29 Mei 1985
Tragedi Stadium Heysel, penyokong Liverpool merusuh dalam stadium usang berusia 55 tahun. 39 maut, 600 lagi cedera. Pengurus Liverpool, Joe Fagan meletak jawatan. Kelab-kelab England diharamkan dari pertandingan UEFA.
Tenang Sebelum Badai
Tragedi yang berlaku ibarat petanda awal. Seperti awan hitam yang kelihatan jauh di ufuk, perlahan-lahan hampir untuk menyelimuti Anfield dalam kegelapan. Pada saat yang getir ini, Liverpool mengangkat Kenny Dalglish sebagai pengendali yang baru, mengisi kekosongan pra matang akibat pemergian Joe Fagan.
Minggu-minggu pertama Dalglish memperlihatkan tiupan angin deras mirip sebelum melandanya badai. Takdir seperti bergurau, ibarat memberitahu imbangan kekuasaan akan berpindah dari Anfield ke Old Trafford. Awal musim 1985/86, musim pertama Liverpool di bawah Dalglish, Manchester United menang 10 perlawanan pertama mereka di bawah Ron Atkinson.
Untuk seketika Dalglish, pengurus juga pemain, kelihatan bakal berakhir dengan kegagalan. Manchester United jauh meninggalkan Liverpool, yang bergelut dengan pesaing liga yang lain, Everton, West Ham United, Sheffield Wednesday dan Chelsea. Kemudian tahun baru 1986 tiba, Bryan Robson menerima kecederaan dan Manchester United gugur ibarat daun layu.
Liverpool muncul juara Divisyen 1, dengan Dalglish menjaringkan gol di Stamford Bridge untuk Liverpool menewaskan Chelsea 1-0 pada perlawanan hari terakhir. Dalglish, yang naik sebagai pengurus kerana perletakan jawatan mengejut Joe Fagan, membawa kejuaraan liga ke-16 buat Liverpool.
Kenny Dalglish terus membuktikan keupayaan beliau selaku pengurus-pemain. Kejuaraan liga muncul lagi buat Liverpool pada musim 1987/88 (17) dan 1989/90 (18). 2 FA Cup datang bergolek pada 1986 dan 1989. Umum tertanya-tanya, andai tiada pengharaman UEFA berapakah kejuaraan Eropah bakal dibawa pulang Dalglish barangkali.
Di Old Trafford, Ron Atkinson sedang meniti hari-hari terakhir beliau.
To Knock Liverpool Off Their Fucking Perch
Jauh di utara England, khabar dibawa tentang seorang pengurus yang panas baran dan gila-gila. Kelab yang diurusnya, Aberdeen.
Panas baran dan gila-gila kerana kata orang, dia pernah mendenda pemainnya sendiri kerana memotong keretanya di jalanraya dan menendang teko kepada para pemainnya setelah persembahan separuh masa pertama yang buruk.
Tapi kegilaannya juga diterjemahkan ke dalam pencapaian luar biasa Aberdeen. Aberdeen muncul juara liga Scotland selepas 15 musim ianya didominasi oleh kelab-kelab Old Firm yakni Rangers dan Celtic. Tahun 1983, mereka muncul juara Eropah setelah menundukkan Real Madrid 2-1. Lapan tahun di bawah pengurus panas baran dan gila-gila ini, Aberdeen merangkul 10 kejuaraan.
Tottenham Hotspur dan Arsenal dilaporkan merisik khabar, tapi pengurus panas baran dan gila-gila ini kononnya tidak suka kota London.
Hinggalah 6 November 1986, sehari selepas Ron Atkinson ditunjukkan jalan keluar, Old Trafford mengumumkan mereka telah berjaya mendapatkan Furious Fergie, Alex Ferguson.
Kata-kata pertamanya sebaik tiba di Old Trafford, “to knock Liverpool off their fucking perch”.
15 April 1989
Ada yang mengatakannya karma atas apa yang terjadi 4 tahun dulu di Heysel. Ada yang mengatakannya petanda kedua tentang badai yang bakal melanda. 96 maut akibat Tragedi Stadium Hillsborough, ketika Liverpool bermain menentang Nottingham Forest dalam saingan FA Cup.
Pergeseran Keseimbangan
Kegemilangan Dalglish di Liverpool berlanjutan di tahun-tahun awal Ferguson di Manchester United. 18 kejuaraan liga seperti di luar jangkauan untuk bukan saja Manchester United, malahan Everton dan Arsenal.
Selepas Hillsborough, Liverpool masih kuasa dominan bolasepak England. Tetapi awan hitam yang dulunya di ufuk seakan-akan sudah tegak di atas Anfield. Pengharaman UEFA berterusan untuk kelab-kelab England dan menafikan Dalglish peluang untuk menjadi antara pengurus Liverpool yang berjaya di peringkat Eropah.
Di Old Trafford, pengurusan Manchester United terus tabah dan sabar menanti Ferguson menghidupkan kembali sentuhan ajaib yang pernah beliau lakukan ketika bersama Aberdeen.
Badai melanda Anfield tepat pada 22 Februari 1991. Kenny Dalglish meletakkan jawatan sebagai pengurus kelab, tekanan diberikan sebagai alasan. Vakum kuasa diisi oleh Arsenal yang muncul juara Divisyen 1 musim 1990/91, diikuti Leeds United pada musim 1991/92, musim terakhir Divisyen 1. Liverpool jatuh ke-6 pada musim 1991/92.
Sementara itu di Old Trafford, Ferguson seakan sudah menemui kembali sentuhan ajaibnya. Musim 1991/92 ditamatkan dengan kedudukan naib juara liga. Musim berikutnya, era baru akan bermula, baik untuk Manchester United dan tidak lupa bolasepak England.
