ANDA SEDANG MEMBACA

22

The Special One

LuciusMaximus Khamis, Mac 18, 2010 , ,
He came, he saw, he Mourinho'd

Aku akui, Chelsea semalam memang kecil anak lawan Internazionale, di bawah kendalian Jose Mourinho.

Kata-kata Zola bahawa kelab-kelab Seria A ‘tidak setajam’ kelab-kelab EPL mungkin ada betulnya, tapi ini Inter di bawah Jose Mourinho.

The Special One.

Jose Mourinho salah satu punca kenapa Carlo Ancelotti berpindah dari Serie A ke EPL. Mourinho juga punca kenapa Roberto Mancini mengikut jejak Ancelotti. Oh ya, lama dulu Mourinho juga menjadi sebab kenapa Claudio Ranieri berpindah dari EPL dan balik ke Serie A.

Hidup Mourinho ialah menghantui pengurus-pengurus Itali. Tujuh belas dari 20 kelab dalam Serie A dikendali oleh pengurus Itali tetapi Jose Mourinho mengatasi mereka semua dengan Inter di puncak klasemen.

Itu Jose Mourinho. The Special One. Bahkan di zaman EPL, Mourinho juga menghantui pengurus-pengurus kelab EPL yang lain.

Arsene Wenger menurut Mourinho ialah seorang voyeur, obses dengan kejayaan Chelsea kerana Arsenal tidak menang apa-apa bertahun lamanya. Rafael Benitez pula meluahkan perasaan bahawa hidup lebih baik buat dirinya tanpa Mourinho di Chelsea.

Hanya Pak Alex saja yang diluar jangkauan provokasi Mourinho.

Jose Mourinho. Diundi pengurus bolasepak paling seksi oleh wanita-wanita England. Diabadikan patung lilinnya di Madame Tussaud. The Special One.
Sampai sekarang aku tidak faham bagaimana Roman Abramovich dan Jose Mourinho berubah haluan pada musim luruh 2007. Lagi aku tidak faham ialah bagaimana 5 bulan selepas Mourinho meninggalkan Chelsea, Abramovich bermurah hati menghadiahkan Mourinho sebuah Ferrari 612 Scaglietti?

Apakah?

Tiga tahun selepas meninggalkan Chelsea, Mourinho masih menghantui Stamford Bridge. Di padang atau di bilik persalinan.

Semalam, Mourinho kembali dengan Inter ke Stamford Bridge sebagai pasukan pelawat tapi lebih kelihatan seperti bermain di tempat sendiri.

Sepanjang perlawanan kamera lebih banyak terfokus ke arah Mourinho, bukan Ancelotti.

The Special One.

Ketika sesi memanaskan badan, Mourinho muncul dari terowong dengan sebatang pen dan menandatangani permintaan autograf para peminat Chelsea.

Sebelum perlawanan bermula Stamford Bridge melaungkan nama Mourinho dan The Special One bangun serta melambai ke setiap penjuru Stamford Bridge.

Setiap perkara yang berlaku dalam padang akan disusuli dengan rakaman reaksi Mourinho.

Bila bola terkeluar, Mourinho berkeras tidak mahu memulangkannya kepada Yuriy Zhirkov untuk lontaran ke dalam.

Setiap percubaan ke pintu gol oleh Inter disusuli dengan reaksi Mourinho.

Jaringan Samuel Eto’o diraikan dengan beberapa genggaman tumbukan padu, sederhana dan tidak terlalu menonjol.

Ketika perlawanan terhenti buat sementara, Mourinho dilihat memangil Diego Milito dan Goran Pandev ke sisi padang untuk sedikit hairdryer treatment.

Setiap kali Mourinho memasukkan pemain gantian, kamera dengan pantas merakamkan aksi beliau. Body language dan pergerakan tangan mengiringi mulut Mourinho yang kumat-kamit memberi arahan kepada Dejan Stankovic, MacDonald Mariga dan Marco Materazzi.

Yang terbaik ialah bila Materazzi dimasukkan. Pemain Itali yang pernah disodok Zinedine Zidane ini sangat gemar memakai perhiasan diri yang melampau seperti gelang lalu ketika mahu masuk ke dalam padang telah diarahkan oleh pembantu pengadil untuk membuang gelangnya.

Apa yang Jose Mourinho buat? Bangun dan meragut semua gelang Materazzi sebelum membuangnya ke tanah. Kemudian pantas menolak Materazzi masuk ke padang.

The Special One. Mourinho ada aurau keyakinan dan ianya terpancar jelas di kalangan pemain Inter. Mourinho juga menunjukkan who is in charge, tidak ada satu pun pemain yang terlepas dari beliau.

Ketika tinggal beberapa minit sebelum wisel penamat ditiup, Jose Mourinho bangun dan berjalan masuk ke terowong terlebih dulu. Tanpa sebarang reaksi tapi yang pasti dengan penuh rasa puas hati. Kata-kata terakhir Mourinho, “Pada mulanya mungkin Roman beranggapan mudah untuk beliau menang, sekarang dia tahu ianya tidak.”

Sehari selepas kejayaan membenam pasukan lamanya, Jose Mourinho menghantar SMS kepada John Terry.

