ANDA SEDANG MEMBACA

38

Siapa Suka Gary Neville?

LuciusMaximus Isnin, Mei 03, 2010

Para penyokong Chelsea memberikan satu pilihan jelas buat Liverpool semalam di Anfield.

Gary Neville atau Chelsea?

Chelsea menang 2-0. Terima kasih kepada Steven Gerrard, er maksud aku The Drog dan juga Super Frank.

Sekarang tinggal satu saja perlawanan untuk menamatkan musim 2009/10 EPL. Manchester United menang ke atas Sunderland lewat malam tadi untuk memastikan penentuan kejuaraan terus berlanjutan ke hari terakhir.

ULASAN PERLAWANAN

Permulaan perlawanan semalam, Chelsea nampak agak goyah. Bermain di Anfield dalam perlawanan hidup atau mati, anak buah Ancelotti nampak sangat berhati-hati.

Sehinggalah kapten Liverpool, lagenda, hero dan idola The Kop memberikan satu through-ball cantik yang memberi ruang untuk, The Drog membuka akaun gol EPL pertama miliknya di Anfield.

Kenapa through-ball cantik sedemikian tidak mampu dilakukan oleh Gerrad kepada rakan sepasukan selama 90 minit perlawanan masih lagi dalam siasatan Sokernet.

Mendahului pada minit ke-32, Chelsea kembali selesa untuk bermain dengan lebih terbuka dan petualangan.

Super Frank mendapat peluang terbaik tidak berapa lama kemudian hasil hantaran Ashley Cole. Tapi cubaan beliau dari luar kotak tersasar beberapa inci dari pintu gol, menafikan gol ke-2 buat Chelsea.

Sebaik sebelum tamat separuh masa pertama, Salomon Kalou merampas bola hasil kesilapan Gerrard, sekali lagi, tetapi dijatuhkan di dalam kotak oleh Lucas. Wasit Alan Wiley memutuskan tiada penalti di situ dan Ancelotti dia punya marah memang lain macam.

Separuh masa kedua bermula dan Chelsea, dengan kusyen satu gol nampak berkeyakinan untuk melakukan serang berantai. Gol kemenangan tiba tidak lama kemudian pada minit ke-53 melalui Super Frank hasil hantaran lintang dari Nicolas Anelka.

Selebihnya tinggal sejarah, seperti yang dinyanyikan oleh penyokong The Blues kepada penyokong The Reds di Anfield, “You’re ancient history”.

LIVERPOOL

Kesilapan Gerrard yang membuka gol pertama buat Chelsea telah membantu peminat teori konspirasi untuk bekerja lebih masa malam tadi.

Untuk berlaku adil, aku rasa Liverpool bermain dengan komited malam tadi. Tidak ada aksi londeh seluar dan angkat tangan sekalipun gambar lama Gerrard menayang bontot diulang siar berkali-kali dalam Sokernet.


Atas permintaan ramai

Tapi dalam pasukan yang satu-satunya penyerang berbisa ialah Fernando Torres, Liverpool tumpul bila Torres tiada. Dirk Kuyt diletakkan sebagai pengganti tapi aku rasa Hugo Rodallega lagi gempak kot.

Rafa Benitez cuba menghidupkan saki-baki perjuangan Liverpool. Ryan ‘Bebal’ Babel dan David ‘Ngok’ N’Gog dimasukkan untuk mengganti Maxi Rodriguez dan Alberto Aquilani. Sia-sia sahaja.
Ketika berjalan keluar padang, Maxi Rodriguez memikirkan alangkah indahnya hidup jika masih di Atletico Madrid, bermain di perlawanan akhir Europa League. Alberto Aquilani pula berkira-kira, jika di AS Roma beliau pasti masih bersaing untuk kejuaraan Serie A dan bakal beraksi dalam perlawanan akhir Coppa Italia.

Steven Gerrard berumur 30 tahun penghujung bulan ini dan Jamie Carragher pula sudah mencecah 32 tahun. Dua idola The Kop ini memasuki waktu senja karier profesional mereka dengan kemarau kejuaraan liga berterusan di Anfield sementara prospek Champions League musim depan berkubur.

Rafa Benitez? Lu pikirlah sendiri.

Satu-satunya yang cemerlang malam tadi ialah Pepe Reina. Kalau tidak kerana mamat botak ini, Chelsea mungkin sekali lagi menang dengan jaringan 7 gol.

Yang paling best tentang Liverpool malam tadi mungkin, tulisan Carlsberg dalam karakter Cina pada jersi mereka. Rare tu!

Seterusnya aku serahkan pada Shankly and co.


Gol oleh The Drog, Assist oleh The Kop Legend

CHELSEA

The Blues tidak ada sejarah semewah The Reds. Tapi apa yang kurang dari segi sejarah diganti dengan kelas dan keupayaan.

