ANDA SEDANG MEMBACA

34

Di Glasgow, Bolasepak Bukan Sekadar Bolasepak

LuciusMaximus Isnin, Januari 04, 2010
Satu pihak diberi jolokan ‘Scotland’s shame’, manakala satu pihak lagi dituduh pernah menyalakan lampu limpah stadium mereka ketika Perang Dunia Ke-2 untuk membantu kapal terbang pengebom Nazi Jerman, walaupun lampu limpah itu hanya wujud sekitar tahun 1959. Selamat datang ke Glasgow, Scotland.

Di Scotland secara amnya, dan Glasgow khususnya, hanya ada dua kelab bolasepak yang utama. Selebihnya hanya kelab lain-lain. Dan kedua-dua kelab tersebut biar bertapak di bandaraya yang sama tetapi ibarat syurga dan neraka perbezaannya.

Di satu sudut ialah Rangers FC, juara liga Scotland sebanyak 52 kali, Scottish Cup (33) dan League Cup (25). Manakala di sudut yang satu lagi ialah Celtic FC, juara liga Scotland (42), Scottish Cup (34) dan League Cup (14). Rangers juga pernah menjulang Cup Winners’ Cup pada tahun 1972 (kini diganti Europa League) manakala Celtic menjulang European Cup tahun 1967 (kini Champions League).

Secara kolektif, kedua-dua kelab ini diberi jolokan Old Firm. Secara kolektif juga mereka menyapu bersih lebih 90% kejuaraan domestik Scotland. Dominasi duopoli mereka sangat ketara hinggakan kali terakhir kelab Scotland selain dari Rangers dan Celtic memenangi kejuaraan liga ialah pada tahun 1984/85, oleh Aberdeen FC.

Tetapi duopoli seperti lazimnya melibatkan pertentangan dua kuasa yang berbeza. Macam kebaikan dan kejahatan, syurga dan neraka, Amerika Syarikat dan Soviet Union mahupun Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Rangers sinonim dengan Union Jack dan penyatuan Britain

Rangers secara tradisinya menerima sokongan padu dari komuniti Protestant di Glasgow. Secara politiknya pula mereka dikaitkan dengan para Unionist dan Ulster Loyalist, kelompok yang mendukung penyatuan Scotland dan Ireland Utara dalam United Kingdom. Pengibaran bendera Union Jack dan Ulster Banner adalah lumrah dalam mana-mana perlawanan Rangers. Sentimen sektarianisme yang mendalam ini menyemarakkan semangat perkauman dan anti-Irish di kalangan penyokong Rangers, hingga lagu seperti Famine song (yang merujuk kepada kebuluran Ireland tahun 1845 dan efek emigrasi bangsa Irish ke Scotland) menjadi sorakan penyokong Rangers bila bertemu Celtic.

Celtic cenderung kepada pergerakan Irish Republican


Manakala Celtic pula menerima sokongan tradisi dari kelompok Katolik dan komuniti Irish di Glasgow. Mereka mempunyai kaitan rapat dengan pergerakan politik Irish Republican, malah hingga ke tahap dikaitkan dengan Irish Republican Army (IRA). Pengibaran bendera Irish Tricolour adalah lumrah di kalangan penyokong Celtic dan mereka menggelar seteru mereka sebagai Huns dan Scotland’s shame, merujuk kepada sifat hooligan dan perkauman Rangers.

Lalu, bila Celtic dan Rangers bertembung, ia bukan sekadar bolasepak tetapi juga persoalan agama, politik dan nasionalisme.

Perlawanan pertama buat Celtic dan Rangers untuk tahun 2010 ialah sesama mereka sendiri. Rangers turun dengan kelebihan 7 mata selaku pendahulu SPL manakala Celtic perlukan kemenangan buat menghalang kejuaraan SPL kekal di Ibrox untuk musim kedua berturut-turut.

Kerusi kosong di tengah bukan kerana tiket tidak laku dijual


Kedua-dua pasukan bertembung semalam di Celtic Park, derbi Old Firm kedua musim ini yang disaksikan oleh 58,300 penonton.

Rangers bertandang dengan barisan skuad yang diperkuatkan dengan kehadiran Kris Boyd (pendahulu senarai penjaring SPL dengan 19 gol) yang bergandingan dengan Nacho Novo dan Kyle Lafferty. Barisan pertahanan Rangers juga tidak kurang hebat, dengan rekod bolos terendah SPL setakat ini dengan kapten David Weir menjadi tonggak benteng dan penjaga gol Allan McGregor cemerlang di gawang.

