ANDA SEDANG MEMBACA

71

Italian Blues

LuciusMaximus Khamis, April 22, 2010 , ,
Dua bekas pengurus Chelsea bertarung nyawa di Itali. Sokernet ada ceritanya.


The Tinkerman, lebih bergaya dari Rafa Benitez

The Tinkerman

The Tinkerman memulakan karier pengurusan bersama Chelsea pada tahun 2000, di era pasca-Renaissance (Gullit, Viali dan Zola) dan pra-Abramovich. Karier beliau bertahan untuk semusim di bawah Roman Abramovich, tetapi ketandusan sebarang trofi pada musim pertama era Abramovich membunuh karier pengurusan Ranieri.

Tempat beliau diganti pada Jun 2004 oleh Jose Mourinho, The Special One.

Pasca Chelsea, Ranieri kembali ke kelab yang pernah diurusnya sebelum ini iaitu Valencia, mengambil tempat Rafa Benitez yang berpindah ke England untuk memporak-perandakan Liverpool. Beliau gagal meneruskan kegemilangan Valencia di bawah Benitez, sama seperti Benitez gagal memindahkan kejayaan beliau di Valencia kepada Liverpool.

Ditamatkan kontrak lebih awal, Ranieri kembali ke Itali dan ditawarkan kontrak bersama Parma yang ketika itu di ambang penyingkiran. Misi menyelamat beliau berjaya sekaligus melonjakkan nama Ranieri kembali.

Jun 2007, salah satu kelab gergasi Itali, Juventus menawarkan Ranieri jawatan pengurus. Musim pertama beliau bersama Juventus menyaksikan I Bianconeri melonjak ke tangga ke-3 Serie A musim 2007/2008. Untuk sementara waktu prospek Ranieri di dalam Serie A kelihatan agak cerah.

Hinggalah seseorang yang istimewa hadir ke Itali pada 2 Jun 2008.


The Special One, lebih segak dari Arsene Wenger


The Special One

The Special One mengundur diri secara mengejut dari Chelsea pada September 2007, setelah membantu The Blues menjulang 2 kejuaraan EPL, 1 FA Cup dan 2 League Cup.

Ketiadaan persefahaman bersama Roman Abramovich dilaporkan punca beliau mengundurkan diri. Lima bulan kemudian Mourinho menerima hadiah sebuah Ferrari dari Abramovich. Oh, The Special One.

Hakikat bahawa Mourinho menyertai Chelsea selepas Ranieri disingkirkan sudah cukup membuatkan mereka berdua tidak sebulu. Hakikat bahawa 3 tahun Mourinho bersama Chelsea menjulang 5 trofi sedangkan 4 tahun Chelsea di bawah Ranieri tanpa apa-apa juga tidak membantu.

Tidak perlulah disebut tentang Mourinho dihadiahkan Ferrari oleh si tauke minyak sedangkan Ranieri tidak mendapat hatta sebuah Perodua Viva sekali pun selepas disingkirkan dari Chelsea.

FC Internazionale Milano, ringkasnya Inter melakukan kejutan pada 2 Jun 2008 dengan melantik Jose Mourinho sebagai pengurus baru, biarpun pengurus sebelumnya Roberto Mancini membawa Inter menjuarai Serie A, 3 musim berturut-turut dan Coppa Italia untuk 2 musim berturut-turut.

Kemunculan Jose Mourinho di Itali dengan pantas menghangatkan perseteruan dengan Luciano Spalletti, pengurus AS Roma dan pastinya Claudio Ranieri, Juventus.

Harus diingat Inter menjulang Serie A 3 musim berturut-turut menafikan Roma yang hanya perlu berpuas hati sebagai naib juara untuk 3 musim tersebut. Manakala Ranieri pula melihat Mourinho sebagai lelaki Portugal yang pernah menghancurkan karier beliau di England dan kini bakal melakukan yang serupa di Itali.

