Hampeh! Patut dah boleh agak dah undian hari ini tentang “Siapa yang sepatutnya menggantikan Rafael Benitez?” memang tak boleh letak jawapan yang merepek.
52% memilih Presiden Persatuan Sejarah SK Batang Berjuntai. Lingkup.
Okay, dengan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup kencang dari Anfield tentang prospek Cik Fara Benitez bakal dihalau keluar, kita semua terus tertanya-tanya siapa yang bakal mengambil tempat menerajui kelab sejarah dan bola pantai ini?
Dari sumber dalaman Sokernet di Liverpool, ada beberapa nama yang telah disebut-sebut.
Jose Mourinho. Tapi Liverpool tidak berduit dan tidak akan bermain Champions League musim depan. The Special One pastinya tidak merasa special sangat di Anfield.
Roy Hodgson. Fulham layak ke perlawanan akhir Europa League, dengan skuad bernilai kurang separuh dari harga skuad Liverpool. Lagipun dia British. Bill Shankly, Joe Fagan dan Kenny Dalglish juga British.
Fabio Capello. Ada kemungkinan pengurus England ini akan mengundurkan diri selepas Piala Dunia. Dia suka England dan Liverpool ada kekosongan. Menang Serie A bersama 3 kelab Itali dan La Liga bersama Real Madrid. Pakar menjuarai liga.
Steve McClaren. Bekas pengurus England ini kini berkhidmat di Belanda sebagai pengurus FC Twente. Baru saja berjaya memenangi Eredivisie 2009/10, kejuaraan liga yang pertama dalam sejarah FC Twente. Ada sentuhan ajaib tapi masih ramai juga yang ingat sentuhan kecundang beliau bersama England.
Frank Rijkaard. Rekod yang cemerlang sebagai pengurus di Barcelona, lebih-lebih lagi dalam merevolusi kelab Catalan itu untuk menggugat dominasi Real Madrid. Ada potensi untuk membawa angin perubahan yang serupa di England, iaitu meruntuhkan empayar Manchester United dan mengembalikan zaman Liverpool. Sekarang di Galatasaray dan perlu kembali ke segara ke mana-mana liga elit Eropah.
Kenny Dalglish. Lagenda The Kop, sebagai pemain dan pengurus. Orang terakhir yang membawa trofi liga ke Anfield 20 tahun yang lampau. Mungkin boleh menjadi yang pertama untuk mengakhiri kemarau ini. Sekarang bersama Akademi Liverpool, secara alami pewaris yang sepatutnya.
Lain – Lain:
Kevin Keegan. King Kev, seperti Dalglish adalah bekas pemain Liverpool. Tapi belum pernah menjadi pengurusnya biarpun ada pengalaman pengurusan bolasepak yang meluas.
Mark Hughes. Dibuang dari Manchester City, Sparky kini penganggur sepenuh masa. Mungkin berminat ke Anfield, tapi sejarah Manchester United dan Chelsea beliau boleh menjadi batu penghalang.
Jadi apa pendapat anda semua? Sekali lagi boleh undi semula (kali ini secara serius) siapa yang anda rasa patut mengurus skuad Liverpool, membawanya kembali ke era kegemilangan atau membantu melingkupkannya lagi.
Undilah dengan bijak. Jangan gadaikan masa depan anda!
(Atau kalau belum daftar sebagai pengundi, boleh bergaduh di ruangan komen)
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
43 Ulasan:
saya mahu fara benitez stay. saya mahu lihat kehancuran kelab ini berterusan..boleh?
aku undi b. sathianathan
Saya undi Kenny Dalglish .
Fara Benitez jadi senator boleh tak hahaha!
Kalau gua warga Merseyside yang berdaftar dalam EC(Election Commission),gua akan mengundi King Kev.
Sebab,gua rasa dalam banyak2 tu(kecuali Jose Mourinho),gua rasa King Kev je yang pernah bertarung dengan Alex Fergie secara sengit.
lucius
yg gagah taruk pengerusi sejarah sk batang berjuntai pasai apa?. hahahahaha..
jap
aku nak keluarkan ic.nak tgk kawasan mana aku kena pie undi
frankly said, aku prefer manager kelab yg aku suka ni adalah org English/British.
so dari pilihan atas aku narrow down ke kepada.
1. Roy Hodgson
2. Steve McClaren
3. Kenny Dalglish
4. Kevin Keegan
5. Mark Hughes
tp hati nurani aku mengatakan yg Kenny Dalglish adalah yg paling layak. ;))
YNWA.
outside candidate... Rajagopal.
so shankly... apa kata bookie.
bpe probability nyerr??
kenny dalglish mcm x best la..Kenny Rogers bole??
Jose Mourinho.
aku vote kenny dalglish. its time to write a new history.
kem chelsea n man u masih bersemangat post artikel. mungkin sebab di tangga teratas. yg lain2 mcm down habis. xpe. as long as ada artikel baru. good job!!
lisa surihani tak ada dalam senarai ke?
Rafa Benitez stay. Ya! saya kunci lirik ini lucius! Beliau orang yang tepat untuk terus mengendali Liverpool.