Celtic pula yang telah tumpas 3 kali sebelum ini, termasuk kekalahan 2-1 kepada Rangers di Ibrox pada 4 Oktober 2009, turun dengan harapan merapatkan jurang perbezaan mata dengan Rangers. Berada di tangga ke-2 SPL pemburuan gol disandarkan kepada gandingan Perancis-Greece, Marc-Antoine Fortune dan Georgios Samaras. Umpanan bola menjadi tugas pemain tengah Aiden McGeady yang cemerlang dengan 6 assist setakat ini. Benteng pertahanan menjadi isu utama buat pengurus Tony Mowbray, bolos 18 kali yang mengundang persoalan mengenai masa depan penjaga gol Poland, Artur Boruc.

Terdesak, Celtic menguasai permainan dan di depan seawal minit ke-19 bila Marc-Antoine Fortune menanduk bola masuk ke gawang Rangers. Tetapi pengadil Steve Conroy yang kali pertama mengadili derbi Old Firm membatalkan jaringan atas alasan kekasaran ke atas penjaga gol Rangers, Allan McGregor oleh Fortune.

Terlebih dulu sebelum itu penyerang Rangers, Nacho Novo terpaksa dikeluarkan awal pada minit ke-13 kerana kecederaan dan diganti oleh Maurice Edu.

Peluang dilihat terbuka buat Celtic apatah lagi dengan Kris Boyd dikekang baik oleh barisan pertahanan. Barry Robson meledakkan lipatan gunting pada minit ke-29 tetapi ianya tinggi melepasi palang. Beberapa minit kemudian Robson sekali lagi menanduk hasil hantaran lintang Andres Hinkel tetapi sayang bole terkena palang pintu gol Rangers.

Penguasaan Celtic babak pertama sangat jelas dengan Rangers hanya mampu bertahan. Georgios Samaras dilihat mempunyai peluang terbaik sebelum waktu rehat apabila melepasi pertahanan Rangers tetapi tendangan beliau gagal menepati sasaran.

Babak kedua bermula dengan Celtic terus menghuru-harakan pertahanan Rangers.

Hilang sabar, Tony Mowbray membawa masuk penyerang Australia Scott McDonald pada minit ke-71. Lapan minit berselang, McDonald membalas kepercayaan Mowbray.

Tendangan melengkung Aiden McGeady disambut baik McDonald yang menanduk masuk melepasi penjaga gol Rangers. Dengan perlawanan berbaki 11 minit peluang dilihat cerah untuk Celtic mendapatkan 3 mata.

Tetapi Rangers kembali bangkit 2 minit kemudian. Tendangan sudut oleh Steven Davis ditanduk masuk oleh Lee McCulloch yang mengatasi pemain pertahanan Celtic untuk gol penyamaan.

McCulloch muncul wira Rangers


Tertekan, Celtic kembali mengatur gerak di saat akhir dan melakukan serangan berantai ke atas Rangers.

Georgios Samaras sekali lagi mempunyai peluang terbaik buat Celtic. Minit ke-85, penyerang Greece ini melepasi benteng kiri Rangers dan meledakkan tendangan padu kaki kanan. Tetapi McGregor cemerlang di gawang dan menebus kegagalan beliau sebelum ini bila mendepakan tangan untuk menepis bola keluar.

Samaras frust menonggeng


Usai perlawanan, Rangers membawa pulang satu mata yang bukan sepatutnya milik mereka. Celtic jelas menguasai permainan dengan 15 percubaan gol berbalas 2 dari Rangers dan 6 tendangan tepat ke sasaran berbalas hanya 1 oleh Rangers.

Tetapi kebuntuan di depan jaring terus menghantui Celtic dan Tony Mowbray.

Derbi Old Firm seperti biasa diserikan dengan dengan kekasaran bertali arus. Sebanyak 28 foul dari kedua-dua pasukan dan 4 kad kuning pula dilayangkan kepada pemain Rangers. Ribuan kata-kata kesat berbau keagamaan dan perkauman bertukar ganti antara penyokong Celtic dan Rangers.

Dengan keputusan seri ini Rangers kekal mendahului SPL dengan 44 mata manakala Celtic di tangga ke-2 dengan 37 mata. Pasukan lain-lain sekadar melengkapkan jadual.

Nota kaki: McGregor, McGeady, McCulloch dan McDonald. Asal nama Scotland mesti ada Mc di depannya. Buat aku rasa lapar nak makan McD tengah hari nanti.