Pusingan Pertama

Ranieri membuka gelanggang pada Ogos 2008 dengan menyebut Inter di bawah Mourinho sebagai ancaman terbesar Serie A. Mourinho, seperti kebiasaannya, menjawab “Ranieri mempunyai mentaliti tidak perlu menang dan dengan umur hampir mencecah 70 tahun hanya menang piala kecil-kecil sahaja, dia terlalu tua untuk mengubah mentalitinya”.

Juventus memberikan saingan kepada Inter musim 2008/09 Serie A. Roma bagaimanapun tenggelam, tidak lagi mencabar seperti 3 musim sebelumnya.

Derby d’Italia (antara Juventus dan Inter) menyaksikan mereka seri 1-1 di Turin dan Inter menang 1-0 di Milan. Pada Mac 2009 Mourinho dengan bongkak mengatakan Roma dan Juventus bakal menamatkan musim 2008/09 tanpa sebarang kejuaraan.

Menjelang 31 Mei 2009, Mourinho menjuarai Serie A pertama beliau bersama Inter (yang ke-17 buat Inter) dengan 84 mata. Juventus di tangga ke-2, 10 mata dibelakang Inter dan Ranieri dipecat atas kegagalan menyaingi pewarisnya di Chelsea dulu.

Roma? Terperosok di tangga ke-6 Serie A.

Inter vs Roma, Utara vs Selatan dan The Special One vs The Tinkerman

Apalah bolasepak Itali jika ianya bukan perseteruan antara wilayah utara yang kaya dan maju menentang wilayah selatan yang miskin dan mundur. Serie A buat sekian lamanya didominasi kelab-kelab utara seperti Juventus, Inter dan AC Milan.

Musim 2009/2010 menyaksikan Roma memulakan kempen Serie A mereka dengan langkah kiri. Kalah 2 perlawanan pertama dan tersungkur di tangga ke-20 Serie A. Rosella Sensi pantas mengangkat telefon dan menghubungi bekas pemain Roma tahun 70-an dulu.

Claudio Ranieri. The Tinkerman. Lelaki yang dibuang oleh Chelsea dan Juventus kerana hampir menjuarai EPL dan Serie A.

Pastinya tidak ada yang lebih mengujakan buat Ranieri selain dari peluang kembali ke bandar kelahirannya, Rome dan juga kelab yang disokongnya sejak kecil, AS Roma. Dan lebih menyerikan lagi, peluang kedua untuk beliau mencabar seterunya, Jose Mourinho.

Inter di awal musim 2009/10 Serie A berada di kedudukan biasa mereka, puncak klasemen. Ketika Ranieri menandatangani kontrak bersama Roma, Mourinho baru sahaja menang besar 0-4 ke atas AC Milan dalam Derby della Madonnina.

Ranieri memulakan perlawanan pertama beliau sebagai pengurus Roma dengan kemenangan ke atas Siena (1-2) disusuli kemenangan 3-1 ke atas Fiorentina. Kemudian mereka seri 2 perlawanan menentang Palermo dan Catania, diikuti menang 2-1 ke atas Napoli sebelum klah 3 perlawanan berturutan kepada Milan, Livorno dan Udinese.

Buat sementara waktu nampaknya The Tinkerman akan gagal sekali lagi. Penghujung Oktober 2009, Roma ketinggalan 14 mata di belakang Inter, yang hanya seri sekali dan kalah sekali dari 10 perlawanan setakat itu.

“Ate, kalau mike nak nengok macam mana keme mule dan di mane keme sekarang ni, macam pelik je rasenye,” jawab Il Capitano, Francesco Totti bila dihubungi Sokernet. Apa yang dikatakan kapten Roma ini memang pelik bunyinya, sebab jarang jumpa orang Itali bercakap Perak.

Tapi yang lebih pelik ialah bermula November 2009, semangat serigala Romulus dan Remus semacam meresap ke dalam Roma. Bermula dengan kemenangan ke atas Bologna 2-1, Ranieri bertandang ke San Siro untuk mengikat Mourinho dan Inter 1-1.