Satu lawan satu, setiap pemain Chelsea mengatasi pemain Liverpool. Hanya Pepe Reina saja yang mungkin mendapat penilaian lebih baik berbanding tandingannya Petr Cech. Tapi itu pun kerana Petr Cech hampir tidak diuji sepanjang perlawanan.

Siapa-siapa yang mengurus Chelsea pasca Mourinho berdepan dengan tugas sukar. Namun nampaknya Carlo Ancelotti kini sudah boleh dikatakan telah berjaya menjuarai hati rakyat di Stamford Bridge.

Kenapa tidak? Double dalam semua perlawanan Big Four musim ini:

Chelsea 2 Liverpool 0
Chelsea 1 Manchester United 0
Arsenal 0 Chelsea 3
Chelsea 2 Arsenal 0
Manchester United 1 Chelsea 2
Liverpool 0 Chelsea 2

Sweet, lebih-lebih lagi memandangkan terma Big Four ini nampaknya sudah tidak boleh dipakai aku rasa.


1Chelsea, Gol Didahulukan, Kemenangan Diutamakan

PENENTUAN

Peminat The Blues ramai yang sudah mula menanam keyakinan trofi EPL milik Chelsea. Peminat Red Devils juga ada yang sudah angkat tangan, biar pun ada lagi yang masih yakin.

Tapi bak kata Haji Hasbullah Awang, bola itu bulat. Benda bulat ini kemana-mana pun senang bergolek. Kalau Hugo Rodallega datang Stamford Bridge dan menggolek bola masuk gawang Chelsea, menangis tak berlagulah jawabnya.

Dan ingat, aku dah cakap Hugo Rodallega lagi gempak dari Dirk Kuyt. Jadi rakan-rakan seperjuangan, jangan bersorak terlalu awal. Perjuangan kita masih belum selesai, meminjam kata-kata Che Det.

38 Ulasan:

I Am Legend berkata...

1st!

I Am Legend berkata...

aku rasa masa dah tiba fara benitez blah dari kop, tak tau la kalau shankly masih nak cik fara bentiez lagik

Nazri berkata...

cilaka, lambat!

SAUJANA HIJAU berkata...

kan bes 1st eleven tanpa obi wan kenobi....yayy...
time chelsea gol,di kedai mamak,sunyi sepi,tapi aku xpeduli..aku bising jugak.

Jarr berkata...

Benitez tampak seakan akan pasti meninggalkan Liverpool.Tiada apa yg tinggal utk Liverpool melainkan masa depan yg samar dan kusam.Rumours yg mengatakan DIC hampir pasti mengambil alih Liverpool juga aku anggap propaganda yahudi mabuk minum thai song.

Apa yg pasti, perlawanan semalam menunjukkan kepincangan pasukan kesayangan hamba Liverpool dan kelebihan Chelsea.Anfield tidak keramat lagi utk season ni, lebih kepada nasi ayam pasar keramat depan kedai Castello.Terima kasih tak terhingga kepada Reina yg superb malam tadi.Kalau Mark Poom yg menjaga gawang, nescaya mcm badminton punye format la golnye.

Kepada pasukan kesayangan hamba, belajarlah dari kesilapan, memetik kata kata PONG, "20 tahun tak menang liga, kalau beranak, anak dah mcm keretapi bhai," ujar PONG kepada aku melalui YM pagi tadi.aku redha dan aku ttp bersama Liverpool sampai bila bila..owh dah panjang ni, sekian.


p/s: dah dpt aku email gambar gambar copy editor tu Lucy?hmm...

Obefiend Weiland berkata...

apahal gambar bontot ni jadi picture of the week?

Pet Shop Boys berkata...

Gary Neville or Chelsea? haha..smart...CHELSEA of course...


well theres always next season...


good luck on Juventus Rafa.

dan Liverpool menang ka kalah ka, kami akan sentiasa berjalan bersamamu!

Jarr berkata...

obe - utk menerangkan betapa majoriti pembaca sokernet adalah gay tegar dan beberapa pengulas juga..wakakakaka. :p

LuciusMaximus berkata...

@jarr lu hantar email mana bro? kalau sokernet aku rasa nazri dah delete dan simpan untuk modal dia seorang je, dasar!

Jarr berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
LuciusMaximus berkata...

@jarr mak ai... lu memang kopites sejati la

Nazri berkata...

ok jarr, hal-hal kecil macam ni tak perlulah diletakkan di ruangan komen. Nanti marah masyarakat umum. Sensitiviti orang kita kena jaga.

Kalau ada lagi link-link macam ni kau boleh terus emel pada emel peribadi aku: nazri123456789 (gmail)

Aku akan PASTIKAN selepas itu Lucius akan menerima faedahnya.