Fajar Baru
22 buah kelab teratas hirarki liga bolasepak England mengambil keputusan untuk berpisah dari The Football League dan membentuk liga baru yang dikenali dengan nama Premier League. Dengan sekelip mata, bolasepak bertukar dari sekadar sukan kepada industri hiburan yang mewah. Duit dilabur seperti air dicurah, kelab-kelab hidup dalam kemewahan dan nilai para pemain melambung kepada jutaan Pound Sterling.
Musim pertama EPL, 1992/93 menyaksikan Manchester United menjuarai liga. Alex Ferguson, yang satu masa dulu dikenali di Aberdeen sebagai Furious Fergie yang panas baran dan gila-gila, muncul sebagai pengurus yang menamatkan kemarau kejuaraan liga 26 tahun di Old Trafford. Bersama membantu beliau dalam menyempurnakan tugasnya ialah seorang lelaki Perancis. Le King, Eric Cantona.
Liverpool, di bawah Graeme Souness, hanya mampu mengekalkan kedudukan ke-6 liga mereka. Tapi para Kopites ketika itu masih yakin, rekod 18 kejuaraan liga mereka di luar jangkauan. Jika Everton (9) dan Arsenal (10) tidak mampu, apatah lagi Manchester United yang baru memenangi kejuaraan liga yang ke-8?
Au Revoir Cantona, Come Back When You’ve Got 18 Titles
Musim 1993/94 menyaksikan Alex Ferguson meneruskan sentuhan ajaib beliau. Dengan kuasa dominan 80-an seperti Everton, Arsenal dan tidak lupa juga Liverpool menempuhi era kemerosotan, dominasi Manchester United tidak dapat dikekang.
Kejuaraan liga ke-9 buat Manchester United disambut oleh Liverpool dengan sindiran sinis. “Au revoir Cantona, come back when you’ve got 18 titles” dikibarkan di Anfield, untuk Manchester United dan khusus buat Eric Cantona, tonggak Red Devils yang muncul sebagai Player of The Year musim itu.
Sindiran Liverpool kepada Manchester United tahun itu ibarat jalan melupakan kesengsaraan mereka sendiri. Graeme Souness meletakkan jawatan pada 28 Januari 1994, pengurus pertama semenjak era Bill Shankly yang gagal memenangi kejuaraan liga buat The Reds. Liverpool menamatkan musim 1993/94 di kedudukan ke-8 liga.
Tersedak Sekejap
Eric Cantona, Le King, menghiasi musim 1994/95 dengan tendangan kungfu kepada seorang penyokong Crystal Palace yang bertuah. Bertuah kerana bukan calang-calang orang dapat rasa tendangan Le King.
Alex Ferguson, biar tanpa Cantona, kelihatan akan sekali lagi membawa trofi liga pulang ke Old Trafford. Segalanya jelas ketara bila Liverpool menundukkan pendahulu Blackburn Rovers di hari terakhir perlawanan liga, hanya untuk Red Devils diikat 1-1 oleh West Ham United.
Blakcburn Rovers muncul juara EPL, tapi Liverpool terus dikenang kerana hampir-hampir membantu Manchester United menjulang kejuaraan liga ke-10 mereka. Red Devils berpuas hati dengan gelaran naib juara EPL, The Reds di tangga ke-4, tetapi 14 mata di belakang Manchester United, saksi kepada jurang perbezaan yang makin ketara antara mereka.
You’ll Never Win Anything With Kids, Mungkin Untuk Arsenal, Tapi Bukan Untuk United
Ketandusan kejuaraan liga di bawah kendalian Graeme Souness mula memberi tekanan kepada Liverpool. Dengan Roy Evans mengambil alih tampuk, Scousers kebanyakannya yakin pengurus baru yang telah menyertai Liverpool sejak era Bill Shankly akan kembali membawa Liverpool ke persada bolasepak England.
Evans berazam untuk memberi suntikan baru buat skuad Liverpool. Penyerang veteran Ian Rush diketepikan untuk memberi laluan buat pendatang baru, Stan Collymore yang dibeli dari Nottingham Forest. Gandingan Collymore dan penyerang muda sensasi, Robbie Fowler diharap dapat menjadi senjata utama Liverpool untuk imbangan kuasa condong kembali ke Anfield.
Yang sebaliknya pula berlaku di Old Trafford. Furious Fergie buat gila sekali lagi, menjual Paul Ince (Inter), Mark Hughes (Chelsea) dan Andrei Kanchelskis (Everton), tanpa membeli mana-mana nama besar sebagai pengganti sebaliknya menyandar harapan pada barisan pemain muda.
Alan Hansen mengulas prospek Manchester United di awal musim, “you’ll never win anything with kids”. Menjelang Mei, Red Devils muncul juara EPL musim 1995/96. Kejuaraan liga ke-10 mereka. United telah mendahului Everton dan menyamai rekod Arsenal.
Liverpool cuma berjaya naik ke kedudukan ke-3 liga. Harapan untuk melihat mereka memberi saingan sengit kepada Manchester United punah di penghujung musim. Newcastle United, naib juara di bawah Kevin Keegan dilihat lebih berpotensi menggugat Red Devils.
Spice Boys
Spice Girls ialah kumpulan muzik pop paling popular di Britain ketika itu. Spice Boys pula ialah kumpulan pemain bolasepak Liverpool yang segak dengan sut Armani tetapi hancur bila menyarung jersi Liverpool.
Stan Collymore, Robbie Fowler, Steve McManaman, Jamie Redknapp dan David James sepatutnya adalah nama-nama pemain bolasepak yang menggerunkan. Tetapi mereka lebih sinonim dengan sindiran Spice Boys, terima kasih kepada Lad Culture yang menular di Anfield.
Trofi EPL sekali lagi ke Old Trafford, salah satu tenaga penyumbang utama ialah Babyface Assassin bernama Ole Gunnar Solksjaer dan tenaga muda anak watan bernama David Beckham.