The Special One pada masa itu masih yakin kebangkitan Roma hanya buat sementara. Fokus Mourinho ialah gelaran treble buat Inter, Serie A, Coppa Italia dan Champions League. Menjelang tahun baru 2010, Inter masih mendahului Roma dengan kelebihan 11 mata. Berkurangan, tapi masih jauh.

Januari 2010 menyaksikan persaingan Coppa Italia memasuki peringkat suku akhir. Inter menang 3-2 ke atas Lazio tetapi Roma juga tidak mahu ketinggalan, menang tipis 1-0 ke atas Catania. Januari juga menyaksikan Roma menyamai pencapaian Inter dalam Serie A, menang 4 dan seri 1 dari 5 perlawanan bulan itu.

28 Mac 2010, Ranieri meraikan kunjungan seterunya Mourinho ke Stadio Olimpico. Hanya 4 mata membezakan Inter dan Roma pada hari tersebut. Ranieri The Tinkerman telah membawa Roma ke 20 perlawanan Serie A tanpa kalah.

Seluruh Itali dan Bandar Tun Razak, Cheras tertumpu ke Stadio Olimpico pada 28 Mac 2010. Jika Inter menang maka berakhirlah saingan Serie A. Tapi gol dari Daniele De Rossi dan Luca Toni memberikan kemenangan 2-1 buat Roma.

Buat pertama kalinya Ranieri menumpaskan Mourinho. “Inter dok rasa dah kami hembuih nafas kat leheq dia, sat lagi hang pa tengok, kami benam siung masuk leheq la,” kata Ranieri. Roma cuma satu mata di belakang Inter selepas malam luar biasa itu. Luar biasa sebab sejak bila Ranieri cakap Kedah aku pun tak tahu.

Tuntutan memburu treble dilihat mula melemahkan Inter. Mereka layak ke separuh akhir Champions League dan kemungkinan ke perlawanan akhir setelah menundukkan Barcelona 3-1 di pusingan pertama. Tetapi dalam Serie A, Inter hanya menang 2 dan seri 1 semenjak tewas kepada Roma pada 28 Mac.

Macam biasa, Mourinho pantas mendakwa ada komplot ke atas beliau dalam Serie A. Sebelum ini lagi Inter dikritik kerana menjadi kelab Itali yang bermain tanpa pemain Itali dalam kesebelasan utama. Dan Jose Mourinho pula dikenakan denda €40,000 kerana membuat isyarat tangan digari ketika menentang Sampdoria.

“Macam haram, lebih baik bercakap mengenai Champions League saja!,” getus Mourinho setelah diberitakan Francesco Totti cuma didenda €20,000 kerana isyarat thumbs down kepada penyokong Lazio minggu lepas.

Sementara itu di Rome, The Tinkerman terus menonjol dan disanjung peminat bolasepak Itali. Menentang Lazio dalam Derby della Capitale, kepakaran taktikal beliau terbukti bila mengeluarkan Francesco Totti dan Daniele De Rossi ketika Roma ketinggalan 0-1 tamat separuh masa pertama. Masuk separuh masa kedua, dua gol dari Mirko Vucinic memberi kemenangan 1-2 buat Roma dan peluang menduduki puncak klasemen dengan kelebihan 1 mata di atas Inter.

Dalam Coppa Italia pula, Inter layak ke akhir dengan agregat 2-0 ke atas Fiorentina. Lawan mereka, seperti telah disahkan malam tadi, ialah Roma yang layak dengan agregat 2-1 ke atas Udinese.

Mourinho mungkin masih ghairah memburu gelaran treble musim ini tapi Ranieri pastinya mengatur gerak menafikan kejuaraan domestik buat Inter. Roma kini mengintai peluang untuk mencapai double Serie A dan Coppa Italia.

Serie A kini berbaki 4 perlawanan. Laluan Roma ialah Sampdoria, Parma, Cagliari dan Chievo. Inter pula lebih mudah, berdepan Atalanta, Lazio, Chievo dan Siena. Tetapi di celah-celah itu ialah pusingan kedua separuh akhir menentang Barcelona.