Man man, bak kata orang.

jamsarisabian berkata...

sori jarr..aku add dlu bole..cun 2..haha..

btw..kalo hj hasbullah awang yg jd commentator mlm td, kompom ayt nih ade mlm td..

DROGBA MENERKAM BOLA HANTARAN LINTANG DARI GERRARD IBARAT RAMA-RAMA DAAAANNN..GOAAAAAAALLLLLLLL...

Haaahahahaha...

Union Equatoriale berkata...

Catatan ini telah dibuang oleh pentadbir blog.

Siot la!

Jarr berkata...

hahahahahaha..ok ok Nazri maafkan keterlanjuran gua.Pasni biarlah antara lu dan lucy sahaja kita berurusan mengenai media cetak dan elektronik nehh..kopites sejati kena ada backup mabeles, tapi kwn aku tu Man U tegar..wakakakaka.

bbbw - dipersilakan bro..:p

semalam hari last carlsberg sponsor, tulisan cina tu utk market shanghai..nasib baik market shanghai,buatnya market utk Mumbai,lagi berbelit tulisan kat jersey Liverpool.

jamsarisabian berkata...

catatan da dibuang..haha..seb bek aku smpt usha..sian ko dikwahab..ahahaa..

pakkordi berkata...

Kekalahan yang gua tak rasa sedih bila terbayangkan mamat "badan lagi panjang dai kaki" neville. Keh keh.

Till next season, Oranje WC2010 champion!!

SFB berkata...

persoalan untuk pentadbir blog:

Kemana menghilang kem Arsenal?

hehehehe

Shank berkata...

1- keputusan benitez mmbawa masuk torres adlh tepat.Tapi keputusan menjual bellamy , baros , riise and ponggol utk tampung dana adalh tdk tepat.beitez menjangkakan dana akan masuk tp silap..harap kan Gillet ..Gillet jadi pisau cukur Gillet.

2- Benitez meletakkan buah yg separuh masak spt lucas , ngog , yossi , babel utk tambah deepth squad tp sebalik liverpool tambah sakit perut.
karigiakos and maxi dibawah masuk utk menjadi ubat tahan sakit , kadang² menjadi , kadang tambah sembelit liverpool.

3- penghijrahan alonso adalh dluar kawalan benitez , faktor homesick and family alonso memilih utk ke Barneabau. Pembelian Aqua adalh baik tp faktor kecederaan mengubah segalanya. Aqua buktikan kehebatannya di akhir musim dan Aqua dijangkakn antara 28 org itali yg terbang ke Africa awal bulan depan.

4-man utd dan liverpool adalh seteru spnjng zmn - tiada kompromi .Mcm rom dan Parsi.keputusan smlm (vs Chealsea) sudah dijangkakan bila nama² besar dlm mgmt liverpool termasuk Martin Broughton - new chairman tdk ada dlm stadium anfield.

5- peminat liverpool meletakkan oldboy dpanggil balik antaranya king kenny , king kevin , phil thompson and sourness .spekulasi kt twitter benitez kompon letak jawatan


7 - Chelsea juara EPl after 50thn - Highlights 50 thn..!!
Man Utd juara EPl after 25 thn - Highlights 25 thn
Liverpool ?? tu pun nak bising..

8- picture of the century sapa Punya Besar Marion Counter or Lana nordin

Just Muhammad berkata...

even if Man Utd doesn't end up winning the Premier League although we had plenty of chances to finish it off earlier Blackburn draw, defeat at burnley at the beginning of the season. We lost 2 great players last season (CR7 & Tevez) and yet with a bit more of luck and fewer injuries M. Owen, Hargreaves & Rooney we could have been on our way to a 3rd champions league final & a 4th title, yet we never give up. We will fight till the last second of the last match of the season.

talkIZcheap! berkata...

"Kenapa through-ball cantik sedemikian tidak mampu dilakukan oleh Gerrad kepada rakan sepasukan selama 90 minit perlawanan masih lagi dalam siasatan Sokernet." kah kah!! Klasik...

satu jer persoalan aku... kenapa Kalou jatuh dlm penalty box, takde penalty, dan Kalou tak kena kad??

Obefiend Weiland berkata...

@SPIT

owen h will not be the old player that he is. he is manure's Eduardo. his career is dead

Jarr berkata...

fair challenge izz...sama mcm ivanovic ngan aquilani...fair challenge.i think ref did a good job..stended perlawanan hangat, mesti 2-3 decision yg nampak mcm ridiculous, overall mutu pengadilan ok.

Pet Shop Boys berkata...

