ANDA SEDANG MEMBACA

22

Tahniah Fulham , Takziah Sandarkan Pada Kenangan FC

Obefiend Weiland Jumaat, April 30, 2010
Keputusan Separuh akhir piala EUROPA

Setelah mengalahkan Hamburg semalam, pasukan dari Kota London (jiran seberang jalan Chelsea) akhirnya berjaya ke final Piala EUROPA musim ini. Orang tua-tua kata jangan percaya kepada Fairy Tale. Tapi inilah yang berlaku kepada pasukan bimbingan Roy Hodgson. Mereka berjaya mengalahkan pasukan Hamburg dengan keputusan 2-1. Walaupun bagi penyokong Chelsea Fulham ini macam adik tiri yang selalu kitorang buli, kejayaan pasukan ini ke final buat aku terasa bangga. Maca mana tak bangga bro kalau team yang on paper nampak macam cap sardin Liverbird boleh kalahkan team yang ada Ruud Van Nistelrooj a.k.a Van Horseface. Gol-gol Fulham dijaringkan oleh Zoltan Gera dan Simon Davis manakala gol Hamburg dijaringkan Mladen Petric. Tahniah buat Roy and his Rovers.



ROY - "Seb baik lu blah Liverpool Danny.. dapat gak gi final"

Sementara itu Liverpool Historical Society FC gagal ke final walaupun menang 2-1 terhadap Atletico Madrid. Liverpool gagal akibat away goal yang dijaringkan Diego "I like scoring against the Scouse" Forlan. Forlan jugalah yang menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan pertama mereka minggu lalu . Perlawanan semalam agak exciting. Jaringan Alberto Aquilani pada minit ke 44 memastikan perlawanan bersambung ke masa tambahan. Pada minit ke 95, Yossi Benayoun berjaya memberi gol pendahuluan kepada Merseyside Reds. Tetapi harapan penyokong Liverpool remuk 7 minit kemudian apabila Forlan menyudahkan hantaran Jose Antonia Reyes. Maka ranaplah peluang memenangi Piala EUROPA Liverpool walaupun merekalah pasukan favourite pertandingan ini. Nampaknya tahun ni semua team favourite kantoi.



Lucas alergi kepada bola. Forlan pula ialah klon Nando?

Secara tulus ikhlas hati sucinya aku nak Liverpool menang. Kenapa? Pasal kalau Liverpool menang something season ni at least boleh dengar cerita penglipurlara baru dari fans derang. Ini dah bertahun-tahun asik recycle cerita "kitorang menang kat CL Istanbul man!!" dan "kitorang menang liga bergaya macam dinasti Qin". Bosan bro... bosan tahap perlawanan Johor FC menentang PBDKT T-Team. Nampak gayanya The Battle of Anfield minggu ini pasti explosive. Kalau Liverpool menang, impian Chelsex Football Stars untuk memenangi piala liga sure hancur. Pada waktu yang sama Alex Ferguson akhirnya berjaya "menolak Liverpool dari tenggekkan senggama mereka".



Sobs.. takpe NEXT year WILL be our year.

Bring it on Scousers!

22 Ulasan:

Jarr berkata...

ye Obe, tiada apa lagi yg tinggal utk Liverpool.Tiada apa yg utk diperkatakan, selain telan saja kepahitan kalah kepada Atletico,sekali lagi Diego "The Heartbreak Kid" Forlan menjadi duri dlm daging.Bisa mamat ni, lagi bisa dari Kun Aguero.

Sandarkan Pada Kenangan sangat sinonim buat kami sepanjang 20 tahun ni..harap beri yg terbaik against Chelsea nanti.

YNWA

Jorji berkata...

good one obe!

Wanturd™ berkata...

away gol last minit mmg sentap. hehe

r.k berkata...

habis harapan ke eropah . kali ni memang betul-betul habis .. ohh ..

Jarr berkata...

ye r.k. punah, hancur lebur,berderai kebabo,gelap masa depan dsbnya.tekak tgh pahit ni, nak cari lozenges jap...

Berbo berkata...

kan betul nanti final Fulham yang masuk.haha

Besi Karat berkata...

ketuanan inggeris masih diteruskan oleh fulham.bukan team sejarah mengulit kenangan.
keh keh.

FreeMen berkata...

season yg perit utk kami. tidak mengapa. keep on trying.

-YNWA

Oh Me berkata...

:)

Just Muhammad berkata...

liverpool buktikan korang ade something to proud of. kalah chelsea je la.. season nie mcm xde benda liverpool bleh bangga...

chelsea versus liverpool! pasti gempak.

Unknown berkata...

Yeah, firstly tahniah untuk Fulham...harap2 mereka boleh buat yg terbaik di final nnt...Utk liverpool, musim yang malang berterusan, tp kitaorg terima kekalahan dengan hati yang terbuka luas, seluas neckline Lana Nordin...

Apa2pun, Liverpool still the best club in the world...YNWA!!!!!!!!!!!!!!

adijaya berkata...

fulham macam berpeluang besar je nak menang europa tahun ni. perjalanan dah la susah, jumpa holders = Shakhtar Donetsk, team bersejarah di itali = Juventus dan juara jerman last year = Wolfsburg. atletico cuma jumpa liverpool je pun kat semifinal. laluan dah confirm masuk final.

racYnc berkata...

tahniah roy n fulham!!

tp pe kena mengena ngan jhr fc hah??hah?? <--org jhr

Raiden berkata...

Fulham Fairy tale memang gempak..

intro, klimaks sume dah gempak cume harap jangan ending macam Middlesbrough dah le..

RABUN berkata...

ada team menang nasib (err contoh dapat own goal yang banyak dan penalti pon banyak) dan Liverpool kalah nasib( alah mcm mcm lah malas nak citer)

Musim ni tak abis lagi

mari ramai ramai kasih meriah sama kat anfield

Mari melutut kat Liverpool ha ha!

http://rabunmerah.blogspot.com/

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

pe lagi yg liberpul nak sbenarnya ni.. bg masuk champion league x lepas.. bg masuk 2nd class punya europa league pun kantoi jugak.. cb try test main kat malysian cup lak pahni, leh lpas ke x lawan johor fc tu..

Cob Nobbler berkata...

YEAH!liverwho?

fulham la wakil england..aku dah cakap dah dulu..

Besi Karat berkata...

bulibakalaukau - liverpool nak ape lagi?!dorang tak nak ape2 dah.mereka dah ada sejarah!cukup la dengan sejarah.kan fans liverpool?
keh keh.

iampali berkata...

aquilani tu kalu dlm pes aku solo je dr tgh sampai score..kaki laju kemain

RABUN berkata...

Liverpool ada peminat peminat yang tabah dan kental macam aku he he

http://rabunmerah.blogspot.com/

talkIZcheap! berkata...

bebatov, kalo dlm pes, tiap2 season top scorer... tendang kuat kemain...

keli berkata...

xde ape nk dibanggekn season ni. rafa kene resign la. harap2 ler bley success season depan. Go on liverpool

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...