Perlawanan akhir Coppa Italia ialah pada 5 Mei 2010. Roma mempunyai kelebihan kerana bermain di Stadio Olimpico.

Antara Ranieri dan Mourinho, siapakah di antara dua bekas pengurus Chelsea ini yang bakal menjulang Serie A dan Coppa Italia, dan hak mendabik dada pada satu sama lain?

Memang Italian Blues dibuatnya.

(Aku ucapkan terima kasih kepada Don Camarro, pengendali Blog Penyokong AS Roma atas idea dan kerjasama beliau untuk artikel ini, dengan ucapan, bila nak update blog?)

71 Ulasan:

Zinedine Zaiddin berkata...

Terbaek la artikel ni..I like it..I like it!!

Zinedine Zaiddin berkata...

Artikel yg sungguh bernas dari gaya penulisan, susunan isi2 yg sungguh cohesive..ko ada bukak kelas penulisan blog x lucy?

Aku nak join la kelas ko..haha

- nalza - berkata...

perghh.. pjg gile. aku komen dulu. nnt baru baca. hahahaa.

entry cani la terbaek.. bole mengisi masa2 lapang aku.

MOFASAD berkata...

viva selangor!!!!

ymn berkata...

mori keluar chelsea sbb x setuju dgn perlantikan org yahudi - menyibuk dlm pembelian pemain dan urusan budak budak academy.
cthnya pembelian shevcenko

ymn berkata...

dulu time study -
main game cm1 ,cm2 , cm3 selalu pilih roma .

ohh zmn itu zmn pentium 1 and II :))

Jarr berkata...

Inter akan angkat Scudetto,Coppa italia ngan Champions League.Tunggu dan lihat...

talkIZcheap! berkata...

perodua viva belum keluar lagi gamaknya time tu kot...

artikel ini membawa kepada persoalan, adakah manager Itali terkini Chelsea akan merasai blues meraih dua Piala atau terlepas semua, musim ini?

hehehe...

Jarr berkata...

Lucy rindu maurinho la Izz... :p

Raiden berkata...

bagus2 lucy, tapi tanpa ranieri bina asas team yang kukuh dengan Lampard, Terry, aku rasa memang payah Jose nak naik dulu..dua2 aku tabik..

pakkordi berkata...

Macam cerita Godfather pulak posting ni.

Don Camarro (Roma Ultra) berkata...

Tq Mr Lucy.. Salute kat ko..

p/s: sat2 lagi aku update la..

Pet Shop Boys berkata...

baca perenggan pertama je dah tau sape punya artikel...

Ini artikel berinformasi, kaya dengan ilmu pengetahuan dan komedi. ianya bertambah baik bila penulis tak marah2 macam 2-3 hari yg lepas.

Artikel sebaik ini memang tak akan berjaya ditulis oleh peminat Man U.

tapi Benitez memporak perandakan Liverpool? ye ke?
2 kali ke Final Champs League. sekali menang.
sekali juara FA Cup.
naib juara liga tahun lepas dengan mengalahkan Man U 2 kali ditempat sendiri dan ditempat lawan(ketika C Ronaldo masih bermain di Man U)

Itu satu kejayaan juga sebenarnya.

Cob Nobbler berkata...

tahun lepas bila takde wakil Itali dalam quarterfinal Champions League,semua orang cakap "tactical football is dead".Catenaccio lagi laa dah berhabuk.

One thing about Jose is,dicampak ke laut jadi mutiara,dicampak ke darat jadi emas,dicampak ke udara jadi jet Decepticon.Memang the special one.

Aku tak tau apakah kalau Jose dicampakkan ke Felda United - apakah dia boleh menang AFC Champions League,Liga Super dan Piala FA sekaligus?

The Special One.lengkap dengan karekter dan genius.

farwalis berkata...

boleh buat artikel Steve Bruce lebih pandai dari Carlo Ancelotti?

ace farhan berkata...