Musim 1996/97 terbukti merupakan satu lagi episod kekecewaan buat Liverpool. Mengganas di awal musim tapi layu di penghujung. Mereka jatuh ke-4 dalam liga.
Kevin Keegan membawa Newcastle United kekal naib juara, manakala Arsenal tempat ke-3 hasil pimpinan pendatang baru EPL, Arsene Wenger.
Kejayaan Alex Ferguson mempertahankan mahkota EPL bermakna kejuaraan liga ke-11 buat Manchester United. Red Devils sudah mendahului Arsenal dan hanya 7 kejuaraan lagi sebelum menyamai rekod Liverpool.
Arsene Who?
Ketibaan Arsene Wenger pada musim 1996/97 disambut dengan tajuk berita “Arsene Who?”. Musim 1997/98 komuniti bolasepak England mula mengenali siapa sebenarnya Arsene Wenger.
Arsenal muncul seperti Blackburn Rovers sebelum ini untuk memecahkan dominasi Manchester United buat seketika. Biar ketinggalan jauh di awal musim, The Gunners bangkit dengan kemenangan 1-0 di Old Trafford pertengahan Mac dan menjelang April muncul juara EPL. Ianya kejuaraan liga ke-11 buat Arsenal.
Manchester United muncul naib juara, hanya 1 mata membezakan mereka dengan Arsenal. Liverpool naik semula ke tangga ke-3, tetapi perbezaan 12 mata dengan Manchester United membuktikan Anfield masih lagi terperangkap dalam era Spice Boys mereka.
Treble Di Old Trafford, Trouble Di Anfield
1998/99 adalah musim yang lebih baik dilupakan saja oleh para Kopites. Manchester United bangkit kembali untuk merampas takhta EPL dari Arsenal dan mereka juga turut menjulang FA Cup dan Champions League, mencipta rekod sebagai kelab England pertama mencatat treble sedemikian. Oh, mereka juga dinobatkan kelab paling kaya di dunia ketika itu.
Liverpool yang buat sekian lama berusaha mencabar dominasi Red Devils kali ini mendapati prestasi mereka merudum lebih teruk lagi. Roy Evans mengundurkan diri awal musim selepas gagal bekerjasama dengan rakan pengurus baru, Gerard Houllier. Kucar-kacir ini memporak-perandakan Anfield dan menjelang penghujung musim, Liverpool berada di bawah Manchester United, Arsenal, Chelsea, Leeds United, West Ham United dan Aston Villa untuk menghuni tangga ke-7.
Manchester United kini memiliki 12 kejuaraan liga pada penghujung Milenium ke-2. Namun sedikit tidak terlintas dalam pemikiran kelompok The Reds bahawa Red Devils akan menyamai rekod mereka dalam tempoh 10 tahun berikutnya.
Juara Milenium
Bolasepak memasuki milenium baru dan Ferguson memastikan dominasi Manchester United berkekalan. Old Trafford kekal menjadi kiblat trofi EPL dengan kejuaraan liga dipertahankan untuk musim 1999/2000.
Manchester United menjuarai liga dengan kelebihan 18 mata berbanding naib juara Arsenal, yang di bawah kendalian Wenger sudah mula menampakkan potensi untuk memecah dominasi Red Devils. Leeds United menduduki tempat ke-3, 22 mata di belakang United.
Di Anfield, pengambil alihan pengurusan oleh Houllier mula menampakkan sedikit harapan buat Liverpool. Houllier membawa masuk pemain-pemain dari benua Eropah dan merombak skuad asal yang dibina oleh Roy Evans. Hasilnya mereka memperbaiki kedudukan mereka untuk naik semula ke posisi ke-4 liga, biarpun sejumlah 24 mata menjadi jurang antara Liverpool dan Manchester United.
Melengkapkan Hat-trick Di Old Trafford, Mickey Mouse Di Anfield
Musim 2000/01 menyaksikan Manchester United mencipta satu lagi rekod baru, muncul sebagai salah satu kelab England yang berjaya mengekalkan kejuaraan liga selama 3 musim berturut-turut. Alex Ferguson mencatat rekod peribadi beliau tersendiri, muncul pengurus pertama yang kekal bersama satu pasukan dalam melengkapkan pencapaian hat-trick mereka. Kini hanya 4 kejuaraan liga sahaja memisahkan Manchester United dan Liverpool.
Manakala di Anfield, kejayaan Ferguson dan Manchester United diperkecilkan oleh Kopites yang berbangga dengan apa yang digelar musim terbaik mereka sejak sekian lama. Liverpool muncul juara UEFA Cup, FA Cup dan League Cup. Sebagai balasan, propaganda yang keluar dari Manchester United ialah Liverpool telah berjaya mencapai Mickey Mouse Treble, sebagai perbandingan hina dengan Treble yang dicipta Manchester United ketika musim 1998/99.
Wenger dan Arsenal sekali lagi terpaksa berpuas hati sebagai naib juara liga, sementara Houllier mula memberi sinar kepada Liverpool dengan naik setapak lagi ke tangga ke-3 liga.
Suria Terbit Di Anfield
Liverpool buat pertama kalinya di atas Manchester United sejak bermulanya era EPL, bila mereka menduduki posisi ke-2 liga pada musim 2001/02 sementara Manchester United tempat ke-3.
Buat entah berapa kali harapan kembali bersinar di Anfield. Mickey Mouse Treble musim lepasnya dan mengatasi Manchester United kemudiannya. Pastinya musim depan menjanjikan kejuaraan liga buat Liverpool?
Arsenal muncul juara musim 2001/02, setelah 3 musim berikutnya berhempas pulas cuba merampas mahkota liga dari Manchester United.
