ANDA SEDANG MEMBACA

18

Kejuaraan Futsal Sokernet 2010 - Apa yang anda patut tahu.

Jorji Rabu, Mac 24, 2010
Berikut adalah beberapa hal yang perlu diberi perhatian tentang Kejuaraan Futsal Sokernet 2010 yang akan berlangsung pada hari Ahad ini, 28hb March 2010 di Sport Planet, Ampang.

1. 13 pasukan telah mendaftar dan membuat pembayaran. Terima Kasih. (Ada last minit team nak join? cuba email sokernetmail@gmail.com)

2. Pengundian pasukan akan diadakan secara langsung malam ini. Undian dilakukan awal untuk menjimatkan masa (jika dilakukan pada ahad nanti, banyak masa akan terbuang).

3. Semua keputusan undian adalah muktamad. Undian dipantau oleh Juruaudit bertauliah, Seribu Auta Sdn. Bhd.

4. Setiap pasukan, diminta membawa jersi masing-masing (atau apa2 baju yang seragam) / atau bip kerana penganjur tak dapat sediakan jersi.

5. Sokernet masih mencari PENGADIL untuk mengadili perlawanan secara sukarela (dapat baju Sokernet!). Sesiapa berminat boleh hubungi sokernetmail@gmail.com atau datang terus ke Sport Planet nanti. Jika tiada, setiap Ketua Pasukan diminta menjadi pengadil perlawanan. Tolonglahhhh..

6. 4 atau 5 WAGS bersetuju menjadi urusetia, jaga markah, pendaftaran..blabla. TQ!

7. Kedudukan Liverpool dalam liga hujung musim nanti. Tak ILMIAH langsung tiada AKADEMIK disitu. :P

8. SEMUA PASUKAN DIMINTA HADIR SEKITAR JAM 9 Pagi. Court dah booking ngam2 je..so,kalau lewat, peruntukan takdo nak extend masa sewaan court. TAPI sebelum itu, tinggalkan emosi kelab anda di pintu rumah. Main biar kompetitif tapi penuh semangat kesukanan. Pemain yang bergaduh akan terus digantung dari semua perlawanan.

9. Semua pembaca Sokernet dijemput hadir memberi sokongan. Penganjuran julung-julung kali ini digunakan untuk merapatkan siratulrahim dan mengenali satu sama lain, bersukan dan mengekalkan konsep 'lain team tapi 1Sokernet'. Makno eh, walau sering membalas komen dengan penuh 'emosional' tapi semua ok je kalau jumpa kat luar.

10. Park Ji Sung mimpi Turnbull. Habislah Chelsea!

11. Sebarang maklum balas, cadangan atau sponsor, sila luahkan di ruangan komen.

Terima Kasih.

18 Ulasan:

Unknown berkata...

list pasukan bertanfing mane?

crazy_labelle berkata...

xde undi vote ke? pasukan pling popular n digilai ramai...

BanDeLa berkata...

penganjur sediakan tiket air asia x...
kehkehkeh..

gud luck buat semua pasukan bertanding...

mr. hafis berkata...

gua takde jersi, sape kena gol bukak baju.

amacam?

nazrihashim berkata...

yeh2...mane list pasukan..grup2..mntak2 gua 1 grup ngan tuan tanah...yeehhh

pakkordi berkata...

Gua bawak wisel sendiri.

Jorji berkata...

list tak banyak berubah dari yg original yg aku post dulu. cuma ada penambahan 1,2 team. list akan keluar selepas undian dilakukan.

FdausAmad berkata...

team masing masing kalau bawak bekal makanan tu bawak la lebih sikit, boleh kita makan berjemaah..

hehehe

azrul berkata...

nk pengadil - leh call no ni 019-3781030..en hasni..ni mmg pengadil..tp kene bayar la..

Jorji berkata...

TQ azrul.

Luca DK berkata...

ji.. bukan kata obe nak jadi ref ke? uish! takkan terus senyap kot mamat tu? ke dia nak suruh jannah cakapkan baru dia nak bersuara?

FdausAmad berkata...

Yaa,gua pun tunggu tunggu juga lu ni obie,jadi ref ke tak ni?,msg fesbuk personel pun gua dh bagi minggu lepas..

Taufiq Ali berkata...

berfantasi bungwahab menjadi pengadil

Unknown berkata...

hebat la gak eduardo berbanding berbaltok..arap rege je mahal...peace (^_^)v

Unknown berkata...

silaturrahim la jorji, bukan siratulrahim.
hehe.

tsubasa berkata...

heheee.. cm ne leh silap ni jorji, kamal yg perasaan. yg lain xperasan termsuk gua.. hehee..

Jorji berkata...

hahaa...
TQ KAMAL

Nasr : Reina juga melakukan kesilapan ketika cuba menangkap bola pantai..:P

Point of View berkata...

jorji maksudkan siratul mustaqim kot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...