The special One.
tabik-tabik!

iampali berkata...

pasni nak pegi club mana la plak special one tu.harap2 balik epl blk.bosan dia xde ni

LuciusMaximus berkata...

Korang ni tak habis dengan The Special One. Penat aku highlight The Tinkerman, dari 14 mata dibelakang Inter sekarang 1 mata di depan Inter, 24 perlawanan Serie A tanpa kalah dengan bajet perbelanjaan kurang dari bajet Inter.

Macam Raiden cakap, kalau tak kerana Ranieri, Mourinho tidak mewarisi Chelsea yang kuat. Begitu juga kalau tak kerana Mancini, Mourinho tidak mewarisi Inter yang dominan.

Menjelang pertengahan Mei kita akan tahu antara Ranieri dan Mourinho, siapa yang julang Serie A dan Coppa Italia.

Kalau Ranieri menang semuanya, tak tahulah aku kalau Mourinho juga yang korang sembang kat sini.

mrlrie berkata...

AS Roma 71
Internazionale 70

Barcelona 84
Real Madrid 83

Chelsea 77
Manchester United 76

Bayern Munich 63
Schalke 04 61

*setakat 22/4/10

inilah "permainan" hiburan bolasepak europe... lagi nak abih season lagi saja2 depa bagi poen dekat... semua org teruja...huhuhuhu termasuklah aku....

Zinedine Zaiddin berkata...

Lucy:

Aku sokong ko...The Tinkerman amik 4 tahun nak bina foundation yg kukuh. Last2 mourinho datang, terus menang, kata mourinho yang power. bak kata pepatah, lembu punya susu, sapi dapat nama.

jo berkata...

celaka.
macam mana gua boleh habiskan baca satu artikel ni???
gua bukan peminat bola sepak pun. tapi memang pelik sgt pun depa bulih cakap bahasa kedah, dgn perak. hahaha,...

Oh Me berkata...

" Korang ni tak habis dengan The Special One"

Eceh. macam kenal je org yg cakap ni, hahahaha....

M. Adlail Zamiza berkata...

baguih.
ko wat aku tertarik ngn liga itali.

Ahmad Afif berkata...

padat. tersusun. plot cerita yang baik.

dia dapat fahamkan aku yang tak faham apa2 dari awalnya. teruskan usaha. selamat beramal.

aimantakkisah berkata...

entry ni aku suka. ranieri cakap kedah nak habaq hgg...! lucy mmg mantap, memang puaih hati punya!

FreeMen berkata...

aku suka entry ni. aku minat AC Milan masa zaman Shevchenko.

-YNWA.

Raiden berkata...

Ranieri nie mata tajam, pandai cari player2 bagus walupun nyorok ceruk mana pon..Cech dulu dia sambar dari Rennes harga ciput je bayar, cuma xsempat guna kena pecat lak..Jose datang terus dapat keeper world class..

Ranieri build the team, Jose make them perfect

Alke berkata...

memang mantop, sape sangke AS roma akan kejar dari belakang....sape sangke, Juventus akan terlungkup padahal kalau ikut sejarah, diorang nie biasa main to 3 je...

Satu lagi Primera, RC Mallorca bakal mencatat sejarah layak ke Champions League...mari kita doakan...

iampali berkata...

special one lebih dikenali cikaru2 berbanding tinkerman..modal borak tu

fikiranlicin berkata...

posting terbaik sepanjang zaman kerana aku peminat bolasepak Itali.

Raiden berkata...

kalo x silap aku Tinkermen nie peminat hardcore Giallorossi dari kecik, mungkin tu pasal die manage bagus skang berbanding Juve..semangat lebey sket..

kareem berkata...

lucy, lu sihat ker?

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

harap the special one mori bole balek england dan ganti pak alex... season depan nak bersara dah org tua tu... hanya mori je yg bole gantikan tempat die utk meneruskan kesinambungan kejayaan di old trafford...