Tapi kalau beliau pergi, Kenny Dalglish!
kenny rogers aku makan, muak ah.
Phil Brown!!Pasal pe?
pasal die slalu pakai mic..
nak kol senang..lebih2 lagi dengan sistem upax..
emmm mesti mau!!
wan jamak wan hasan - si teluq kecuut
up grade je sammy lee ke...john mcmahon ke...kalau kalah season depan..tak de la org caci maki....
p/s: nak ke joe cole main ngan LIV????
aku rasa sammy lee tu terer jugak. tp tu dalam Football Manager la, mungkin dalam dunia sebenar...hancus..hehe
Geng2 Sokernet xde ke yang nk antar resume ganti tempat Rafa Benitez?
Steven Gerrard je ganti akak fara tu...kire ok ape...liverpool bukan xpenah ade player jadi manager pun...
oleh kerana aku tak suka liverpool, dan aku minat sgt jose mourinho, jadi aku vote untuk steve mclaren...hahaha..kasi hancuss...
sahya rhasa sahya patut dibheri pulang mengepalai liverpool.
kay , sembang berlapis . wan jamak wan hassan baru 2 tahun rejoin bola sepak kat malaysia dan already dapat dua cup .
untuk liverpool , king kev . player liverpool da bagus cuma perlukan moral saja . ian takmo try ka ?
aku harap Fara Stay, kasi lingkup terus Libepul season depan kehkeh...lagipun,sanggup ke pemilik Americans nie bayar pampasan kat Fara??
tul gak raiden......stay sampai jadi hancus cam newcastle ari tuh....har...har...har.....har.....at least diaorg ada sejarah yg baru utk dicerita....
p/s: jarr...jgn marah...nnt kena jual...
aku nak rafa stay. tp kalau dia blah, xmo jose.
aku nak ... rafa stay je lah.. beli player y boleh support torres tu..sian dia.. injured2 pun kasi main tk nak bg kalah ngan tim Man u..sudahnye..ntah2 piala dunia pon tk smpt nk recover injured dia.. tk kemane deme oi..
aku sokong upgrade asst. manager. ingat lagi masa pep naik ganti rijkaad? alasan sebab dah lama bersama player, mungkin ada idea baru tapi takde kuasa buat keputusan.
wahaha ada orang mare ka? hehe
aku bukan cerita pasal menang cup la..aku cerita pasal mengalah sebelum bertanding..hehe
erkk off-topic pulak dahh...ok2
rafa stay sudah
rela kalah asalkan man u tak juara
xpenting lah.. haha
saya dengan ini mengundi untuk ******** sebagai pengurus liverpool musim depan.
(undi adalah rahsia)
Rafa should stay
5 tahun bina squad dan youth team.. give him time
Patut juga ditanya PAk ARAB banyak duit yang mana yang sanggup beli Liverpool...
Rafa.
Kop need a new good management instead of new manager and also they need few good players.
Long Live Benitez!!xyh ganti,tapi kalau dia nak gi Juve pun xpe,2 2 pun gue sayang.dah kalau dia ke Juve.Mourinho pun xpe,steady sikit.
khaidir buyong.....
@kay tak mengalah macammana ,skuad tak kuat . lainlah macam selangor , hebat . ^^
pelik juga banyak fan Liverpool mintak Rafa stay sedangkan seingat aku pada tengah season dulu kecoh suruh dia resign...
Lupakan Rafa sebentar. Bagaimana pula dengan Wenger? nak tgk juga pendapat fan Arsenal Wenger harus stay atau tak....
roy hudson muka baik sangat.. x reti bergaduh dan tak reti marah org..silap2 player dia buat silap pun dia x marah hahahaha
player fulham suai la sebab xde ego..kelab kecik ego kurang..nak handle player yg harga puluhan juta plus ego tinggi payah sikit la..
roy kena jadi ganas sikit :) baru player takut. tak percaya tanya pak alex ! :)
@r.k.
itulah nama dia pengecut. belum lawan dah takut.
boo hoo
@kay sedar keupayaan , orang kata , ukur baju dibadan sendiri . keh keh keh .
mark schwarzer cakap roy hodgson punya hairdryer sama level macam alex ferguson wooo
roy hodgson ok la bai, cuma dia banyak merantau, tak suka terperuk dalam england je sebab tu di negara sendiri dia kurang femes.
masa dia jadi manager fulham, kelab ni tgh bergelut relegation zone, tahun 2007. roy selamatkan fulham, skrg masih dlm epl dan masuk final europa.
siapa yg undi rijkaard ramai2 kat poll sebelah tu, mmg nak tengok liverpool lingkup lagi la. gua cakap, roy hodgson is the best. dia buat miracle dengan kelab bawahan (kecuali inter). lu bayangkan lagi miracle kalau dia dpt kelab yang gempak...
Shankly adalah pilihan terbaik.
@r.k.
wan jamak penakut. fullstop.
agak2 Presiden Persatuan Sejarah SK Batang Berjuntai, aku nie sekolah kat situ tu.hahahahaha.
Catat Ulasan