Sekarang kami dah bagi jalan baik untuk Chelsea jadi juara Liga...kalau tak boleh beat Wigan next week, memang Chelsea nak kena ligan....

mohd faizal bin sarif berkata...

agk solid skrg permainan chelsea.itu mmg gua akui.ape2 pon sbg penyokong red devils gua ttp positif dgn team gua sehingga penghujung wisel perlawanan terakhir.bg gua tak kire chelsea ke mu menang...2 team ni mmg terbaik so far kat england.nk harapkan team2 lain bg saingan mmg bole..tp gua perasan di peringkat awl je.kalo nk harapkan tul2 punye persaingan..terbukti chelsea dan mu shj.2 team ni lebih konsisten dan menyajikan perlawanan yg hebat.tiada kritikan atau kutukan utk mne2 team..gua cume nk last match dpt tgk game yg best dr 2 team yg gua anggap mmg terpower di uk nih.

ggmu.

Buenaventura Durruti berkata...

talkizcheap..

kalou jatuh sebab tersadung kaki sendiri, sebab tu takde penalti dan tak kena kad juga, sebab bukannya dia dive macam eduardo budak arsenal tu :)

tapi ada juga yang bagi hujah, mamat tu tersadung kaki sebab ditolak lucas, tu sebab ancelotti cakap patut dapat penalti..

apa pun, ref perlawanan cemerlang. bukan senang nak kontrol game high profile macam ni

janggout berkata...

gua mcm ketinggalan bnde penting je kt ats sne. cilakak

Oh Me berkata...

ye mana ek fan Arsenal?

"I dont know whose going to win EPL and I dont care"

sape yang cakap tu? haha...

fan Arsenal pun ikut manager mereka ek? good....

talkIZcheap! berkata...

is that so? damn! the ref make us lose the title... no, not the league title, title sbg 'anak emas' ref... kalo la ref tu buat taik dan book kalou, mesti seluruh dunia bleh teruskan tuduhan fergie beli ref dan FA...

now, not that we're gonna lost the league title, title2 lain pon dah kena strip jugak, haw haw!! :p

for other team, jangan menang League title sampai 18 kali, stick sampai 17 je, 18 tu dah majal, takleh menang dah kalo dh sampai no. tu, cam sumpahan... tengok Liverpool kalo tak caya...

and United harus jual Owen, jinx sial... :p

dueng berkata...

aku harap rafa boleh stay kat liverpool. aku rasa sebagai seorang manager, kadang2 ada tindakan yang dilakukan oleh dia tidak mengena tapi in overall scheme of thing, dia masih terbaik utk handle liverpool. apa yang liverpool perlukan adalah kemenangan dan duit.

kalau dapat kemenangan, momentum macam tahun lepas mampu digapai. kalau dapat duit, boleh besarkan skuad so takde la letih sangat player2 yang ada ni. also, need at least 2 striker yang boleh buat kerja score goal. ngog too young, tak cukup konsisten. babel? lupuskan je la. maxi kena simpan, aquaman pun kena simpan. benayoun ok lah cuma kena jadikan sub. aquaman kena main lebih byk lagi, maxi jugak.

apapun, the title is for chelsea to lose (kalau kalah dengan wigan). haih...tahun lepas pun wigan jugak penentuan.

Cob Nobbler berkata...

Steve Gerrard...Gerrard..
Wherever you'll be,you'll be...
You should transfered to Chelsea...
Steve Gerrard..Gerrard...

pass kat Drogba boleh cantik pulak..hahaha!

iampali berkata...

mmg liverpool takleh harap

Jiraya berkata...

season dpn Liverpool sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian di EPL. yealah nak gie Champ Leag tak kesampian. peluang ni patut digunakan sepenuhnya.
yang penting the Blues is the color of my song.hahahahaha.

Raiden berkata...

Sian kanak2 Arsenal, kalah lagi..patut la diorang senyap sunyi je skang nie, meriam dah basah..

kalo team cap ayam Spurs dapat TOp 3, memang aku tabik la Redknapp..Wenger?? menangis tak berlagu..

aimantakkisah berkata...

bukan takat rodalega atau nzogbia ja boleh golek bola, gohouri yg score last minit tadi dan menghantar hull balik ke championship league pun boleh menggolek bola dgn mantap ke dalam gawang chelsea jugak, hehe...

apa2 pun kredit to chelsea memberi cabaran hebat tahun ni kepada penyandang sehingga mereka dilihat favourite, dan penyandang pula menjadi underdog.

apa2pun kita tunggu hari akhir liga nanti...

ayobkelubi berkata...

budak2 aku tanya apa maksud tulisan cina tu.

aku balas balik

"liverpool main macam khinzir musim ni"
takpun
"tolong samak jersey ini selepas guna".

Pet Shop Boys berkata...

setuju dengan Mangifera...

well anyway good luck to Rafa in Juventus.
And welcome Mounrinho to Anfield.

RyuJi berkata...

aku da lapurkan ke SPRM..ini rasuah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...