh

shan keli berkata...

mmg bagus pak alex x beli permata hitam dari afrika.sebab dia dah serik ngan potensi eric djemba-djemba...


"he was so good they named him twice!"

sape yg kata?pak alex laaa...haha!

deus X machina berkata...

Kesimpulannya tanpa diragui lagi Manchester United F.C juara EPL 2009/2010.

erk888.blogspot.com

s t a b i l z berkata...

kat mana nak beli jersey ori Selangor ah? Yang siap ada logo sponsor tu. Thanks!

Trekker berkata...

stabilz: beli kt england.
phakdee: liverpool nk FA cup sbb nk sama level dgn man utd sbg kelab paling banyak menang FA cup. Man utd tgh leading banyak ni dari segi team paling banyak menang FA cup.

GGMU

FIRZA berkata...

Villa, Silva......nak yg best jek........mcm mnae bolasepak nak maju macam ni.....?

mne pgi under 21 yg katenye power2 tu...rekrut la.....heh....

deus X machina berkata...

stabilz...cube ko usha kt kedai adidas...aku ada cm nampak ari 2 kat sacc.....adidas kan sponsor selangor

btw....viva selangor n glory glory man united

p/s- malaysia kalah dgn UAE 1-0. Gol last minit lak 2

deus X machina berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Joe berkata...

citer sket pasal Shafiq Rahim tu..
aku rse die mmg bagos sgt2. tak penah seumur idop aku tgk midfield malaysia sebagos dia. tengku hazman, shukor adan, sape sape ke sume aku rse x sampai standard dia.

HafizChan berkata...

Tony Fernandez nak beli West Ham...
Pasni boleh la Ayu Raudhah & Rita Rudaini gi london...ikut kembar dua org tuuuh.

faheza yusof berkata...

tahi....nk villa ngan silva...hampeh tol....
conpom ke dorng tuh???

Just Muhammad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Toto Schillaci berkata...

kah kah kah ...

s t a b i l z berkata...

thanks deusxmachina®

Hafez Rachwan berkata...

berangan jer la MU nk dpt Silva dgn Villa..

He lalRO sle berkata...

ckp lebih la...nk silva ngn villa konon..
kentut la wei...

*snowlulu* berkata...

silva n villa nak ke MU?
yeay!!
i likeeeeeeeeeee~~
glory2 MU~

mizu_sama berkata...

Dengar cerita Amri Yahyah pun pak Alex nak beli.

shan keli berkata...

nak beli silva ngan villa wakakakaka..ada duit ke?

mfh berkata...

untuk tontonan semua..

http://www.youtube.com/watch?v=eq9DxJZ0_ds

happy weekends!

Dewajiwa berkata...

ramai juga yang jeles eh.

deus X machina berkata...

Entry terbaru gua pasal liga malaysia

http://erk888.blogspot.com/2010/01/11-harapan-di-liga-malaysia-2010-dan.html

TQ

Hafez Rachwan berkata...

azlan.
MU leading plg byk mng FA Cup?
gagal gila ko ni..
MU dh mng 11 kali, Arsenal 13..
xkn la 11 lg besar dari 13

mfh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mfh berkata...

hafez rachwan : sejak bila Arsenal menang 13 FA cup..
kau biar betul?

http://www.thefa.com/TheFACup/FACompetitions/TheFACup/History/CupFinalResults.aspx

adoyai!

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

delay delay delay delayed pospon pospon pospon pospon... mgu yg boring tanpa bola

kareem berkata...

mksud rachwan liga kot 13 tuh..

pengulas sokernet mengular ke?

mfh berkata...

takkan tak reti beza liga dengan FA cup.. siap kata org lain gagal.. keh keh keh

zexter berkata...

gagal gle ko ni hafez...owned !!!

budak BAIK berkata...

pak alex 2 la nongoi...xreti jg player...
klu tak player x pndah la...

Redz da Tsar berkata...

Ape-ape pun Liga Super dah start... Buleh la hapdet League Table kat side nav tue...

Jangan tulis "Taktau bila nak start' dah...

Hafez Rachwan berkata...

bodoh nye meon,
g hntr komen guna profile google aku, dh la bg bilangan cup salah..sori wey, aku lupa logout account, kwn aku ni suka wat pedajal komen2 blog org guna profile aku, xguna betoi..

mfh berkata...

hafez : takpe lah.. terlajak komen, tak perlu cover guna nama kawan.. keh keh keh..

Hafez Rachwan berkata...

up to u..

nk gk aku baca update kes togo ni, menarik..

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

adebayor trauma.. keh keh keh.. yg tembak tu die hard fan arsenal kot.. the gunners lah katakan..

Hafez Rachwan berkata...

tp dahsyat gk afrika selatan, negara kedua yg merekodkan jenayah plg byk kt dunia selepas colombia..

Wanturd™ berkata...

lari topik sket. tp ade terjumpa link ni. jom la join ramai2..
http://fantasy.malaysiansuperleague.my

talkIZcheap! berkata...

adoi... aku rase penngulas2 kt sokernet nie terperangkap dgn salji tebal di Eropah (terutamanya England) agaknya... mgkin jgk diugut oleh pemberontak2 Angola?? tu yg xdak apdet langsung tu kot?? Kami nk apdet Liga SUper dan African Cup Nation!! :D

Glory2 naik lori pon, at least lori penuh piala... kui3

reformist101 berkata...

teman merindui ronaldo & tevez.. tuk alex kena le cari sorang striker baru.. harapkan owen, one-hit wonder je pun..

anaki berkata...

man u mcm haram..
dgn leeds liga mane ntah pon bleh klh
loser

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...