Tapi Panas Yang Disangka Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengah Hari
Alex Ferguson jelas mempunyai kelebihan berbanding mana-mana pesaingnya yang pernah menghuni Anfield. Pertama, Ferguson mempunyai dana yang cukup untuk memperkuatkan skuad Red Devils. Kedua, Ferguson mempunyai deria yang baik untuk membuat pembelian yang bijak.
Rio Ferdinand dibawa masuk dengan nilai GBP29 juta dari Leeds United, yang ketika itu sedang menuju ambang kehancuran. Dan hanya dengan satu pembelian berprofil tinggi, Red Devils kembali muncul juara liga buat musim 2002/03, menafikan Arsenal yang muncul naib juara.
Liverpool kembali mencatat keputusan mengecewakan, jatuh tangga ke-5. Saat ini Manchester United sudah merangkul 15 kejuaraan liga, hanya 3 lagi untuk menyamai rekod Liverpool.
London Calling
Macam lagu The Clash. Untuk 3 musim berikutnya, trofi EPL kekal dalam kota London.
Transformasi Wenger dalam Arsenal menuju kemuncaknya pada musim 2003/04. The Gunners berubah menjadi The Invincibles, menang 26, seri 12 dan tidak kalah satu perlawanan pun untuk muncul juara liga.
Chelsea pula beralih ke era baru. Roman Abramovich muncul sebagai pemilik baru kelab ketika musim 2003/04. Musim berikutnya Abramovich membawa masuk Jose Mourinho, The Special One yang membawa Chelsea kepada kejuaraan liga 2 musim berturut pada 2004/05 dan 2005/06.
Di Anfield, Gerard Houllier mengundur diri pada 2004 dan tempat beliau diambil alih oleh Rafael Benitez. Liverpool muncul juara Champions League pada 2005 dan sekali lagi bibit-bibit harapan muncul di Anfield.
Manakala di Old Trafford, kemerosotan 3 musim digunakan Ferguson untuk merencana masa depan Manchester United. Cristiano Ronaldo dibawa masuk pada 2003 dengan harga hanya GBP12 juta. Wayne Rooney pula dibeli pada 2004 dengan harga GBP27 juta. Tidak ada siapa pun menyangka pada masa itu dua pemain muda ini akan memberi impak maksima beberapa tahun kemudian.
Mati Hidup Kembali
Macam lagu Butterfingers. Musim 2006/07 Manchester United merampas kejuaraan liga dari Chelsea. Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney mula menampakkan pulangan hasil pelaburan, masing-masing menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan pada musim tersebut.
Di Anfield, harapan yang dibawa oleh Benitez dengan trofi Champions League tahun 2005 masih belum menampakkan hasil. Biar Liverpool menduduki posisi ke-3 liga, mereka ketinggalan sejumlah 21 mata di belakang Red Devils yang menjulang kejuaraan liga ke-16 mereka.
Red Devils & The Blues
Musim 2007/08 menyaksikan persaingan di antara Manchester United, yang sedang berada di kemuncak, dengan Chelsea, yang di dalam krisis akibat pemergian Jose Mourinho.
Red Devils muncul juara liga buat kali ke-17 mengatasi The Blues yang hanya berpuas hati sebagai naib juara. Dalam arena Champions League, Red Devils sekali lagi menundukkan The Blues pada saingan akhir di Moscow selepas John Terry terpijak kulit pisang, khabarnya.
Liverpool menamatkan saingan liga di posisi ke-4. Kini Manchester United sudah memiliki 17 kejuaraan liga berbanding 18 milik Liverpool. Sama ada musim depan Red Devils bakal menyamai rekod, semuanya terpulang kepada The Reds sendiri.
Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul
Musim 2008/09 adalah ‘do or die mission’ buat Liverpool. Rekod sejarah yang mereka banggakan selama ini bakal ternoda jika mereka gagal menghalang serangan gencar Red Devils.
Ogos 2008 menyaksikan Liverpool mendahului Manchester United. Menang 2 dan seri 1 dari 3 perlawanan meletakkan mereka selesa dengan 7 mata. Manchester United pula cuma bermain 2 perlawanan, seri dengan Newcastle United dan menang ke atas Portsmouth untuk mengutip 4 mata.
September 2008, Liverpool menewaskan Manchester United di Anfield 2-1. Mereka kemudian seri dengan Stoke City dan menang ke atas Everton. Manchester United pula seri dengan Chelsea selepas kekalahan di Anfield, kemudian menang ke atas Bolton Wanderers. Liverpool 14 mata, Manchester United 8.
Oktober 2008 Liverpool menang semua 4 perlawanan mereka bulan itu dan kekal pendahulu liga dengan 26 mata. Manchester United menang 3 dan seri 1 untuk mengutip 18 mata di penghujung Oktober. Lapan mata memisahkan mereka.
November 2008 menjelang tiba, Liverpool tunduk pada Tottenham Hotspur. Mereka menang 2 perlawanan berikutnya sebelum seri tanpa jaringan dengan Fulham. Manchester United pula menang 3, seri 1 dan kalah kepada Arsenal sepanjang November. Liverpool 33 mata, Manchester United 28 mata, tinggal 5 perbezaan mata.
Bulan terakhir tahun 2008, Disember padat seperti biasa dengan perlawanan, Krismas dan Boxing Day. Dari 6 perlawanan Liverpool menang 3 dan seri 3 untuk mengutip 12 mata dan menjadikan pungutan mata setakat ini sebanyak 45. Manchester United pula menang 3 dan seri 1 dari 4 perlawanan, sibuk dengan kejuaraan kelab dunia, menjadikan kutipan mata mereka 38.
Januari 2009 menyaksikan Manchester United bermain 4 perlawanan dan menang kesemuanya. Liverpool pula sekadar 3 perlawanan, semuanya berakhir dengan seri. Manchester United 50, Liverpool 48. Dalam tempoh sebulan kelebihan 7 mata Liverpool telah diatasi.