GGMU...

dueng berkata...

kalau betul jose hebat sgt, apsal takleh transfer UCL winning from porto to chelsea? apa pasai? apa pasai? duit abramovic xcukup lagi ka?

kalau dua2 ni hebat, apsal roman tauk derang? apa pasai? xcukup hebat la tu. special la sgt. special dpt parking disabled la kot.

ranieri mmg bagus. sayang roman xbagi dia chance. kalau x, xperlu pun "special" one.

Dewajiwa berkata...

as usual..terbaik punya post

r.k berkata...

konklusi :
tinkerman pandai cari player untuk tapak taktikal sesuatu team .

specialone pandai guna player yang ada untuk merancana taktikal sesuatu team .

ChesterChaz berkata...

sape peminat chelsea yang rindukn mourinho sila angkat kaki.. waaa.. ramainyerrrr.. heee

boxsystem berkata...

mangifera, UCL tu lebih bergantung kepada luck.

Jadi juara 2x berturut di EPL and mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri adalah sesuatu bukan?

Kalau macam tu, orang lain pon boleh cakap .. kenapa Rafa Benitez leh menang La Liga tapi takleh menang BPL? Kenapa? Kenapa? Tak cukup berkaliber ke player2 kat Liverpool tu?

Takyah bitter sangat bro.

Credits is given where it is due. Ranieri and Mourinho sama-sama hebat. Nak manage team yang penuh dengan full ego atau nama lainnye superstars bukan senang. Nak kontrol kepala dorang bukan senang. Amek contoh Balotelli kat Inter sekarang. Macam haram je.

Jarr berkata...

Maurinho ganti Alex?wahahha...dream on.
Alex prefer English coach rather than foreigner..Alex ngan Chairman Man U koser lebeh kurang jer..kalau Alex ckp A, A la dorang ikut.;)

Pet Shop Boys berkata...

Mourinho akan ganti Benitez...percayalah cakap aku

dueng berkata...

boxsystem: ada dah sebut dalam artikel ni yang rafa gagal memindahkan kejayaan dari Valencia ke Liverpool. Did I object that? nope. Read the article carefully.

UCL is about luck? So 2 times Man U dapat pergi Final adalah luck? 2 times Liverpool boleh gi final adalah luck? 2 times Chelsea beaten di tangan Liverpool, 1 kali di tangan ManU adalah luck? if that's luck...surely Chelsea is very very very very unlucky. Did they unlucky or the managers and players just not as great?

UCL is more on luck, i have to agree at some point but also about managers tactical and players mentality. Chelsea players obviously crumble under pressure. They don't have the composure to keep their cool head and winning the game when it matter the most (bila kita cakap pasal UCL la kan).

BPL, yeah...their record is great but need to look into how big the pool of players that Chelsea have. with roman money, they could have second string players as good as any other top 5 teams in BPL. No wonder they could keep up the consistency in BPL cause winning BPL is to keep consistency of winning game or not screwing up too bad.

As for Liverpool, the pool of players is small. the second string is young players who couldn't keep their composure and winning the game. Why? Chairman support and funding to buy quality players.

Mourinho nak ganti Benitez? I wonder if he could change Liverpool luck. Given how much talented and superstar players that he has in Chelsea (not to mention owner support to buy players), he just couldn't win UCL. I wonder if he could do it with lousy support of owner at Liverpool. Let alone UCL, i wonder if he could win BPL for Liverpool.

Kamarul XY berkata...

Mangnifera,

Artikel ni pasal AS Roma.. Sudah2 lah cerita pasal Liverfool.. Cukup cukuplah oh cukup lah !!! Aduyai.. Jangan la buat aku macam ni.. Bagi la tem feveret aku (AS Roma)berada di ruang Sokernet buat sementara waktu..

boxsystem berkata...

LOL. Kalau bukan LUCK, United menang Champs League sblom ni .. ape bende eh? Memang Terry saje nak miskick eh?

