ANDA SEDANG MEMBACA

14

Rafael Benitez Di Romania

LuciusMaximus Khamis, Februari 25, 2010
Media Romania (MR): Adakah dengan tiba lewat di Romania dan terbang balik ke Liverpool sebaik saja wisel penamat ditiup, menunjukkan bahawa anda memandang rendah keupayaan Unirea Urziceni?

Rafael Benitez (RB): Tidak sama sekali. Saya cuma berpendapat bahawa adalah lebih baik merancang formasi dan taktikal di Melwood sebelum dan bukan selepas penerbangan 3 jam adalah pilihan yang terbaik. Tentang perlawanan, jika ianya berlanjutan ke masa tambahan kapal terbang kami sedia menunggu kerana ianya memang ditempah khas. Jangan tersalah anggap yang kami memandang rendah lawan kami.

MR: Bagaimana rasanya berdiri di tepi padang dan mendengar penyokong lawan menjerit bahawa anda akan dipecat pagi esok?

RB: Saya tidak peduli dengan mereka. Bila anda di tepi padang, memerhatikan pasukan anda, anda tidak akan peduli dengan hal lain. Lagi pun, saya tidak selalu faham. Bahasa Inggeris saya masih lagi belum mantap.

MR: Berapakah bayarannya untuk anda mengurus sebuah kelab Romania?

RB: Ia bukan soal bayaran sahaja. Ia juga mesti sebuah kelab yang sesuai dan buat masa ini saya rasa Liverpool adalah kelab yang sesuai untuk saya.

MR: Encik Benitez, kenapa anda terlalu gemuk?

RB: Selamat malam!




Si Montel

14 Ulasan:

Popo berkata...

mane cite chelsex kalah dgn inter pg td?
sibuk plak buat cite psl team lain..

LuciusMaximus berkata...

Kem Liverpool di Sokernet dah lama tutup. Aku kena paksa buat kerja kem Liverpool. Kau ingat aku sanggup? Dah la OT tak boleh claim!

ProfitFunder berkata...

ala..2-1 away goal ok pe..chelsea kire kuat pe..

HafizChan berkata...

Tunggu ulasan dari Dingin pulak...pasal match pagi tadi di Milan

Wanturd™ berkata...

haha..apekes kalah..

pakkordi berkata...

ni sudah lebey... dingin mana, dingin !!

Shed Ultras berkata...

bese r..nk kasi saspen kt Stmford bridge..cam liverpool thn lepas..saspen kan saspen kan?..hahaha

Raiden berkata...

haha pengulas Libepul dah letak jawatan ke??

game Milan semalam rilek r ad away gol..menang 1-0, 7-0 kat Bridge okay la nanti..

Shank berkata...

think positf ..
tu tandanya ramai yg folo liverpool.kan kan ..
dah bjuta folowerss kat twitter & facebook ..

oh pasal game mim nie .. mmg undeerpresure..
tp tu lah liverpool since zmn berzmn always underpresure..
majoriti nak kan tg terbaek dr ladang ..
..

Union Equatoriale berkata...

http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-1253570/Liverpool-boss-Rafa-Benitez-gets-grilled-Romanias-press-asked-Why-fat.html

haha memang betul dia kena tanya pesal gemuk

MDM FARAH FAIZURA berkata...

Dia banyak makan nasi lemak Liverpool. Nak buat macam mana. Sorilah kepada kem Liverpool, sekarang idea kena perah kat tempat lain pulak.

SocketWorld berkata...

LIVERPOOL di hati lucius...
tidak dapat dinafikan lagi...

kareem berkata...

xnak lak plak lu guna google translate...

talkIZcheap! berkata...

kena buat tugasan kem liverpool ke, dah tukar kem? Dingin plak kena buat kerja kem Chelsea nampaknyer...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...