Rafael Benitez, “18 kejuaraan liga dan itu ialah FAKTA”.
Februari 2009, Manchester United meneruskan kecemerlangan, 4 perlawanan dan menang semuanya sekali lagi. Liverpool pula menang 2, seri 1 dan kalah kepada Middlesbrough 2-0. Manchester United 62, Liverpool 55. Kini Manchester United pula mendahului dengan 7 mata. Apa sudah jadi?
Rafael Benitez, “18 kejuaraan liga dan itu ialah FAKTA”.
Bulan Mac membuka tirai, Liverpool menang semua 3 perlawanan, paling manis menundukkan Manchester United 1-4 di Old Trafford. Manchester United cuma menang 1, mereka juga tewas kepada Fulham 0-2 selain dari kekalahan pada Liverpool. Manchester United 65, Liverpool 64.
Rafael Benitez, “18 kejuaraan liga dan itu ialah FAKTA”. Sambil menarik nafas lega.
April, Manchester United menemui kegemilangan, menang semua 4 perlawanan. Liverpool cuma menang 3, mereka diikat 4-4 oleh Arsenal di Anfield. Manchester United 77, Liverpool 74.
Rafael Benitez terdiam.
Bulan Mei 2009, EPL bakal melabuhkan tirai. Liverpool telah bermain 34 perlawanan dan cuma berbaki 4 sahaja lagi. Tapi Manchester United masih berbaki 5 perlawanan dan mendahului dengan 3 mata.
Liverpool menang semua perlawanan terakhir mereka untuk menamatkan kempen dengan 86 mata. Manchester United menewaskan Middlesbrough 0-2, Manchester City 2-0, Wigan Athletic 1-2, seri dengan Arsenal 0-0 kemudian menang ke atas Hull City 0-1. Red Devils muncul juara liga dengan 90 mata, kejuaraan liga ke-18 mereka.
Peminat Red Devils, “18 kejuaran liga dan itu juga, ialah FAKTA”.
Alex Ferguson, lelaki dari Aberdeen yang pernah dikenali dengan jolokan Furious Fergie telah mencapai matlamatnya, “to knock Liverpool off their fucking perch”.
(Esok: Epilog artikel ini dan prebiu Liverpool lawan Chelsea)
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
104 Ulasan:
1st
2nd!!
:P
marketing terbaek man utd ialah menawan asia - khususnya di china dan hong kong .
spekulasi Posh spice and abg beck mem_brand_kan lagi jenama Man Utd. menjelang akhir dekad
90an Populariti Man Utd mendadak.dan Menguasai Asia keseluruhannya termasuk arab dan timor laste .
concernnye Lucius ngan sejarah Liverpool.thanks.
aku tunggu apa epilognye esok...
peh smart abes lucius, padat, jitu, flow pon lancar..Lu memang the best..
baca baris pertama pun tau Lucy yg tulis hehe...
patut kerja dengan FAM Lucy ni...
Tapi mana lawak Hasbullah Awang? lama tak dengar.
sixth!
That's why Liverpool fans are the best in the world!
Walaupun 20 tahun mendahagakan kejuaraan liga, Liverpool tetap salah sebuah kelab yang terbaik di dunia. Dalam 20 tahun tu jugak la, pelbagai sejarah pahit manis yang berjaya ditempuhi oleh Liverpool, dan itulah yang menjadikan kelab ini begitu istimewa...
Fans yang hanya berdiri teguh dibelakang pasukan mereka hanya sewaktu mereka gemilang, bukanlah penyokong2 Liverpool...
YNWA!
p/s: thanks for the history lesson!
artikel yg mantap.
lucy, you are the greatest journalist of the year.
baca opening pun aku tau ini lucy yg tulis. penulis lain harus belajar dari lucy.
sejak tahun 90 kan..tahun aku lahir tu...badi hahaha...slagi aku hidup kot live xleh mng...
hanuman - hahahahahahahaha..jinx!
badi boleh ilang kalau kau kawen.amacam?
menarik tertarik kau memang da bomb..x saba tunggu cerpen kisah klasik untuk masa depan (tjk album band mne ntah) tengtang chelsea vs libepul..hahaha..
aku syak kau nerd la lucy
belia - album sheila on 7 :)
lama dah tu...
ko nih menulis mengalahkan budak man u ngan liverpool dah ni
Gua terkesima. Odyssey EPL akan lebih berwarna jika Mourinho ke Anfield musim hadapan.
Standard Chartered,Mourinho & Liverpool. Kumpulan nama yg takkan ripuh. Amcam dingin? Ripuh tak?
haha nak tergelak gua baca komen geng liverpool yg masih perasan best..
kalo tgk artikel lucy, dia menyentuh knp rekod 18 title liverpool lebur di tangan man u dlm tempoh 24 tahun ferguson di old trafford?
dari hanya 7 title sebelum fergie, man u kini melonjak 18 title. oh 19 jika mereka menang musim ini...
fan liverpool mmg setia, but ur bragging of history and ur exclusive right sitting on the fucking perch sgt menjengkelkan...
ur proud of ur history, from the 80s backward. but none of u dare to state here, why oh why during the 90s and 2000s, u failed to even notch a single league title?
jawab, kopites sekalian?
mantop!
padat,padu,jitu,terbaek!
Rilek le P.O.V... ish ish ish....
terbaik la....puas hati baca pjg2 mcm ni..
geng liverpool x sedar diri lg nmpaknya..
gua tak mau rilek, gua bosan dgr citer liverpool best sbb menang european cup zaman tok kadok, sbb menang byk league zaman bebudak kat sini semua masih sekolah rendah atau hisap nenen...
gua nak dgr mulut geng liverpool sendiri berhujah kenapa gagal sepanjang 20 tahun lepas dlm menang liga, tanpa korang merujuk pada sejarah zaman dinasour korang
lucy memang hebat. genius. selepas ni harap pengurusan sokernet bekalkan majalah 442 kepada semua pengulas.