The thing is about knock out comps, luck plays part bigger than tactics and whatnot. Managers could always instruct their players on how to play yet everything boils down to LUCK.

BTW, Liverpool fans slalu guna alasan second strings dorang lemah la. Padahal, Rafa Benitez yang beli player tah hape hape and it is a damn FACHT. Biggest flop, Aquilani.

Beli mahal-mahal, tapi main pun jarang-jarang. Glenn Johnson .. bayar 20m pounds tapi defend pun kantoi. Camne tu?

A team can consists of superstars, tapi blom tentu boleh menang cup. Take a good look at Real Madrid. Hampir tiap season tukar player and manager. Still takleh nak consistently challenge Barcelona. Memang lagi mudah kalau ade gifted players on your side tapi yang paling penting teamwork and understanding. This is where the manager role play its part. Bukannya kita taktau, gifted and big names ni ego dorang menggunung ..

Amek contoh Tevez, dah masuk City, leh complaint lagi pasal Mancini nye training regime. As a player, support je la, no matter whomever the manager is. Mercenaries at their best.

It is easy to pinpoint others nye mistake and flaws. Masalah ngan owner? Pompey masuk final FA Cup. Camne tu? Bermasalah gak.

Jarr berkata...

at least Glen Johnson lagi kerap score than Berbatov...aye?

boxsystem berkata...

LOL. Cheapshot ke jarr? Hahaha.

Berbatov is a flop, no doubt. But better than Keane? :P

CM berkata...

berminat menulis untuk stadiumastro.com?
mail me if you do
izad_abdullah@digitalfive.com

Jarr berkata...

Haha..i assumed most of Johnson's goals were brilliant. :p

No doubt about Keane, but he need more time to prove himself which he never get at Liverpool. agree?

:D

Kamarul XY berkata...

apa kejadah citer pasal Johnson/Keane dan sape yang lain.. citer la pasal Danelle De Rossi ke.. Korang ni, nampak sangat cetek dunia bolasepak itala.. Aduyai..

Kamarul XY berkata...

Aqualani gempak dowh masa main kat AS Roma dulu...

Jarr berkata...

kamarul, gua mengikuti jugak bolasepak itali dulu...sejak rtm dulu dulu tunjuk highlight Serie A..aku suka tgk Inter time tuh, time Pagliuca,Bergomi,Zamorano,Fresi,Vieri...pastu dah lama tak mengikuti...

Tapi Aquilani mmg gempak time Roma, cuma injury jer buat dia belum boleh tunjuk kemampuan sebenar kat Liverpool.

Shank berkata...

roma gempak masa capello (manager)
ada cafu and montella

Popo berkata...

main cm dulu roma mmg kuat sbb ade cassano,cerci,montela,totti..

tu blom def ade cafu sume lg..
best2..

Popo berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jarr berkata...

Zaman ni la best Candela, Zago,Fonseca,Abel Balbo ngan Batigol..berdentum.Seronot itu time..

Kamarul XY berkata...

dah 10 tahun roma tak menang scudetto.. harap2 season ni tahun roma..

Jarr berkata...

remaining game roma nampak agak keras..inter nampak mudah,tapi bola bolat,kekadang bujur bila tendang kuat sgt..apa pon boleh jadik..

oh ye..aku tau nape Lucy cover citer Roma minggu ni...Ancelotti pon penah jadik Kapitan Roma masa 80s..keh keh keh...:p kiddin!

talkIZcheap! berkata...

@jarr: haha!! Lucy rindu Tinkerman tu, huhu...

actually, aku rase Chelsea quite entertaining gak la time Ranieiri tu, time tu la aku kenal lampard pon...

Moyes is a better bet than Mourinho sebenarnya, aku lebih suka kalo Moyes yg ganti SAF, pasal Everton mmg dh terbukti mampu bersaing dgn player murah/reject dari big 4, dan talent akademi diorg mmg bagus2... remember Wayne Rooney? How 'bout Rodwell?

