ANDA SEDANG MEMBACA

15

This is Ant-field vs The Theatre of Nightmare

Jorji Jumaat, Januari 15, 2010
Aku mendapat amanat dari kem Liverpool untuk melaporkan musibah yang melanda Anfield sekarang ini. Mereka mungkin sibuk atau buat-buat lupa. Tapi aku tak suka kesempatan begini disia-siakan. Tak best la tak laporkan berita macam ini!

Setelah terkeluar dari CL, kini Liverpool juga telah terkeluar dari Piala FA! Mereka kalah 1-2 kepada Reading. Aku sendiri menonton perlawanan itu yang berlangsung sekitar 3 pagi Rabu lalu.
Memang Liverpool layak kalah dan Reading bermain lebih bagus. Langsung tiada 'kimia' diantara semua pemain Liverpool. Aku hanya tersenyum melihat pasukan terhebat ini. Mereka merancang untuk terkeluar dari Europa league pula selepas ini.

Seperti biasa, yang jadi panas ialah Benitez. Semua orang mahu dia disingkirkan. Dah tak banyak yang menyokongnya. Semua interview di akhbar2 inggeris yang keluar di soccernet mahukan Benitez disingkirkan. Juga jadi bahan lawak di Castrol Football Crazy bersama Jamie Yeo.
Menambah pedih diluar padang pula kisah Tom Hicks Jr yang membalas email supporter LFC dengan ayat mudah;

"Blow me, ****face. Go to hell. I’m sick of you."


Hebat!

............................................................................


Di Old Trafford, masalah hutang akhirnya menjadi isu besar, selari dengan isu dalam padang pasukan setan merah ini. Hutang Manchester United 700 juta pound! Wow! Hutang peribadi Glazer entah berapa juta agaknya. Bahana pengambilalihan dari Yankees! Main bola pun tak tahu! Zaman Martin Edwards jadi pengerusi, semua ini tak berlaku. Pengambilalihan dari Yahudi Yankees nampaknya memberi kesan amat buruk kepada 2 kelab ternama England ini.
Jelas, corak meminjam / menggadai yang dipraktikkan dalam urusniaga Amerika tak boleh pakai! Berapa banyak kompeni di Amerika yang lingkup kerana corak urusniaga begini.

Walaubagaimanapun, hampir semua kelab di Eropah yang mengalami masalah duit. Ada yang sampai lewat bayar gaji. Hutang juga besar dan ada yang terpaksa jual pemain untuk bayar interest hutang! Adakah Wayne Rooney akan jadi mangsa? Adakah Pak Alex langsung tidak dapat membeli player baru kerana keuntungan dari menjual C. Ronaldo ( s0b! sob!) digunakan untuk membayar interest hutang peribadi Glazer?

Kisah diluar padang nampaknya memberi impak dalam padang juga. Prestasi Manchester United agak tak tentu arah. Prestasi Liverpool lebih konsisten ke satu arah - menjunam!
Hutang, lewat gaji, disiplin pemain dan prestasi dalam padang nampaknya isu baru dalam bolasepak EPL tetapi tidak dalam bolasepak tempatan! Bravo FAM!

"kami tiap musim ada isu duit" ujar Amri Yahyah mendabik dada.

Takkan semua liga nak tunggu Pak Arab kaya menyelamatkan keadaan?

Minggu ini, Manchester United akan berhadapan dengan Burnley di Old Trafford. Takkan kalah lagi kot? Ini Theatre Of Dreams! Aku predict Manchester United 3 - 0 Burnley. Biasa la,aku mana pernah predict Manchester United kalah!

........................................................................................

Sokernet, bersempena dengan kesejukan luarbiasa salji eropah mengambil langkah proaktif untuk memanaskan badan. Liga Futsal Sokernet - akan diadakan tidak lama lagi. Kepada yang berminat, terasa kuat, handal mengelecek, paru-paru besi, ada team dan ingin tunjuk bakat mereka lebih hebat dari mengomen (bukan romen) bolehla mula berlatih. Berlatih la dulu, panaskan badan. Nanti aku bagitau detail.

Itupun kalau Tony Fernandes jadi sponsor.

15 Ulasan:

Alke berkata...

penat la beb basa isu kat OT ni. serius betul masaalah nie. macam mana lauren blanc nak datang OT kalau duit takde?

Pasal liverpool nie, kesian pun ade, happy pun ade. Rafa tu dah tak berpijak di bumi nyata dah. aku tak tau alasan ape lagi dia nak kuarkan. He has wasted a lot of focking money. actually, what's happening at Anfield? dia kena betray dengan player ke? and what's happening at OT? They trying to finish off Pak Alex ke?

Jorji berkata...

Pak Alek tu immortal. kekeke
Tak berani mereka nak berkomplot belakang Pak Alex. Keano dan Stam yang garang tu pun Pak Alex pancung!

Benitez pulak masih guna ayat yang sama bila press interview. kelakar jugak.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Aik? Asal gua post je mesti ada orang lain post. Cilakak.

talkIZcheap! berkata...

two most decorated club in England history now in trouble...

Aslina berkata...

wow! berjuta hutang...pinar2 baca...macam baca dalam matawang indonesia plak...huhu...

deus X machina berkata...

celaka la glazer....
aku bru je menyumpah die dlm blog aku

mizu_sama berkata...

aku ingat chelsea yang nk bankrap,rupanya man utd lagi haprak.hahaha

mizu_sama berkata...

Liga Malaysia
Tak tahu bila start.

baca metro.kosmo pun ada cerita.utusan online pun.common la sokernet,najib dah sumbat 10juta kat bola.hahahah

phakdee berkata...

balik dari qatar ni kasik gegar semua headline.. secara positif la kan.. gugu gaga man utd!

pakkordi berkata...

Freemason.

talkIZcheap! berkata...

from Jim White, Yahoo! Eurosport : http://uk.eurosport.yahoo.com/football/jim-white/article/15691/

Unknown berkata...

rafa dh gerenti dpt tmpt ke 4.. bleh caya ke??
aquilani time baru sign hr tu ckp bulan 10 bleh main..alih2 baru match fit skrg ni...
ntah la.. malang btol fan liberFool ni..
kena fool ngan benitez je.
kita tengok bulan 4 ni... mungkin April Fool yg terhebat dalam sejarah liberFool

FdausAmad berkata...

kalau ikut skema Performance Appraisal..
Rafa konfem 4...

caklempong berkata...

jorji tahniah! ramalanmu benar belake..3-0 phewwitt

julu berkata...

yup jorji.. len kali predict menang bnyk skit la.. lwn chelsea.. hahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...