Aku rasa kan lucius peminat-peminat baru Manchester United dan Liverpool pun tak tahu sejarah kelab mereka sendiri melebihi apa yang ko tahu ni,hehehe..ni baru peminat bola sepak sejati!!
terima kasih lucy, sekarang budak-budak menyalak kuat baru tahu sejarah.
aku tanya kapten sebelum roy keane pun dorang tak kenal, fans konon. kecoh je lebih bila kalah.
P O V
guwa nak balik ..ahh gi salon ,, ada amoi menunggu
sok aku jwb !! .
kenapa nak di kaitkan Liverpool dan fans Liverpool yg hanya menyokong dari jauh? dan aku bukan hanya berdiri di belakang Liverpool ketika mereka menang. TETAPI, ketika mereka kalah, seri dan malahan kalah dan mungkin juga tercicir ke Coca-Cola Championship. it doesnt matter. kenapa nak rasa bersalah ke atas sejarah? kenapa fans kelab lain yg panas hati? kenapa? tidak terdetik nak bermusuh dgn mana2 fans kelab lain. its football. maybe our luck its already over. but still, it doesnt matter. cherio. ;))
-YNWA.
POV: dah takde nasib nak menang, nak wat camne. dah cuba mati-matian tapi tak jugak menang, nak wat camne kan.
apapun, aku still sokong Liverpool. kenapa? sebab aku suka Liverpool. itu saje. ok?
yeah. aku pun suka Liverpool. ;))
-YNWA.
Gua suka Pamela Anderson dan Liverpool.
motif tiba2 naik Pamela Anderson? hahaha.
-YNWA
Ala Shank, biar la dia emo panjang2...muahaha
POV - your statement based on your emotion.No point to answer you.
Simple answer, kami mmg tak menang league since 20 years ago.Reason?Sebab kami tak boleh nak compete with Big 4 especially Man U, hate to say this but this is the truth.And its same as what've you gone thru 20 fucking years ago.Can you compete with us?Hell no.
Dan sekarang, can Liverpool compete with Man U, Chelsea?Hell no.being rational and being emo are 2 different bloody things.Now im being rational for your question.semua fans will proud with their history, same goes to other fans.Jangan refer Liverpool menang European cup zaman tok kadok, CL we're champion in 2005.Pahit ke korang ngadap Liverpool as the most successful English club with 18 league titles,5 european cup?
If its happen Man u win the title this season, records breaking.Guys, c'mon...semua orang bangga dengan team mereka.Takyah nak persoalkan kenapa tak menang title for 20 years or kenapa souness tak suka sirap limau.What would you answer if i ask u, kenapa Man U kalah 4-1 ngan Liverpool kat OT eh?Do you have any bloody exact answer for that?any good shit excuses you can give anyway?
football mate...football.
Kerana Liverpool dan Pamela adalah legend.
begitu juga The Beetles. ;))
ops ralat. *The Beatles.
Pak kordi, lu banyak stuff pamela?
Lucy:
Komprehensif.
The rest:
Teruskan berdebat.
terbaik jarr..
masing2 bangga dgn team yg mereka sokong. history team mereka. time lwn mesti ada menang ada kalah ada seri. adat.
tp klu bangga pasal ada mamat hensem main dalam team tu aku tak tau la nak cakap pe. tu poser namanya.
football mate.. football.. ~pnjm ayt lu jp jarr. hehe
lucy lawless, kat perenggan "Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul" tu ko ade tercampur aduk tahun 2009 ngan 2010 sikit. lain drpd tu artikel ni memang hensem. rajin betul ko ye.
marvelous lucy!
ini artikel yg paling ngam skali (stakat ini)!!
Setuju dengan Jarr....football mate football...
hebat atau tak team tu tak bergantung pada kemenangan liga je.
Terima kasih The Charlatans KL, aku dah betulkan kesilapan tahun tu. Susah kalau tak ada penyunting ni...
opis aku kat department editorial ramai copy editor cun cun kalau kau nak pinjam lucy..mau?
Lu Jarr kalau nak membodek supaya menang Ahad ni pun janganlah sampai memperdagangkan kaum Hawa :D
lucius kalau bagi..mmg boleh sentap. keh keh keh..nak buat macam mana.memang musim yang teruk untuk liverpool.
tahan jek lah telinga tu!. :D
owh baiklah..lain kali gua tak offer terang-terangan.Gua pakai kias kias jer. Banyak mata mata memerhatikan lately. :D
to all liverpool fan, read between the lines!
Lucy oh lucy.... aku nak tergelak pun ada! nampak sangat hg lucy terdesak ni hahaha....
korang semua peminat liverpool tak nampak lagi ka??
ini semua MIND GAMES lucy tau dak??? MIND GAMES!!
silap la nak lawan PERMANIAN MINDA dgn anak didik pak Alex hahaa...
tujuan lucy tulih sejarah panjang2 pasal kemenangan manyoo dapat title 18 kali la, Liverpool asyik kalah la, manyoo nak pintas rekod kejuaraan liverpool la, bla bla... ini semua nak bakar korang peminat liverpool supaya relakan kekalahan team korang di tangan chelsea supaya chelsea dapat menang title tahun ni....
it wont work on us, lucy, sorry! it wont work on Gerrard, Kuyt and the liverpool team too...
to lucy, dream on!
eh silap, PERMAINAN MINDA, permanian pulakk... itu menda lain, huahuaaa!
Artikel ni pasal apa yek?...hoho..nyway, Liverpool tetap the best team in the world!
YNWA!
Pipi, tak de dah.
yang kat atas ada cerita pasal editorial cun tu sila lalui proses yang formal ya yakni sesi interviu bersama aku terlebih dahulu. setelah ditapis dan dikenalpasti mana yang layak barulah diserahkan kepada Lucius untuk tindakan selanjutnya.
terima kasih.