@chestercaz: aku nampak ramai yg jatuh...huhu

kenapa Chelsea tak dapat menang UCL? simple, Abramovic!! He think he knows more than he does...

talkIZcheap! berkata...

... dan sedikit pasal Roma, hidup Totti! hehe... tp Itali, aku masih memilih AC

dan semoga Inter menang UCL supaya abramovic gigit jari... hehe

Jarr berkata...

jorji ngelat tak enable comment utk entry baru...:p

City Laundry Cafe berkata...

jorji......aku terpaksa komen kat sini...hampeh.....enable!!!...

apa2 pun..jorji mmg hensem....pas aku baca post tuh..aku rasa amat bangga...terharu...bersemangat...dan rasa nk mandi.......

aku gi mandi dulu....

BanDeLa berkata...

tunggu abes game baru komen dibenarkan....kehkehkehkeh....
ramalanmu d harap benar belaka...

Raiden berkata...

talkIZcheap!, truly abramovic memang penyebab utama,tak sabar nak pecat Mou..cube pikir, SAF bape taun tunggu nak menang UCL sejak jadi manager MU?? Abramovic nie bajet die tau pasal bola, beli sheva ikut suka ati die, pastu suruh Jose latih..Special One memang tak suka ada orang kaco die wat keje, tu pasal die chow..

Berdasarkan situasi semasa, aku tak nampak Jose pasnie akan pegi Madrid, sebab diorang presiden diorang suka masuk campur urusan beli2 pemain nie..ak rase mgkin MU, Libepul atau City akan jadi destinasi dia pasnie..

talkIZcheap! berkata...

ni apehal entry baru takleh komen nie?? huk aloh la... huhu

(padahal tak tahu nk komen apa pon sebenarnye kalo enable pon, huhu....)

talkIZcheap! berkata...

oh ya, aku rase SAF dekat 6 tahun baru first menang title liga...

adijaya berkata...

hello penulis, kenapa block comment kat artikel baru tu? takkan sebab liverpool kalah malam tadi kot. liverpool dah confirm takleh masuk final la.

Jarr berkata...

adijaya - jorji tegar Man U lah :p
liverpool tak memberi apa apa kesan kepada beliau.

anyway apa yg membuatkan Liverpool confirm takleh gi final?kena 5-0 ngan Atletico eh semalam?demn...tatau plak gua result dia gitu..kecewa la gua. :)

adijaya berkata...

hahaha.. rileks jarr. aku tau jorji fanatic setan merah, that's why dia tulis pasal SAF. saje je nak pancing liverbirds, bagi panas sket.

peace jarr, peace!!

kita sama-sama team yg takde piala tahun ni. :)

Jarr berkata...

hehe...wa tau..
rilek ajer..bak kata MAMAT VILLA, "im simple but cool"...kah kah kah....

yeahh...bakarrrr.kasi tuang minyakkk...

adijaya berkata...

adoila.. mana pegi nya si mamat villa ni. menghilang tanpa berita, siap delete blog lagi. rileks rileks sudah, buat slamber mcm aimantakkisah dah la. takyah la menghilang camtu.

jarr, kalau final nanti liverpool vs fulham best jugak tu. dengar kata benitez nak beli duo-david dari valencia, betoi ka?

aimantakkisah berkata...

adijaya: "kita sama-sama team yg takde piala tahun ni?" -->statement bakar terbaik abad ini

oitt, manyoo dah ada league cup la bro, biaqpun orang kata second class, jadi la daripada yg tak konpom dpat lagi macam liverpool...

kesudahan tahun ni:
Manyoo: EPL champions dan League Cup winner
Chelsea: FA cup dan second place
Liverpool: naib juara Europe league.
Arsenal: empty, kosong, nahi, nil, illek...

yg lain sambung sendiri hahaha....

Kamarul XY berkata...

Antara pembelian terbaik Ranieri: Lampard, Gallas, Joe Cole, Makalele, Beridge, Cech dan Robben.

Bakat yang digilap Ranieri : Terry..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...