34 Ulasan:

HafizChan berkata...

Tendangan melengkung
Serangan berantai

aku syak karangan ni disemak oleh Hasbullah Awang. Ahahah

bungwahab berkata...

artikel bodoh oleh lucius yang nak tunjuk konon pandai.benda ni budak sekolah pun tahu.sejak bila ko minat sejarah ni lucius.chelsea mana ada sejarah.fan chelsea mana minat benda sejarah macam ni.

Alke berkata...

YNWA by Celtic.

Azri Rotten berkata...

mccruelty.. :)

Trekker berkata...

bagus lucius. nice entry. Mc juga ada di kelantan. Tapi ejaan dia Mek. Mek Jah, Mek Bungo dsb nya.

gascoigne berkata...

Wikipedia mintak donation....dah bagi belum?

Popo berkata...

McNakamura dh takde celtic pon dh tak best

besi berkata...

bungwahab

heheheheehhe lantak la dia nak tulis
sejarah SPL....ke apa. yg senak perut tue knp?
heheheheeheh

kami minat sejarah....ehheheheh
cuma jgn sejarah mkayu, liverpool ngan arsenal
....sejarah team lain boleh
chelsea chelsea chelsea

Kiubrubik berkata...

bukan semua budak sekolah tahu. cakap macam pandai.

Point of View berkata...

sudah-sudahlah tu bung wahab oi, tak kemananya sikap permusuhan tu

kitt berkata...

pegi la bukak SOKERBUNG sendiri...senang skit..
sendiri post sendiri komen...sejarah ke, geografi ke, discovery channel ke, ramalan ke, tilikan masa depan ke..

ingat masuk tahun baru xde dah komen2 kurang bijak..

mizu_sama berkata...

info yg bagus.x tau pulak aku semusuh begitu skali rangers ngan celtic.

org ati busuk nie mmg x leh tgk artikel lucius.hahaha.kesian,

dueng berkata...

hrrmm...aku rasa merseyside derby lagi ganas kat padang, almost every derby ada red card. cuma basis gaduh2 tu adalah cuma kerana the blue side of merseyside overshadow by the red side of merseyside.

anyway, very nice info article. quite a bloody history there. :)

Ilmi Ahmad berkata...

mantap! aku mmg suka artikel sebegini. sgt informatif. pasni korang bg la can kat mangifera wat artikel pasal merseyside derby lak.

aFiQ berkata...

@mangifera:hoho..baik sket ckp bro..overshadow x overshadow, kna goal super dan gosling, nanges jgak kopshite...

K berkata...

berkaitan nota kaki tu..kalau pemain ke-4 dalam senarai itu anda merujuk kepada Scott McDonald, beliau bukan seorang Scottish, beliau Aussie.
pelik, orang yang begitu hebat sekali sejarah Old Firm boleh tak tahu.
ohh, mungkin tersilap, atau merujuk McDonald lain.
maafkan saya.

bungwahab berkata...

khier..
dia memang suka buat hebat semua benda konon hebat.berkaitan nota kaki tu bukan tersilap dah berfikir pakai kaki tu yang asyik tulis merepek tu.

HafizChan berkata...

hmm...panas nampaknya.
Kalo di Malaysia derby amende paling hebat?

Kedah vs Perlis
Ke Trg vs Kelantan?

Serius aku x tahu...maybe saudara bungwahab boleh wat entri pasal liga malaysia punya derby

Cob Nobbler berkata...

YNWA!

Celtic forever!

LuciusMaximus berkata...

@khier

Perenggan ke-18 dalam artikel menyebut jelas "Hilang sabar, Tony Mowbray membawa masuk penyerang Australia Scott McDonald pada minit ke-71."

Aku ada menyebut bahawa Scott McDonald sebagai penyerang Australia.

Nota kaki pula menyebut "Asal nama Scotland mesti ada Mc di depannya" merujuk khusus kepada nama-nama Scotland atau Scottish, bukan merujuk kepada orang atau rakyat Scotland.

Nama McDonald itu sendiri adalah nama Scotland yang tipikal, sama macam McGregor atau McGeady.

Jadi bila aku tulis nama Scotland, aku rujuk nama-nama tipikal Scotland, bukan merujuk kepada pemain kerakyatan Scotland secara spesifik.