Aimantakkisahpon, hang nak merasa pelempang Mandailing?
hahaha.... tengok lucy emo, rileks la bro.
aku dok baca komen2 semua orang, tak nampak yg boleh baca hg punya permanian, eh permainan minda ni, so aku bagitau la....
hahahahaha.... lucy marah lucy marah!
ps: komen aku tak kena ban kan kalau lucy marah? blog sokernet dmokratik kan?
aiman - ko sorang la paham mind games."to all liverpool fans, read between the lines".dorang tau how to read between the lines, takyah nak excited sgt pasal mind games.Define me mind games aiman.
nazri - nanti pihak saya akan email details kepada Lucius dan terpulang pada pihak Nazri utk menginterviu dan membuat pemilihan berperingkat sesuai dengan kriteria yg ditetapkan.segala consequences sepanjang bekerja dibawah pihak tuan adalah diluar tanggungjawab kami.
terima kasih.
jarr: aikk, terasa ka? ambik la kalau terasa... dah paham dari awal2 baguih la. I am not excited neither thinking that i knows better than u all guys...
what made me dare saying this entry is purely lucy's mind game to rile liverpool fans up was that lucy indeed had put such an effort to write the history of both teams manyoo and liverpool dated long before the EPL, telling every accounts possible about they animosity, about manyoo domination finally able to beat liverpool record, and knock them off the perch, and why this historyladen entry only posted today, and not last week, last month, or early this 2009/2010 season; all these vindicate what i thought its purely mind games.
and yet nobody care to point this out, even u jarr... to quote you: footbal, mate footbal... and football is sooo dull without mind games... am i right? e
dan macam biasa ayat aku, rileks la bro!
kita kawan2 takmo lawan... kita pengyu bak kata xpdc
nape sakit ati sgt dengan fan liverpool nih..?adess..
gila babi epilog....... mukadimah penuh history
shankly sebak tak baca sejarah DOWNFALL kelab dia?
LOL
kamon Chelsea...... kamannnnnnnnnnnnn
bila la sunderland nak dapat 18 title gak..huk! huk!
nice la lucy..
next!!
lupe..
sooo history..............
aku klimaks bila baca post nih....tak pasal kena mandi!!!
senang gile ko klimaks...pegi bikinla dulu sebelum kawin nnti...
hai lucy!hai jarr!
hebat btl korang sejarah bolasepak kn?
sejarah time skolah dl dpt gred bpe? ngeh.
mst pak alex, pak benitez, pak wenger bangga gn korang kn? hehehe..
Allahyarham Tun Abdul Rahman gak yg sedih kalo dia berpeluang baca ni..
no offense ok...i love to read it..it's good to know how good ur team actually...
~MU is my love forever~
jawapan jarr kepada p.o.v memang mantap la. aku rasa jarr boleh jadi penulis kat sokernet suatu hari nanti.
football mate.. football..
jawapan jarr pada pov:
dua para yg pertama: rational
last para: dah bertukar jadi emo, tambah2 bila jarr said to pov "What would you answer if i ask u, kenapa Man U kalah 4-1 ngan Liverpool kat OT eh? Do you have any bloody exact answer for that? any good shit excuses you can give anyway?"
just a reminder, i am not pov friend, neither do i agree with his commment, but my respond to jarr:
jgn jawap komen emo dgn menjadi emo jugak.
no point keep bragging all year long and for many years to come about manyoo lost to lvpool 1-4 last season, but the fact is liverpool still fail to win title at least once for the last 20 years.... tu aku kata, jawapan 2 para yg pertama dah best dah, alih2 jadi emo plak bila 3rd para....
sekali lagi ayat aku: rileks la bro...
Mr. L Maximus writing as always, full of wits and good to read.
Same like Mr. Pipi on his blog.
Well done Malaysian writer/blogger...bangga gua ada penulis macam korang, menulis apa yg org enjoy baca.
tak ketinggalan ada juga yg teruja dan semacam pintar dapat baca ni semua mind games
macam Gerrard semua akan log in sokernet ni , baca dan emosi
tergelak sinis
muslimeen united da tukar baju. baru gua perasan.
panjang betul...
http://rabunmerah.blogspot.com/
perghh.. puas aku baca.. aku baca dr url sokernet sampaila komen terakhir sebelum komen aku ni. ..
buat bro Lucy.. ni memang entri terbaik dari ladang.. salute!
GGMU!
67th...hahaha
pipi lu nyampok psl stuff pamela jek??cet..
gua target mourinho join spurs..
keh2
terbaik!
bagi fan liverpool, ini musim yg tidak best utk dikenang.
maka takdak cara lain lagi utk layak ke europe melainkan dapat 4th place in the EPL.
Selamat kalahkan chelsea ahad ni wahai liverpool, kami fan manyoo menyokong penuh misi anda, huahua...!!!
DIEGO, whoa oh oh, DIEGO whoa oh oh
He comes from Uruguay
He made the scousers cry
DIEGO, whoa oh oh, DIEGO whoa oh oh
He comes from Uruguay
He made the scousers cry
Repeat endlessly until you can't laugh anymore. Long live Rafa!!!
kehkehkeh
Fulham sekali lagi bikin fantasi jadi realiti (macam AF le plak??) dengan mengalahkan Hamburg 2-1 untuk mara ke final Europa, menjadi satu2 wakil kelab EPL di Kejohanan Eropah musim nie..
Intro, Klimaks sume best, harap Ending tak jadi macam Middlesbrough..Good Luck kelab London!!
Chelsea-Double
Fulham-Europa
Spurs-4th place
Arsenal-emm.....
terbaek artikel ni. tanpa sebarang bias, this is the fact. setiap empayar ada jatuh bangun dia. setiap yg di atas...ttp akan jatuh kembali (termasuk lah Man Utd).
