ANDA SEDANG MEMBACA

17

Arsenal Semakin Ke Juara

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, Januari 15, 2010
Sejak kebelakangan ni gua memang sibuk betul. Tak ada masa langsung nak keluar negara buat liputan. Jadi gua tulis mana yang sempat saja mengikut stail Mahathir.

1. Lembaga pengarah Sokernet kini sedang berbincang untuk mengadakan peraduan futsal berprestij hadiah Ferrari di sekitar Lembah Klang. Peraduan mungkin diadakan pada suku pertama tahun 2010. Berminatkah anda? Ada cadangan atau tentangan keras?

2. Shabery Cheek sedang bercuti di England.

3. Gua tak faham kenapa pemain bawah 23 tahun Malaysia perlu dihantar ke Eropah? Bila dah sampai umur macam tu, berapa peratus sangat laa potensi yang boleh ditingkatkan. Tak reti bahasa. Otak udang. Orang suruh bagi duit kat budak bola sekolah rendah, tak nak dengar. Bebal.

4. Kempen Liga Malaysia kembali memulakan saingan. Marilah kita beramai-ramai ke stadium. Itu hari ada satu kutu telefon gua dari dalam Stadium Darul Makmur ketika perlawanan di antara pasukan Pahang bertemu pasukan Perak. Sumpah tak ada gaya cakap macam dalam stadium. Bunyi cengkerik. Budak budak burger stadium mesti tengah down sekarang.

5. Liverpool makin lama makin bengap. Gua tumpang simpati. Hero diorang pula tengah sakit. Keh keh keh.

6. Perlawanan Liga Perdana Inggeris banyak tertangguh pada minggu sebelum ini disebabkan musim tengkujuh salji di sana. Ekoran daripada itu, penguasaan takhta liga bagi pasukan Arsenal turut tertangguh. Chelsea dan Manchester United nampak macam tengah lauk sekarang ni.

7. Tony Fernandes, Bos Air Asia dah nak angkat West Ham United. Takpe, takpe. Gua kaya nanti, gua beli FIFA.

8. Abang Sol Campbell masuk Arsenal semula. Jaga jaga semua!

9. Kem Chelsea sudah mempunyai seorang lagi pengulas iaitu Obefiend Weiland. Selamat datang dari kami warga Sokernet. Semoga beliau mampu memuaskan hati BungWahab.

17 Ulasan:

j or ji berkata...

Apa pasal,asal gua update je,lu nak update!

grrrrr!

jom cap teh!

:P

Nazri berkata...

keh keh.

fAtaH berkata...

penguasaan takhta liga bagi pasukan Arsenal bkn turut tertangguh...tp mmg akan kekal tertangguh untuk selamanya.haha..

bukan nama sebenar berkata...

gua syak bungwahab ni sponsor besar sokernet ke wey sampai pengulas baru pun kene puaskan hati bungwahab...

siap highlight lagi kat #9 tu...

kah kah kah...

julu berkata...

buang jek bungwahab dlm laut.. senang crite..

Sang Pemimpi berkata...

lepak ar...biar ar ade bungwahab dlm nih...baru ade pro and kontra...

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

topik awal dah berkisar tntg bung wahab ek.. besar sgt ke org nm bung wahab tu kt cni.. hehe

Kamarul XY berkata...

kenapa mesti sebut nama bung-ntah-apa-kejadah tu..?! panas telinga gua..

mizu_sama berkata...

kalo nk main futsal tapi x de team macam mana? apa la korang cite sal mangkuk tuh.itu point terakhir pp dlm penulisan dia

mizu_sama berkata...

Liga Malaysia
Tak tahu bila start.

baca metro.kosmo pun ada cerita.utusan online pun.common la sokernet,najib dah sumbat 10juta kat bola.hahahah

tebel liga super kasi up kat atas2 la...baru ada ciri2 malaysia sikit

pakkordi berkata...

Gua rasa hero liverpool ahli freemason.

naderROXX berkata...

yeah.. long live gunners! liverpool da xboleh masuk dlm big 4 da..

talkIZcheap! berkata...

adus... xjumpa ker MSL punyer table?? huhu

xkan time Kelantan dah leading league baru nk letak, ngeh3 :p

Darus Interferon berkata...

yeah rite, bercita-cita besar like always

FIRZA berkata...

bung wahab mane...ek eler....tak have fun la beliau takde.....demit....

PP........smlm merioh woi stadium darul makmur...rugi aok tak g.....

feroz_sulaiman berkata...

penat gua tunggu entry lu...entry lu terbaekkk

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Kalau mau ulas MSL, sila beri perhatian dan buat laporan panjang lebar kepada kes skandal pasukan Pahang yang pada asalnya patut bermain di Liga Perdana, tapi dek jawatankuasa nak bodek Sultan, boleh angkat Panang masuk MSL, padahal pasukan atas dia dalam kedudukan liga tahun lepas masuk Liga Perdana.

Hina sungguh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...