“Hari ini, salah seorang dari kita dalam keadaan bersedih. Itulah kehidupan.”

Hanya The Special One saja yang boleh hantar SMS begitu.

P/S: Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji. Aku suka makan daging lembu maka oleh sebab itu aku bakal ke Amerika Selatan bersama Marion Caunter kerana Amerika Selatan antara penternak lembu terbesar dunia. Doakan kebahagiaan kami di Copacabana.

Jom Copa Libertadores?

22 Ulasan:

yusuf mujahidin ™ berkata...

last part cm lahanat..hehe

Oh Me berkata...

Kesian Chelsea...walaupun fan Chelsea selalu kutuk Liverpool, tapi itu bukannya alasan untuk aku meraikan kekalahan Chelsea tempohhari. Aku support semua team EPL di Champs League.

Game hati itu membuktikan betapa kentalnya defender Inter Milan yang merangkul kuat tengkuk, peha, betis, pinggang dan juga sanggup berpura-pura kena pukul sehinggakan Drogba yang tak bersalah kena kad merah. Itulah dia permainan Italy yang banyak berohong dari negara yang memang terkenal dengan rasuah dan pembohongannya....dasar belajar dari MAterazzi brengsek.
Player defenfer EPL harus belajar dari defender Italy bagaimana mereka betul-betul mengekang striker Cheslea....

Cuba lagi tahun depan Chelsea...

mfh berkata...

good luck lucy.. semoga dapat membuat laporan terbaik dari amerika selatan..

owh.. sila kembali selepas chelsea menang 1 champions league..

hehehehe..

bungwahab berkata...

cerita pasal mourinho pulak.lepas tu lawak bodoh ngan marion lagi.loser betul la lu lucy.
takpe lucy aku dah emailkan artikel2 ko terus kepada carlo ancelotti tahun depan kompom chelsea menang.sementara tu chelsea mungkin masuk liga batu gajah setakat lawan tronoh fc mungkin boleh menang.
kepada pembaca sokernet jangan cakap lucy tak sumbang apa2 oulak.

Ajeossi berkata...

mcm haram..!

mr. hafis berkata...

"Jose Mourinho salah satu punca kenapa Carlo Ancelotti berpindah dari Serie A ke EPL. Mourinho juga punca kenapa Roberto Mancini mengikut jejak Ancelotti. Oh ya, lama dulu Mourinho juga menjadi sebab kenapa Claudio Ranieri berpindah dari EPL dan balik ke Serie A."

buat gua guling-guling.

HafizChan berkata...

Jangan lupa pos gambar kau bercanda di tepi pantai Rio de Jenerio dengan Marion. Tapi kalau boleh gambar Marion sajelah.

GGMU

tajulchelsea berkata...

1992–93 Manchester United
1993–94 Manchester United
1994–95 Blackburn Rovers
1995–96 Manchester United
1996–97 Manchester United
1997–98 Arsenal
1998–99 Manchester United
1999–00 Manchester United
2000–01 Manchester United
2001–02 Arsenal
2002–03 Manchester United
2003–04 Arsenal
2004–05 Chelsea
2005–06 Chelsea
2006–07 Manchester United
2007–08 Manchester United
2008–09 Manchester United
2009–10 Chelsea

am3r berkata...

ahaahhahahaahahah

fAtaH berkata...

padan muka chelsea..thanks mourinho...

SFB berkata...

"Hanya Pak Alex saja yang diluar jangkauan provokasi Mourinho"

Mourinho pn ada sikit goyang ngan Pak Alex. Lepas Mourinho blah je dari EPL, terus jadi member baik. Ada chance ganti Pak Alex.
huhu

"M.U.F.C --> Not Arrogant, Just Better"

Jarr berkata...

tak sabar nak tunggu laporan game antara Sao Paolo lawan Vasco Da Gama....

Lim Eng Leong berkata...

Owhhh , Ulasan "Special One" bertaraf Shurga !!!!......

Heysátan berkata...

x lepas gak vs liverpool kt dlm champ league dlu...psl tu la chelsea jeles sgt kt liverpool...but he's great

Oh Me berkata...

obsess sangat Maxmis ni dgn Mourinho...sejak dulu lagi...gay ke apa?

Jarr berkata...

sejak maurinho dpt tajaan armani tu yg buat lucius slurpeee ngan maurinho kot...warghkahwarghkahwarghkah.

Unknown berkata...

simply the best...kudos

talkIZcheap! berkata...

"2009-10 Chelsea" <--giler serius lawak, haha!!

Jimmy Stracqualursi berkata...

oh, mourinho lagi hensem dari brian molko.

Raiden berkata...

kehkeh lucy..
fan hardcore sokong sampai bile2..
kalah sekali no hal la..
Chelsea for life!!

papepon marion still terbaekkk..

tajulchelsea berkata...

talkIZcheap..
oooww..ko ingt lawak ek..
tp law man u mng..
lg ar lawak kuasa 2..
heehehehehe...

talkIZcheap! berkata...

hehe... kita tengok reverse fixture, beb... (setakat gol foul, tadak heran ler...huhu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...