GGMU
liverpool out of europa!!!!!hahahahaha...shankly the gay boy sure malu sebab satu2nya cup yang diorang dapat tahun ni adalah cup yang diorang buat untuk minum air kat rumah!!!hahahaha!!!!terbaik dari ladang konon...kandang babi adela...hahahaha....
akuhensem : that is very offensive..kalau yer nak sebut pun just guna oink oink sudahlah.. ;D
well, memang musim yang paling buruk dalam sejarah liverpool. terimalah hakikat SUPPORTERS THE REDS..
:(
Demm !!
Anna Liyana,
Saya harap awak maksudkan Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Almarhum bukannya Allahyarham kerana merujuk Tunku sebagai putera Sultan Kedah. Dan gelaran Tunku yang ada pada nama beliau mendahului darjah kebesaran Tun.
cik anna kan kitorg dah pesan, abg lucy jgn dijolok kan dah kena sengat
Aiman :) - anda harus baca komen aku dengan intonasi yg rileks seperti seorang english sedang berborak dengan sahabatnya.Words bloody dan F word dah jadi mcm middle name.Honestly aku sedikit pon tidak emo dlm menjawab POV.You're totally wrong.
Aku tak bragging pasal Liverpool menang ngan Man U.Utk apa?Buleh orgasm?Itu utk sekadar contoh soalan sama seperti orang tanya kenapa Liverpool tak menang liga for 20 years.So issue emo tak timbul kalau kau baca dengan hati yg penuh dengan satira sama seperti blog sokernet neh.
:) rileks bro, jangan cepat jump into conclusion.kat sini ada bermcm jenis orang yg berkomen.kalau kau boleh paham cara aku berkomen then you'll know what i mean.Tak caya cer tanya Pong :D.
p/s:"akuhensem" , kandang khinzir la pakai, jangan vulgar sangat :D. Ini yg dinamakan menang tapi kalah, Liverpool alpa diminit minit terakhir,sekali lagi Forlan menjadi heartbreak kid.Aggregat 2-2, kalah away goal.Thanks.
Another English team kalah dengan away goal system...pity.
gerakan minit ke 24 tu cantik...kalau Kyut berjaya menolak masuk bola tu, memang classic gol tu.
its ok. Theres always next season hahaha...
now you know how it feels like to be a united fan losing on away goals.
terharu aku membaca epic citer sejarah club2 ini.
mana supporter liverpool? itu hari man utd kalah away gol ngan bayern, bukan main menyalak lagi.. skrang, amik ubat!! terus senyap semua.. hahahahaah..
mari lah kita semua mengharapkan fulham juara europa. untuk collect coefficient points buat england jugak kan. fans liverpool mungkin merasa seperti apa yg dirasakan oleh fans united dan barcelona sebelum ni. mereka out of competition selepas menang home. tapi takpe fans liverpool, tahun depan you all europa lagi, so ada chance nak balas dendam. never let the spirit die
ni fans liverpool duk ada sini..kalau nak menyalak mcm tu hari, menyalak la.mana ade fans liverpool penah senyap hatta kalah sekali pun. rilek aje menghadapi kekalahan...
football mate....football. :P
liverpool out (jauh gak pegi tu...)
mcm biasalah... bagi gol last2 minute...
liverpool agak gembira main Europa League...
tahun depan nak main sini lagi...
liverpool bagi can sama team lain rasa main UCL plak..
(jgn x qualify ke group stages)
cehhh...kunun rilekslah tu,dlm hati dh berbara..hahahah...english sgtlh tu kunun..kalau bloody n F word dh jd middle name ko,kandang babi pun buleh jd last name liverpool..what the fishhh..
best la cerita hang bikin ni lucy..best history..terbaik woooo..
tahniahla mr lucy..
"gua" emo :D
Lucy..aku lantakkan ape orang nak kate, tapi entri2 ko memang pueh membaca, salah atau tidak, kemudian aku cakap. Ko memang da bomb la...tapi aku perasan, ko ni macam Jose Mourinho....jarang-jarang ko sentuh Man utd dengan melampau...ade ko usik tapi sikit...ala2 Jose ngan Furious Fergie..lepas game Porto v Man Utd...jarang2 dia usik Pak Alex...anyway, keep on the good writing.
ghua benci aiman .
Lucy.. mmg mcm cerpen laa...
keep on trying.
-YNWA.
oh ye, maksud aku bloody dan F word tu middle name bukan aku lah...mereka ok, mereka.aku melayu tulen bang...awwww.
jom gi as-syakirin...
Lucy. Excellent article. Knowledge ko better dari sesetengah fan United yang glory hunter jugak. Hakhakhak.
10/10.
Patut ko elaborate la sket pasal kelab faveret ko Chelsea tu. Dari zaman Ranieri pun ok dah. Nak best lagi .. letak dari zaman Gullit. Hehehe.
ada jugak yang analisis komen orang rather than the entry.
fans man u memang macam tu ke jarr?
keh keh keh.
terbaekk dari ladangg laa lucy..
sesape yang poser2 tu sila amik pen dan kertas dan catit ape yang lucy ni tulis..
kalo ngaku sokong man utd tp setakat kenal cristiano ronaldo, sila campak diri anda ke longkang yerr..
oopss.. sesape terase jgn mara yerr..
agak2 elton john sokong MU kot....
bro nk pinjam artikel letak kat blog wa bleh tak..
panas ah camnie..
skang nie aku tgk ramai penyokong chelsea yg glory hunter jep.
aku cuma harap, itv tak keluarkan DVD highlight season 2009/10 untuk LFC tahun ni, supaya aku tak rasa bersalah untuk tidak memilikinya..
ohh tidakkkkkkk.......!!!!!
a season of hell for me, and for the other Liverpool FC fans out there.
Catat Ulasan