Namun harus juga diingat, Scott McDonald biarpun lahir dan mempunyai kerakyatan Australia, beliau juga boleh memilih untuk menyarung jersi Scotland kerana kedua ibu bapanya berketurunan Scotland.

Jadi McDonald di situ memang Aussie by birth tapi Scottish by nature or heritage. Lain kata, rakyat Australia berketurunan Scottish.

Lebih kurang Suparman di Johor yang pastinya seorang rakyat Malaysia berketurunan Jawa. Dan pastinya dengan nama Jawa.

Sekarang ada baiknya lu belanja gua McD.

K berkata...

hehehehe
bagus2.
kau memang hebat lucius.
nanti aku pos McD kat kau.

LuciusMaximus berkata...

Takde hal bro. Aku nak Prosperity Ayam

jamsarisabian berkata...

nampak sgt da kebodoh sombongan si mamat idup segan mati x mau bungwahab nih..ckp lebey habuk pown tarak..ble la nk sdr dri pown aku x taw..haih..

bungwahab berkata...

apa yg ko merepek lg lucius dah jadi pakar sejarah scotland pulak dah.lebih baik pakai nama jawa suparman dari pakai nama lucius maximus mcm ko tah nama tu mana asal usul,agama yang ko bangga sangat.

jamsarisabian berkata...

aku cabar ko bungbengap ko wat satu artikel yg lbh tggi drjtnye dr smph yg hine 2 pas2 g anta kt admin..admin pule aku mryu kalo mamat nih anta artikel sesampah mne pown thp nye sile la post kn..aku nk tgk tggi mne mmt nih nye ilmu smpi sske ati dye je ngutuk org..kamon bung..wat la kalo brani..atau ko mmg sampah..

bungwahab berkata...

keh.keh.keh.
melawak sikit pun tak bleh.jangan emo.
keh.keh.keh

shan keli berkata...

encik belia,aku suggest ko tambahkan 1Malaysia kat belakang nama ko tu supaya bunyinya lebih lazat dan menyelerakan.just my P.O.V...;p

aranhellstorm berkata...

bungwahab ni SB kot... selalu nak jadi firestarter...hahahaha

dulu aku buat tak paham je ngan bungwahab ni, pastu naik menyampah, tapi pikir2 balik, aku rasa kena ada org mcm bungwahabi eh silap, bungwahab ni... kalau takde tak panas....hahaha

jamsarisabian berkata...

@keli : hahhaaha..ok gak 2..tp xnk ar aku tukau..kg org kte aku bwk phmn politik plak dlm blog nih..haha..

@aranhellstorm : pns2 aku x ksh beb..bia la pns sbb bkr mmbkr ssme kem ke team ke..ktk2 team len ke..ni dye nih bkn bg pns..bg org meluat je..rse nk bg penampar laju2 amik lajak je di buatnye..xde idea nk post ape..pas2 smph2 kn artikel org laa..hape laaa..ntah hape ntah yg di jeleskn ngn si lucy 2 pown aku x taw..krng ksh syg kowt..haha..

bungwahab berkata...

encik belia..
ko ni nak aku komen yg ko suka baca ke?kalau dah meluat ko pergi baca komen org tulis sapa suruh.bengap betul le ko ni.baik ko penampar diri ko sendiri laju2 mungkin tertanggal sikit bebal dari otak ko tu.

jamsarisabian berkata...

aku x srh ko komen yg aku suke bce..aku suh ko komen gne otak bkn gne kaki..lu piki la sndri..

kareem berkata...

emo sangat pehal belia?rilek sudah..

FIRZA berkata...

woi lucius....bila plak lu pindah ke scotland....?...lu dh bhenti ESPN indonesia ke....?.....ke Blue TV bagi lu cuti bergaji wat liputan kat sna.......hahaaaa.......

gua cadangkan lepas ni lu buat liputan local scene kat borneo sane tu.......amcam....?....

p.s-gua nak sket McD khier bagi kat lu tu......

Joe berkata...

semakin hari semakin kagum aku dgn penulis2 kat sini. artikel ni la contohnya. dh lama aku nk tau psl celtic-rangers. tak payah dimintak, kurang dh tulis.
syabas bete, syabas.

aku rse mesti ramai yg cair air liur nk menulis kat sini, rasa cm knowledge bola diorg bagus. takpe, azam tu bagus. aku rse aku mmg dh hardcore bola tahap gaban dah tp kalo nk menulis, blom tentu leh sampai level mcm otai kat sini. news+update+humor+politics+bakar2 = perfect artikel.

way to go, admin and co.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...